DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Friday, August 1, 2008

ZETI KEHILANGAN MEJA MAKAN

JUMAAT (1/8/08)

Pagi ni zeti dan ibu seperti biasa ke tempat masing-masing. Di pejabat ibu dah berjanji dengan kawan ibu untuk mengambil meja makan lama ibu di rumah pada petang (tak tahu pukul berapa). Petangnya seperti biasa kami balik, sesampai di rumah zeti dengan halnya dan ibu pulak dengan hal ibu di dapur. Ibu tunggu juga, manalah kawan ibu ni ... tak sampai-sampai lagi. Ibu takpun bercerita pada zeti yang meja kami itu akan diberikan kepada kawan ibu sehinggalah kira-kira pukul 7.00 mlm, kawan ibupun datang untuk mengambil meja tersebut. Sedang ibu dan teman ibu menguruskan meja tersebut untuk dibawa keluar, zeti ibu lihat terpinga-pinga aja dia. Dia tanya ibu, "kenapa abang tu nak ambil meja kita?". Ibu pun terangkan kepadanya dia yang meja itu ibu dah berikan kepada abang tersebut.

Inilah meja makan kesayang si zeti tu ...

Setelah kawan ibu turun membawa meja tersebut, dia mulalah menangis dan menjerit-jerit minta dikembalikan meja tersebut. "Nati zeti nak makan, kat mana? Zeti nak duduk meja zeti" ... katanya sambil menjerit-jerit seperti orang terkejut. Berlari-lari ke tingkap untuk melihat kemana perginya meja tersebut. Puas ibu pujuk dia tapi dia tak peduli, masih nak kan meja itu semula. Oleh kerana tak tahan mendengar jeritan dan rengekan dia, ibupun buat tak layan aja ... Akhirnya jeritan dan rengekan dia kembali reda dan mula mendapatkan ibu. Ibu buat tak tahu aja ... dan kemudian terdengar dia berkata "mak, zeti dah tak nangis lagi, kita beli meja baru ya ..." Kemudian ibu pun terangkan kepada dia yang meja tu kita bagi kat abang dan kita pulak belilah meja baru. Akhirnya malam tu diapun terlena dalam kelukaan tapi dah mula menerima apa itu kehilangan. Zeti sekarang dah pandai menghargai barang-barang kepunyaannya. Kalau ubah sedikit susunan yang telah dibuatnya, mesti dia akan mengamuk ...

0 ulasan: