DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Tuesday, December 23, 2008

HURRY! KAMI MENANG ....

SELASA (23/12/08)

Alhamdulillah ......... segala usaha kami telah terbalas kini, iaitu dengan memenangi dua daripada tiga pertandingan (KMK, Kebersihan & Moto Q). Terbalas kini segala usaha para penghuni Unit kami, terutama mereka yang terlibat dalam KMK. Segala penat lelah tak mengira ada kerja, ke tidak, mereka tetap datang walaupun hari Cuti SABTU. Syabas kepada mereka (En. Saiful, En. Faruq, En. Adi, En. Adam, Cik Waheeda, Cik Zurina, Pn. Lili, En. Lutfi dan Pn. Ruslaini - ahli KMK) yang telah berjaya mengondol TEMPAT KEDUA. Tempat Pertama dimenangai oleh Bahagian Koprat dan Ketiga dimenangi oleh Bahagian Kewangan.

Terima kasih juga diatas komitment semua warga kami dalam menjayakan pertandingan kebersihan dimana atas usaha kami bersama maka kami telah memenangi tempat ketiga. Tempat Kedua dimenangai oleh Bahagian Akaun dan Tempat Pertama dimenangi oleh Bahagian Koprat. Seronok tengok ketua bahagian kami menerima hadiah tersebut. Insyakallah tahun hadapan kami akan cuba bolot kesemua hadiah-hadiah tersebut dari Bahagian Koprat. Hadiah-hadiah yang kami menangi berupa Sijil Penyertaan dan Piala Pusingan. Kalau dapat hamper lagi bagus kan, boleh kami nikmati bersama seperti ditahun-tahun yang lalu.

Dalam acara mencipta moto hari Qualiti pulak telah dimenangi oleh Pn. Zainab dari Bahagian Pentadbiran. Motonya adalah CEPAT, CEKAP, SEMPURNA DAN BERKESAN, mudah aja kan. Beliau menerima piala dan sijil penyetaan. Dengan kemenangannya itu moto ciptaan beliau telah menyerikan lagi penutup semua memo dan surat. Tahniah! kak Nab ..... Ibu ada menyertainya tapi tak berjaya, kasihan ibu ....... Walau bagaimanapun ibu dahpun memenanginya pada beberapa tahun yang lalu.

0 ulasan: