DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Monday, May 12, 2008

9 CARA MENGHENTIKAN PEMANASAN GLOBAL

INFO TERKINI DARI .........


9 cara untuk menghentikan pemanasan Global:-

· Tukar lampu. Tukar lampu biasa kepada lampu 'fluorescent' yang membolehkan anda mengurangkan 150 paun karbon dioksida setahun.

· Kurang memandu. Tukar kepada berjalan, menunggang basikal, berkongsi kenderaan atau menggunakan pengangkutan awam. Anda menjimatkan karbon dioksida bagi setiap kilometer yang anda tidak memandu.

· Kitar semula. Anda boleh mengurangkan 2,400 karbon dioksida bagi setiap kitar semula yang anda lakukan daripada bahan buangan di rumah.

· Periksa tayar. Pastikan tayar anda cukup angin kerana ia boleh menjimatkan minyak lebih 3 peratus. Setiap pengurangan minyak boleh membuang 20 paun karbon dioksida daripada udara.

· Kurang gunakan air panas. Banyak tenaga digunakan untuk menghasilkan air panas. Jika anda menggunakan air sejuk atau air suam untuk membasuh pakaian, anda menjimatkan 500 paun wap panas setahun.

· Elak produk yang menggunakan pembungkusan. Anda boleh menjimatkan 1,200 paun jika mengurangkan pembuangan sampah kepada 10 peratus.

· Kawal suhu. Elak menggunakan alat mengawal suhu panas terutama ketika musim sejuk. Anda menjimatkan kira-kira 2,000 paun karbon dioksida melalui kepintaran mengawal suhu.

· Tanam pokok. Sebatang pokok boleh menyerap 1 tan karbon dioksida sepanjang hidupnya.

· Tutup penggunaan alat elektronik. Tutup televisyen, pemain DVD, stereo dan komputer apabila anda tidak menggunakan kemudahan ini. Ini dapat menjimatkan beribu-ribu paun karbon dioksida setiap tahun.

Lihat bunga tu dilitupi ais

ITU AJA ... SENANG KAN .... JOM KITA BUAT ..

0 ulasan: