Babah pulak baru balik dari Medan pada hari Selasa pagi oleh kerana cuaca buruk ketika itu. Keesokan harinya babah bercuti dan pada hari Khamis babah kemudian kembali bekerja. Pada pagi Jumaat sebelum kami balik ke Segamat, ibu bertanyakan waktu untuk bertolak ke Segamat dan babah minta kami tunggu sehingga dia balik.
+124a.jpg)
+082a.jpg)
+089a.jpg)
Macam mana, ok ... tak angah dgn pasangannya ...
Chewah ... berpandang-pandangan pulak siangah ibu ni ...
Pada waktu itu para jemputan berpusu-pusu keluar dan masuk ke perkarangan rumah makngah zeti. Disamping menikmati hidangan, mereka semua dihidangkan dengan alunan muzik tahun 60an yang menjadi kegembaran tuan rumah. Ibu pulak berkesempatan bertemu dan melepaskan rindu kepada ahli keluarga yang lain, kerana pada ketika inilah baru kita dapat berkumpul dan bertukar-tukar cerita setelah sekian lama berpisah. Almaklumlah semuanya dah berkeluarga kan ....
+093a.jpg)
Inilah rupa pemandangan sepanjang jalan menuju ke FELDA REDONG, Segamat
Akhirnya tempat pukul 4.30 petang acarapun berakhir dengan diakhiri oleh nyanyian dari tuan rumah. Pandai juga tuan rumah ni menyanyi lagu 60an dan mendapat tepukan dari semua ahli keluarga yang ada. Kali ini ibu sekeluarga taklah dapat untuk turut sama mengemas persekitaran rumah makangah zeti sebab esok ibu terpaksa menghantar angah balik ke asramah. Setelah semuanya reda dan tibalah masanya untuk kami sekeluarga berangkat pulang ke Putrajaya. Kami berangkat pulang pada pukul 6.00 petang. Sebelum tu ibu carilah apa yang perlu dan setelah mendapat apa yang diperlukan ibupun turunlah hendak memakai kasut, tapi cari punya cari sekeliling rumah tak jumpa ... dah sah kasut ibu yang comel tu telah disarung oleh mereka yang teringin untuk memilikinya. Maka baliklah ibu dengan selipar anak buah ibu yang dah putus talinya. Putus pun putuslah, asalkan dapat mengalas kaki.
Gambar waktu senja yang mula menjelma ketika perjalanan pulang
Sepanjang perjalanan ibu lihat mereka semua keletihan dan tertidur termasuk juga ibu. Ketika tiba di bandar Tangkak babah adalah mempelawa untuk singah membeli belah tapi oleh kerana zeti sedang tidur lena, maka tak jadilah nak singgah dan terlupa pulak yang kasut ibu tiada ... Maka dengan gembiranya babah meneruskan perjalanannya sehinggalah kami sampai di satu tempat rehat dimana babah ingin minum dan along, uda, angah dan zeti pulak makan berger lagi.
Ini pulak gambar ketika matahari mula menyembunyikan dirinya yang sempat angah rakam
Setelah selesai menjamu selera kamipun mula meneruskan perjalanan dimana tanpa disedari ibu dah terlena dan terjaga apabila sampai ke kawasan perumahan putrajaya. Lah .... kasihan babah memandu sendirian tanpa ditemani .... tapi babah tak kisah kan .... Dan babah pulak setelah mandi, solat dan makan apa lagi giliran dia pulak tidur hingga ke pagi.
WALAUPUN SEBELUM NI IBU TERUJA KERANA TAK DAPAT KE KEDAH TAPI NASIB BAIK DAPAT JUGA PERGI KE SEGAMAT. TERIMA KASIH BABAH.