DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Tuesday, February 26, 2008

HUJUNG MINGGU YANG MENGEMBIRAKAN

SABTU (23/2/08)


Seperti biasa babah akan ke pasar, ibu pula mengemas rumah, buat sarapan dan sebagainya. Zeti dan abang-abangnya tengah lena dibuai mimpi lagi. Sementara mereka tidur ibu curi-curi untuk melihat apa-apa yang patut dikomputer. Nak tahu kenapa ibu curi-curi nak buka computer sebab si zeti lah tu ... kalau dia nampak aja ibu dah buka komputer ni ... apa lagi "nak main game" itu sajalah ucapannya kepada ibu sehinggalah ibu benarkan dia main game. Maka dengan rasa dukacita tak dapatlah ibu nak melayari internet. Maka terpaksalah ibu ke dapur dan mula buat sarapan lempeng aja dan cecah dengan sambal ikan bilik. Sedapat tau!!!!
Kalau dia main game ibu pulak jadi sasarannya untuk tunjukkan dia apa yang patut di tekan dan tak patut ditekan. Jenoh ibu menunggunya. Walau bagaimanpun semenjak di rumah dah ada internet maka zeti pun dah mula pandai membuka dan menutup komputer.
Oh..ya.. berbalik kepada perkara di atas, setelah babah pulang dari pasar, ibu pun mula menguruskan apa yang perlu sementara tu babah dengan berseleranya makan lempeng yang ibu buat tadi. Setelah ibu selesai memasak, tetiba dapat panggilan dari angah yang menyuruh ibu ambilnya di Sungai Congkak, Ulu Langat. Dia berada di sana kerana mengikuti kem kepimpinan pengawas selama 2 hari di sana. Apa lagi ibu, tersangatlah seronok kerana pucuk dicita ulam pulak yang mendatang. Tepat pukul 2.30 petang babah, ibu, uda dan zeti pun berangkat ke Sg. Congkak. Walaupun kami tak pernah ke sana tapi babah cuba juga dan akhirnya bertemulah kami dengan kem yang angah duduk iaitu D'Congkak Resort. Kebetulan pulak orang tak ramai dan dapatlah kami satu kawasan yang bolehlah untuk bermandi-manda terutama si zeti tu ... Nak tengok gelagat zeti tu ...



Nampak tu ... sukanya mereka kan .....




Itulah gambar si zeti, uda dan angah ... tah apalah si angah tengok ...


Ni pulak .. gambar angah dan teman-teman semasa kem tersebut ... pelbagai pos dibuat nya

Semasa kami sampai di Sg. Congkak, angah masih lagi di kemnya. Oleh kerana tempat kami mandi manda tu berhampiran, taklah perlu menunggu angah sampai baru kita mandi. Maka sementara menunggu angah, ibu, zeti dan uda berendamlah dulu.


Tengoklah si zeti dan babahnya, awal-awal lagi dia dah mula nak duduk di batu tu ....

Kami berada di Sg. Congkak sehinggalah pukul 5.30 petang. Angah dah keletihan nampaknya dan selepas ini kami nak ke pasar mulam pulak .... nak cari makanan dan menjamu mata ... Sepanjang perjalanan pulang di kiri kanan jalan penuh dengan poster-poster BN dan PAS yang digantung disepanjang jalan Ulu Langat tu ... Almaklumlah sekarang ni tengah ligat berkempen untuk pilihan raya di Malaysia. Siapa menang dan siapa kalah ibu tak kisah, janji semuanya berjalan dengan selamat dan tiada rusuhan dan sebagainya. Hidup akan bahagia kalau suasa rumah (negara) kita aman, damai dan sejahtera. Kemana-mana sahaja kita pergi kita akan rasa selesa tiada kebimbangan. Begitulah impian kita semua kan ....

Wednesday, February 20, 2008

MESYUARAT KELAB SUKAN

Hari ini (2o/2/08) biasalah aku, bangun buat sarapan dan mengemas apa yang perlu aja. Kemudian pukul 6.30 pagi kejutkan semua. Setelah bersarapan dan menyiapkan zeti akupun berangkatlah ke sekolah dan pejabat, begitu juga dengan uda dan babah.
Dipejabat hari ni ku rasa terkejut sedikit sebab tak sangka pulak hari ini ada mesyuarat agong kelab sukan. Aku tahu adakan diadakan mesyuarat kelab tapi terlupa pulak tarikhnya. Mesyuarat tu bermula pukul 9.00 pagi, sempat juga aku bersarapan dengan kekawan dan kemudian dipanggil pulak untuk tolong mengemas kerusi di dewan. Bila ku turun ke dewan kerusi dan meja berselerakan, almaklumkan semalam ada Jamuan Tahun Baru Cina. Tak sempat lagi nak mengemas, maka kami secara sukarela menyusun kerusi dan meja untuk mesyuarat kelab. Pukul 9.30 pagi setelah semuanya hadir maka perasmian mesyuarat pun bermula. Aku lihat kali ini mesyuarat berjalan seperti biasa tapi agak sunyi sikit. Pukul 11.00 pagi pula b

MASIH DALAM PERSIAPAN

Dah dua hari aku ashik memgemaskini rumah ku ini. Hai ... susah juga ya nak mencantikkan, membersihkan, membesarkan dan sebagainya. Akhirnya siap juga rumah kecil tiang seribu ku ini. Inilah berkat pertolongan kekawan kan....

Oklah ... sambil aku menyapu sampah di luar rumah sempat juga aku singah ke meja untuk ku catatkan kisah suka duka aku pada hari ini (20 Februari 2008). Pagi ni seperti biasa si dara ku seorang tu susah benar nak suruh dia mandi dan bersiap-siap ke sekolah ... Akhirnya setelah penat mulutku mengucapkan kata-kata "cepatlah zeti" maka bergerak jugalah dia dan tepat pukul 7.30 pagi, kamipun bertolak ke sekolah dan kemudian aku pun ke pejabat.

Pagi ni aku rasa tenang sikit taklah seperti semalam ashik memikirkan tentang si along zeti tu yang telah ditinggalkan oleh abahnya kerana lambat mengikutnya untuk dihantar ke asrama. Akhirnya along terpaksa ponteng kelas dan menunggu hingga malam barulah kawannya datang ambil dia. Itulah sebabnya aku daftarkan dia ke sekolah memandu tapi sampai kini masih lagi tak ambil ujian komputer. Susah benor dia hendak menjawab soalan-soalan tentang keselamatan jalan raya tu ...

Itulah, kalau ada lesen L untuk bawa motosikal kan senang....., taklah aku pening kepala dok memikirkan macam mana nak hantar dia balik ke tempatnya. Akupun satu juga, pandai aja bawa kereta tapi penakut pulak nak memandu jauh keluar dari putrajaya ni... Ntah ngapa aku rasa susah sangat hendak memandu keluar dari putrajaya ni... Macam mana ek ... nak bagi semangat untuk memandu keluar dari putrajaya ni? Tentang along tu tadi, sebenarnya dia bukan ditinggalkan oleh abahnya tapi abahnya terlupa yang dia nak tumpang dan hantar along ke asramanya. Yang susah siapa ibunya jugalah yang susah ...

Tak apalah kan ... dah berlaku. Oklah di pejabat hari ni ada buat sambutan Tahun Baru Cina. Ada tarian singa lagi ... Pukul 2.00 ptg. baru selesai tapi aku dan kekawan tetiba pulak hari ni teringin nak tapau (bungkus) makan yang berlebihan. Apa lagi kamipun berpesta tapau menapau dan akhirnya dapatlah aku bawa balik sateh, mee, ayam goreng dan juga sedikit sayur. Nampaknya petang ni aku relex sikit dan itu sebab dapatlah aku mengupdate blogku ini.

Oklah dah pukul 10 malam dah ... aku rasa mengantuk pulak dan si zeti serta uda tengah dok syok tengok cerita cicak man. Cerita kegemaran si zetilah tu ... dan babah pulak masih belum balik lagi ...

Oklah SELAMAT MALAM ..

Monday, February 18, 2008

SELAMAT DATANG KE RUMAH BARU

Salam perkenalan kepada semua peminat blog. Apa khabar? Baikkan dan HEBAT SEKALI .. Hari ni ... genaplah seminggu aku mencari tanah, mendirikan tiang, meletakkan atap dan sekarang ni tengah dok menyiapkan dinding rumah yang tak tentu arah tu ... maklumlah orang tengah dok belajar nak bina rumah di tapak yang baru tentulah banyak masalah yang dihadapi tapi nasib baiklah jiran sebelah rumahku tu baik orangnya ... dengan dialah ku selalu minta bantuan dan kebetulan juga dia tu pakar bina rumah. Cakap aja dimana tempatnya, semua dia dah pergi. Best kan ...

Sebenarnya rumah yang baru ku bina ini tempat aku bersembang-sembang dikala kesunyian dan ketika aku ingin berseorangan dan juga khas ku bina untuk si daraku seorang tu ... Nampaknya masih banyak lagi yang perlu ku lakukan untuk mengindahkan suasana sekeliling rumah ku itu ... oleh itu maaf ya aku terpaksa ke sana ...