DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Tuesday, July 15, 2008

ALONG MENDAFTAR DI KKSEGAMAT

SELASA (15/7/08)

Pagi tadi hujan turun dengan lebatnya, ini membuatkan kami malas benar nak bangun. Badanpun rasa tak sihat sangat. Mokdalah yang jadi mangsa masak sarapan pagi, kebetulan dia bangun awal sebab lelahnya dah datang maka dialah yang masak nasi lemak, sambal tumis, telur dadar dan ayam goreng. Kasihan mokda, walaupun semput sempat juga masak untuk sarapan kami dan anak-anaknya.

Itulah mokda zeti

Tak boleh jadi ... ibu kena juga bangun, sebab nak telefon uda suruh dia bangun ke sekolah. Tapi bila ibu telefon dia kata sakit perut tak nak sekolah, "sehari aja" katanya. Ibu dah dapat tangkap dah, ini mesti nak main game lagi ni ... Lain kali kena juga bawa dia balik kg. Dah nak pukul 7.30 pagi, ibu cepat-cepat siapkan apa yang perlu untuk di bawa balik ke Putrajaya, sebab kami tak balik lagi ke kg. Nenek zeti sibuk suruh bawa semua barang yang dah dia sediakan (pisang, rambutan, durian dan manggis). Kereta dah penuh, manggis terpaksalah dibawa sedikit untuk zeti aja. Pukul 7.45 pagi kami bertolak ke segamat. Menurut kata pakngah kalau bertolak pukul 8.00 nanti sampai pukul 10.30 pagi. Maka kamipun cepat-cepat bertolak. Sepanjang perjalanan dapat juga kami berdua bertukar-tukar fikiran, berbincang pasal masa depan kami dan juga masa depan anak-anak. Kebetulan pulak babah dapat tawaran kerja baru dan dalam delema untuk menerima atau menolaknya. Kalau babah terima tawaran tersebut bermakna kawan babah dapat duduk ditempatnya dan babah pulak akan dihantar ke tempat lain. Ini bermakna kami sekeluarga kena pindah. Kalau babah tolak tawaran tersebut, kasihan kawan babah tak dapat naik pangkat. Akhirnya babah bercadang untuk terima tawaran dan mengenakan satu syarat iaitu ditempatkan ditempat yang hampir dengan kediaman sekarang. Ini bermakna tak perlulah kami berpindah, cuma babah aja yang berulang alik ke tempat tersebut.

Inilah gambar yang disnap oleh si zeti, babah dan ibu yang tengah kepenatan

Kami sampai ke KKSegamat tepat pukul 9.30 pagi ini bermakna tekaan pakngah tu salah .... kami sampai awal, orang masih tak ramai dan mudahlah kami berurusan. Pukul 10.35 pagi semuanya dah beres cuma nak dengar taklimat dari pengetua. Nampaknya urusan di sini teratur dan mudah bagi kami untuk berurusan. Sambil menunggu boleh minum dan makan roti free.

Inilah dia KKSegamat, dah ramai orang berbaris menunggu giliran

Along (baju coklat) tengah berdebar menunggu gilirannya

Ketika kami habis taklimat, makngah dah tunggu di bawah. Kemudian kami ke asrama along pulak. Nampaknya taklah berapa jauh sangat untuk along berulang alik dari asrama ke kolejnya. Apabila kami tengok tempatnya ramai pulak orang, maklumlah ada 18 orang satu dom tu .... Bilik air ada 2 (satu untuk mandi & satu untuk tandas). Mesin basuh ada satu, meja makan ada dua, tv satu, almari baju ada satu (itupun kuncinya dah rosak, kenalah beli mangga pulak) cuma ampaiannya ada sikit aja dan tak boleh memasak. Kebetulan pulak ibu terlupa nak bawa dapur dia. Hai berebutlah nak guna tandas dan bilik mandi serta amapaian. Dalam pada bersiap-siap awal dulu, masih ada lagi yang tertinggal. Bantal dan cadar dia terlupa nak bawa. Nasib juga menyebelah kami bila makngahnya offer bantal tapi kenalah pergi rumah dia dulu. Setelah kemaskan barang-barang dia, kami pergi makan dan kemudian ke rumah pakngah di Redong. Sebelum tu kami singgah di Tenang untuk beli mangga kunci, baldi & cadar. Mahalnya barang-barang di situ tapi oleh kerana pakngah dah biasa di kedai itu maka mudahlah dia berurusan. Dapat murah aja....


Pemandangan menghala ke Tenang dan ke Redong

Kemudian terus ke redong dan berehat sekejap sambil mandikan zeti. Pukul 2.30 ptg. kami berangkat semula ke asrama along dan tengok apa yang perlu lagi. Setelah pastikan tiada apa lagi yang perlu kami buat maka akhirnya kami pun pulang semula ke Putrajaya. Tinggalah along sendirian menghadapi masa depannya, hari Rabu, Khamis dan Jumaat adalah hari Minggu Haluan Siswa (MHS). Minggu hadapan barulah bermulanya pengajian di situ. Mudah-mudahan along akan terus hingga ke akhirnya. Dari jauh ibu hanya dapat mendoakan kesejahteraan dan kebahagian along di sana.

Di sinilah along akan membuka langkah untuk terus kehadapan jika dia tersedar dari miminya kini

0 ulasan: