DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Wednesday, April 9, 2008

ANGAH DAH SERONOK DUDUK ASRAMA

AHAD (6/4/08)


Minggu ini ibu kena masak awal sikit sebab kami akan ke sg. buloh tengok angah. Kalau pergi lambat nanti hujan, sekarang ni musim tak menentu sekejap hujan, ribut dan kekadatang tu panas terik. Tak tahulah apa nak jadi dengan dunia ni sekarang ... Agaknya ini semua tanda-tanda nak kiamat kot ... tapi manusia masih lagi leka dengan sendiwara dunia.

Seperti biasalah ibu kena buat semua kerja dengan segera ... seperti mee segera maggi ... pepagi lagi ibu dah bagun buatkan sarapan (kuih kochi labu) alah ... kuih yang dibuat dengan labu kuning + tepong pulut dan intinya kelapa parut yang dimasak dengan gula merah kemudian dibungkus dengan daun pisang dan dikukus. Itulah kuih kegemaran angah ... kemudian ibu masak (kari ikan bawal, sambal petai, ayam goreng dan sayor kacang panjang goreng). Setelah siap masak ibupun masukkan dalam bekas untuk di bawa ke sg. buloh. Nak makan dengan angah, barulah ada selera ... Zetipun ibu tengok, kalau makan di tempat angah bukan main berselera lagi dia ... Tukar anginlah katakan ...

Tepat pukul 12.00 tengahari, ibupun bersiap-siap (siapkan baju angah yang dah dicuci) dan kemudian ibu kejutkan babah. Sementara tu si along ni masih tak balik-balik lagi pergi jumpa kawannya. Hai along ni ... tak nak balik ke ... Kenalah ibu telefonnya dulu dan kemudian dia muncul dengan muka masam dan taklah dia makan tengahari tu ... ashik jumpa kawan aja .. Ibu kena juga bagi duit belanja pada dia ... kalau diturutkan hati malas nak bagi sebab habis duit tu di beri pada orang. Kami kena hantar along dulu sebab dia malas nak ikut ke sg. buloh.

Sesampai di sg. buloh kami membeli belah (barang keperluan angah dan juga babah ambil kesempatan beli baju, katanya di Sg. Buloh baju murah dan ibupun tumpang sekaki) dan kemudian kami ke asrama angah. Nak tahu kat mana ibu jumpa angah(kat suraulah ...) disitulah tempat dia lepak sekarang. Tempatnya sejuk, senang nak belajar dan senang pulak nak tidur ... Babah pergi jumpa angah dan kami terus ke kantin, sebab ibu dan babah dan lapar sangat ... tapi angah tak ... dia baru lepas makan. Walau bagaimanapun untuk tidak menghampakan ibu dia makan juga kuih yang ibu bawa dan ayam yang ibu goreng. Sambil tu ibu bertanyakan khabar dia, katanya dia sekarang ni tersangatlah sibu dengan kelas tusyennya, dengan persatuan dikir baratnya dan juga dengan permainan dalamannya (pingpong). Pada hari ribu ni dia masuk pertanding ping pong untuk MSSM dan lagi katanya dia juga kena pergi kem (kem remaja) tapi ibu dan babah nasihatkan dia supaya jangan libatkan diri dalam kem lagi sebab takut terganggu pelajarannya. Kalau guru yang membawanya tu bertanggung jawab memberitahu guru kelasnya tak apalah tapi seperti apa yang telah berlaku setakat ini .... angah dah pun banyak gagal dalam ujian 2 dahulu sebab ashik pergi kem dan tertinggal banyak subjek. Kebetulan pulak minggu yang lalu ada perjumpaan dengan semua guru matapelayaran yang diambil. Dari situlah ibu dapat tahu yang guru kelas tak diberitahu ketidak hadiran angah dan takpun minta angah ulangkaji semula mana yang tertinggal.

Kali ni ibu harap angah tak mengulangi lagi perkara yang sama. Walaupun seronok mengikuti aktiviti sekolah tapi belajar jangan dilupa. Ingat periksa SPM semakin hampir ... Dulu susah sangat nak lepaskan rumah tapi sekarang susah pulak nak balik rumah ... Apa-apa pun, ibu tetap mendoakan kejayaan angah sama ada dalam bidang pelajaran dan juga koko. Mudah-mudahan kedua-duanya dapat dibawa bersama.

Setelah makan dan bersantai dengan angah, kamipun berangkat pulang sebab angah ada kelas tusyen lagi tapi katanya tak mahu pergi sebab kerja sekolah banyak. Ibu pun berpesan agar dia biasakan diri tidur awal dan buat kerja sekolah sebelah petang dan jangan tidur waktu petang seperti apa yang disarankan oleh guru kelasnya. Entahlah angah .... buatlah apa yang terdaya ...

Oleh kerana masih awal untuk balik ke rumah, maka kami bercadang untuk singgah ke rumah maklong zeti di ss pj. Sesampai kami di sana kebetulan semuanya ada di rumah, apa lagi duduklah kami sehingga malam sebab nak balik hari hujan dan paklong pulak pelawa makan dan sempat juga dia masakan nasi, ayam masak lemak cili api, sambal sardin dan sayor campur. Setelah kenyang dan hujan dah reda kamipun choulah .... Seronok sesekali dapat makan bersama-sama mereka, sambil tu teringat pulak arwah nenek zeti. Kalau cuti sekolah dialah yang selalu menjadi tetamu maklong dan paklong zeti. Tapi sekarang kami ajalah yang selalu menjengok maklong dan pak long zeti. Terima kasih maklong kata zeti sebab dia dapat bawa balik coklat dan gula-gula ...

0 ulasan: