DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Monday, April 28, 2008

ALONG TAK BALIK, ANGAH PUN TAK BALIK

KHAMIS (24/4/08)

Seperti dibulan-bulan yang lalu setiap hujung bulan seminggu sebelum dapat gaji, D8 ada membuat jualan (baju, tudong, pelbagai kek dan sebagainya). Kebetulan hujung minggu ni ibu nak jumpa angah, maka tengaharinya ibu ke D8 (berhampiran dengan tempat kerja ibu) untuk membelil sebiji kek coklat, kerepek dan pelbagai lagi. Di situlah tempat ibu membeli belah apabila menjelang hari gaji. Pandai dia orang ni kan .... time tulah dia buat jualan.

Petang ibu balik seperti biasa ambil zeti yang baru aja lepas menghadapi peperiksaan tengah tahun. Sebelum tu ibu dan zeti kekedai membeli sedikit barang dapur. Uda biasalah, asal malam aja keluar, katanya nak ke rumah kawan. Malamnya pulak babah lambat balik sebab hari hujan. Oleh kerana lambat benar tunggu babah balik, ibu dan zeti tertidur. Apabila ibu tersedar ibu lihat babah dahpun berdengkur. Tiba-tiba ibu dikejutkan dengan bunyi sms di telefon ibu. Mula-mula ibu tak mahu nak melihatnya tetapi telefon tu ashik berbunyi aja maka ibupun melihat sms tersebut. Sms tersebut dari along yang minta ibu hantar duit kepadanya untuk membeli perkakas automotifnya. Dengan terbacanya sms tersebut maka hingga ke pangi ibu tak dapat nak lelapkan mata sebab memikirkan kenapa begitu banyak duit yang along minta. Ibu risaulah kalau-kalau kawan dia yang dahulu minta dia duit lagi. Mulalah ibu fikirkan yang bukan-bukan. Along beritahu yang dia tak balik sebab duit tak ada dan minta ibu hantarkan duit tersebut. Pening kepala ibu dibuatnya. Akhirnya dah nak pagi barulah ibu tertidur.

JUMAAT (25/4/08)

Pagi ni ibu bagun dengan rasa yang sungguh tidak selesa, almaklumlah mlm tadi tak tidur lena. Nasib baiklah ibu jarang buat sarapan pagi kerana mereka semua tak berminat nak makan pagi. Tentang along tu ... ibu malaslah nak fikir-fikir lagi. Ibu ambil keputusan cuma bagi dia sedikit aja dan yang selebihnya pandai-pandilah dia .. Banyak kali ibu berpesan padanya jangan dengar apa yang kawan-kawan kata mengenai cari duit ni ... Tugas along sekarang ni belajar bukan cari duit....

Babah pulak balik lewat malam kerana di pejabatnya ada buat jamuan bbq dan berkarokeh lagi. Ingatkan dia ke mana, pagi tadi ibu tak perasan pun dia bawa baju. Pukul 2.00 pagi baru dia balik kerana tak di sangaka-sangka salah seorang kawannya meninggal di situ. Menurut kata babah kawannya tu tak boleh makan kambing tapi malam tu pulak dia makan dan kemudian dia menyanyi. Agaknya terlalu panas dan dia ada darah tinggi pulak tu maka tetiba aja dia rebah dan meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital. Itulah berseronok sangat kata ibu ... bukan apa dah nak ajal balas babah.

Babah dan zeti

SABTU (26/4/08)

Pagi ni babah tak ke pasar sebab kami nak ke Sg. Buloh. Ibu masaklah apa yang ada dan seperti biasa selepas masak dan menyiapkan bekalan untuk dimakan di tempat angah dan sedikit bekalan untuk along juga. Kerana semasa hendak ke Sg. Buloh, kami singah ke asrama along untuk bagi duit yang dia minta tu dan juga sedikit makanan. Ingatkan ibu nak buat kejutan untuk along dengan pergi ke biliknya tapi dari jauh lagi ibu dah nampak along dah pun berada di bawah. Tak ada can lah ibu nak tengok rumahnya. Senyum meleret dia bila ibu hulurkan duit yang dimintanya itu ... Selepas tu kami ke Sg. Buloh untuk berjumpa dengan angah dan kebetulan petangnya pulak ada mesyuarat PIBG sekolah. Tapi babah tak larat nak tunggu lama .. Semasa kami sampai, ibu puas mencari angah tapi tiada. Perut kami dah lapar dah ... oleh kerana tak tahan lagi kami pun makanlah di kantin. Tengah kami makan, angahpun sampai dan kebetulan dia masih kenyang lagi. Lain kali malaslah ibu nak makan di sini, sebab bila kami sampai angah dah pun makan. Ingatkan nak makan dengan dia, tapi dia dah makan dulu. Merajuklah konon ... Angah tak beritahupun ibu yang pagi tadi ada acara anugerah cemerlang kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan SPM 2007 yang lalu dan angah ada ambil bahagian dalam persembahan dikir barat.


Zeti dan angah tengah menjamu selera di sekolah angah

Kata angah bulan ni dia tak dapatlah balik ke rumah sebab sibuk dengan kelas tusyen dan nak ulangkaji sebab pada 12 - 16/5/08 nanti ada peperiksaan pertengahan tahun. Kasihan angah .... mudah-mudahan segala usahanya akan beroleh kejayaan nanti. Ibu selalu pesan kalau ada apa-apa hal telefonlah ibu tapi katanya tak apalah tak nak susahkan ibu. Ibu bukannya apa risau kalau dia tak sihat ke .... cukup makan ke ... dan macam-macam lagi. Setelah bertanya khabar dan sebagainya kamipun nak berangkat pulang. Sebelum tu ibu pastikan semua makanan telah ibu masukkan ke dalam bag (biskut, air, mee goreng dan kfc 5 ketul). Minggu depan ibu tak dapat datang kerana kami nak ke PD. Sehingga jauh angah masih lagi melihat kami berlalu .... Tak apalah angah bersusah-susahlah dulu, bersenang-senang kemudian. Petang tu ingatkan nak ke pasar malam di Bangi tapi babah dah tak larat lagi ... maka kami terus pulang ke rumah dan sesampai aja di rumah mata ibu mula dah nak pejam dan akhirnya kami semua terlena.


angah dengan kfcnya

Malamnya (8.30 mlm) tak sangka pulak babah nak juga keluar. Tapi ke mana ya ... ikut ajalah ke mana babah pergi. Ingatkan babah nak ke pasar malam tapi dia melencong ke Alamanda. Di alamanda babah terus ke panggung wayang, ingatkan dia nak ajak tengok wayang tapi selepas membelek cerita-cerita yang ditayangkan maka tak jadilah dia dan kemudian mengajak ibu main bowling pulak. Ibu pun ok ajalah, walaupun badan ni masih sakit-sakit lagi. Lagipun bukan ibu yang nak keluar ongkosnya. Dia teringin nak main, sebelum ni pernah main sekali. Babah cuba-cuba tanya pekerja disitu, macam mana nak tempah, berapa bayaran dan sebagainya. Setelah selesai semuanya kamipun menunggu giliran. Kata ibu, malulah orang ramai tengok nanti ... tak apalah kata babah. Hentam ajalah ... Setibanya giliran, kami dapat line di tengah-tengah. Zeti kata, jomlah ibu kita main badminton, bukan badmintonlah zeti, tu bowling namanya. Ohhh ... ingat zeti badminton, bowling ya bu ... Dia seronok tengok ibu dan babahnya main bowling. Mula-mula ashik masuk longkang aja tapi ... bila dah panas ... wah ... strikelah ... babah pulak tak ada pun dapat strike. Walau bagaimanapun babah tetap menang ... 89 jatuhan pin aja .... satu game. Kami main dua game, sakit juga tangan tapi buat-buat ok aja ... Nanti boleh main lagi ... kan babah?


AHAD (27/4/08)

Oleh kerana semalam babah tak ke pasar maka pagi ni kenalah dia ke pasar. Sementara tu ibu biasalah mengemas rumah, melayan si zeti dan membasuh baju. Minggu ni along tak balik sebab semalam ibu dah bagi duit belanja. Sunyi juga rumah ni bila mereka semua tiada ... Uda pulak pantang orang tiada mulalah dia nak keluar aja ... Oh ya .. ibu ada berjanji dengan rima nak ke rumah Cik Sabariah. Ibu ajak babah sama tapi dia tak larat, penat katanya. Ibu dan zeti aja pergi ikut acik rima. Sebelum tu ibu masak dulu untuk babah dan uda dan kemudian kami bersiap-siap. Pusalah ibu panggil zeti untuk bersiap, tapi dia ashik main aja hinggalah tetiba acik rima muncul di depan pintu, barulah dia mengelabah nak tukar baju.

Si Shahmi

Zeti kalau dengar acik rima dan shahmi datang seronok seakan dia. Wah... comelnya adik shahmi dengan baju kemejanya. Setelah minta izin babah, kamipun ikut acik rima ke rumah Cik Sabariah. Jauh juga Putrajaya ke Shah Alam kan ... akhirnya sampai juga kami ke rumah Cik Sabariah. Masa kami sampai, kawan-kawan lain masih belum ada lagi. Kamipun ke tempat makan dan menjamu selera. Semasa menjamu selera barulah kami nampak seorang jejaka hensem (En. Daniallah) sedang menuju ke meja kami. Kemudian kami bercadang nak jumpa Cik Sabariah pulak. Dapatlah jumpa dengan cik Sab dan siap bergambar lagi, tapi ibu masih tak dapat lagi gambar tu. Cik Zurina pun ada sama.

Cik Zurina, Ibu dan Cc Rus semasa mesyuarat agung PUSPANITA di pej

Kemudian kami turun untuk menyambut kedatangan pengantin lelaki. Lama juga menunggu tapi pengantin lelaki masih lagi tak muncul, si shahmi dan zeti dah gelisah kepanasan. Akhirnya pengantin lelaki sampai dan dapatlah juga ibu tengok pasangan cik sab tu ... Oleh kerana kami dah tak tahan kepanasan, maka kamipun baliklah ke putrajaya dan bershopping di alamanda. Dimana si zeti seperti biasa dia cukai pulak pakcik shahrul (beli belon). Pukul 5.30 petang kami balik dan dihantar hingga sampai ke rumah oleh acik rima dan pacik shahrul serta shahmi. Terima kasihlah acik rima kerana berjalan dan bershopping dengan zeti hari ni ...


Zeti dan aktivitinya

--------------------------------------------------
NOTA : Itulah cerita kami dihujung minggu

Wednesday, April 23, 2008

SAJA NAK HILANGKAN NGANTOK

KISAH MURID-MURID DAN GURUNYA

Murid-Murid: SELAMAT PAGI CIKGU !!!!!!

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak
doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang
dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua
tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu
semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu,
faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid-murid: UMNO!
Cikgu : Salah lah tu!
Murid-murid: Betul lah Ni!
Cikgu : Bodoh punya anak murud!!
Murid-murid: Pandai punya cikgu!
Cikgu : Bukan lah!
Murid-murid: Ya lah !
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid berasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah ke luar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada
BEGITULAH CERITANYA .... Wahhhh .... wahhhh ... ngantoklah.

Tuesday, April 22, 2008

99 LANGAKH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN

99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana / rancangan ;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08.. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan ;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah untuk banyak berfikir ;

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalahmaaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyakkan silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan;
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai kejayaan dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kemamapuan diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat) dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.

Monday, April 21, 2008

BABAH KE MELAKA DAN JOHOR

SABTU (19/4/08)


Pagi ni babah tak ke pasar sebab babah ada kerja di Melaka dan Johor. Ibu ingatkan babah pegi pagi tapi tapi kemudian kawannya telefon ajak pergi tengahari. Kalau tahu tadi dah lama ajak babah ke pasar yang dekat. Tapi nasib baik lauk untuk hari ni dan ahad masih ada lagi. Maka tak jadilah nak ajak babah ke pasar. Babah apa lagi selepas dapat tahu pergi tengahari maka diapun mulalah berdengkur ...

Ibu seperti biasa masaklah apa yang ada kebetulan angah tak balik minggu ni ... cuma along aja dirumah. Seperti diminggu-mingu yang lalu dia masih lagi cuba-cuba meminta duit untuk menyabung projeknya yang terbengkalai ... tapi sebelum apa-apa, ibu dahpun terbau rahsianya tu ... Last sekali apa dia kata ... "macam mana ibu tahu ya ...?" Ni ibulah .... walau macam mana diolahnya cerita itu, pasti ibu dapat tahu, lebih-lebih lagi cerita yang tak sedap di dengar.... dan yang bercerita tu anaknya, yang dia besarkan dari tapak kaki besar sejengkal hinggalah tapak kaki yang dah melebih jengkal ibu tu ... tentulah ibu tahu. Dia tersengih aja ... sebab tembelangnya tu ... ibu dah dapat baca dah ...



Zeti dan hamsternya


Selesai aja masak ibupun kejutkan babah dan kami makan bersama-sama cuma si zeti ni susuah benar nak ajak dia makan. Dari pagi tadi dia cuma makan cengkodok dan sebotol susu aja ... ashik dengan anak patung barbienya tu ... kemudian diusiknya si hamsternya. Nak suruh mandipun susah ... Selepas makan babah pun berangkat ke Melaka, tinggalah kami berempat di rumah. Petang tu ... ibu dan zeti tak ketentuan dan akhirnya kami ke taman permainan. Sedang zeti ashik dengan buainya tetiba hujan pun turun dan kamipun kembali semula ke rumah. Si Uda pulak kalau tak ke sekolah ashik keluar aja, entah kemanalah perginya.


AHAD (20/4/08)

Pagi ni ibu bangun awal untuk buat kerja-kerja rumah yang tak sempat ibu buat semalam. Pukul 8.00 pagi barulah ibu buatkan sarapan mee maggie aja. Zeti ibu lihat tidur dengan lenanya sehinggalah pukul 8.30 pagi. Masa tu ibu tengah sibu memasak untuk makan tengahari sekali. Ibu masak aja apa yang ada sebab kami cuma berempat aja. Petangnya Rima sekeluarga datang untuk membaiki computer ibu. Zeti seronok sangat kalau acik rimanya datang sebab dia boleh tunjukkan semua barang-barang mainannya kepada acik rima. Walau bagaimanapun entah apa yang tak kena, comptuer ibu tu masih lagi tak boleh dibaiki.


Zeti dan Acik Rimanya


Pukul 8.30 malam barulah babah balik dari kerjanya. Ketika tu ibu dan zeti tengah syok melayari internet sambil main game dengan zeti.

Sunday, April 20, 2008

CERITA SEDIH KU TERIMA DARI TEMAN-TEMAN

Sebuah kisah untuk renungan kita bersama.

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya. "Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar. "Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka. "Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun."Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu. "Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut."Fail saya kat depan tu mana?""Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.""Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. "Laila..." Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa. "Saya nak ke out station minggu depan.""Lama?" Soal Laila."Dalam seminggu.""Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?" "Budak-budak?""Ikut jugalah.""Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu tu...""Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. "Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya.

Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama. "Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!""Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya.

"Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..

"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah." "Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?" Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur."Awak masak apa?""Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut. "Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!""Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan."Keluar!""Mama dah masak Pa!""Awak saja makan!""Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"Laila tahu Aiman hanya memujuk.

Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah.." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan?" Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong."Laila.." serunya "Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba."Sunyi pulak rumah ni mak," "Lama-lama kau biasalah."Airmatanya menitis laju.

"Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat. "Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya."Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu." "Tak ada lah?""Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang. Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan. "Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya. Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat.

Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat. "Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya. "Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak. "Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan "Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali. Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!" "Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan. Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila..." "Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?" "Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya."Ikut boleh?""Dia tak ajak family. Staff only!"

Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami." "Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. ""Papa pesanlah..""Nantilah besar sikit." Dalihnya."Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.""Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.""Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?"

Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?" Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya. "Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah. Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran.

Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan."Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!"

Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan," Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga. Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya.

Laila...Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya. Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi.. Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk, bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya, Laila dipulangkan.

Begitulah ceritanya sedihkan .... Itulah kalau sesuatu yang kita miliki tu tak pernah kita hargai tapi apabila benda tu dah tiada barulah kita terasa amat memerlukannya. Harigailah hak milik kita tu seadanya walaupun ianya dulu tak diingini, kelak ia berguna disuatu hari nanti.


Cahayamata yang sangatku hargai

Friday, April 18, 2008

OTAK KANAN - TEKNIK JEPUN SHICHIDA METHODS

JUMAAT (18/4/08)


Petang ni sedang ibu leka dengan pc tetiba aja ada officer ibu mengedarkan risalah ni ... nak tahu, jom baca.

Ceritanya mengenai seorang ibu yang telah menghantar anaknya ke kelas Sichinda ... yakni kelas yang diuruskan oleh orang Jepun melatih anak-anak berfikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarnya dari otak sebelah kiri. Untuk itu cubalah practisekan caranya ni kepada anak-anak dan katanya baru seminggu dia buat kat anaknya, dia dah nampak keberkesananya. Cubalah buat seperti di bawah ni ... manalah tahu dengan niat yang baik menjadi pulak nanti.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakaplah kat anak sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sebab semasa tidur-tidur ayam nilah otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati ... kalau tengah marah, tak jadi. Kalau anak kita dah tidur, ramas-ramaslah jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam. Kata kawan ni, dia buat kat anak dia sebab anaknya bagun pagi lambat, pas tu menangis lagi, dia pun cakap kat anaknya setiap hari yang dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bagun awal .... dan sekarang ni katanya 6.30 pagi dia dah bukak mata termasuk Sabtu dan Ahad.



2. Mulalah ajar anak gunakan kad. Kawan ni ajar anak ABC-Z guna kad, seminggu je, sekarang katanya dah kenal semua huruf dan siap boleh eja perkataan pendek-pendek. Buatlah kat banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat, macam a ...b...c...d...e, insyakAllah cepat dia dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan dia bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kita tunjuk tu ... kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar ... potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Satu lagi, gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak kita main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. Memanglah selepas tu kita kena kemas tapi takpe ... nak pandaikan anaklah katakan. Satu lagi cuba kita lukis gambar, contohnya rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh dia orang sambung lukis ikut apa yang kita lukis pada sebelah lagi. Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan. Nak tahu kenapa orang Cina dan Jepun pandai-pandai belaka, sebab dia orang makan guna chopstik .. chopstik tu mengaktifkan kerja tangan dan dah tentu dapat gerakkan otak kanan.

4. Jangan suka marah-marah atau tengking anak kita ..... sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri, .... kalau termarah kat dia, pergi balik kat cara no. 1, maaf kata kat dia.

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat anak kita dan suruh anak sambung cerita tu ... walaupun cerita tu memanglah merapu, takpa ... kita pun bukan tak biasa merapu ...

6. Main teka teki dengan mereka, taruk satu barang dalam kota tissue dan suruh anak teka apa benda tu. Mula-mula bolehlah bagi pilihan seperti bagi tau colour, bunyi, lama-lama anak boleh develop six sence by concentrating. Anak akan dapat teka apa benda dalam kotak tissue tu ... ni semua untuk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat ..... semua game yang kita nak buat dengan anak tu cuma boleh buat setengah jam sehari ... tak perlu lama-lama.

Sebelum melalukan semuanya tu ... kenalah tarif nafas dalam-dalam dan relexs ... tak boleh buat time tengah nak masak ke, basuh kain ke, tengok tv ke, tak menjadi nanti. Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah. Kalau diizinkan Allah pandailah anak kita tu nanti ... Bila dah ok bersyukurlah dan ingat yakinkan diri.

Dan akhir sekali jangan gunakan telalu banyak perkataan JANGAN kat anak-anak, kalau kita banyak sangat guna perkataan tersebut kat anak-anak ... itulah yang anak akan buat, so lepas nie kena ganti perkataan JANGAN tu kepada perkataan lain pulak, contohnya, TOLONG SENYAP ABANG, berbanding JANGAN BISING BANG ..

Dalam islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2 atau berdoa dengan anak-anak ketika mereka dalam proses nak tidur sebab pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Betul tak? ..

CERITA MINGGU INI

Bila mereka di rumah itulah kerjanya


Sepanjang minggu lepas (7 - 11/4/08) hari-harinya berlalu dengan begitu pantas sekali dan hujung minggu tu (12 - 14/4/08) betapa seronoknya ibu apabila melihat anak-anak ibu berkumpul di rumah. Tak sangka angah nak balik petang jumaat tu ... dan along biasanlah setiap petang jumaat dia akan balik ke rumah. Nak tahu kenapa? Bawa balik baju busuknya tu ... suruh ibu basuhkan. Almaklumlah kan... di asrama, manalah ada mesen basuh ... Nasib baiklah babah tak ke mana-mana minggu tu ... kalau tidak siapalah nak hantar angah balik. Riuhlah rumah ibu minggu lepas. Yang tak bestnya angah ni ... kalau dah balik rumah tak mahu langsung nak baca buku ke, nak buat kerja sekolah ke ... ashik aja dengan game dan kemudian layari internet, dengar lagu. Bila nak balik ke asrama pulak ... last minit barulah nak cari itu, nak cari ini. Last sekali nasib baik babah tak tinggalkan dia .... Akhirnya awal minggu sunyi kembali rumah ibu, cuma zeti dan uda aja yang ada. Biasalah tu kan ....

Wednesday, April 9, 2008

ANGAH DAH SERONOK DUDUK ASRAMA

AHAD (6/4/08)


Minggu ini ibu kena masak awal sikit sebab kami akan ke sg. buloh tengok angah. Kalau pergi lambat nanti hujan, sekarang ni musim tak menentu sekejap hujan, ribut dan kekadatang tu panas terik. Tak tahulah apa nak jadi dengan dunia ni sekarang ... Agaknya ini semua tanda-tanda nak kiamat kot ... tapi manusia masih lagi leka dengan sendiwara dunia.

Seperti biasalah ibu kena buat semua kerja dengan segera ... seperti mee segera maggi ... pepagi lagi ibu dah bagun buatkan sarapan (kuih kochi labu) alah ... kuih yang dibuat dengan labu kuning + tepong pulut dan intinya kelapa parut yang dimasak dengan gula merah kemudian dibungkus dengan daun pisang dan dikukus. Itulah kuih kegemaran angah ... kemudian ibu masak (kari ikan bawal, sambal petai, ayam goreng dan sayor kacang panjang goreng). Setelah siap masak ibupun masukkan dalam bekas untuk di bawa ke sg. buloh. Nak makan dengan angah, barulah ada selera ... Zetipun ibu tengok, kalau makan di tempat angah bukan main berselera lagi dia ... Tukar anginlah katakan ...

Tepat pukul 12.00 tengahari, ibupun bersiap-siap (siapkan baju angah yang dah dicuci) dan kemudian ibu kejutkan babah. Sementara tu si along ni masih tak balik-balik lagi pergi jumpa kawannya. Hai along ni ... tak nak balik ke ... Kenalah ibu telefonnya dulu dan kemudian dia muncul dengan muka masam dan taklah dia makan tengahari tu ... ashik jumpa kawan aja .. Ibu kena juga bagi duit belanja pada dia ... kalau diturutkan hati malas nak bagi sebab habis duit tu di beri pada orang. Kami kena hantar along dulu sebab dia malas nak ikut ke sg. buloh.

Sesampai di sg. buloh kami membeli belah (barang keperluan angah dan juga babah ambil kesempatan beli baju, katanya di Sg. Buloh baju murah dan ibupun tumpang sekaki) dan kemudian kami ke asrama angah. Nak tahu kat mana ibu jumpa angah(kat suraulah ...) disitulah tempat dia lepak sekarang. Tempatnya sejuk, senang nak belajar dan senang pulak nak tidur ... Babah pergi jumpa angah dan kami terus ke kantin, sebab ibu dan babah dan lapar sangat ... tapi angah tak ... dia baru lepas makan. Walau bagaimanapun untuk tidak menghampakan ibu dia makan juga kuih yang ibu bawa dan ayam yang ibu goreng. Sambil tu ibu bertanyakan khabar dia, katanya dia sekarang ni tersangatlah sibu dengan kelas tusyennya, dengan persatuan dikir baratnya dan juga dengan permainan dalamannya (pingpong). Pada hari ribu ni dia masuk pertanding ping pong untuk MSSM dan lagi katanya dia juga kena pergi kem (kem remaja) tapi ibu dan babah nasihatkan dia supaya jangan libatkan diri dalam kem lagi sebab takut terganggu pelajarannya. Kalau guru yang membawanya tu bertanggung jawab memberitahu guru kelasnya tak apalah tapi seperti apa yang telah berlaku setakat ini .... angah dah pun banyak gagal dalam ujian 2 dahulu sebab ashik pergi kem dan tertinggal banyak subjek. Kebetulan pulak minggu yang lalu ada perjumpaan dengan semua guru matapelayaran yang diambil. Dari situlah ibu dapat tahu yang guru kelas tak diberitahu ketidak hadiran angah dan takpun minta angah ulangkaji semula mana yang tertinggal.

Kali ni ibu harap angah tak mengulangi lagi perkara yang sama. Walaupun seronok mengikuti aktiviti sekolah tapi belajar jangan dilupa. Ingat periksa SPM semakin hampir ... Dulu susah sangat nak lepaskan rumah tapi sekarang susah pulak nak balik rumah ... Apa-apa pun, ibu tetap mendoakan kejayaan angah sama ada dalam bidang pelajaran dan juga koko. Mudah-mudahan kedua-duanya dapat dibawa bersama.

Setelah makan dan bersantai dengan angah, kamipun berangkat pulang sebab angah ada kelas tusyen lagi tapi katanya tak mahu pergi sebab kerja sekolah banyak. Ibu pun berpesan agar dia biasakan diri tidur awal dan buat kerja sekolah sebelah petang dan jangan tidur waktu petang seperti apa yang disarankan oleh guru kelasnya. Entahlah angah .... buatlah apa yang terdaya ...

Oleh kerana masih awal untuk balik ke rumah, maka kami bercadang untuk singgah ke rumah maklong zeti di ss pj. Sesampai kami di sana kebetulan semuanya ada di rumah, apa lagi duduklah kami sehingga malam sebab nak balik hari hujan dan paklong pulak pelawa makan dan sempat juga dia masakan nasi, ayam masak lemak cili api, sambal sardin dan sayor campur. Setelah kenyang dan hujan dah reda kamipun choulah .... Seronok sesekali dapat makan bersama-sama mereka, sambil tu teringat pulak arwah nenek zeti. Kalau cuti sekolah dialah yang selalu menjadi tetamu maklong dan paklong zeti. Tapi sekarang kami ajalah yang selalu menjengok maklong dan pak long zeti. Terima kasih maklong kata zeti sebab dia dapat bawa balik coklat dan gula-gula ...

KERENAH ALONG

SABTU DAN AHAD (5 & 6/4/08)

Sepanjang minggu lepas ibu dikejutkan dengan kerenah along yang tak semena-mena ibu lihat lain sekali. Untuk mengetahui perkara yang sebenarnya ibupun mulalah mendekatinya dan sedikit-sedikit ibu bertanyakan hal dirinya. Mula-mula dia kata barang-barang dalam toolboxnya dah hilang tapi bila ibu tanya apa yang hilang, dia kata tak ada apa sikit aja yang hilang. Risau juga ibu dibuatnya kerana takut kena pulak mengganti toolbox yang baru. Katanya barang-barang dalam toolboxnya tu mahal harganya. Ibu tak kisahlah dan bertanyakan apa-apa barang yang perlu diganti. Kemudian dia kata tak apalah ...

Tapi petangnya dia menghampirai ibu ketika ibu sedang sibuk memasak. Ini mesti ada yang tak kena ni ... Ibu dah tahu sangat perangainya. Kalau ada apa-apa yang tak kena dia mesti datang kat ibu, bertanya itu dan ini tapi ada benda yang hendak diberitahunya ... Ibu buat tak kisah aja kerana ibu tengah sibuk.

Selepas aja ibu memasak, ibu pun menghampirainya bertanyakan apa masalahnya. Yang sebenarnya dia nak kan duit. Minggu lepas selepas kelas dia dipelawa oleh temannya untuk mengikutnya ke suatu tempat dimana ada taklimat jualan langsung. Maka oleh kerana dah didesak oleh kawannya untuk menyertainya maka diapun mendesak pulak ibu untuk berikan dia duit. Kebetulan pulak pada hari dia hendak balik ambil duit tu ... ibu dapat surat amaran dari kolejnya yang mengatakan along dah tiga hari tak datang belajar. Lagilah bengkak ibu ... dalam keadaan yang tertekan itu sempat juga ibu membuat surat untuk diberikan kepada along apabila dia balik nanti. Ibu tak benarkan dia masuk tapi dia mendesak juga sehinggalah tiba hari selasa dia pun balik ke rumah minta duit untuk menjadi ahli, hendak tak hendak terpaksalah ibu berikan juga. Mengenai surat amaran tu dia kata minggu depan dia bagi kat kolej. Sepanjang dua hingga tiga hari tu oklah rasanya tapi minggu yang seterusnya apabila dia balik, dia didatangi lagi kawan yang ajak dia masuk jualan langsung tu ... kawan tu mendesak dia lagi untuk bayar tambahan. Kali ni ibu tak berdiam, ibu sungguh sedih dan minta dia berhenti dari menjadi ahli. Malamnya dia keluar tanpa memberitahu ibu dan balik pada pukul 2.00 pagi.

Keesokan paginya ibu mendekatinya dan bertanyakan kemana dia pergi. Katanya ada di kedai bersembang dengan kekawannya tulah ... dan minta lagi duit dengan ibu. Tapi ibu nasihatkan dia lagi dan minta dia jangan layan kawannya tu lagi serta ibu minta no tel kawannya. Sebelum balik ke kolej petang ahad tu ibu pun ambil no telefon kawannya dan hingga kini ibu takpun telefon budak tersebut. Ibu harap kawannya itu taklah mengganggunya lagi. Orang yang sedang belajar manalah ada duit, bukannya sedikit beratus-ratuslak tu ... dan lagi bila dah dibayar tiada apa yang dia dapat. Itulah agaknya pengaruh kawan ..... Minta-mintalah budak tu tak hubungi along. Kasihan along terpaksa mendengar leteran ibu dan mendengar kehendak kawannya itu. Itulah padahnya kalau kita suka sangat ikut kawan berjalan dan mudah terpengaruh dengan ajakan kawan ....

Wednesday, April 2, 2008

KEJUTAN DARI ALONG DAN ANGAH

JUMAAT (28/3/08)

Hari jumaat ni ibu ambil cuti sebab ibu rasa banyak kerja di rumah yang perlu ibu bereskan dan kebetulan pulak babah juga ambil cuti hari ni sebab dah seminggu bertugas di luar. Disamping itu ibu pagi ni ibu ada temujanji dengan orang yang hendak baiki pintu rumah dan juga pada petangnya ibu ada temujanji di kelilinik. Zeti pulak ibu hantar dia ke taska sebab dia ada kelas dan lagi jika dia cuti mudah ibu nak menguruskan rumah.

Walau bagaimanapun, semua rancangan ibu untuk ke pasar dan sebagainya tergendala kerana tetiba aja ibu rasa macam nak pitam dan kepala pulak rasa sakit yang teramat sangat. Oleh itu selepas aja ibu hantar zeti dan babah ke pasar, ibupun terus merehatkan badan dan tanpa diduga ibu terus tertidur. Agaknya ibu kepenatan menguruskan rumah ..... tahu ajalah kalau dah seminggu ashik kerja pagi balik petang, memasak, basuh baju, lipat baju, kemas bilik abang-abang zeti dan yang paling ibu tak selesa apabila tengokh barang permainan zeti tu berselerak di ruang tamu. Zeti ni kalu dah mula main, habis semua permainnya dikeluarkan, lepas tu ... bila ibu minta dia kemaskan semula, apa dia kata? "ibu kemaslah ... zeti penatlah ..." Bertuah punyak anak dara, kita suruh dia, dia pulak arah kita buat.

Ini rumahnya untuk si shamey/comel (hamster)


Ini pulak set tempat untuk barbe bersenam




Dan yang ni baby si zeti. Kalau zeti menjerit aja, baby ni pasti ketawa dan mula berbuai-buai

Seperti yang dijanjikan pukul 10.00 pagi orang yang hendak baiki pintu rumah ibupun datang dan ketika itu babah dahpun balik dari pasar. Sementara mereka semua buat kerja masing-masing ibupun mula hendak masak untuk tengahari. Walaupun sakit kepala ibu ni masih lagi terasa tapi ibu buat tak kisah aja dan selepas selesai ibu memasak dan pintu rumah dah dibaiki apa lagi ibu pun terus ke pembaringan dan tertidur lagi hingga ke petang. Sesedar aja, uda dahpun balik dari sekolah ... babah tengah rehat menonton tv. Ibu tanya babah, "dah makan ke ...", babah jawab "dah ...." Kesihan ya babah makan sendirian. Apa nak buat, ibu tak sihat.



Kemah yang dibuatnya pada setiap minggu kalau tak sekolah

Kemudian giliran babah pulak tidur dan ibu menyambung kerja-kerja ibu yang terbengkalai dan kemudian ibu keluar untuk mengambil zeti. Sebelum tu ibu ke kedai membeli sedikit keperluan untuk buat bekalan besok pagi. Besok pagi kami diminta oleh angah ke sekolahnya. Katanya ada perjumaan dengan guru. Semasa kami datang ke sekolahnya minggu lepas dia terlupa hendak berikan surat yang cikgu dia bagi. Semuanya itu menjadi persoalan bagi ibu dan babah. Setelah ibu balik dari mengambil zeti dan apabila zeti terpandang babahnya. Wah ... apalagi seronoknya dia, dah lama tak jumpa babah. Sedang kami seronok menonton tv tetiba aja babah ajak kami ke pasar malam dan ke kelinik. Oh ... ya ... terlupa pulak dengan kepala ibu yang sakit tu ... Kami bertiga pun ke pasar malam di Serdang dan kemudian ke kelinik. Dikelinik, doktor kata darah tinggi ibu biasa aja dan katanya mungkin ibu penat kot ... Kalau penat tu biasalah, asalkan jangan darah tinggi ibu naik lagi ... nanti tak larat ibu nak makan ubat aja ....