DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Tuesday, July 1, 2008

ZETI KE QUALITY HOTEL DAN MINGGU YANG KELAM KABUT BAGI IBU


JUMAAT, SABTU DAN AHAD (27 - 29/6/08)

Zeti dan kembarnya sedang beraksi di cermin hikmat

Seronoknya zeti mandi kolam (tak dapat mandi di kolam renang) di sini pun jadilah

Kelmarin angah telefon yang dia nak balik minggu ni sebab makanan dan duitnya dah habis. Maklumlah dah dua minggu ibu tak dapat menjenguknya. Minggu lepas ibu ke Kuala Lumpur dan menginap di hotel Qualiti selama 3 hari 2 malam. Oleh kerana zeti tiada siapa menjaganya maka terpaksalah ibu bawa juga di bersama. Nak harapkan babahnya jaga ..emmm ... manalah babahnya ada masa sebab babah selalu balik kerja lewat malam. Itulah masalah ibu sekiranya ibu berkursus atau bekerja di luar waktu pejabat. Zeti tak tahu nak di hantar ke mana ... Nasib baik hari tu ibu tak banyak bergerak (bengkellah katakan) cuma buat kerja dalam bilik aja .... sambil ibu mendengar penerangan, zeti sentiasa ada duduk di belakang ibu. Tentang makan pulak tak jadi masalah sebab kami share begitu juga dengan tempat tidur. Teman sebilik ibu dah biasa dengan zeti maka zeti ok aja ...

Sepanjang kami di hotel tersebut zeti begitu seronok sekali terutama dapat mandi kolam (dalam bilik mandi aja ...) lepas tu di mulalah nak bersolek sama. Habis makeup ibu digunakannya, kemudian mulalah dia berposing di cermin besar. Wah ... anak ibu ni dah makin besar lagaknya ... Kami pergi ke hotel tersebut pada petang hari Khamis dan balik pulak pada petang Ahad iaitu pukul 1.30 tgh. Nasib baiklah ada kereta pejabat yang ambil, kalau tidak susah juga babah nak datang ke KL ni, lebih-lebih lagi dengan keadaan harga minyak yang tinggi ni ... lagilah malas babah nak datang.

Sesampai aja kami di rumah, lah ... kasihan babah tengah duduk tersandar menonton tv .... katanya barul lepas makan. Kasihan dengan babah, dah lah penat pergi ke pasar, lepas tu kena masak pulak. Tentu dia tak sempat nak sapu sampah, nak basuh baju dan lain-lain lagi. Tak apalah kan babah sesekali mengurus rumah tangga. Bila lagi nak rasa kan .... tapi masa ibu bersalin dulu, babah dah pun pernah mengurus rumah. Terima kasihlah babah kerana sudi menjadi ibu sesekali. Kata uda, dia boleh jadi gemuk tengok dan makan masakan babah. Apa tidaknya, bila ibu buka tudung saji, wah .... ada ayam goreng, ikan masak lemak dan sayur goreng. Tentulah berselera si uda dan along makan.


Ibu sedang memerhati teman ibu (Zalilah) membuat kerjanya

Ibu dan Mariana sedang mengadap komputer

Ok ... berbalik pulak dengan cerita minggu ni dimana angah balik rumah tapi tersangkut di rumah kawannya sebab susah nak dapat bas. Semasa ibu dalam perjalana pulan dari pejabat dia telefon bagi tahu dia ada di rumah kawan dan minta ibu siapkan makan, kejap lagi dia sampai dengan kawan. Ibu ingatkan dia sampai lewat, maka ibu pun bersihkan diri dulu dan sebagainya kemudian tetiba aja dengar suaranya bertanyakan ibu. Lah ... cepat pulak dia sampai belumpun sempat ibu tengok dapur cuma dapat masak air aja. Nasib baiklah ibu ada bawa goreng pisang dan keropok yang dah ibu gorengkan semalam tu ada lagi, maka itulah aja yang dapat dijamu kepada kekawannya tu. Sedang ibu rehat angahpun menghulur sekeping kertas yang tertera tarih akhir untuk dikembalikan semula pada 30/6/08. Sedangkan maklumat-maklumat yang dikehendaki tu perlu disahkan dahulu. Lah ... manalah ibu nak cari cop untuk disahkan ni .... Satu lagi masalah bagi ibu.


Begitulah leka ia menatap komputer sambil mendengar lagu-lagu


Malam tu apa lagi bergilir-gilirlah mereka bertiga mengguna komputer dan internet. Biasalah angah, kalau dah ada di rumah hingga jauh malam dia melayari internet. Bukannya dia nak mengulangkaji, tapi bila difikirkan biarlah dia (dah berminggu dia ashik dengan buku-bukunya dan sekolah) bagi can sesekali dia nak rehatkan otak kan ...

SABTU (28/6/08)

Pagi ni babah ke pasar dahulu, sementara tu ibu buatkan mee soup untuk sarapan dan pesan juga dengan babah belikan zeti roti telur dan roti. Kemudian ibu bersiap-siap kemaskan rumah, basuh baju sekolah angah dan uda. Pukul 9.00 pg babah balik dari pasar dan ibu mulalah menguruskan hal dapur sementara tu babah bersarapan, berehat sambil membaja akhbar. Setelah ibu selesai uruskan hal di dapur, ibu pun bersiap-siap untuk mengajak babah ke sekolah zeti untuk mengambil kad kemajuan. Lepas tu kami akan ke Maybank, ke pejabat pos, ke kedai untuk fotostat dan membeli kad public phone angah.

Ini adalah gambar zeti dan teman sekelasnya tahun 4 di Taska tersebut

Sesampai di sekolah zeti, ibu lihat masih belum ramai lagi ibu bapa yang datang maka senanglah ibu berurusan di situ. Zeti langsung tak mahu keluar dari kereta dan duduklah dia dan babah dalam kereta. Nampaknya keputusan peperiksaan zeti alhamdulillah bolehlah bagi dia yang berusia 5 tahun. Lepas tu cikgu besarnya ajak makan-makan dulu, tapi babah dah tak sabar nak ke tempat lain, maka kami sempat menjamah air dan sedikit kuih dan terus berlalu untuk ke bank pulak. Di bank pun alhamdulillah tak ramai orang berurusan maka senanglah babah untuk menguruskan kemasukan duit ke akaun penyewa asrama along di segamat nanti. Lepas tu .. kami ke Carefore untuk ke pejabat pos dan ok juga, tak ramai orang dan mudah untuk kami membeli wang pos dan stem. Oleh kerana dah sampai ke carefore maka kamipun berlegar-legar di Could storage dan membeli sedikit barang. Kemudian kami terus mencari kedai fotostat tapi tak jumpa. Akhirnya kami balik dan terus ke Presint 8 untuk beli phone card angah dan fotostat sijil-sijil angah. Maka selesailah tugas kami untuk yang ini .... Tapi tugas ibu belum selesai lagi ... nak masak pulak ... nampaknya hari ni kami makan petang lak, bukan makan tengahari.

AHAD (29/6/2008)

Pagi minggu ni nampaknya lengang aja, almaklumlah malam tadi masing-masing dengan aktivitinya hingga tak lewat tidur. Dah tu pagi ni senyap sunyi ajalah. Ibu ajalah yang tak pernah lepa dengan tugas ... Tak apalah, asalkan rumah tanggga terurus dan selesa untuk didiami ... Pagi ni ibu buat sarapan ala kadar aja sebab mereka semuanya masih lena lagi dan ibu masak awal hari ni. Disamping tu ibu sambung lagi basuh baju dan buat kerja-kerja rumah yang lain. Hari ni ibu ajak along ikut sama hantar angah ke Sg. Buloh kerana bercadang untuk ambil barang-barang along di asramanya dan kemudian ke kelinik untuk medical checkup along. Kami merancang tapi ALLAH menentukannya, setelah angah selamat sampai ke asramanya, kami kemudian ke asrama along pulak. Sementara tu hujan mula nak turun dan sesampai di sana, along terus meluru ke tingkat 3, tapi alangkah hampanya rumah tu dah dikunci dengan mangga baru. Baliklah kami dalam kehampaan dan meneruskan lagi perjalanan ke kelinik untuk buat medical checkup along. Alhamdulillah di sini semuanya berjalan lancar dan kemudian kami terus balik ke rumah. Itulah kisah ibu sepanjang minggu ini, tak dapat nak rehat dan tidur pun tak lena.

0 ulasan: