DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Thursday, April 9, 2009

KAMI KE KEM PLKN ULU PARI

AHAD (5/4/09)

Seperti pagi semalam, pagi ni ibu tak tahulah nak buat sarapan apa .... akhirnya ibu buatkan sarapan mee maggie aja ... dah tak tahu nak buat apa, lagipun ibu nak terus masak aja ... Ingatkan pagi ni tak terus ke kedai letrik, tapi angah dari semalam lagi ashik telefon minta kami datang jumpa dia ... Suruh bawa coklat lah, kfclah dan bermacam-macam lagi. Kesihan juga bila dia minta macam-macam. Nak tak nak, akhirnya kami pun bersiap-siaplah untuk ke Ulu Pari.

Ini adalah kali kedua kami ke Ulu Pari semenjak angah ke PLKN pada 19 Mac yang lalu. Kali pertama tu nak sampai ke sana punyalah jauh rasanya, tapi kali kedua ni .... ok lak ... sekejap aja dah nak sampai (kami bertolak pukul 10.15 pagi dan sampai pukul 12.15 tengahari). Sebelum tu kami ke Brillion di Bandar Baru Bangi untuk beli KFC dan barang-barang yang angah minta. Ibu minta babah belikan KFC sebab ibu tak sempat nak masak tadi dan lagi angahpun dah lama tak makan KFC. Disamping itu ibu bawa juga burung puyoh goreng dan pelbagai jenis buah yang telah siap di potong-potong.

Sesampai aja kami di sana, kami lihat kurang sedikit para pelawat minggu ni .... mungkin minggu lepas mereka dah pun datang melawat. Kira oklah ... sebab taklah sesak sangat di kantin. Kami apa lagi mulalah menjamu selera, kebetulan angahpun belum makan lagi dan ibu minta dia ambil nasi sebab ibu tak bawa nasi. Ibu lihat dalam pinggan yang angah bawa tu ada nasi yang telah digenangi dengan kuah, seketul ayam, sayur togeh dan sepotong buah tembikai susu. Kasihan angah makan lauk seperti orang yang duduk di hospital. Itulah lauk yang selalu ibu makan ketika ditahan diwad semasa nak melahirkan mereka dulu.

Sambil tu angah beritahu yang dia tak terpilih untuk menjadi Penghulu kumpulan sebab ketika pemilihan tersebut angah tak sihat, suaranya tak keluar semasa nak beri arahan ketika kawat kaki. Kawanya pulak terpaksa dihantar balik sebab semasa di kem tersebut pusatnya bengkak dan ada penyakit darah tinggi. Nasib baik angah dah beransur pulih cuma dimukanya penuh dengan jerawat. Kata angah minggu depan dah mula dengan aktiviti kayak.

Setelah habis makan dan berbual-bual seketika, kamipun mulalah berangkat untuk balik. Hampir sejam kami di sana dan angah sama-sama menghantar ke kereta. Semasa dalam perjalan pulang si zeti sempat mengadu kat ibu "ibu, angah tu zeti lihat kejap jadi tukang masak, kejap jadi asakar ...". Kami pun ketawa dan memang betul sejak angah mula bercuti hingga kini angah tak pun duduk diam di rumah, ashik nak buat itu dan ini. Bila zeti cakap barulah ibu perasan, sebelum ni angah kerja di BURGER KING jadi TUKANG MASAK (pakai apron dan topi) dan kini di PLKN angah jadi ASKAR (pakai baju celoreng dan topi serta kasut but). Pandainya si zeti mengomel tentang angah kesayangannya tu.


2 ulasan:

rozie rahman said...

erm..cedapnye...hehe..1st komen kat blog k.kay ni..leh share link..

OM & KAY FAMILY said...

nak ke? jom kita ke alamanda ... tima kacihlah bagi komen. No problem ... kedatangan anda dinantikan ,,