DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Wednesday, April 8, 2009

ZETI DAN IBU KENA CUCI BAJU

SABTU (4/4/09)

Seperti biasa ibu mesti terbangun awal, ingatkan nak juga golek-golek sekejap tapi mata tak juga mahu pejam, akhirnya selepas solat ibupun mulalah melihat apa yang patut dibuat. Sementara tu ... babah dah pun bersiap-siap untuk ke pasar. Biasalah tugas babah di pagi sabtu yang mulia ni .... Ibu pulak buatlah sarapan. Cengkodok ikan bilis aja ... dah lama tak buat teringin pulak nak rasa ... Semasa along ada ibu selalu juga buat sebab along suka makan cengkodok tersebut, tapi kini along dah duduk jauh jaranglah ibu buat, dan hari ni .... bila buat mulalah teringatkan kat along (sedihlah pulak ......).

Cucur ikan bilis kegemaran along dan babah

Inilah ikan2 yang terdapat di pasar

Pukul 9.30 pagi babah pun muncul dengan bakul pasarnya tu .... ibu lihat pelbagai jenis ikan, ketam (kegemaran zeti) dan ada pulak daging burung puyuh ... wahhhh ... bestnya kalau along dan angah ada kan... tentu mereka suka makan. Oh ... ya ... besok hari Ahad bolehlah bawa burung goreng untuk angah.

Contoh ikan-ikan yang dibeli oleh babah
Ibu pun cepat-cepat masak dan uruskan ikan-ikan yang di beli oleh babah tadi. Niat dihati tengahari ni nak pergi cari juga mesin basuh baru, sebab baju-baju yang masih belum dicuci masih tersadai di bilik ibu dan lebih-lebih lagi baju sekolah uda yang masih belum dicuci. Setelah siap semuanya ibupun mulalah merengek kat babah nak cari mesen basuh. Akhirnya babah terpaksa akur dengan kehendak ibu walaupun ketika itu dia tersangatlah mengantuknya. Kami bertigapun bersiaplah dan bercadang untuk ke Kajang. Sementara tu babah kenalah ambil duit dulu di Publik Bank, Kajang. Ibu dah terbayang dah mesin basuh baru .... Tapi alangkah hampanya apabila babah kata duit tak boleh keluar sebab dah habis dalam peti atm, begitu juga atm yang lain. Apalah dia orang ni ... dah tahu waktu cuti mesti orang ramai nak ambil duit, tak dimasukkannya duit dalam mesin tu ... akhirnya baliklah kami dalam kehampaan. Terus hilang angan-angan ibu dan babah pula lebih-lebih lagi, mana tidaknya dah lah jauh memandu tetiba aja tak ada. Panas dan keletihan lak tu ... kasihan babah. Maafkan ibu ya babah ....


Bengang babah ... duit tak ada dalam mesin atm

Nampak gaya kenalah ibu menguruskan baju-baju yang tersadai di bilik tu .... sebelum tu ibu kena buat operasi kemas dapur sebab mesin basuh yang lama tu ada di dapur. Kenalah angkat mesin tu dan campakkannya di luar rumah (macam kuat aja nak angkat dan campak ....). Lepas tu zeti pun mulalah sibuk nak tolong ibu (nak basuh baju) sambil tu nak main air .... maka riuh rendahlah suara dua beranak di dapur main air (nak cuci lantai dulu). Oklah, seleps tu ibu minta zeti ambil baju sekolah angah dan kemudian suruh dia masukan baju tersebut ke dalam baldi yang penuh dengan air dan rendam dengan sabun.

Macam ni ... contoh aja (perasan)

Bukan nak basuh yang ini tau ...... cian diaaaaa

Lepas itu kamipun mulalah operasi mencuci baju ... wooo .... letih oh ... sakit belakang dan pinggang ibu ni ... Zeti rilex aja, seronok seakan dia main air sambil sibuk cuci baju dia. Akhirnya sudah juga ibu dan zeti memasuh baju sekolah uda, tapi yang lainnya ibu terpaksa biarkan aja ... tunggu mesin baru nanti (tak tahu bila ..). Dah tak larat dah ...

Walau bagaimanapun untuk memujuk hati babah yang panas tadi ibu pun ajak babah ke Pasar malam. Nasib baik dia mahu pulak ... Dalam hati esok ibu mesti dapatkan mesin basuh juga sebab dah tak ada masa lagi .... lusa dah kerja.

6 ulasan:

mama ami rania said...

wah bestnye zeti cuci baju sambil tu main air ye...ehehhe..x nak ajak shahmi skali ke

OM & KAY FAMILY said...

Tentulah best shahmi .. main air kan. Masuk dlm baldi lagi .. jom shahmi joint zeti sama .. kita enjoy dulu ....

♥mama gojes♥ said...

amboi..smpi gi pasar pon ade gambo ker..hahaha..bersabarlah menunggu mesin basuh baru..

OM & KAY FAMILY said...

Tentulah ... kita ada kemera tersembunyi .. eheee.. Nak tengok mesin basuh baru? jom kita gi kedai Seng Heng. Tungguuuuu ....

♥mama gojes♥ said...

ceh..nak gi seng heng tuh...hheheee

INSPIRASIHANA said...

comelnye baby...hehe..jemput lawati blog saya di http://inspirasihana.blogspot.com dan http://hannakids.blogspot.com