DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Monday, September 22, 2008

PENAT SEKALI UNTUK MENCERIAKAN RUMAH

AHAD (21/9/08)

Hari ni sahur pukul 4.45 pagi, seperti biasa ibu panaskan apa yang ada, kebetulan ayam KFC yang di beli malam tadi masih ada lagi dan ibu panaskan untuk angah dan uda. Untuk babah pulak, asam pedan ikan duri dan ikan kembong bakar masih ada lagi dan ibu panaskan juga. Pukul 5.45 pagi, masing-masing pun masuk ke tempat beradu dan tinggallah ibu sedang leka tengok rancangan DEKOR BERSAMA ERIC. Almaklumlah pagi ni ibu nak buat dekor pulak (Dekor bersama Kay). Kebetulan hujan turun maka babahpun mulalah liat untuk bangun, tapi akhirnya dia kena bangun juga untuk ke pasar. Kali ni babah ke pasar tak bawa kereta, naik motor aja. Ibu pulak mulalah nak berkemas, kerana atas desakan si zeti meminta ibu cat dinding rumah .... Zeti apa lagi pepagi lagi dia dah bangun, nak tolong ibu katanya.

Zeti dah mula nak mengecat
Tengok tu ... dengan tak pakai baju dia mula nak mengayakan roller tgersebut

Begitu ashik dia mengecat

Ibu buatlah apa yang perlu, penat juga mengecat rumah ni kan ... nasib baik cat tu tak berbau, kalau tidak tentu ibu dah pengsan dulu ... Semasa mengecat tu, barulah ibu teringat ... kenapalah tak beli pengelek cat yang panjang. Tak lah ibu panjat-turun, kemudian panjat-turun lagi kerusi, penatlah ... sakit pinggang dibuatnya.

Oklah ... angah ada tolong zeti kan

Tengok tu ... dia masih tak mengalah lagi ...

Tengah ibu dan zeti sibuk mengecat, angah pulak seronok-seronok aja tidur atas kerusi depan ibu. Ini tak boleh jadi maka ibu kejutkan dia dan dengan muka yang selamba dia bangun menolong ibu. Lega rasa ibu, sebab angah dan zeti ada menolong, sementara uda masih lagi lena dibuai mimpi. Babah pulak, setelah balik dari pasar terus duduk depan tv sambil membaca surat khabar. Alah ... babah ni ... tak nak tolong langsung, mentang-mentanglah warna yang dia hendak ibu tak beli (warna hijau muda) dia tak ambil kisah kami mengecat. Tak apa, nanti bila dah siap baru dia tahu, cantik ke tidak warna ni ... betul tak zeti? "Tak cantik ... cantik lagi warna pink", kata zeti. Uhhwah ... nak nangis ibu dibuatnya.

Zeti dah tak larat nak mengecat, dia buat kerja lain lak ..

ok dah siap dah tapi yang lain masih berselerak lagi ..

Hampir dua jam kami mengecat dinding tu dan cat seberat 5 kg dah tinggal cuma 2 kg lagi. Akhirnya siap juga berkat pertolong angah, uda dan zeti. Terima kasih ya ... sayang ibu. Nanti petang kita beli ayam percik ok ... Walaupun dinding tu dah habis dicat, tapi kerja ibu masih belum selesai lagi. Barang-barang yang bersepah (permainan si zetilah) tu ... terpaksa dikemas kembali dan akhirnya ibu tak larat lagi. Ibu tinggalkan sahaja di satu sudut, ibu nak masak pulak sebab petang ni nak hantar angah balik ke Sg. Buloh. Kasihan angah, kena tolong ibu dan esok pulak angah ada exm lagi. Setelah menguruskan ikan-ikan yang babah beli tadi, ibu dah tak larat lagi, terlalu penat rasanya. Nampanya kena beli lauk dan kuih-kuih di luar ajalah. Kebetulan bila nak hantar angah nanti, kami akan lalu ditempat menjual juadah berbuka, maka ibupun bercadang nak singgah beli di situ aja.

Penatnya kata angah ,,,, bersiap-siap untuk balik ke asramanya

Inilah tempat kami berinternet dan sebagainya

Sesampai aja di tempat tersebut, ibu, babah dan zeti tersedar dari lena yang panjang (keletihan, kerja kuat tadi) dan kamipun turun membeli isi tahu dan kuih ketayap (untuk angah), mee hoon, air tembikai susu dan kuih koleh kacang (untuk kami di rumah). Walau bagaimanapun apa yang dihajatkan (ayam percik) oleh babah tak ada pulak di situ. "Tak apalah, nanti bila tiba putrajaya kita pegi pasar ramadan, tentu ada ayam percik tu", kata babah.


Angah nak balik dah ... cat di tangan masih tak tanggal lagi .....

0 ulasan: