DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Friday, June 25, 2010

ZETI DAN PIKACHU

JUMAAT (25/6/2010)


Nampaknya dah seminggu sekolah dibuka, ini bermakna si zeti dahpun seminggu ke sekolah tapi yang teruknya ibulah, sebab hari-hari kena tengoknya di sekolah, kalau tak pergi nanti dia cabut lari .... (balik ikut kawannya yang tak ke kelas KAFA). Ada aja alasannya bila ibu tanya kenapa tak ke KAFA?

Semasa balik dari kampung untuk mengambilnya .... sempat juga ibu bawa sama seekor anak kuching yang baru dua minggu dilahirkan ... kesihan si kecil tu terpaksa berpisah dengan ibunya pulak .... Kini dah seminggu sicomel tu berada di rumah kami dan ibu lihat dia bertambah ceria dan dah mula pandai bermain-main. Sudah tiga nama zeti bagi kat kuching tu ... Mula-mula namanya Ciki, kemudian Comel dan yang ketiganya Pikachu.

Mulanya kami panggil nama kuching tu Ciki, Zeti tak kisah tapi tetiba aja dia menangis kerana rindu kat kakak di kampung dan minta tukar nama lain ... Kemudian kami pun panggil kuching tu Comel pulak. Baru aja kami panggil Comel dia masih terasa sedih lagi ... ashik menangis rindukan kakak di kampung. Akhirnya kami bagilah nama Pikachu hingga hari ni .... nampaknya nama tu telah dapat melupakan zeti dengan kakaknya dikampung. Kalau tidak teruklah ibu mendengar rengekannya setiap hari minta bawa dia balik kampung. Mana tahannnnnn ...

Kini zeti dah ada kawan si kecil pikachu .... balik aja dari sekolah dia pun terus mencari pikachu. Pikachu pulak, bila aja kami panggil nama dia ... tetiba aja dia muncul dan mengejar kemana aja kami pergi. Untuk makanannya ibu belikan beberapa peket makan kuching di pasaraya. Pikachu suka dengan makanan tersebut dan kini ibu bagi dia makan nasi dicampur dengan ikan.

Mudah-mudahan zeti akan merasa gembira bila balik ke rumah bila ada pikachu ... buat teman dia.

Wednesday, June 9, 2010

ZETI TELEFON LAGI ...

RABU (9/6/2010)

Nampak gaya dah masuk 4 hari zeti berada di kampung .... hari pertama sepeninggalan ibu, sedih juga ... ashik teringatkan dia. Begitu juga zeti ... malam hari pertama ibu telefon ke kampung, zeti dah tidur, tak dapatlah ibu nak cakap dengannya dan esoknya pepagi lagi dia dah telefon ibu di pejabat. Ingatkan siapa tadi ... dapatlah ibu bertanya khabarnya dan ibu tanya dia kenapa malam tadi tidur awal? Penat kata dia, sebab petang itu dia main badminton. Lega dapat dengar suranya ... dan malamnya ibu pulak telefon dia, kami berbual .... dan terdengarlah suara dia terketar-ketar menjawab panggilan ibu .... agaknya dia rindu kat ibu, ibu juga turut merasakan perasaan itu dan kami berdua pun mula nak nangis (sedih kan ...). Ibu suruh dia tidur awal dan suruh dia jaga anak kucing yang dia sayang tu ...

Zeti ketika berumur 4 tahun

Esok pagi pun dia telefon ibu ketika di pejabat dan malamnya pulak ibu telefon dia .... kini kami dah dapat sesuaikan diri .... tak nangis lagi (kelakar bunyinya ...). Kini dah tiga hari ibu tak jumpa zeti ... dan tetiba malam tadi dia telefon ibu dulu ... katanya gigi dia patah berlangar dengan sepupunya. Kebetulan gigi depannya tu dah goyang pun ... tunggu masa aja nak tanggal dan akhirnya tertanggal juga. Rongaklah gigi depannya tu ... macam manalah rupanya ...

Zeti dan Kak Jihah

Tak tahulah nak cakap ... boleh tak kami bertahan selama seminggu lagi .... Ibu pulak yang tak sabar nak balik ambil dia sebab ibu tiada kawan di rumah ... babah dan abang2nya ashik jalan malam aja ... tinggal ibu seorang ... kasihan ibu kan?

Kasih ibu tetap ada walau dimana sahaja anak berada

Monday, June 7, 2010

ZETI BERCUTI DI KAMPUNG

SABTU (5/6/2010)

Hari ni, zeti dah tak sabar-sabar lagi nak balik bercuti ke kampung .... almaklumlah baru minggu lepas balik dan seronok agakanya dapat bebas bermain dengan sepupu2nya. KAFA pun dah tak berminat untuk pergi ... dan dah dua kali dia tak ke kelas KAFA. Katanya nak pegi tapi bila dia dapat tahu ibu tak datang tengahari, maka diapun senyap-senyap balik ke rumah dan bila ibu telefon aja ke rumah maka terdengarlah suaranya. Ini tak boleh jadi ... macam manalah nak bagi dia minat untuk ke KAFA ye ...


Sepupu2 zeti di kampung

Zeti tengah posing dengan sijil dan hadiah tadika dulu ..

Oleh kerana malas nak dengar rengekannya setiap hari maka ... hari ni ibu dan babah pun bawalah zeti balik kampung. Abang2nya pulak tak berminat nak balik ... Ashik terperap dengan game aja .... Lantak kaulah ... ibu nak balik ... Pepagi lagi ibu bangun, siapkan sarapan dan masakkan sedikit makanan untuk abang2 zeti untuk makan tengahari. Petang nanti pepandailah mereka nak makan ... masak ke .... beli ke ... tak kisahlah.

Bergaya dengan angahnya di taman


Angah ketika latihan menembak di PLKN

Sebelum tu ... kami ke Kajang dahulu untuk mengambil gigi yang babah tempah minggu lepas ... sesampai di kedai itu, ibu lihat seorang macik sedang menahan kesakitan kerana baru aja giginya dicabut. Dalam pada kesakitan tu ... sempat juga dia bertanya sama ada kami datang nak cabut gigi juga ke? Katanya juga sebatang gigi yang dicabut harganya RM60 ... Wah ... mahalnya, yang sakit siapa kita sendiri juga kan ...


Along, angah dan zeti di rumah

Setelah selesai urusan babah di klinik tersebut, maka bermulalah perjalanan kami ke kampung. Nampak gaya suasana dijalan raya berjalan lancar aja ... dan akhirnya kami sampai di Sungai Rambai dimana ketika itu upacara meraikan pengantin sempena pembukaan tempat untuk menaiki bot mengelilingi Sg. Kesang dan Sg. Rambai, Melaka. Ramai orang ramai beratur untuk menaiki bot untuk mengelilingi Sg. Kesang (salah satu acara yang baru dirasmikan oleh Menteri Besar Melaka). Ibu dan babah bercadang nak naik bot tersebut tetapi dihalang oleh zeti. Dia dah tak sabar nak balik ke rumah neneknya dan kami mengalah ...

Sesampai kami di kampung, ibu lihat suasana rumah sunyi aja .. ada ke tidak orang di rumah ni? Ibu pun mengelilingi rumah dan terlihat sesetengah tingkat tidak berkunci. Pasti masih ada penghuninya. Kalau tiadapun ibu terpaksa mencari jalan masuk sebab malas nak balik semula ke Putrajaya. Akhirnya terjumpa jalan masuk ke rumah dan kemudian muncul pokda zeti dari belakang rumah. Rupa-rupanya dia keluar ke belakang, yang lain-lain dahpun pergi ke Segamat pada petang Jumaat, cuma dia aja yang tinggal. Nasib baik kami cepat sikit, kalau tidak pokda zetipun dah pergi ...


Dihadapan rumah di kampung

Malam tu kami sekeluarga terpaksalah menganggap rumah tersebut sebagai rumah sendiri dimana ibu kenalah masak untuk makan malam ... kebetulan pulak maklong zah masih ada di rumahnya di seberang jalan dan dapatlah kami sponser lauk dari maklong zah disamping lauk sadin ibu.

Juadah makan malam kami

Disebabkan zeti nak tinggal di kampung, kenalah ibu tunggu sehingga nenek zeti balik dari Segamat dan sedang ibu menyediakan juadah tengahari akhirnya mereka muncul dan kamipun makan tengahari bersama. Dengan itu esoknya sahlah zeti tinggal di kampung, ibu dan babahpun balik ke rumah. YaHOO ... kami honeymoon seminggu ....

Tuesday, June 1, 2010

SETAHUN DAH BERLALU

SELASA (1/6/2010)

Hari ni ... oh ya .... hari ni ... nak tahu kenapa dengan hari ni? Sebenarnya hari ni genaplah setahun ibu berada di KKM. Bila dikenang kembali masa nak datang ke KKM punyalah payah ibu nak melangkah pergi .... ke seberang kompleks aja ... (KOMPLEKS E). Bukannya jauh sangat .... tapi kini setelah setahun jadi penghuni Blok E1 barulah hati dan perasaan tu dapat menerima kenyataan ... kenyataan yang kini ibu telahpun berhijrah ke KKM.

Teman-teman tersayang yang telah ku tinggalkan ....

Pagi tadi ada majlis perhimpunan bulanan ... dan ibu diarah untuk pergi menghadiri perhimpunan tersebut bagi wakil Unit ibu. Kini dah 3 kali (termasuk hari ni) ibu menghadirkan diri di perhimpunan bulanan ... dan akhirnya ibu akur yang ibu kini telah menjadi warga KKM yang sejati. Setahun ibu di sini dan Dewan Serbaguna KKM ini telah beberapa kali ibu lawati ... Selama setahun itulah ... ibu pernah ketawa dan menangis di dewan ini. Mana tidaknya setiap kali ada ceramah, terutama ceramah bulanan "Bicara Rohani" ibu akan turut hadir meluangkan masa untuk menambah ibu pengetahuan disamping memenuhi tuntutan buku log (catatan kehadiran kursus atau ceramah dan sebagainya) sebanyak 7 hari. (Dan sewaktu pulang dari perhimpunan bertembunglah ibu dengan perpustakaan ... disitulah selama seminggu lebih ibu ditempatkan sebelum mendapat tempat yang sebenarnya. Boleh dikatakan semua buku-buku dan majalah telah ibu lihat dan pegang (aja) dan pagi ni ibu melihatnya lagi tapi takpun singgah dan tetiba aja ... ibu teringat, dah setahun ibu di sini).

Kini ibu dah dapat 3 hari untuk dicatat dalam buku log, iaitu menghadiri kursus pt cemerlang (boleh ke ibu cemerlang seperti dulu-dulu?). Ibu berkursus di Langkawi, naik kapal terbang lagi ... inilah kali kedua ibu menaiki kapal terbang ... alhamdulillah, ibu dibenarkan berkursus ke Langkawi sedangkan ibu bertugas di KKM barulah masuk setahun jagung ... Oklah tu kan ... Itupun nasib baik ibu dapat pujuk si dara ibu tu tinggal dengan abang dan ayahnya. Kenalah ayahnya cuti 2 hari nak jaga si daranya. Terima kasih ye babah ... lain kali ibu nak gi lagi boleh tak? Kalau boleh hujung tahun ni ibu nak gi lagi kursus ... sebab sebelum ni ibu jarang pergi kursus terutama yang jauh-jauh, nak timba ilmu seadanya.

Tentang kerja tu ... ibu rasa ibu boleh uruskan cuma kekadang aja, ibu mudah lupa ... almaklumlah dah senja, ibu harap eo ibu tak kisah ... tapi kalau selalu tu ... kisah juga dia nanti. Nampak gaya kenalah ibu makan banyak kismis doa ...

Alhamdulillah ... setahun telah berlalu dan kini masuk ke tahun dua ... kalau budak sekolah tahun dua tu .... dahpun pandai membaca. Begitu juga dengan ibu .... mudah-mudahan masuk tahun kedua di KKM bertambah lagi ilmu dan dapat memantapkan lagi perihal perkerjaan ibu. Doa ibu sentiasa mengharapkan agar ibu dapat buat yang terbaik untuk warga Program Perubatan amnya dan KKM khususnya. Semuga kejayaan ibu sentiasa ada di mana-mana .... amin, amin ya rabul alamin.

Oklah ... sampai di sini dulu, dah malam, nak tidur ... si dara dah tidur dah ... chou bedah .....

Sunday, May 9, 2010

SELAMAT HARI IBU

AHAD (9/5/2010)

Emmmm .... nampaknya hari ni sungguh mengembirakan bagi setiap insan yang bergelar ibu ... apa tidaknya, di sana sini anak-anak akan bercerita pasal ibu masing-masing. Pagi tadi sambil ibu menyediakan makan tengahari ibupun bunyikan radio dan terdengarlah bertalu-talu ucapan-ucapan yang indah-indah dari insan-insan bergelar anak .... dan diikuti pulak dengan lagu-lagu yang berceritakan pasal ibu, umi, mummy, emak dan sebagainya .... Terhubur juga ibu didapur mendengarnya ... Ingatkan hari ni nak relex aja ... tunggu anak-anak buat sarapan tapi hampehhhh ... semuanya tidur berdengkur ...


Dari itu ibu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat ibu tersayang yang kini berada di kampung. "Ibu, maaf jua ku pinta kerana tidak dapat bersama-sama meraikan hari ini di sisi mu, tapi diri ini sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu .... saya sayang IBU".

Inilah ibu ku sayang .... jasamu tetap ku kenang hingga ke akhir hayat ...

Dan tetiba terdengar bunyi deringan sms di telefon bimbit ibu. Ibu bergegas mendapatkannya dan terpaparlah kata-kata ini .... "Ya Allah, wanita yang membaca sms ini adalah seorang ibu yang cantik, kuat, sabar & saya menyayanginya. Kau tingkatkanlah kehidupannya dengan rezeki yang berkat, kau rahmatilah setiap langkahnya dalam mencari rezei keluarganya. Kau bersihkanlah hatinya, kau kuatkanlah imannya .... kau peliharakanlah dia dari fitnah. Amin Ya Rabbilalamin" ... SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU ... Terpaku ibu seketia dan terus mengaminkan doa itu .... terima kasih teman kerana sudi mengirimkan sms ini ... Ini yang ibu nak cerita sikit ni ... nak baca tak?

"Disutu pagi yang hening tatakala insan sedang lena dibuat mimpi indah, sang ibu bingkas bangun untuk menjalankan kewajipannya, menyediakan sarapan untuk anak-anak yang akan mencari sarapan apabila tersedar dari mimpi indah ... Sang ibu terus menyediakan peralatan untuk ia mencari rezeki di ... sambung nanti ....

Monday, May 3, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO ANGAH & CIK ZURINA

SELASA (4/5/2010)

Nampak gaya .... setiap tahun dua orang ni hadir dalam memori blog ibu kan .... Angah sekarang ni tengah sibuk dengan final examnya dan rabu ni adalah exam yang terakhir. Mudah-mudahan angah berjaya untuk kekalkan pinjaman mara. Walau bagaimanapun ibu terlebih dahulu nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY TO YOU .... jangan nakal-nakal tau ...., pengajian perlu diteruskan walaupun awek sentiasa seiring jalan .... Bulatkan tekat, kuatkan azam angah pasti berjaya ...... doa ibu sentiasa mengiringi setiap langkah perjalanan angah agar dipanjangkan umur, dikuatkan iman, sihat dan HAPPY GO LUCKY ALWAYS ..... Tapi baru hari Sabtu (8/5/10) barulah dapat ibu belikan angah kek ... tengok tu cantik tak kek angah, tapi yang tak bestnya si zeti tu dia pulak sibuk sama nak potong kek dengan angah. Birthdaynya minggu depan ...

Kek yang belikan untuk angah dengan zeti di Bintang, Bangi


Tengok tu .... bergaya angah dengan keknya ....


Balik aja kami dari Bangi, terus zeti ajak angah potong kek ... dia yang tak sabar dah ...

Untuk Cik Zurina (kawan pejabat lama), walaupun kita semakin menyepi diri, ingatan pada kehidupan kita dimasa lalu sentiasa indah dalam memori ibu. Disebabkan leka dengan kerja seharian hubungan kita kini terdiam tapi ibu tetap akan ucapkan SELAMAT HARI LAHIR MU semuga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipercepat pertemukan jodoh dan berbahagia selalu ..... ibu tetap ingat kamu.

Bila ku lihat dirimu seperti kita masih bersama ....

ISO DAH BERAKHIR DAH ,,,,

KHAMIS (29/4/2010)

Alhamdulillahhhhhhhhh ...... semuanya dah berakhir cuma tunggu pada Julai 2010 dimana akan diadakan pulak audit sirim. Ibu masih lagi kena diaudit sebab ...... ibu tak ikut peraturan yang mereka buat dulu .... Tak apalah .... Kini ibu dah mula membuat penambah baikan kepada kerja ibu ... terutama OFI yang ibu terima tu ......

Semasa mesyuarat penutupnya .... ibu tak banyak main peranan, cuma sebagai pemerhati, orang barulah katakan .... Tengok dulu macam mana suasana mesyuarat penutupnya .... kalau rasa boleh bawa, tahun depan bolehlah cuba .... tapi rasa-rasayanya ibu belum cukup yakin lagi .... Tapi kalau dah dipaksa, cubalah juga. Macam eo ibu, nak tak nak kena juga dia mempersembahkan apa yang telah didapati hasil dari pengauditan kumpulannya kerana ketuanya mc. Kenalah dia menceritannya. Nampak gaya dia steady aja .... siap pantun 4 krat lagi. Nasib baik kumpulan ibu tidak memberi NCR atau OFI dan sebagainya kepada auditee yang diaudit .... kalau tidak (tak apa ....), kumpulan ibu orangnya dah lama bertugas di situ dan mahir pulak perihal ISO ni .... jadi ibu ikut ajalah apa yang mereka inginkan. Sedikit sebanyak, ada juga yang tidak berpuas hati dengan OFI/NCR yang diberikan kepada tugasan mereka (yang jadi auditee/auditor) dan cuba membela rakan-rakan yang kena NCR/OFI ... tapi akhirnya .... mereka akur dengan keputusan ketua.

Akhirnya tepat pukul 6.00 petang mesyuarat penutup pun berakhir dengan sedikit jamuan ringan dan ada yang dah cabut dulu sebab dah tiba waktu balik ...... ibupun turut sama cabut ....

Tuesday, April 27, 2010

ISO OH ISO ....

SELASA (27/4/2010)

Uhhhhh .... ibu sekarang ni tengah demam isolah, tak disangka-sangka ibu dah terlibat sama dalam aktiviti ISO di tempat kerja ibu ni. Dulu masa di pejabat lama ada juga ibu joint sama dalam hal-hal iso, tapi oleh kerana iso ni cerewet sikit maka, mereka yang terlibat tak terlarat nak uruskannya, dan rasanya hingga kini ianya tak kesampaian .... agaknya .... tapi mungkin tidak .....

Hari ni adalah hari permulaan ibu bertugas sebagai juruaudit (dalaman aja ......) hinggalah hari khamis ni .... Tak disangka-sangka banyak juga perkara yang berlaku sepanjang 9 bulan ibu berada di KKM. Terutama pasal isolah .... Ingatkan semuanya (mengenai iso) dah berakhir bila ibu berhijrah ke tempat baru .... tapi ... hampehhhhhh .... kena juga ... Ibu rasa ada juga kebaikan ibu menyertainya ... sebab ibu kini dah mula dapat menyakinkan diri bila berhadapan dengan pegawai atasan. Taklah rasa gementar bila nak berhadapan dengan mereka ... tak seperti dulu, bila dengar aja ada orang atasan nak jumpa, dah mula mengelabah .... tapi .... Alhamdulilah kini perasan tiada keyakinan pada diri sediri dah mula melepaskan ikatannya dari diri ibu.

Dan pagi tadi tepat pukul 10.30 pagi bermulalah sesi pengauditan di Unit ibu dimana ibu dan eo menjadi auditee. Banyak juga soalan yang ditanya .... seperti biasalah bila diminta untuk bercerita perihal kerja yang telah ibu lakukan .... mulalah ibu tergagap-gagap nak menjawabnya. Seperti apa yang telah ketua jabatan ditempat kerja lama ibu katakan ... yang ibu ni lemah pada pengucapan atau penyampaian tapi berjaya dalam penghasilan kerja. Itulah perkara yang kini ingin ibu kurangkan ia berada dalam diri ibu ni .... Mudah-mudahan dengan adanya aktiviti seperti ini dapatlah ibu membuat penambahbaikan dalam kerjaya ibu dewasa ni .... Terima kasih juga kepada Eo ibu dan kawan ibu Suziana yang sama-sama dengan ibu dalam sesi pengauditan pagi ni ...

Hai .... banyak juga penambahbaikan yang perlu ibu urusan hasil dari pengauditan tersebut ... Almaklumlah ibu cuma ikut apa yang orang lama buat, dan tak terfikir pulak perkara itu terlibat dalam pengauditan .... Dan esok (28/4/2010) tiba pulak giliran ibu menjadi auditor ..... Tak tahulah apa yang hendak di tanya nanti .... tukang catat maklumat boleh lah .... tapi tukang tanya soalan ... agaknya belum boleh lagilah ..... Mudah-mudahan semuanya akan berakhir dengan jayanya dan kalau boleh tak nak bagi orang lain kena NCR. Bak kata ISO, juruaudit ni bukanlah tugasnya nak mencari kesalah orang tapi cuma nak beri penambahbaikan hasil kerja seseorang. Dengan itu hasil kerja akan bertambah baik, cepat dan menetapi kehendak pelanggan. Tidak kah gitu yang kita mahu?

Oh .... ya ... dalam pada ibu kekalutan dengan iso tetiba aja dapat panggilan dari si dara ibu tu .... minta ibu datang dapatkannya sekarang juga .... sedangkan waktu tu dah pukul 1.30 tengahari. Mengelabah ibu dibuatnya terutama bila dengar dia dah mula nak nagis ..... tapi ibu kuatkan semangat dan sedapkan hati serta berdoa agar perkara-perkara yang tak sepatunya berlaku tidak akan berlaku. Maka pada petangnya selepas sesi perbincangan dengan kumpulan ibu, ibupun mulalah tak sedap duduk .... tak tahu perihal si dara ibu tu ... takut dia sampai rumah dulu dari ibu .... dia tiada kunci dan angah pulak tengah sibuk dengan final examnya .... dan tak balik rumah. Ibu pulak lupa nak pesan dia suruh tunggu ibu di sekolah ....

Akhirnya tepat pukul 5.00 petang ibu pun cabut dulu ..... dan tak dapat nak ot hari ni .... Alhamdulillah bas cepat sampai dan sesampai ibu di rumah dia sedang termenung menunggu ibu sampai dan ibu nampak wajahnya yang nak nagis sambil katanya ..... ada cicak tadi dan dia takut cicak .......

Friday, April 16, 2010

TERSALAH UPDATE BLOGLAH ...

JUMAAT (16/4/2010)


Lah tersalah pulak update blog .... ingatkan nak update blog ibu yang gerasang ni tapi terupdate blog zeti yang sunyi sepi tu ... tapi tak apa ... ibu cuba copy ....

Puhhhhh ... lama beno ibu tak memblok kan, walau bagaimanapun alhamdulillah ramai pulak pengunjung yang datang melawat rumah ibu ni ... tima kaceh ye .... ibu bukannya dah tak nak mengemas rumah persingahan ibu ni ... tapi ... ashik kesuntukan masa aja .... almaklumlah ... dulu lain, sekarang lain. Dulu ibu happy go lucky, tapi lah ni happy go bezzy ... memanjang. Penat tau ...

Dah nak senja ni ..... barulah nak mengasah otak, masa dulu-dulu ashik dok tumpulkan otak. Hentahlah tak faham ibu .... Bilalah kerja-kerja ibu tu nak selesaikan? Masa ibu dok office lama dulu, ibu tengok pt-ptnya relex aja ..... tapi bila time ibu nak joint dia orang, lain pulak ceritanya ...

Saboh ajalah kan .... Walau macam manapun ibu kena relexkan otak ibu ni juga ...supaya taklah sampai terkolap nanti ..... almaklumlah ....usia dah senja .... suasana keliling dah mula malap. Mintak-mintak biarlah sepanjang perjalanan menuju waktu senja tu, ibu dapat bekerja dengan aman dan tenteram.

Kebetulan malam ni mata ibu kurang mengantuk, tak seperti hari-hari lain, bila dah kenyang, mulalah mata nak pejam aja ... hinggakan zeti baca buku di sebelah ibu, ibu tak sedar pun. Yang ibu tahu dia dah tergolek dengan bukunya juga ... "Apalah mama ni ..." itulah kata-kata yang selalu zeti luahkan kepada ibu, bila mana dia tak berpuas hati dengan ibu..



Oklah nampaknya itu aja luahan hati ibu untuk membuka kata, nanti bila kerja ISO ibu dah selesai kita cerita lagi. Tunggggguuuuuu .... assalammualaikummmmm .....

Saturday, January 9, 2010

MADAHKU

Khas buat kalian semua sebagai renungan ....

ZETI DAN MULA MENDAFTAR DI SEKOLAH BARU

31 Disember 2009

Alkisah di pagi ini, ibu ditugaskan oleh babah untuk membawa zeti mendaftar ke sekolah barunya. Alhamdulillah, oleh kerana ibu cepat mendaftar zeti ke sekolah, maka dapatlah zeti sekolah berhampiran dengan rumah ... Hari ni ibu kena ambil cuti untuk mendengar taklimat persekolahan zeti.

Zeti dengan sijil tadika dan cenderahatinya

Pada mulanya zeti tak mahu pergi ke sekolah barunya tapi setelah ibu pujuk maka barulah dia mahu memakai baju sekolah barunya (baju kurung putih, kain biru dan bertudung). Beg pula ibu bawa beg kecil aja sebab belum ada buku lagi. Pukul 7.15 kamipun bertolak dari rumah dengan berjalan kaki aja ... zeti nampak malu dan takut-taku. Sesampai di sekolah, ibu lihat dah ramai ibu bapa dan anak-anaknya telah berada di sekolah. Ibupun terus melihat nama zeti di papan kenyataan dan kemudian meletakkannya ditempat yang ditetapkan. Sementara tu ibu terus ke tempat lain. Dari jauh ibu lihat dia tunduk dan berwajah masam .... (malu bercampur takut agaknya). Tepat pukul 9.30 pagi ibu bapa diarah ke bilik perbincangan dan anak-anak di bawa ke kelas untuk menjalani ujian bagi menentukan tahap kecekapan mereka membaca, menulis dan mengeja. Akhirnya pukul 10.15 pagi barulah taklimat sesi pertama berakhir dan kami dibenarkan membawa anak masing-masing untuk ke makan di kantin.

Zeti dengan uniform barunya dengan wajah malu bercampur mahu ke sekolah baru

Kemudian murid-murid diminta beratur di tempat mula tadi dan diberi kelas sebenar mereka. Sebelum itu, ibu lihat zeti kembali ceria dan berpeluk-pelukan dengan teman-teman tadikanya dahulu. Maka bermulalah kembali suasana kejar mengejar antara zeti dan teman-teman lamanya dan akhirnya tudung yang sopan tadi telah ditanggalkannya dengan alasan panasssssssssss .... Begitu juga dengan rakan-rakannya yang lain.

Hari pertama persekolahan, ceria seketika

Alhamdulillah zeti lulus ujian tadi dan ditempatkan ke kelas keempat dari lima kelas. Kemudian ibu bapa menyambung taklimat sesi kedua sementara itu murid-murid di bawa ke kelas masing-masing dan diberikan buku pinjaman. Akhirnya pukul 1.15 tengahari tamatlah sudah sesi pra sekolah dan bermulalah minggu orentasi bagi zeti di sekolah barunya.


Sekembalinya ke rumah dia begitu seronok sekali untuk datang semula pada awal tahun baru nanti, tapi ibu pulak keletihan yang teramat sangat .... nak pengsan dibuatnya. Nasib baik sebelum mendaftar ibu dah minta angah belikan buku tulis dan sebagainya maka tak perlulah ibu berbaris panjang untuk membeli buku sekolah zeti.

SELAMAT TANUH BARU 2010

Salam kerinduan buat semua kekawan ibu di sana ... Walaupun tahun baru dah seminggu berlalu tapi ibu rasa masih sempat untuk ibu mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010, cantikan nombornya ...

Dengan kedatangan tahun baru 2010 maka berakhirlah sudah tahun 2009 ... Tahun yang penuh cabaran bagi ibu sekeluarga ... Dan tahun baru 2010 pula adalah tahun permulaan untuk ibu sekeluarga bergerak maju untuk memperkemas dan memantapkan lagi kedudukan masing-masing. Ibu dan babah dengan kerjaya barunya, angah dan along dengan suasana alam remajanya, diikuti pula dengan uda yang sedang mengikuti perkembangan abang-abangnya dan akhir sekali si dara ibu ... zeti dengan alam persekolahan sebenarnya .....

Mereka semua kini dalam perjalanan untuk menuju ke destinasi masing-masing .... Mudah-mudahan tahun baru 2010 akan terus membawa dan membimbing kami sekeluarga kejalan yang diredai Allah s.a.w. dan mendapat restu darinya, aminnnnnnnn ........

Monday, December 14, 2009

KEMBALI SEMULA BERCERITA HAL ANAK-ANAKKU SAYANG

ISNIN (14/12/09)


Selamat berjumpa kembali ke alam bloger .... lama juga ibu tak jenguk rumah ni kan .... tapi hari ni tetiba aja ibu teringatkan kat rumah persingahan ibu ni ... Diam tak diam dah hampir 7 bulan ibu berada di KKM. Kini ibu dah mula menyesesuaikan diri dengan kerja-kerja seharian. Kebetulan pulak semua kerja-kerja yang ibu lakukan sekarang ni adalah kerja kegemaran ibu. Cuma yang ibu tak minat ialah mencari penel penemuduga .... nasib baik eo ibu ada sama-sama membantu mencarinya maka kuranglah rasa tertekan. Bagi lain-lain kerja insyakallah ibu akan cuba memperbaikinya lagi. Kalau boleh apa maklumat yang orang sekeliling mahukan dapat ibu berikan dengan mudah, cepat dan tepat .... Ibu kerja untuk mencari rezeki yang halal kenalah buat dengan ikhlas kerana Allah.

Begitu juga dengan angah, dah 7 bulan angah berada di KPTM dan telah pun tamat semester pertamanya dimana dua hari yang lepas keputusan peperiksaanya pun keluar. Alhamdulillah angah berjaya di semester pertamanya dengan keputusan yang agak baik walaupun tak sehebat rakannya yang berada di kampus UITM (mendapat anugerah dekan). Tahniah angah ... usaha lagi. Insyakallah semester kedua nanti renganlah beban kewangan ibu sebab angah dijangka akan dapat pinjaman MARA dan angah bercadang untuk tinggal di putrajaya dan tidak di asrama/rumah sewa. Esok, oh ya esok ... dijangka motosikal yang kami beli untuk kemudahan angah berulang alik dari rumah ke kampus boleh diambil. Angah dah tak sabar nak menunggang motosikalnya tu .... begitu juga dengan along dan uda teringin sama untuk menaikinya.

Untuk along pulak, kami akan belikan motosikal untuknya juga tapi along masih was-was lagi untuk menunggang di jalan raya. Tahun hadapan, kembalilah along ke dunianya di Segamat, dah 6 bulan dia berehat dan kini tibalah masanya untuk meneruskan perjuangannya yang masih tinggal beberapa semester lagi. Harapan ibu semuga along akan terus berusaha sehingga ke penghujungnya.

Tinggal beberapa minggu lagi UDA pulak akan mengetahui nasibnya sama ada kekal di Sekolah lama atau akan berhijrah ke Sekolah Vokesyenal. Keputusan peperiksaan PMRnya akan keluar tak lama lagi. Mudah-mudahan biarlah keputusannya itu memuaskan hati kami semua dan kami terima dengan hati yang reda kalaulah itu dah ketentuannya.

Begitu juga dengan Zeti (sidaraku) itu ... dengan tamatnya Disember maka berakhirlah zaman keanak-anakannya dan kini zeti dah mula melangkah ke alam kanak-kanak. Dari cakap-cakapnya kepada ibu nampaknya dia berbelah bagi sama ada untuk terus di TADIKA atau ke SEKOLAH. Katanya bila di sekolah nanti, kerja sekolah banyak nak dibuat dan lagi katanya dia akan kehilangan kawan tahun 5 dan bermacam-macam lagi alasan-alasannya untuk menghilangkan rasa takut kehilangan kawan. Mudah-mudahan rasa curiga dan was-was itu akan tamat apabila dia menjejakkan kakinya ke alam persekolahan yang sebenarnya nanti. Bila dibelikan baju sekolah barunya dia begitu teruja untuk memakainya dan setelah dicubanya dia merasa gembira sekali terutama bila pakai tudung.

Begitulah kisah anak-anaku sayang di sepanjang Disember ini dan mereka semua teruja untuk kembali ke arena masing-masing di tahun 2010. Semuga ALLAH senitasa merahmati, mempermudah dan memberkati segala usaha mereka sepanjang tahun 2009 begitu juga dengan kedatangan TAHUN 2010 membawah rahmat dan kebahagian buat mereka berempat (ANAK-ANAKU SAYANG).

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM DAN TAHUN BARU 2010 kepada semua para pembaca blog terutama blog ANAK-ANAKKU SAYANG .... Ibu sayang kamu semua ....

Friday, October 9, 2009

MINGGU RAYA DAN UBAHSUAI OFFICE

ISNIN - JUMAAT (5-9/10/09)

Sepanjang minggu ini adalah minggu rumah terbuka, sama ada di pejabat, rumah dan dimana-mana aja terdapat kemah di sana sini. Seperti juga di pejabat ibu ... sepanjang minggu ini mereka ashik makan ... makan dan makan aja. Semua tingkat bergilir-gilir membuat pejabat terbuka. Bergilir-gilirlah kami menghadiri ke jamuan mereka itu, tapi ketika itu ibu tak dapat sama meraikannya ... sepanjang minggu ini ibu terlalu letih dan kepala ibu tersangatlah sakitnya. Tak tahulah sama ada darah tinggi ibu naik ke ... malas nak ke kelinik cuma makan ubat tahan sakit aja.


Hari isnin yang lalu ada Jamuan Perpisahan dan Jamuan Raya dimana Unit ibu dengan dibantu oleh unit-unit lain telah bertungkus lumus membuat persiapan seperti biasalah ... hias sana, hias sini, atur meja dan berbagai-bagai lagi sehingga lupa ibu untuk balik ke rumah. Sedar-sedar aja dah jam 5.30 petang, huh .... dah terlewat 30 minit, kemana lah si zeti cikgunya tinggalkan ... Ibu nak balik ambil zeti tengahari, tapi malas nak keluar tunggu bas. Nanti terus tak balik ke pejabat ...


Tepat pada waktunya acara pun bermula .... barulah ibu dapat melihat sebahagian dari ketua-ketua di pejabat baru ibu ni .... Yang tak bestnya ruang untuk meraikan acara ini sungguh terhad tak dapat nak sama-sama duduk mendengar ucapan, last sekali barulah ramai yang datang nak makan ... almaklumkan duit dah di bayar, makan mesti nak makan .... Walau bagaimanapun apa-apa jamuan di akhirnya nanti mesti terdapat makan yang berlebih-lebihan. Tak salahkan mereka yang mengorder kan.... Kalau kita order sikit, nanti orang datang ramai, tapi bila order banyak berlambak-lambaklah makan tersadai ... walaupun dah ditapau ....

HARI SELASANYA PULAK .... Unit ibu mengadakan office terbuka dan juga jamuan perpisahan, selamat pengantin baru dan yang best sekali acara bertukar-tukar hadiah .... masing-masing dah tak sabar nak tengok apa hadiah yang bakal mereka terima. Semuanya last minit beli hadiah. Hentam aja apa yang nak di beli .... yang bestnya coklat pun ada ... Dan akhirnya makanpun berlebihan.... jadi apa lagi acara tapau menapau pun bermula sehingga makanan habis. Untuk itu ibu ucapankan Selamat Maju Jaya kepada EO Azian (eo ibu) yang akan bertukar ke JAKIM, Selamat Datang kepada EO Rohana dan juga Selamat Berbahagia untuk teman Ibu yang mungkin sekarang ni dah pun bergelar Puan Sharifah semuga kekal hingga ke akhir hayat dan di sini juga ibu ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Bertunang kepada seorang lagi teman sepejabat ibu ... LIN semuga bersabar menunggu saat bahagia di Hari Persandingan nanti. Kepada mereka berdua maaf jua ibu pinta kerana tidak dapat bersama meraikan hari bersejarah mereka itu. Dari jauh ibu pohon agar acara gilang gembilang mereka itu berjalan lancar hendaknya.

RABU DAN KHAMIS .... ibu keberantakan (kepala teramatlah sakitnya) sehingga semua kerja-kerja ibu terbengkalai. Sakit .... ditambah-tambah lagi dengan bunyi bising orang bertukang dan juga bau besi yang dipotong sungguh menyakitkan kepala ibu dan seperti biasa pukul 5.00 petang aja terus cabut lari balik. Tak tahannnnnnnnnnnnn .....

HARI JUMAAT PULAK .... dari pagi lagi kami semua bergotong royong mengubahsuai ruang pejabat. Yang bestnya ibu dah pun berpindah ke tempat tetap ibu. Sebelum ni ibu menumpang di tempat PAP selama tiga bulan (kasihan mereka dah lama tak dapat duduk ditempat sendiri). Setiap kali orang baru masuk, tempatnya jadi mangsa. Kasihan kan .... Acara gotong royong terpaksa ditangguhkan pada sebelah petang sebab kami ada acara lain untuk diisi pada waktu rehat ... Oleh kerana tiada siapa lagi yang tinggal di pejabat maka ibu pun pergilah ke pejabat lama, kebetulan cik waheeda dah tiga kali call ibu tapi ibu tak jawab.

Akhirnya ibu gi juga lah ... rindu juga kepada mereka semua. Ingatkan nak minta Cik Waheeda jemput ibu tapi bila ibu tengok cuaca redup aja ibu jalanlah .... Sesampai di sana acara dah berakhir tapi makanan masih banyak lagi bolehlah ibu menjamu selera dan kebetulan perut dah lapar ... Bahagia rasa dapat jumpa dan berada di tempat kedatangan ibu ke alam pekerjaan. Ditempat itulah ibu mula kenal kawan, berkahwin, beranak pinak dan nasib baik tidak sempat untuk bercucu cicit. Bila di sana ibu seperti masih lagi bekerja di KPM dan bila balik ke KKM bertambahlah seronok lagi sebab dah dapat computer baru, meja baru dan semuanya baru. Mudah-mudahan ibu dapat kekal dan dapat berbakti kepada warga KKM (terutama di Program Perubatan). Mudah-mudahan mereka semua senang dengan kehadiran ibu.

Saturday, September 26, 2009

SERONOK DAPAT BALIK RAYA KE KAMPUNG IBU

JUMAAT (18/9/09)


Hari ni ibu dan zeti tak berminat lagi untuk gi kerja dan juga ke tadika, hati kami dah mula terlonjak nak balik kampung. Walaupun pada awal ramadan yang lalu kami dah pun balik, tapi raya tetap balik sebab tahun lepas kami behari raya di Ulu Yam. Kali ni raya reramai dengan adik beradik sebelah ibu pulak. Tapi kali ni abang long ibu tak beraya dengan kami. Walau bagaimanapun tak mengapa ... kali ini ibu dapat beraya dengan pak usu zeti. Dah lama kami tak beraya bersama. Setiap tahun bila raya aja dia balik kedah, tapi kali ni dia terpaksa balik Muar sebab ubahsuai rumahnya belum siap lagi. Kalau tidak kami tak berpeluang nak raya bersama, bila dia balik aja ke rumah nenek, ibu dahpun balik ke rumah ibu.

SABTU (19/9/09)

Hari Jumaat Babah masih kerja lagi ini bermaka kami akan balik pada petang sabtu. Pagi sabtu babah kena bawa kereta ke workshop sebab aircond dah rosak tapi bila babah balik, ibu pun tanya "dah baiki ke aircond kereta tu?" "Belum lagi .... mahal sangat ... mana nak cari duit, nak raya lagi" Akhirnya kami balik ke kampung tanpa ada aircond, tak apalah kan, janji dapat balik kampung. Kami bertolak pukul 3 petang dan babah ikut jalan lama, takut kalau jalan jem lagi. Ingatkan sempat berbuka di kampung tapi tersangkut di Air Keroh dan kami cuma berbuka dengan KFC dan minum air gas. Ehhh .... kembung perut ibu dibuatnya dan seperti yang dijangka perut ibu mula meragam. Akhirnya kami sampai juga ke kampung pada pukul 9.00 malam. Sesampai aja ibupun terus mencari nasi dan seronok dapat makan makanan kegemaran ibu (asam pedas ikan duri). Bila dah kenyang barulah ibu nampak ketupat nenek zeti dahpun bergantungan di atas para dapur. Terlepas ibu nak tolong nenek zeti rebus ketupat ... tapi selepas tu perut ibu kembali memulas lagi sehinggalah dipagi hari raya ....

Tuesday, September 15, 2009

IBU DAH ADA PEMBANTU

SABTU & AHAD

Minggu ni seperti biasa bangun awal dan mulalah alih itu dan alih ini. Hasilnya ibu lihat sama aja, melainkan kalau perabut lama tu diganti dengan yang baru .... barulah ada perubahan kan? Perabut dirumah ibu ni semuanya dah berusia ... ada yang dah hampir 18 tahun tapi masih ok lagi. Malas nak tukar yang baru sebab bila beli yang baru, yang lama masih elok tu nak di letak kat mana? Rumah ibu ni bukanlah besar sangat, nak hantar balik kampung ... susah tiada siapa nak uruskan. Akhirnya tak merasalah nak melawa dengan yang baru.... Cian ibu kan... Tak tahulah bila hendak ada perubahan.

Dulu bila ibu mula aja mengubah peralatan di rumah, zeti mulalah marah .... "apalah mama ni ... ashik aja alih itu, alih ini" tapi sekarang ni diapun sibuk sama nak cantikkan tempat dia bermain. Bila nampak aja cantik dimata dia, mulalah dia kata "cantik kan mama?". Yelah tu ... Kini bila waktu memasak aja ibu tak payah panggil along untuk tolong potong sayur ke ... masak nasi ke ... Semuanya zeti nak buat .... terutamanya bab basuh pinggan. Rajin betul dia basuh (yang penting dapat main air). Abang-abangnya pulak ambil kesempatan minta dia basuh pinggan. Hai ... tak tahulah bila besar nanti ... habis dibuli oleh abang-abangnya. Tapi yang ibu tak berkenan kat zeti ni ialah bila dia makan (coklat dsbnya) pembalutnya akan dibiarkan bertaburan. Ni ibu yang tak gemar ...



Walau bagaimanapun dia adalah seorang anak gadis sunti yang tak duduk diam .... tak pernah tidur siang. Itulah ceritanya sigadis sunti ibu tu ....

Monday, September 7, 2009

PERGI SHOPPING KE BINTANG, BANGI

Pagi Sabtu ibu bangun sahur seperti biasa tetapi selepas solat subuh ibu teringin nak tidur seperti mereka dan cuba untuk lena. Boleh juga tapi badan terasa sangatlah letih ... dan payah benar nak bangun. Patutlah anak-anak ibu kalau dia tidur tak bangun-bangun dan begitu juga yang disarankan supaya tidak boleh tidur terlalu sangat di siang hari di bulan ramadan ni

Selalunya selepas subuh ibu tak pun tidur sehinggalah tengahari, barulah hendak berehat dan tidur sebentar. Tapi pagi ni ibu dah bersiap-siap awal untuk mengajak babah ke Warta di Bangi. Sesampai kami di sana kedai-kedai masih belum banyak yang dibuka, begitu juga dengan kedai cermin mata yang kami nak pergi. Sementara menunggu kedai tersebut di buka kamipun berjalan-jalan melihat barang-barang yang terdapat di Pasaraya Bintang. Sambil membelek barang-barang di situ ternampak pulak songkok dan kain pelekat, maka ibupun membeli songkok untuk uda (kebetulan uda ada ikut sama) dan juga tiga helai kain pelikat untuk along, angah dan uda tapi terlupa untuk babah. Tapi babah dah dapat kain pelikat free dah ...

Selepas tu kami keluar untuk ke kedai lain dan kedai cermin mata yang hendak kami pergi tu baru aja buka kedainya dan kamilah orang pertama yang mengunjunginya. Along dan uda mulalah sibuk memeriksa matanya, sementara ibu, babah dan zeti sibuk membelek pelbagai jenis cermin mata di kedai tersebut. Along powernya taklah banyak tapi uda powernya banyak kata penjual tersebut. Uda dah lama komplen yang matanya tak boleh nampak benda yang jauh, tapi ibu ashik terlupa aja nak bawa dia ke kedai. Kebetulan dibulan puasa ni uda tiada aktiviti di waktu pagi maka dapatlah kami bawa mereka bersama. Setelah semuanya selesai kamipun membayar deposit dan esoknya dijangka cermin mata tersebut siap.

Kemudian kami ke kedai baju dan membeli dua helai seluar dan sehelai T-shirt untuk along (RM60.00 aja), zeti pulak minta carikan baju raya untuk dia. Cari punya cari dapatlah baju kurung sehelai dan baju gaun sehelai, kesemuanya berjumlah RM85.00. Uda dan along dah mula nak balik (tak larat katanya) tapi ibu, ayah dan zeti masih lagi bertenaga dan kamipun ke kedai barang-barang dapur. Hendak tak hendak mereka kena juga ikut ibu beli barang-barang dapur dan dalam keletihan tu ... sempat juga mereka membeli shampo dan lain-lain lagi barang keperluan harian mereka.

Setelah tu kami pun terus berangkat pulang dan sampai di rumah dah pukul 2.30 petang. Kira oklah tu .... rehat sekejap dan kemudian mula operasi di dapur. Sekarang ni kira oklah di dapur sebab assistant dah boleh diharap (si zeti). Pantang aja ibu didapur dia dah mula bertanya "mama dan masak apa?" Semuanya dia nak buat, jadi ibu suruh dia potong sayur (guna pisau potong kek) selebihnya dia akan ambil untuk buat main masak-masak.

Monday, August 31, 2009

BALIK KAMPUNG DAN HARI MERDEKA

Petang Jumaat yang lalu selepas berbuka kami sekeluarga berangkat ke Muar. Pada mulanya along diarah ikut sama tapi selepas aja berbuka dia tak jadi lak nak ikut. Nak teman angah katanya, tapi angah tak mahu. Ibu tak kisah cuma kasihan mereka nak berbuka dan bersahur nanti. Akhirnya babah, ibu, uda dan zeti aja yang balik, kami bertolak pukul 9.00 malam. Seronok juga balik malam-malam ni sebab jalan taklah sibuk sangat. Kami sampai kampung pukul 11.00 malam, ketika itu semua orang dah tidur dah ... Pukul 5.00 pagi barulah nenek zeti kejutkan kami untuk makan sahur.

Esoknya Sabtu, pepagai lagi babah dan ibu dah ke pasar (lama tak gi pasar muar). Apabila sampai di sana tengok ikan pelbagai jenis, rasanya semua hendak dibeli. Akhirnya kami beli ikan sedadu (asam pedas), ayam (goreng KFC), daging (cadang nak masak kicap untuk berbuka tapi tak jadi dan bercadang untuk berbuka esoknya), sayur kobis, mee (nak buat mee bandung tapi tak sempat dah nak balik dah) dll. Biasalah kami kalau balik kampung mesti ke pasar.

Sesampai di rumah kami ke kebun dan terlihatlah ada saki baki buah rambutan dan juga duku. Tapi sebelum dapat mengambilnya kami kenalah bertarung dengan si kerengga dahulu. Kasihan kan dah lah dapat saki baki, kemudian kenalah berjuang (berjuang sampai mati) nak makan rambutan dan duku. Kemudian terpandang pulak ubi kayu (nak makan dengan sambal tumis tapi setelah masak ubinya pahit dan esoknya nenek zeti buat kuih keria). Uda pulak sesampai aja di kampung dia cuma tidur dan duduk menghadap tv aja tak ke mana-mana. Kasihan dia tiada kawan.




Petangnya kami ajak anak buah ke pasar ramadan untuk beli air serta kuih muih. Seronok bila sampai waktu berbuka kami pun makan bersama-sama nenek zeti. Begitulah hari seterusnya tapi kami cuma sempat bersahur bersama sebab babah ajak balik selepas asar. Sebelum tu kami sempat ke pasar raya di Muar (anak buah ajak beli peralatan sekolah). Sesampai di rumah dah pun pukul 4.30 ptg. Kemas barang-barang dan tak sempatlah nak buat mee bandung muar (mokda aja yang buat untuk mereka). Zeti pulak tak mahu balik dan suruh tunggu lagi (dia nak main lagi dengan kakak). Nenek zeti sempat bekalkan kuih keria ubi kayu, acara timun dengan cili hijau serta cili merah (teringin nak makan acar buatan nenek zeti), daging masak kicap, urap pengaga dan mokda pulak bekalkan kuih koci labu serta lepat pisang. Banyak juga judah berbuka puasa kami di perjalanan nanti.



Akhirnya kami bertolak balik pukul 6.00 petang dan kenderaan ketika ini taklah sibuk sangat dan kami sampai di Seremban pukul 7.00 malam. Ketika itu barulah ibu teringatkan adik ibu yang berada di Taman Seremban Jaya dan kamipun buat keputusan tumpang berbuka di rumahnya. Sesampai aja kami di rumahnya waktu berbuka dah hampir dan ibu lihat rumahnya bertaburan barang-barang dan adik ipar ibu tengah mengoreng cucur udang. Ibupun cepat keluarkan bekalan ibu tadi dan kamipun makan bersama-sama dalama suasana tak terurus (almaklumlah semua ini tak dirancang) kebetulan pulak mereka sedang mengubah suai rumah. Selepas solat kami tak tunggu makan (kasihan tengok mereka tengah sibuk) dan kembali meneruskan perjalanan pulang. Ibu pulak tak sihat (sakit kepala) ketika itu, mungkin darah tinggi ibu naik sebab dah dua hari tak makan ubat (terlupa bawa). Sesampai aja di rumah ibu siapkan apa yang ada dan terus tidur untuk menghilangkan sakit kepala.


Pagi waktu sahur barulah kepala ibu kembali lega (setelah makan ubat) dan mulalah ibu buat apa yang ada untuk sahur dan kemudian selepas subuh terus mengemas rumah yang berselerakan dengan baju-baju yang dah dicuci tak berlipat dan baju-baju yang dalam bakul masih tak berbasuh lagi. Bagi along dan angah, mereka seronok tinggal di rumah sebab Along jadi tukang masak.





ISNIN (31/8/09)

Hari ini adalah Hari Kemerdekaan negara kita. Semasa ibu di pejabat lama kami ada buat Galeri Merdeka di Bahagian tersebut. Kami bersama-sama memasang bendera Malaysia di setiap penjuru bilik. Seronok sambuat merdeka di Maritim tapi di UPK biasa aja (tiada ruang untuk kami mereka cipta) mungkin sebab itu mereka tidak berminat dengan bendera Malaysia. Pagi ni babah ke pasar dan ibu pulak biasalah mengemas rumah dan terus memasak. Oleh kerana awal lagi ibu cuma masak satu lauk aja dan selebihnya ibu sediakan bahan-bahannya sebab tak larat nak masak dan tertidur.


Selamat Menyambut Hari Merdeka

Tetiba terdengar deringan telefon dan along memanggil babah. Lah apalah halnya pulak tu ... Babah beritahu ibu yang adik iparnya (sebelum ni dah baik dari sakitnya) meninggal. Dia meninggal di hospital swasta di Selayang tenghari tadi. Babah minta ibu masak dahulu sementara menanti keputusan sama ada mereka hendak kebumikan di NS (kemahuan keluarganya) atau Ulu Yam (kemahuan isterinya).

Tunggu punya tunggu akhirnya mereka kebumikan di Ulu Yam dan babah kenalah balik kampungnya untuk bersama-sama menguruskan jenazah tersebut. Ibu tak dapatlah nak pergi sama sebab babah bermalam di sana. Malamnya ibu dapat panggilan dari babah yang mengatakan jenazahnya selamat dikebumikan selepas magrib tadi dan babah akan bermalam di sana untuk sama-sama menguruskan hal yang lain-lain. Kasihan isteri dan anak-anaknya kan, terutama di pagi raya nanti ... Semuga mereka tabah menghadapi segala dugaan tersebut di bulan yang mulia ini. Dah lama juga adik ipar babah sakit (kencing manis), selalu keluar masuk hospital dan telah dibenarkan pencen awal. Sebelum ni dia bekerja di ATM, sempat juga dia merasa duduk di rumah barunya di Country Home, Rawang.

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”


Nampaknya raya tahun ni tak dapatlah kami beraya bersama-sama lagi seperti tahun lepas .... kita sama-sama memasak, makan dan ziarah menziarahi bersama-sama. Cuma Alfatihan aja yang dapat kami sedekahkan untuk arwah ... semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman... amin ....

Thursday, August 27, 2009

BABAH HANTAR IBU HARI NI ....

JUMAAT (28/8/2009)

Pagi ni kenalah ibu gi kerja lewat sebab di luar sana hujan lebat .... Lainlah kalau dulu ibu boleh pergi sendiri, ada kenderaanlah katakan. Nampak gaya babah kenalah bawa kereta hari ni sebab semalam dia dah basah kuyup dan tak sempat pun nak beli juadah berbuka.


Memandangkan babah bawa kereta, bolehlah ibu tumpang babah. Zeti pulak kenalah cuti sebab abang-abangnya ada dirumah bolehlah dia tolong tengokkan zeti. Malam ni pulak kami bercadang nak balik kampung, kasihan pulak angah kena tinggal di rumah tak dapat ikut balik sebab petang Sabtu dia ada ujian lagi.


Pepagi tadi dia sms kat ibu nak balik petang ni dan kemudian dia nak pinjam motosikal babah. Nampaknya panjanglah langkahnya nanti ....

ANGAH BAWA KAWAN BERBUKA DI RUMAH

RABU (26/8/09)

Hari ni cuaca tak berapa elok, petang aja mula nak hujan dan tetiba angah sms nak bawa kawan balik berbuka. Hari ni kekawannya yang lain semuanya berbuka di luar. Lahhhh ... macam mana ni, ibu tak beli apa-apa pun untuk berbuka petang ni, ingatkan nak masak. Ibu cuba sms babah minta dia belikan sedikit lauk tapi tiada respon dan kemudian barulah babah telefon yang dia mungkin tak sempat sampai rumah sebab ditempatnya hujan lebat. Dia minta ibu suruh angah beli apa yang perlu. Ok juga sebab angah boleh pergi ke pasar ramadan. Ibu pun minta angah belikan air dan juga mee, sementara tu ibu ada juga membeli soup tulang.

Angah dan zeti di Taman
Cuaca masih lagi tidak elok tapi ibu kena juga balik cepat untuk siapkan apa yang patut. Pada petang begini selalunya mereka (teman di pejabat) buat overtime tapi sepanjang ramadan ni tak siapa pun ingin buat overtime. Takut sampai rumah lambat dan kena berbuka didalam kereta, begitu juga ibu sejak 3 bulan bertugas di tempat ni masih belum pun buat overtime lagi. Tapi kalau perlu ibu kena juga buat overtime.


Berlawan-lawan dia berposing

Bas pulak lambat hari ni ... sesampai aja di Tadika, zeti dah pun berada di rumah cikgunya. Sebelum ni mereka dah beritahu minta ambil anak-anak sebelum pukul 6 petang. Maklumlah mereka juga nak bersiap-siap untuk berbuka kan ... dan ketika itu cikgu2 sedang masak soup tulang. Wahhhhh ... pandai juga cikgu2 ni memasak ...


Zeti dan bunga

Semasa ibu sampai rumah, angah dan kawannya belum sampai lagi dan ibupun mula siapkan apa yang perlu dan masak yang simple aja. Dan kemudian angahpun sampai dengan membawa air serta mee yang ibu pesan tadi. Sepuluh minit lagi nak berbuka, tetiba muncul pulak babah dengan makan yang dibelinya. Sempat juga dia membeli walaupun bajunya dah lencun dek kena hujan ... kasihan babah kan ... Akhirnya kamipun berbuka puasa bersama tetamu pertama kami dengan hidangan penuh di meja (4 kerusi). Tak muatlah ....

Lepas solat dan makan, angah dan kawannya pun berangkat ke kolej walaupun ketika itu hujan renyai masih turun ..... Dan setengah jam kemudian along pun sampai dari Segamat. Tugasannya di Segamat dah selesai. Kenalah tunggu tahun depan barulah tamat pengajiannya, itupun kalau dia tak buat hal lagi. Along, along ..... Tak boleh nak kata apa lagi dah ....