DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Monday, July 14, 2008

BALIK KAMPUNG LAGI ...

RABU (16/7/08)

Lama benar tak berkesempatan untuk mengupdate blog ini. Almaklumlah menguruskan hal pelajaran anak-anak, cuma anak-anak aja yang tak menghargai jasa ibu bapa yang bersusah payah menguruskan masa depan mereka. Yang mereka tahu cuma menyalahkan ibu bapa kerana tidak mahu menurut kehendak mereka. Mereka fikir jalan yang mereka ikut itu sudah bagus bagi mereka, tapi mereka tak tahu lagi apa kesudahannya. Bagi mereka yang dah punya anak yang mula menjejak kaki ke peringkat lebih tinggi tahulah bagaimana susahnya menguruskan mereka.


jalanraya ke kampung

Lebih seminggu ibu buat persiapan untuk along ke segamat, along cuma relex aja menunggu hari. Ibu tak tahulah macam mana nanti apabila dia dah mula kuliah .... mudah-mudahan dia minat dengan kursus yang akan diikutinya ini. Ibu dan babah dah bersusah payah menguruskan kemasukan dia ke KKSegamat, biarlah kesudahannya nanti senyuman ceria buat kami.


Zeti & ibu

Sebelum menghantar along, kami bercadang untuk ke kg. di Muar pada hari Sabtu, tetapi cadangan itu terpaksa dibatalkan kerana angah nak balik sebab dah dua minggu tak balik. Hari minggu (13/7/08) kenalah kami hantar angah dulu dan kami bertolak ke Muar pada hari Isnin (14/7/08). Pagi-pagi lagi ibu dah bersiap-siap buatkan sarapan mee hoon goreng untuk bekalan dan untuk uda yang tak akan turut bersama kami. Pagi ni uda ke sekolah seperti biasa dan sebelum ke sekolah ibu pesan supaya dia tidak merayap aja dan malamnya pulak ibu minta uda ajak kawan temankan. Tentang makan tu, ibu cuma bagi wang saku untuk dia ke kedai makan. Inilah pertama kali uda ditinggalkan.

Uda & zeti ketika di Sg. Congkak


Setelah semua barang-barang along dimasukkan ke dalam kereta, tepat pukul 8.15 pagi kamipun bertolak ke kg. muar dahulu. Sepanjang perjalanan ok aja cuma terlihat beberapa roadblock dan banyak kereta beratur melaluinya. Nampak gaya punch card mereka merahlah tu .... kasihan .... Menyusahkan .... Zeti pulak dah dua hari ashik demam aja. Sekejap panas dan sekejap sejuk badannya. Tak tahulah kenapa ... harap-harap tidaklah teruk sangat. Ibu pulak dari hari Jumaat tu hingga lah Isnin ashik sakit kepala. Agaknya darah tinggi ibu naik sebab baru tukar ubat baru atau terlalu penat agaknya. Pukul 10.30 pagi barulah kami sampai di kg. Wah ... bukan main seronok lagi zeti dapat balik kg. Sepanjang perjalanan dia ashik tanya nenek, kakak dan abang. Ketika itu yang ada di rumah, nenek dan mokdanya aja. Kakak dan abang ke sekolah. Tak sabar benar dia nak tunggu mereka tu balik dari sekolah. Sementara tu kami berehat sebentar dan kemudian kami terus ke belakang rumah tengok pokok durian, rambutan dan manggis. Seronok kan kalau musim buah-buahan ni ... macam-macam buah ada. Masa dulu-dulu ibu suka makan durian, tapi sejak dah berumur dan ada pulak penyakit darah tinggi nak rasa sikit pun bercinta. Tak sanggup menaggung kesakitannya. Yang dapat ibu makan cuma buah rambutan dan manggis ajalah. Nasib baik tak ada kencing manis. Zeti pulak suka buah manggis dan rambutan, tak suka durian "busuk" katanya. Rugilah budak-budak sekarangn ni kan ... durian tu sedap walaupun baunya busuk. Kalau yang tengah nak masak tu lagi sedap, boleh buat sayur lagi.... Dalam pada tu ... dapatlah kami mengumpul sedikit durian, rambutan dan manggis atas pemberian pokda untuk di bawa balik.


Disinilah tempat ibu menguruskan buah-buah yang dikumpul

Petang sabtu tu ... kami ke Giant muar, beli lagi keperluan along. Almaklumlah kami nak berulang-ulang banyak kali ke segamat tak larat .... jauh ... Sementara berkesempatan tu ... belilah apa yang perlu. Zeti tinggal di rumah bersama-sama abang dan menunggu untuk berjumpa kakak yang akan balik dari sekolah pada petangnya.


Mereka inilah yang selalu diingati oleh si zeti tu ..

0 ulasan: