DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Wednesday, November 19, 2008

"Berapa Harga Isteri Anda..???"

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka......



Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari, Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..

Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak…. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah, Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami, Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala.. jangan buat deekkk jeee, Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .. sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.. Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.


Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.

Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.

Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah keatasnya jua.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu, tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami ... dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.


Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke nerakamu... kamilah hamba yang mengharap belas darimu ... "

"Ya Allah... jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa .. ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.

Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" x 10

Friday, November 14, 2008

ANGAH DAN ALONG BALIK LAGI

KHAMIS (13/11/08)




Hari ni di pejabat barulah nak buat jamuan Hari Raya dan Deepavali (nampak gaya tak ceria aja sebab mood raya dah lama menghilang). Walau bagaimanapun kira oklah kan .... dari tak ada, dapat juga merasa nasi minyak, ketupat & rendah, mee kari, satay, roti boom, capati dan lain-lain lagi. Ada yang siap tapau lagi ... Tapi ibu tak sempat nak menapau sebab kami kena hantar anak-anak yatim balik ke Ceras. Masa ambil kawan ibu yang pergi tapi masa balik ibu pulaklah tolong temankan pegawai ibu yang mengambilnya tadi. Kasihan Cik Waheeda sampai tak lalu makan dia melayan kerenah anak-anak yatim tu .... Nasib baiklah ibu ada lebih nasi lemak pagi tadi, jadi dapatlah dia mengalas perutnya untuk petang tersebut.

Disamping tu, angah pulak dah hari ke tiga dia menduduki peperiksaan dan tengah ibu sibuk menjamu selera dia sms minta ibu ambil dia di stesyen Sg. Besi. Lahhhhh .... ibu ni bab bawa kereta jauh-jauh ni yang leceh sikit, ibu masih belum berapa yakin untuk bawa keluar lebih jauh dari Sri Kembangan. Akhirnya ibu pujuk dia suruh naik bas, tak kisahlah lambat ke cepat. Kalau nak ibu ambil lagilah lambat, dengan jemnya dan lain-lain lagi. Along pun satu entah apalah yang penting sangat hingga nak balik juga ... baru lagi ibu hantar dia naik bas di Pudu Raya, alih-alih nak balik ... dah tu minta ibu ambil dia di tempat biasa. Lagi satu ambil tiket pukul 6.00 petang, mesti sampai nanti pukul 9 atau 10 malam. Manalah ibu biasa bawa kereta malam-malam. Agaknya dia faham masalah ibu maka dia minta kawan dia ambil dan selamatlah ibu malam tu ...




Petangnya sekembali ibu dari mengambil zeti dan sampai dirumah, angahpun muncul dengan senyum manisnya tu ... lega ibu sebab semua dah ada di rumah. Tap kasihan angah dia demam, demam peperiksaan lah agaknya atau terperanjat sebab semasa dia hendak mula periksa dia dapat berita yang gurunya masuk icu dan ketika dia sedang menjawab soalan, gurunya tu meninggal ... kasihan kan tak lah dapat arwah tu melihat kejayaan anak-anak muridnya.


Angah dan uda

Uda pulak dah tak sabar menunggu hari Jumaat nak cuti panjang, tapi ingat ... tahu depan dia pulak berperang dengan peperiksaan PMR. Tunguuuuuuuuuuuuuu ....

Tuesday, November 11, 2008

BADMINTON LAGI

RABU (12/11/08)

Hari ni adalah hari kedua angah menduduki peperiksaan dan setiap kali habis periksa dia mesti sms kat ibu, kebetulan pulak dia ada bawa telefon maka mudahlah dia menghubungi ibu. Untuk dua minggu ni mungkin ibu rasa tak selesa sikit dan malasnya nak buat hard copy fm untuk office.

Sedang ibu mengupdate blog ni kedengaran tel berbunyi dan ibupun angkat. Nak tahu siap yang telefon? Partner ibu semasa pertanding badminton minggu lalu .... Oleh kerana kami dahpun menang (Johanlah katakan) maka diapun ajak ibu untuk bersama-sama main game tersebut. Untuk panaskan badan katanya, seminggu dua kali, sebulan RM20.00 seorang selama 2 jam. Nampaknya ibu tertarik juga dengan tawaran tersebut dan ikut joint sama. Tak apalah kan sesekali nak panaskan badan.

Inilah medal yang ibu dapat tu ....

Oh ... ya ... teringat pulak tentang perlawanan badminton antara bahagian minggu lepas. Macam nak mati ibu bermain, tahu ajalah dah lama tak turun ke gelangang. Baru dua hari latihan dah nak lawan. Pada permulaan perlawanan tu nampaklah tak berkeyakinan dan akhirnya kalah .... tapi adalah peluang untuk main kali kedua maka ibupun bermainlah dengan sepenuh hati dan akhirnya berjaya juga menumpas jaguh-jaguh JKJR. Fuhhhh ..... punyalah suka ibu dan teman dan akhirnya kami pulang dengan membawa medal serta wang tunai. Sampai rumah, tunjukkanlah kat babah, dia cuma senyum kambing aja, tapi zeti pulak suka tengok ibu dapat medal tu ...




Cantik tak?

Monday, November 10, 2008

ANGAH MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM HARI NI ...

KHAMIS (11/11/08)


Malam tadi ibu dapat sms dari angah, tapi ibu tak dapat menjawabnya kerana ibu tidur awal keletihan. Zetipun ibu tak tahu bila masa dia tidur tapi pagi tadi bila ibu tanya babah, kata babah masa dia balik zeti dah tidur dah .... Pukul 2.00 pagi ibu terjaga dan bergegas melihat sms telefon dan terlihatlah catatan angah "Salam... Mak doakn jaar tau.. Klo bley puasa erk.. K tata" begitulah tulisan dalam sms tu ... siap pesan minta ibu berpuasa. Oklah ... kalau jaar tak pesan pun ibu akan sentiasa mendoakan kejayaan anak-anaknya ... dan hari ni ibu berpuasa untuk mengiringi perjuangan angah. Ibu yakin angah boleh melakukannya! SEMUGA BERJAYA.






Beginilah keadaan anak-anak kita yang sedang bertungkus lumus menjalankan kewajibannya untuk kejayaan masa depan .... Ini pemandangan di dalam dewan tapi kata angah dia menduduki peperiksaan dalam kelas dia aja ... lupa lak ibu nak tanya berapa orang dalam satu kelas tu ....

Sunday, November 9, 2008

SARI PERISTIWA SEPANJANG MINGGU

SABTU (1/11/08)

Sabtu ni ibu dan zeti masih dalam kekalutan, pagi ni babah pergi pasar seperti biasa. Ibu pulak kenak masak awal sikit sebab petang jumaat rima kawan lama ibu ajak pergi ke rumah mel kawan lama rima. Oleh kerana rima dah ajak dan mel pun sama, maka ibu ikutkan sajalah kehendak mereka. Ibu ajak babah sama tapi babah malu .... (nak rehat katanya..) jadi ibu dan zeti ajalah pergi ke rumah mel. Pukul 1.00 tgh. ibu dah siap dah ... tapi rima ajak pergi pukul 3.00 ptg. maka terpaksalah kami tunggu lagi. Di luar nampaknya cuaca tak berapa elok, walau bagaimanapun ibu dan zeti pergi awal sikit ke rumah rima dan kemudian kami ke rumah mel. Setibanya kami di sana ramai tetamu yang ada, ingatkan sampai lewat jemputan dah berkurangan tapi semuanya datang lewat. Ketika kami leka menjamu selera hujanpun turun dengan lebatnya. Lah ... macam mana nak balik ni ... Akhirnya kami buat keputusan untuk redah aja hujan tu .... kemudian ibu dan zeti singgah di rumah rima. Lama juga kami berbual, sebab lama dah tak jumpa hinggalah tak sedar cik abang rima dah balik dari kursus di kl. Oleh itu kenalah kami berundur untuk balik ke rumah dan di rumah babah zeti dah tunggu untuk ke pasar malam pulak.

AHAD (2/11/08)

Pagi ni ibu tak buat pun sarapan sebab babah nak beli roti canai telor untuk uda dan zeti serta capati untuk ibu dan babah. Angah dan along tak balik minggu ni ... dia nak balik minggu depan .. Sementara menunggu babah balik dari beli akhar dan roti canai ibu sempat juga mencuci baju dan mula mengeluarkan juadah yang akan dimasak hari ni.

Setelah babah pulang kamipun bersarapan tapi si zeti susah benar dia nak makan... Sebenarnya hari ni ada kenduri kawin kawan sebelah tempat duduk ibu, tapi ibu tak pandai nak gi sendiri sebab babah pulak ke rumah kawannya yang baru pindah ke putrajaya. Jadinya selepas memasak ibu cuma duduk melayan zeti sehinggalah babah balik pada sebelah petangnya. Oleh kerana pagi tadi kami ditinggalkan maka ibupun mengajak babah keluar untuk membeli baju dan kasut sebab hari Selasa ni ibu nak gi interview. Nampaknya babah ikut aja kemana ibu nak pegi. Fikir punya fikir, ibupun ajak babah ke metro kajang. Sebelum ni kami tak pernah pergi ke tempat tersebut sebab disitu susah nak dapat parking, tapi petang tu alhamdulillah dapatlah kami parking kereta. Walaupun jauh sikit tapi kami tak kisah, nak tengok sangat tempat tu ...

Mula-mula sekali ibu ajak babah tengok kedai kasut dulu ... sebab sebelum ni teman ibu pesan kalau nak gi interview nanti pakailah kasut sarung. Cari punya cari akhirnya dapatlah kasut sarung yang harganya taklah mahal sangat ... kira oklah tu ... babah yang pilih, tapi ibu yang bayar. Kemudian kami ronda-ronda lagi di setiap tingkat dan terjumpalah satu kedai yang menjual pelbagai jenis baju kurung dan moden. Mulalah ibu membelek satu persatu baju di situ dan apabila terjumpa yang berkenan saiznya lak tak sesuai. Tapi ibu beli juga baju yang saiz ibu dengan zeti yang memilih corak dan warnanya. Kemudian kami ronda lagi dan tetiba babah terlihat satu kedai yang menjual pelbagai jenis baju yang boleh dikatakan murah juga harganya dari baju yang ibu beli tadi. Apa lagi ibu, babah dan zeti pun sibuklah membelek baju-baju yang terdapat di situ, kebetulan pelanggan tak ramai maka senanglah kami memilihnya. Akhirnya ibu pilih baju kurung warna purple seakan batik. Kira oklah tu ... babahpun berkenan. Tapi kali ni ibu beli, babah bayar. Fuhhhhh ... lega ...

Setelah dapat apa yang ibu mahu, kami pun balik ke rumah dengan hati yang gumbira ... kali ni zeti tak dapat apa-apa ...

Wednesday, November 5, 2008

INTERVIEW DAH HABIS, DUGAAN DAH BERAKHIR

RABU (5/11/08)


Pagi ni ibu nak gi interview di SPA, kebetulan pulak malam tadi babah beritahu yang diapun kena pergi temuduga esok pagi. Baru tengahari tadi dia orang beritahu, apa lagi mengelabahlah babah mencari sijil-sijil dan maklumat yang lain. Kebetulan pulak bulan lepas ibu baru aja mengemaskini sijil-sijil lama babah dan ibu ke dalam clear folder, maka mudahlah juga mencarinya. Kemudian mencari pulak baju yang sesuai bersama tali leher, ok ada semuanya. Maka pagi tu ibu dan babah terpaksalah kena interview, tak tahulah siapa yang berjaya. Kami sebenarnya belum bersedia lagi nak ditemuduga ....


Beginilah suasana ditempat temuduga tu ..

Setelah menghantar zeti (tak sihat dia demam) ibu cepat-cepat ke Parcel C untuk mencari parking kereta. Almaklumlah di sana tu seperti juga di tempat ibu, susah nak dapat parking. Semasa melepasi pintu pagar, tergerak hati ibu untuk belok ke kiri dan alhamdulillah terjumpalah satu lot untuk ibu parking. Kemudian ibu bergegas jalan ke SPA, waktu tu dah hampir pukul 8.00 pagi. Setibanya di tkt 6, ramai dah orang yang duduk menunggu untuk diinterview termasuklah ibu. Pukul 9.00 pagi barulah bilik temuduga untuk ibu nombornya menyala maka bermulalah gelodak hati ibu menahan darah gemuruh menanti giliran. Tahu ajalah dah 20 tahun tak ditemuduga, aleh ... aleh nak ditemuduga maka tak terjawab ibu, pada hal semua soalan yang ditanya itu, hari-hari dah ibu buat dan lihat. Hai .... tak tahulah apa nak jadi dengan ibu ni ...


Calon yang ditemuduga ...

Habis aja ibu ditemuduga, mereka berpesan untuk ibu dapatkan sijil asal ibu tu ... Ibu mengia ajalah saranannya tu ... Ibu tak terus balik tapi ibu masih sempat lagi bersembang dengan mereka yang lain. Setelah agak reda, ibu pun minta untuk beredar balik mengambil zeti di tadika. Ibu kasihan kan zeti yang masih lagi demam ... Nampaknya hari tu ibu tak ke pejabat kerana dah dua hari zeti ikut ibu ke pejabat. Demamnya masih lagi tak reda dan malamnya pulak panas badannya terlalu tinggi hingga dia meracau-racau.


Malam tu sekembali babah dari office, dia pun bertanya ibu tentang hal interview tu dan ibu pun ceritalah apa yang ibu alami. Begitu juga dia, satu bilik dua calon sekali ditemuduga, tapi ibu satu bilik satu calon dan dua penemuduga. Walau bagaimanapun kami jadikan itu sebagai pengalaman yang indah sepanjang kerjaya kami.