DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Thursday, January 29, 2009

Amazing Way To Preserve Refrigerated Fruits And Vegetables!!

Here's something useful sent to me recently..... You might want to try out..

VEGETABLES!!! AN INDONESIAN MAID SHARED WITH ME A WEEK AGO A WAY TO PRESERVE FRUITS AND VEGETABLES WHICH SHE LEARNED FROM A FAMILY WHEN SHE BABY-SAT FOR THEM IN KL. THAT FAMILY WAS USING "ALUMINUM COATED PLASTIC BAGS" TO KEEP THEIR FRUITS AND VEGETABLES FRESH FOR WEEKS!!! ITS SO AMAZING.




I THOUGHT IT WAS A GOOD IDEA TO SAVE SOME UNWANTED RESOURCE WHICH MOST PEOPLE WOULD THROW AWAY WITHOUT ANY 2ND THOUGHT AND HERE I AM SHARING WITH YOU THE USEFULNESS OF THIS UNWANTED RESOURCE.HERE IS THE TYPE OF ALUMINIUM COATED PLASTIC BAG FROM QUAKER. YOU CAN USE ANY OTHER TYPE AS WELL AS LONG AS IT HAS THE SAME TYPE OF MATERIAL.YOU CAN PUT PLENTY OF FRUITS AND/OR VEGETABLES IN IT..LOOK....


.AFTER 1 WEEK.....THE VEGETABLES ARE STILL FRESH! AMAZING, ISN'T IT??? NO DEHYDRATION AT ALL.LOOK AT THE OCRAS. THEY ARE STILL VERY, VERY FRESH WITHOUT ANY DEHYDRATION AT ALL. BUT DON'T FOLD OR SEAL THE OPENING OF THE BAG. JUST LEAVE THE BAG OPEN AND IT WILL DO THE MAGIC WORK FOR YOU ALREADY. .....


TRY IT OUT.....YOU WOULD SURE LIKE IT VERY MUCH TOO.INSTEAD OF THROWING THESE USEFUL THINGS AWAY, RE-USE IT AGAIN AND YOU WILL BE INHERENTLY JOINING THE GROUP OF "SAVING THE MOTHER-EARTH" CAMPAIGN TOO.

Ok .... selamat mencuba .....

NAK CERITALAH SIKIT ...

KHAMIS (29/1/09)

Salam sejahtera untuk tetamu yang sudi singgah ke rumah sepi ibu ni ... petang ni agaknya mood ibu ok sikit, maka tercoretlah sedikit kisah sepanjang melalui akhir tahun 2008 dan awal tahun baru 2009.


Oleh kerana kemalasan melanda disebabkan sedikit kegawatan masa maka selama itu juga blog ibu ni tak terjengah oleh ibu. Tapi hari ni kemalasan itu berkurangan dan adalah sedikit masa yang terulang untuk ibu coretkan kisah kami sepanjang bulan januari ni ....


Awal bulan lalu ibu terlalu sibuk dengan urusan persekolahan anak-anak, si zeti akan melangkah ke TADIKA, uda akan ke FORM 3 dan along pulak dapat melangkah ke Semester ke 2. Ini bermakna perbelanjaan ibu turut bertambah, tapi alhamdulillah dengan adanya separuh lagi bonos maka dapatlah ibu menampung perbelanjaan tersebut. Disamping itu banyak pulak cuti di penghujung tahun 2008 dimana ibu mengambil kesempatan menyebukkan diri dengan menceriakan lagi suasana rumah ibu yang dah lima tahun tak berubah. Kebetulan pada waktu hujung tahun anak-anak cuti sekolah maka boleh lah ibu minta pertolongan mereka. Babah pulak sibuk dengan menguruskan kursus INDUKSI anak-anak buahnya di Port Dickson selama 2 minggu, maka selama itulah dia tak bersama-sama kami.



Sepanjang waktu tersebut ibu taklah balik ke kampung, cuma pada 13 - 14 Januari 2009, setelah babah selesai menguruskan kerjanya, ibu mengajak babah menghantar along balik ke Segamat dan kemudian singgah ke kg ibu. Sebelum itu kami bermalam di rumah kakak di Felda Redong dan esoknya barulah ke Kolej along. Setelah selesai di situ, oleh kerana masih awal lagi maka kami pun bertolak ke muar. Sempat juga kami makan dan tidur untuk merehatkan badan. Disamping itu si zeti pulak dapatlah dia bertemu dengan sepupunya dan bermain seketika. Pukul 5.00 petang barulah kami balik ke Putrajaya. Gembira juga rasa hati kerana dapat berjumpa dengan mak ibu.



Kini sekolah telahpun bermula dimana zeti merasa seronok sangat berada di sekolah barunya tu .. almaklumlah kini dia tidak lagi bercampur dengan kanak-kanak 4 dan 5 tahun. Dia kini dah 6 tahun dan di sekolahnya ada dua kelas (orange dan pink). Zeti di kelas orange dimana cuma ada 9 orang murid aja.



Tapi angah ... sedih aja bila awal persekolahan bermula, sebab dia dah tak sekolah lagi dan tak dapat jumpa dengan kekawannya. Dia ashik termenong melihat gelagat orang ke sekolah. Itulah masa sekolah dulu main-main tak mahu menghayati alam persekolahan dan kini bila dah tak bersekolah barulah terasa keseronokan berada di sekolah. Setelah dua minggu rehat dan tidak membuat apa-apa, akhirnya angah ambil keputusan untuk menghabiskan waktu-waktu terluang untuk bekerja. Berkat usahanya sendiri mencari dan menghadiri temuduga akhirnya dia berjaya kerja di Restoran BURGER KING dekat ALAMANDA. Kebetulan pulak restoren tersebut baru beroperasi. Oleh itu sekiranya ada sesiapa yang teringin makan BURGER KING singahlah ke Alamanda Putrajaya dimana sebelum anda berurusan di Pejabat Pos singgahlah ke restoren Burger King. Promosi nampak!!!!


Bersama-sama teman sedang mentelaah disaat-saat akhir di hari peperiksaan SPM yang lalu


Aktiviti dimalam terakhir setelah dua tahun bertungkus lumus menimba ilmu untuk penghidupan di masa akan datang. Mungkin saat-saat inilah yang amat dirinduai angah sekarang ni agaknya ....


Waktu-waktu terakhir beramah mesera dengan teman seperjuangan sebelum semuanya kembali ke rumah masing-masing

Disurau inilah tempat angah dan teman beribadah sambil berriadah dan mentelaah disetiap waktu persekolahan. Kini semuanya tinggal kenangan .....



Di asrama inilah tempat untuk angah melelapkan mata serta belajar berdikari sepanjang dua tahun, walaupun banyak rintangan dan halangan untuk meneruskan perjuangannya ...
Inilah kelas angah dimana di sinilah dia belajar dan disini lah juga tempat dia menduduki peperiksaan SPMnya.

Diam tak diam kini angah dah hampir empat minggu bekerja di restoren tersebut. Babah pulak begitu teruja kerana dia ditawarkan kerja baru dan kini sibuk menyiapkan diri untuk menghadiri kursus INDUKSI selama 3 minggu di Port Dickson. Dulu dia menguruskan orang untuk kursus INDUKSI tapi kini dia pulak kena kursus INDUKSI..... Ini bermakna tinggallah ibu sendirian menguruskan hal-hal rumah tangga selama babah berada di sana dan selepas tu tak tahulah kemana babah akan ditugaskan untuk bekerja. Yang cuma ibu bimbangkan dimasa ketiadaannya ialah keputusan peperiksaan angah keluar dan siapalah nanti nak bawa angah ke sekolahnya di Sg. Buluh untuk dapatkan keputusan peperiksaan. Minta-minta biarlah selesai dulu urusan babah dan barulah keputusan peperiksaan angah keluar.

Mengenai Along pulak, dia terpaksa lewat satu semester untuk mengikuti latihan industri kerana dia kena mengulang untuk tiga mata pelajar yang tak dihadirinya semasa peperiksaan akhir semester pertama yang lalu. Ibu dah banyak kali ingatkan dia untuk hadir kelas tapi dia kata tak apa ... hah sekarang ni barulah menyesal dan rugi masa pulak tu ... terpaksa tunggu satu semester lagi. Nasib baik dia dibenarkan ulang lagi, kalau diberhentikan nak buat macam mana? Nak cari kerja sekarang ni bukannya senang, susah kalau memilih ... Ini yang buat ibu mula nak pot pet pot pet .....

ITULAH KISAH ANAK-ANAK KU SAYANG ....

Thursday, January 22, 2009

PINTU-PINTU REZEKI DI BUKA

PINTU-PINTU REZEKI DI BUKA

Bersempena bulan mulia ini pintu rezeki dibuka bagi keluarga ibarat bahan bakar bagi kenderaan bermotor, tanpanya kenderaan bermotor akan berhenti, begitu pula keluarga, tanpa rezeki ia tidak tegak. Oleh kerana itu masalah rezeki bagi kebanyakan keluarga adalah masalah utama yang menyibukkan mereka kerana ia memang pemenuh hajat hidup keluarga.

Menurut pengamatan tidak sedikit keluarga yang berpandangan bahawa berpegang kepada syariat Islam mengurangi peruntukan rezeki dan menutup sebahagian pintu-pintunya, lebih parah dari itu ada yang beranggapan bahawa untuk meraih kemudahan dan kelapangan rezeki maka mata harus ditutup dari batasan-batasan syariat khususnya terkait hukum halal haram, akhirnya muncul celetukan, Hari ini masih memikirkan halal-haram, yang haram sahaja sulit didapat lebih-lebih yang halal.

Dalam keadaan ekonomi yang berat, orang-orang menganggur meningkat jumlahnya, akibatnya pekerjaan terasa menipis kerana diperebutkan oleh angka yang besar sementara hajat hidup tidak pernah mengenal kata henti, terus meningkat jumlah dan harganya, hal mana semua itu menuntut keluarga bekerja keras mencari sebab-sebab dan pintu-pintu rezeki alternatif demi memenuhi tuntutan hidup, bukan sesuatu yang tercela selama hal tersebut dalam batas-batas koridor yang diletakkan syariat.

Hanya sahaja kebanyakan keluarga muslim dalam usaha mencari sebab-sebab dan pintu-pintu rezeki hanya bertumpu kepada sebab-sebab materialistik semata di mana ia juga menjadi tumpuan keluarga-keluarga pada umumnya, maka yang terpikir oleh keluarga-keluarga tersebut adalah misalnya membuka usaha ini dan itu, berdagang ini dan itu, belajar keterampilan ini dan itu, hanya sebatas itu, titik, tidak lebih.

Kita tidak mungkiri bahawa semua itu merupakan sebab-sebab dan pintu rezeki akan tetapi keliru manakala yang terpikir hanyalah sebatas itu kerana di samping sebab-sebab tersebut masih ada sebab-sebab dan pintu-pintu rezeki lain yang jarang terpikirkan oleh kebanyakan orang dan justeru ia lebih mujarab.

Sebab tersebut adalah mengetuk pintu Allah sebagai pemilik dan pembahagi rezeki sesungguhnya. Allah tidak membiarkan manusia tanpa petunjuk dalam mencari rezekiNya, Dia telah mengurus dan meletakkan sebab-sebabnya. Jika manusia berkenaan mengetuk pintu Allah niscaya sebab-sebab rezeki akan dimudahkan olehNya tanpa keraguan. Pertanyaannya dengan apa kita mengetuk pintu Allah?

PERTAMA - TAUBAT DAN ISTIGHFAR

Taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan perbuatan dosa. Dan istighfar adalah memohon perlindungan kepada Allah dari nampak buruk dosa yang dilakukan. Yang dimaksud dengan taubat dan istighfar di sini bukan sebatas ucapan tanpa bukti nyata perbuatan sebab jika demikian maka ia bererti dusta.

Taubat yang benar adalah taubat yang memberi bekas pada perbuatan pelakunya inilah taubat pembuka pintu rezeki Allah. Firman Allah Petikan dari Surah Noh Ayat 10-12 yang berbunyi
سُوۡرَةُ نُوح

فَقُلۡتُ ٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّكُمۡ إِنَّهُ ۥ كَانَ غَفَّارً۬ا (١٠) يُرۡسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡكُم مِّدۡرَارً۬ا (١١) وَيُمۡدِدۡكُم بِأَمۡوَٲلٍ۬ وَبَنِينَ وَيَجۡعَل لَّكُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ وَيَجۡعَل لَّكُمۡ أَنۡہَـٰرً۬ا (١٢)
Maksudnya: Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. (10) (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; (11) Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). (12)

Kita baca bagaimana ayat di atas menetapkan janji Allah dari istighfar yakni kemakmuran hidup: hujan turun deras, harta dan anak-anak diperbanyak sebagai bukti kemakmuran, kebun-kebun ditumbuhkan yang disalir oleh sungai-sungai sebagai sumber hidup.

Amirul Mukminin Umar bin Khattab berpegang kepada ayat di atas manakala dia keluar meminta hujan, yang dilakukannya adalah beristighfar. Begitu pula al-Hasan al-Basri, ketika dia didatangi oleh tiga orang pengadu. Yang pertama mengadukan kekeringan, yang kedua mengadukan kesempitan hidup dan yang ketiga meminta doa agar dikaruniai anak. Al-Hasan menjawab dengan satu jawab, "Beristighfarlah."

KEDUA - BERTAKWA

Bertakwa kata Imam an-Nawawi adalah mentaati perintah Allah dan larangan Allah. Yang pertama dengan melaksanakannya dan yang kedua dengan menjauhinya. Takwa merupakan sebab dibukanya rezeki oleh Allah bahkan ia merupakan sebab diangkatnya kesulitan.

Firman Allah Petikan dari Surah At-Thalaq Ayat 2-3 yang berbunyi
سُوۡرَةُ الطّلاَق
فَإِذَا بَلَغۡنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمۡسِكُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٍ أَوۡ فَارِقُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٍ۬ وَأَشۡہِدُواْ ذَوَىۡ عَدۡلٍ۬ مِّنكُمۡ وَأَقِيمُواْ ٱلشَّهَـٰدَةَ لِلَّهِ‌ۚ ذَٲلِڪُمۡ يُوعَظُ بِهِۦ مَن كَانَ يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۚ وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا (٢) وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا (٣)

Maksudnya : Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya) dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu (3).

Hafizh Ibnu Katsir berkata, Maksud ayat ini adalah barangsiapa bertakwa kepada Allah dengan melakukan apa yang diperintahkanNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya niscaya Allah akan memberinya jalan keluar serta rezeki dari arah yang tidak diduga yakni tidak terlintas dihatinya." Firman Allah Petikan dari Al-Araf Ayat 96 yang berbunyi
سُوۡرَةُ الاٴعرَاف
وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡہِم بَرَكَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَـٰهُم بِمَا ڪَانُواْ يَكۡسِبُونَ (٩٦)

Maksudnya: Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

KETIGA - TAWAKAL

Tawakal adalah menyandarkan diri kepada Allah yang diikuti dengan usaha maksimal dalam batas-batas yang dibolehkan, ia merupakan salah satu sebab yang dengannya Allah membuka rezekiNya bagi hamba-hambaNya. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya : Sesungguhnya, seandainya kalian bertawakal kepada Allah sebenar-benar tawakal, nescaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung. Mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang - Petikan dari Hadis Riwayat At-Tirmidzi.

Hadis ini menjelaskan bahawa barangsiapa bertawakal kepada Allah niscaya dia dilimpahi rezeki yang cukup seperti burung-burung yang pergi pagi dalam keadaan perut kosong dan pulang petang dalam keadaan kenyang.Bagaimana tidak demikian sementara dia telah bertawakal kepada dzat di mana barangsiapa bertawakal kepadaNya nescaya Dia akan mencukupinya, firman Allah Petikan dari Surah At-Thalaq Ayat 3 yang berbunyi
سُوۡرَةُ الطّلاَق

وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا (٣)

Maksudnya : Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.


Perlu ditekankan di sini bahawa tawakal tidak bererti berpangku tangan dan meninggalkan usaha dan jerih payah, justeru usaha dan penat payah itu termasuk bahagian dari tawakal. Lihatlah burung dalam hadits di atas, ia bertawakal tetapi ia tetap berangkat pagi menyongsong rezekinya di hari itu.

KEEMPAT - SILATURRAHIM

Silaturrahim adalah menyambung rahim yakni kerabat dekat dengan berbuat baik kepada mereka melalui ucapan dan perbuatan sesuai dengan tuntutan semasa. Nabi saw telah menetapkan bahawa salah satu sebab rezeki adalah silaturrahim. Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhamad SAW bersabda yang Maksudnya : Siapa yang senang dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya) maka hendaklah ia menyambung (tali) silaturrahim.

Dalam hadis ini Nabi Muhamad SAW menetapkan bahawa silaturrahim menghasilkan dua perkara : keluasan rezeki dan bertambahnya umur atau panjang usianya . Dari sini Imam al-Bukhari meletakkan bab untuk hadits di atas, 'Bab orang yang dilapangkan rezekinya sebab silaturrahim.'

Silaturrahim mempunyai pengaruh besar dalam berkembangnya harta dan menepis kemiskinan dan kesulitan hidup bahkan orang-orang yang bermaksiat boleh berkembang hartanya disebabkan oleh silaturrahim. Ini adalah barakah silaturrahim.

Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abu Bakrah bahawa Nabi saw bersabda : "Sesungguhnya ketaatan yang paling disegerakan pahalanya adalah silaturrahim. Bahkan hingga suatu keluarga yang ahli maksiat pun, harta mereka boleh berkembang dan jumlah mereka bertambah banyak jika mereka saling bersilaturrahim. Dan tidak ada suatu keluarga yang saling bersilaturrahim kemudian mereka kekurangan."

KELIMA - INFAK DI JALAN ALLAH

Yang dimaksud dengan infak di jalan Allah adalah memberikan sebahagian harta kepada jalan Allah yakni jalan-jalan agama dan kebaikan seperti membantu fakir miskin, menyokong amal dakwah, mendukung jihad melawan orang-orang kafir dan yang sejenisnya.

Berinfak di jalan Allah adalah salah satu kunci rezeki hal ini ditetapkan oleh beberapa dalil dari al-Quran dan hadis. Allah berfirman, Petikan dari Surah Saba Ayat 39 yang berbunyi
سُوۡرَةُ سَبَإ
قُلۡ إِنَّ رَبِّى يَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن يَشَآءُ مِنۡ عِبَادِهِۦ وَيَقۡدِرُ لَهُ ۥۚ وَمَآ أَنفَقۡتُم مِّن شَىۡءٍ۬ فَهُوَ يُخۡلِفُهُۖ ۥ وَهُوَ خَيۡرُ ٱلرَّٲزِقِينَ (٣٩)

Maksudnya : Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.

Perhatikanlah, "Allah akan menggantinya," dengan apa Dia menggantinya? Boleh menggantinya dalam bentuk pahala dan boleh pula dalam bentuk rezeki kerana Dialah pemberi rezeki sebaik-baiknya. Jadi barangsiapa berinfak bererti dia meraih janji penggantian dari Allah sebaliknya adalah sebaliknya, ertinya hartanya lenyap tanpa ada janji penggantian dari Allah.

Harta adalah pinjaman, ia pasti akan habis kerana kita pasti menggunakannya maka beruntunglah orang yang pada saat dia menghabiskan hartanya diberi janji penggantian, dengan begitu hartanya akan tetap mengalir silih berganti ditambah dengan pahala yang bertambah.

Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a. Nabi Muhamad SAW bersabda yang maksudnya : Allah Taala berfirman, ' Wahai anak Adam! Berinfaklah, nescaya Aku berinfak(memberi rezeki) kepadamu.

Thursday, January 1, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2009

RABU (1/1/09)

Alhamdulillah ..... selamatlah sudah kita melalui dan meniti liku-liku kehidupan disepanjang tahun 2008 dan kini tiba masanya kita berjuang untuk teruskan perjalanan selagi diizinkan untuk menempuh dan menghadapi cabaran-cabaran yang belum lagi kita ketahui bentuknya bagi tahun baru 2009. Nampaknya sepanjang tahun lalu banyak juga cabaran-cabaran yang telah ibu lalui, ada yang berjaya dan ada juga yang gagal. mungkin disebabkan kekuatan dan keyakinan diri ini masih belum lagi cukup kuat untuk menghadapinya.

Angah dengan aksinya

Along lan yang selalu buat ibu pening

Uda yang dalam kebingungan


Walau bagaimanapun, alhamdulillah semuanya telah selamat ibu lalui dengan hati yang ikhlas. Untuk tahun baru ini mudah-mudahan ibu sekeluarga dapat melaluinya dengan penuh keyakinan dan kesabaran. Mungkin banyak dugaan yang akan ibu lalui tapi ibu akan cuba untuk melaluinya kerana anak-anak ibu kini semuanya dah mula membesar dan kini sedang melewati alam remaja. Ibu tak perlu lagi memikirkan rengekan dan tangisan manja mereka untuk didukung, di suap dan sebagainya.

Cuma kini ibu hanya perlu memastikan segala keperluan dan persiapan mereka untuk meniti alam remaja dapat diatur dan dilaksanakan dengan sempurna. Kini ibu bebas bergerak cuma si kecil itu sahajalah yang masih memerlukan pertolongan ibu bagi menguruskan dirinya dan si uda yang masih tercari-cari hala tuju dirinya dimana tahun ini adalah tahun ujian baginya untuk terus berjaya dalam pelajaran.

Si kecil zeti yang masih perlu dipenjara lagi

Renungan: -

Tahun Hijrah dan tahun Masihi telah bertukar. Maal Hijrah dan tahun baru memberi objektif untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada pada tahun ini dan tdak mengulanginya pada masa akan datang. kemunculan tahun baru menjentik minda untuk memikirkan apakah yang berlaku sepanjang tahun dan bagaimana untuk menghadapi tahun baru. Segala suka duka yang berlaku hendaklah dijadikan teladan dan sempadan untuk kita. Tiada gunanya tahun berlalu tanpa sebarang manfaat yang diperolehi dan tiada manfaatnya tahun berlalu tanpa kita memperbaikinya untuk masa akan datang...

'Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yg benar benar beriman. Mereka memperoleh keampunan dan kurniaan yg mulia'-Surah al Anfal-74....

Saudara2 kita berada dalam kesangsaraan. Hulurkan sambungan Krisis Gaza ke Aman Palestin Bhd, Maybank 562263010787 or BIMB 12029010047880. Sebarkan

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2008 DAN SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2009!!!