DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Saturday, January 9, 2010

MADAHKU

Khas buat kalian semua sebagai renungan ....

ZETI DAN MULA MENDAFTAR DI SEKOLAH BARU

31 Disember 2009

Alkisah di pagi ini, ibu ditugaskan oleh babah untuk membawa zeti mendaftar ke sekolah barunya. Alhamdulillah, oleh kerana ibu cepat mendaftar zeti ke sekolah, maka dapatlah zeti sekolah berhampiran dengan rumah ... Hari ni ibu kena ambil cuti untuk mendengar taklimat persekolahan zeti.

Zeti dengan sijil tadika dan cenderahatinya

Pada mulanya zeti tak mahu pergi ke sekolah barunya tapi setelah ibu pujuk maka barulah dia mahu memakai baju sekolah barunya (baju kurung putih, kain biru dan bertudung). Beg pula ibu bawa beg kecil aja sebab belum ada buku lagi. Pukul 7.15 kamipun bertolak dari rumah dengan berjalan kaki aja ... zeti nampak malu dan takut-taku. Sesampai di sekolah, ibu lihat dah ramai ibu bapa dan anak-anaknya telah berada di sekolah. Ibupun terus melihat nama zeti di papan kenyataan dan kemudian meletakkannya ditempat yang ditetapkan. Sementara tu ibu terus ke tempat lain. Dari jauh ibu lihat dia tunduk dan berwajah masam .... (malu bercampur takut agaknya). Tepat pukul 9.30 pagi ibu bapa diarah ke bilik perbincangan dan anak-anak di bawa ke kelas untuk menjalani ujian bagi menentukan tahap kecekapan mereka membaca, menulis dan mengeja. Akhirnya pukul 10.15 pagi barulah taklimat sesi pertama berakhir dan kami dibenarkan membawa anak masing-masing untuk ke makan di kantin.

Zeti dengan uniform barunya dengan wajah malu bercampur mahu ke sekolah baru

Kemudian murid-murid diminta beratur di tempat mula tadi dan diberi kelas sebenar mereka. Sebelum itu, ibu lihat zeti kembali ceria dan berpeluk-pelukan dengan teman-teman tadikanya dahulu. Maka bermulalah kembali suasana kejar mengejar antara zeti dan teman-teman lamanya dan akhirnya tudung yang sopan tadi telah ditanggalkannya dengan alasan panasssssssssss .... Begitu juga dengan rakan-rakannya yang lain.

Hari pertama persekolahan, ceria seketika

Alhamdulillah zeti lulus ujian tadi dan ditempatkan ke kelas keempat dari lima kelas. Kemudian ibu bapa menyambung taklimat sesi kedua sementara itu murid-murid di bawa ke kelas masing-masing dan diberikan buku pinjaman. Akhirnya pukul 1.15 tengahari tamatlah sudah sesi pra sekolah dan bermulalah minggu orentasi bagi zeti di sekolah barunya.


Sekembalinya ke rumah dia begitu seronok sekali untuk datang semula pada awal tahun baru nanti, tapi ibu pulak keletihan yang teramat sangat .... nak pengsan dibuatnya. Nasib baik sebelum mendaftar ibu dah minta angah belikan buku tulis dan sebagainya maka tak perlulah ibu berbaris panjang untuk membeli buku sekolah zeti.

SELAMAT TANUH BARU 2010

Salam kerinduan buat semua kekawan ibu di sana ... Walaupun tahun baru dah seminggu berlalu tapi ibu rasa masih sempat untuk ibu mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010, cantikan nombornya ...

Dengan kedatangan tahun baru 2010 maka berakhirlah sudah tahun 2009 ... Tahun yang penuh cabaran bagi ibu sekeluarga ... Dan tahun baru 2010 pula adalah tahun permulaan untuk ibu sekeluarga bergerak maju untuk memperkemas dan memantapkan lagi kedudukan masing-masing. Ibu dan babah dengan kerjaya barunya, angah dan along dengan suasana alam remajanya, diikuti pula dengan uda yang sedang mengikuti perkembangan abang-abangnya dan akhir sekali si dara ibu ... zeti dengan alam persekolahan sebenarnya .....

Mereka semua kini dalam perjalanan untuk menuju ke destinasi masing-masing .... Mudah-mudahan tahun baru 2010 akan terus membawa dan membimbing kami sekeluarga kejalan yang diredai Allah s.a.w. dan mendapat restu darinya, aminnnnnnnn ........

Monday, December 14, 2009

KEMBALI SEMULA BERCERITA HAL ANAK-ANAKKU SAYANG

ISNIN (14/12/09)


Selamat berjumpa kembali ke alam bloger .... lama juga ibu tak jenguk rumah ni kan .... tapi hari ni tetiba aja ibu teringatkan kat rumah persingahan ibu ni ... Diam tak diam dah hampir 7 bulan ibu berada di KKM. Kini ibu dah mula menyesesuaikan diri dengan kerja-kerja seharian. Kebetulan pulak semua kerja-kerja yang ibu lakukan sekarang ni adalah kerja kegemaran ibu. Cuma yang ibu tak minat ialah mencari penel penemuduga .... nasib baik eo ibu ada sama-sama membantu mencarinya maka kuranglah rasa tertekan. Bagi lain-lain kerja insyakallah ibu akan cuba memperbaikinya lagi. Kalau boleh apa maklumat yang orang sekeliling mahukan dapat ibu berikan dengan mudah, cepat dan tepat .... Ibu kerja untuk mencari rezeki yang halal kenalah buat dengan ikhlas kerana Allah.

Begitu juga dengan angah, dah 7 bulan angah berada di KPTM dan telah pun tamat semester pertamanya dimana dua hari yang lepas keputusan peperiksaanya pun keluar. Alhamdulillah angah berjaya di semester pertamanya dengan keputusan yang agak baik walaupun tak sehebat rakannya yang berada di kampus UITM (mendapat anugerah dekan). Tahniah angah ... usaha lagi. Insyakallah semester kedua nanti renganlah beban kewangan ibu sebab angah dijangka akan dapat pinjaman MARA dan angah bercadang untuk tinggal di putrajaya dan tidak di asrama/rumah sewa. Esok, oh ya esok ... dijangka motosikal yang kami beli untuk kemudahan angah berulang alik dari rumah ke kampus boleh diambil. Angah dah tak sabar nak menunggang motosikalnya tu .... begitu juga dengan along dan uda teringin sama untuk menaikinya.

Untuk along pulak, kami akan belikan motosikal untuknya juga tapi along masih was-was lagi untuk menunggang di jalan raya. Tahun hadapan, kembalilah along ke dunianya di Segamat, dah 6 bulan dia berehat dan kini tibalah masanya untuk meneruskan perjuangannya yang masih tinggal beberapa semester lagi. Harapan ibu semuga along akan terus berusaha sehingga ke penghujungnya.

Tinggal beberapa minggu lagi UDA pulak akan mengetahui nasibnya sama ada kekal di Sekolah lama atau akan berhijrah ke Sekolah Vokesyenal. Keputusan peperiksaan PMRnya akan keluar tak lama lagi. Mudah-mudahan biarlah keputusannya itu memuaskan hati kami semua dan kami terima dengan hati yang reda kalaulah itu dah ketentuannya.

Begitu juga dengan Zeti (sidaraku) itu ... dengan tamatnya Disember maka berakhirlah zaman keanak-anakannya dan kini zeti dah mula melangkah ke alam kanak-kanak. Dari cakap-cakapnya kepada ibu nampaknya dia berbelah bagi sama ada untuk terus di TADIKA atau ke SEKOLAH. Katanya bila di sekolah nanti, kerja sekolah banyak nak dibuat dan lagi katanya dia akan kehilangan kawan tahun 5 dan bermacam-macam lagi alasan-alasannya untuk menghilangkan rasa takut kehilangan kawan. Mudah-mudahan rasa curiga dan was-was itu akan tamat apabila dia menjejakkan kakinya ke alam persekolahan yang sebenarnya nanti. Bila dibelikan baju sekolah barunya dia begitu teruja untuk memakainya dan setelah dicubanya dia merasa gembira sekali terutama bila pakai tudung.

Begitulah kisah anak-anaku sayang di sepanjang Disember ini dan mereka semua teruja untuk kembali ke arena masing-masing di tahun 2010. Semuga ALLAH senitasa merahmati, mempermudah dan memberkati segala usaha mereka sepanjang tahun 2009 begitu juga dengan kedatangan TAHUN 2010 membawah rahmat dan kebahagian buat mereka berempat (ANAK-ANAKU SAYANG).

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM DAN TAHUN BARU 2010 kepada semua para pembaca blog terutama blog ANAK-ANAKKU SAYANG .... Ibu sayang kamu semua ....

Friday, October 9, 2009

MINGGU RAYA DAN UBAHSUAI OFFICE

ISNIN - JUMAAT (5-9/10/09)

Sepanjang minggu ini adalah minggu rumah terbuka, sama ada di pejabat, rumah dan dimana-mana aja terdapat kemah di sana sini. Seperti juga di pejabat ibu ... sepanjang minggu ini mereka ashik makan ... makan dan makan aja. Semua tingkat bergilir-gilir membuat pejabat terbuka. Bergilir-gilirlah kami menghadiri ke jamuan mereka itu, tapi ketika itu ibu tak dapat sama meraikannya ... sepanjang minggu ini ibu terlalu letih dan kepala ibu tersangatlah sakitnya. Tak tahulah sama ada darah tinggi ibu naik ke ... malas nak ke kelinik cuma makan ubat tahan sakit aja.


Hari isnin yang lalu ada Jamuan Perpisahan dan Jamuan Raya dimana Unit ibu dengan dibantu oleh unit-unit lain telah bertungkus lumus membuat persiapan seperti biasalah ... hias sana, hias sini, atur meja dan berbagai-bagai lagi sehingga lupa ibu untuk balik ke rumah. Sedar-sedar aja dah jam 5.30 petang, huh .... dah terlewat 30 minit, kemana lah si zeti cikgunya tinggalkan ... Ibu nak balik ambil zeti tengahari, tapi malas nak keluar tunggu bas. Nanti terus tak balik ke pejabat ...


Tepat pada waktunya acara pun bermula .... barulah ibu dapat melihat sebahagian dari ketua-ketua di pejabat baru ibu ni .... Yang tak bestnya ruang untuk meraikan acara ini sungguh terhad tak dapat nak sama-sama duduk mendengar ucapan, last sekali barulah ramai yang datang nak makan ... almaklumkan duit dah di bayar, makan mesti nak makan .... Walau bagaimanapun apa-apa jamuan di akhirnya nanti mesti terdapat makan yang berlebih-lebihan. Tak salahkan mereka yang mengorder kan.... Kalau kita order sikit, nanti orang datang ramai, tapi bila order banyak berlambak-lambaklah makan tersadai ... walaupun dah ditapau ....

HARI SELASANYA PULAK .... Unit ibu mengadakan office terbuka dan juga jamuan perpisahan, selamat pengantin baru dan yang best sekali acara bertukar-tukar hadiah .... masing-masing dah tak sabar nak tengok apa hadiah yang bakal mereka terima. Semuanya last minit beli hadiah. Hentam aja apa yang nak di beli .... yang bestnya coklat pun ada ... Dan akhirnya makanpun berlebihan.... jadi apa lagi acara tapau menapau pun bermula sehingga makanan habis. Untuk itu ibu ucapankan Selamat Maju Jaya kepada EO Azian (eo ibu) yang akan bertukar ke JAKIM, Selamat Datang kepada EO Rohana dan juga Selamat Berbahagia untuk teman Ibu yang mungkin sekarang ni dah pun bergelar Puan Sharifah semuga kekal hingga ke akhir hayat dan di sini juga ibu ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Bertunang kepada seorang lagi teman sepejabat ibu ... LIN semuga bersabar menunggu saat bahagia di Hari Persandingan nanti. Kepada mereka berdua maaf jua ibu pinta kerana tidak dapat bersama meraikan hari bersejarah mereka itu. Dari jauh ibu pohon agar acara gilang gembilang mereka itu berjalan lancar hendaknya.

RABU DAN KHAMIS .... ibu keberantakan (kepala teramatlah sakitnya) sehingga semua kerja-kerja ibu terbengkalai. Sakit .... ditambah-tambah lagi dengan bunyi bising orang bertukang dan juga bau besi yang dipotong sungguh menyakitkan kepala ibu dan seperti biasa pukul 5.00 petang aja terus cabut lari balik. Tak tahannnnnnnnnnnnn .....

HARI JUMAAT PULAK .... dari pagi lagi kami semua bergotong royong mengubahsuai ruang pejabat. Yang bestnya ibu dah pun berpindah ke tempat tetap ibu. Sebelum ni ibu menumpang di tempat PAP selama tiga bulan (kasihan mereka dah lama tak dapat duduk ditempat sendiri). Setiap kali orang baru masuk, tempatnya jadi mangsa. Kasihan kan .... Acara gotong royong terpaksa ditangguhkan pada sebelah petang sebab kami ada acara lain untuk diisi pada waktu rehat ... Oleh kerana tiada siapa lagi yang tinggal di pejabat maka ibu pun pergilah ke pejabat lama, kebetulan cik waheeda dah tiga kali call ibu tapi ibu tak jawab.

Akhirnya ibu gi juga lah ... rindu juga kepada mereka semua. Ingatkan nak minta Cik Waheeda jemput ibu tapi bila ibu tengok cuaca redup aja ibu jalanlah .... Sesampai di sana acara dah berakhir tapi makanan masih banyak lagi bolehlah ibu menjamu selera dan kebetulan perut dah lapar ... Bahagia rasa dapat jumpa dan berada di tempat kedatangan ibu ke alam pekerjaan. Ditempat itulah ibu mula kenal kawan, berkahwin, beranak pinak dan nasib baik tidak sempat untuk bercucu cicit. Bila di sana ibu seperti masih lagi bekerja di KPM dan bila balik ke KKM bertambahlah seronok lagi sebab dah dapat computer baru, meja baru dan semuanya baru. Mudah-mudahan ibu dapat kekal dan dapat berbakti kepada warga KKM (terutama di Program Perubatan). Mudah-mudahan mereka semua senang dengan kehadiran ibu.

Saturday, September 26, 2009

SERONOK DAPAT BALIK RAYA KE KAMPUNG IBU

JUMAAT (18/9/09)


Hari ni ibu dan zeti tak berminat lagi untuk gi kerja dan juga ke tadika, hati kami dah mula terlonjak nak balik kampung. Walaupun pada awal ramadan yang lalu kami dah pun balik, tapi raya tetap balik sebab tahun lepas kami behari raya di Ulu Yam. Kali ni raya reramai dengan adik beradik sebelah ibu pulak. Tapi kali ni abang long ibu tak beraya dengan kami. Walau bagaimanapun tak mengapa ... kali ini ibu dapat beraya dengan pak usu zeti. Dah lama kami tak beraya bersama. Setiap tahun bila raya aja dia balik kedah, tapi kali ni dia terpaksa balik Muar sebab ubahsuai rumahnya belum siap lagi. Kalau tidak kami tak berpeluang nak raya bersama, bila dia balik aja ke rumah nenek, ibu dahpun balik ke rumah ibu.

SABTU (19/9/09)

Hari Jumaat Babah masih kerja lagi ini bermaka kami akan balik pada petang sabtu. Pagi sabtu babah kena bawa kereta ke workshop sebab aircond dah rosak tapi bila babah balik, ibu pun tanya "dah baiki ke aircond kereta tu?" "Belum lagi .... mahal sangat ... mana nak cari duit, nak raya lagi" Akhirnya kami balik ke kampung tanpa ada aircond, tak apalah kan, janji dapat balik kampung. Kami bertolak pukul 3 petang dan babah ikut jalan lama, takut kalau jalan jem lagi. Ingatkan sempat berbuka di kampung tapi tersangkut di Air Keroh dan kami cuma berbuka dengan KFC dan minum air gas. Ehhh .... kembung perut ibu dibuatnya dan seperti yang dijangka perut ibu mula meragam. Akhirnya kami sampai juga ke kampung pada pukul 9.00 malam. Sesampai aja ibupun terus mencari nasi dan seronok dapat makan makanan kegemaran ibu (asam pedas ikan duri). Bila dah kenyang barulah ibu nampak ketupat nenek zeti dahpun bergantungan di atas para dapur. Terlepas ibu nak tolong nenek zeti rebus ketupat ... tapi selepas tu perut ibu kembali memulas lagi sehinggalah dipagi hari raya ....

Tuesday, September 15, 2009

IBU DAH ADA PEMBANTU

SABTU & AHAD

Minggu ni seperti biasa bangun awal dan mulalah alih itu dan alih ini. Hasilnya ibu lihat sama aja, melainkan kalau perabut lama tu diganti dengan yang baru .... barulah ada perubahan kan? Perabut dirumah ibu ni semuanya dah berusia ... ada yang dah hampir 18 tahun tapi masih ok lagi. Malas nak tukar yang baru sebab bila beli yang baru, yang lama masih elok tu nak di letak kat mana? Rumah ibu ni bukanlah besar sangat, nak hantar balik kampung ... susah tiada siapa nak uruskan. Akhirnya tak merasalah nak melawa dengan yang baru.... Cian ibu kan... Tak tahulah bila hendak ada perubahan.

Dulu bila ibu mula aja mengubah peralatan di rumah, zeti mulalah marah .... "apalah mama ni ... ashik aja alih itu, alih ini" tapi sekarang ni diapun sibuk sama nak cantikkan tempat dia bermain. Bila nampak aja cantik dimata dia, mulalah dia kata "cantik kan mama?". Yelah tu ... Kini bila waktu memasak aja ibu tak payah panggil along untuk tolong potong sayur ke ... masak nasi ke ... Semuanya zeti nak buat .... terutamanya bab basuh pinggan. Rajin betul dia basuh (yang penting dapat main air). Abang-abangnya pulak ambil kesempatan minta dia basuh pinggan. Hai ... tak tahulah bila besar nanti ... habis dibuli oleh abang-abangnya. Tapi yang ibu tak berkenan kat zeti ni ialah bila dia makan (coklat dsbnya) pembalutnya akan dibiarkan bertaburan. Ni ibu yang tak gemar ...



Walau bagaimanapun dia adalah seorang anak gadis sunti yang tak duduk diam .... tak pernah tidur siang. Itulah ceritanya sigadis sunti ibu tu ....

Monday, September 7, 2009

PERGI SHOPPING KE BINTANG, BANGI

Pagi Sabtu ibu bangun sahur seperti biasa tetapi selepas solat subuh ibu teringin nak tidur seperti mereka dan cuba untuk lena. Boleh juga tapi badan terasa sangatlah letih ... dan payah benar nak bangun. Patutlah anak-anak ibu kalau dia tidur tak bangun-bangun dan begitu juga yang disarankan supaya tidak boleh tidur terlalu sangat di siang hari di bulan ramadan ni

Selalunya selepas subuh ibu tak pun tidur sehinggalah tengahari, barulah hendak berehat dan tidur sebentar. Tapi pagi ni ibu dah bersiap-siap awal untuk mengajak babah ke Warta di Bangi. Sesampai kami di sana kedai-kedai masih belum banyak yang dibuka, begitu juga dengan kedai cermin mata yang kami nak pergi. Sementara menunggu kedai tersebut di buka kamipun berjalan-jalan melihat barang-barang yang terdapat di Pasaraya Bintang. Sambil membelek barang-barang di situ ternampak pulak songkok dan kain pelekat, maka ibupun membeli songkok untuk uda (kebetulan uda ada ikut sama) dan juga tiga helai kain pelikat untuk along, angah dan uda tapi terlupa untuk babah. Tapi babah dah dapat kain pelikat free dah ...

Selepas tu kami keluar untuk ke kedai lain dan kedai cermin mata yang hendak kami pergi tu baru aja buka kedainya dan kamilah orang pertama yang mengunjunginya. Along dan uda mulalah sibuk memeriksa matanya, sementara ibu, babah dan zeti sibuk membelek pelbagai jenis cermin mata di kedai tersebut. Along powernya taklah banyak tapi uda powernya banyak kata penjual tersebut. Uda dah lama komplen yang matanya tak boleh nampak benda yang jauh, tapi ibu ashik terlupa aja nak bawa dia ke kedai. Kebetulan dibulan puasa ni uda tiada aktiviti di waktu pagi maka dapatlah kami bawa mereka bersama. Setelah semuanya selesai kamipun membayar deposit dan esoknya dijangka cermin mata tersebut siap.

Kemudian kami ke kedai baju dan membeli dua helai seluar dan sehelai T-shirt untuk along (RM60.00 aja), zeti pulak minta carikan baju raya untuk dia. Cari punya cari dapatlah baju kurung sehelai dan baju gaun sehelai, kesemuanya berjumlah RM85.00. Uda dan along dah mula nak balik (tak larat katanya) tapi ibu, ayah dan zeti masih lagi bertenaga dan kamipun ke kedai barang-barang dapur. Hendak tak hendak mereka kena juga ikut ibu beli barang-barang dapur dan dalam keletihan tu ... sempat juga mereka membeli shampo dan lain-lain lagi barang keperluan harian mereka.

Setelah tu kami pun terus berangkat pulang dan sampai di rumah dah pukul 2.30 petang. Kira oklah tu .... rehat sekejap dan kemudian mula operasi di dapur. Sekarang ni kira oklah di dapur sebab assistant dah boleh diharap (si zeti). Pantang aja ibu didapur dia dah mula bertanya "mama dan masak apa?" Semuanya dia nak buat, jadi ibu suruh dia potong sayur (guna pisau potong kek) selebihnya dia akan ambil untuk buat main masak-masak.

Monday, August 31, 2009

BALIK KAMPUNG DAN HARI MERDEKA

Petang Jumaat yang lalu selepas berbuka kami sekeluarga berangkat ke Muar. Pada mulanya along diarah ikut sama tapi selepas aja berbuka dia tak jadi lak nak ikut. Nak teman angah katanya, tapi angah tak mahu. Ibu tak kisah cuma kasihan mereka nak berbuka dan bersahur nanti. Akhirnya babah, ibu, uda dan zeti aja yang balik, kami bertolak pukul 9.00 malam. Seronok juga balik malam-malam ni sebab jalan taklah sibuk sangat. Kami sampai kampung pukul 11.00 malam, ketika itu semua orang dah tidur dah ... Pukul 5.00 pagi barulah nenek zeti kejutkan kami untuk makan sahur.

Esoknya Sabtu, pepagai lagi babah dan ibu dah ke pasar (lama tak gi pasar muar). Apabila sampai di sana tengok ikan pelbagai jenis, rasanya semua hendak dibeli. Akhirnya kami beli ikan sedadu (asam pedas), ayam (goreng KFC), daging (cadang nak masak kicap untuk berbuka tapi tak jadi dan bercadang untuk berbuka esoknya), sayur kobis, mee (nak buat mee bandung tapi tak sempat dah nak balik dah) dll. Biasalah kami kalau balik kampung mesti ke pasar.

Sesampai di rumah kami ke kebun dan terlihatlah ada saki baki buah rambutan dan juga duku. Tapi sebelum dapat mengambilnya kami kenalah bertarung dengan si kerengga dahulu. Kasihan kan dah lah dapat saki baki, kemudian kenalah berjuang (berjuang sampai mati) nak makan rambutan dan duku. Kemudian terpandang pulak ubi kayu (nak makan dengan sambal tumis tapi setelah masak ubinya pahit dan esoknya nenek zeti buat kuih keria). Uda pulak sesampai aja di kampung dia cuma tidur dan duduk menghadap tv aja tak ke mana-mana. Kasihan dia tiada kawan.




Petangnya kami ajak anak buah ke pasar ramadan untuk beli air serta kuih muih. Seronok bila sampai waktu berbuka kami pun makan bersama-sama nenek zeti. Begitulah hari seterusnya tapi kami cuma sempat bersahur bersama sebab babah ajak balik selepas asar. Sebelum tu kami sempat ke pasar raya di Muar (anak buah ajak beli peralatan sekolah). Sesampai di rumah dah pun pukul 4.30 ptg. Kemas barang-barang dan tak sempatlah nak buat mee bandung muar (mokda aja yang buat untuk mereka). Zeti pulak tak mahu balik dan suruh tunggu lagi (dia nak main lagi dengan kakak). Nenek zeti sempat bekalkan kuih keria ubi kayu, acara timun dengan cili hijau serta cili merah (teringin nak makan acar buatan nenek zeti), daging masak kicap, urap pengaga dan mokda pulak bekalkan kuih koci labu serta lepat pisang. Banyak juga judah berbuka puasa kami di perjalanan nanti.



Akhirnya kami bertolak balik pukul 6.00 petang dan kenderaan ketika ini taklah sibuk sangat dan kami sampai di Seremban pukul 7.00 malam. Ketika itu barulah ibu teringatkan adik ibu yang berada di Taman Seremban Jaya dan kamipun buat keputusan tumpang berbuka di rumahnya. Sesampai aja kami di rumahnya waktu berbuka dah hampir dan ibu lihat rumahnya bertaburan barang-barang dan adik ipar ibu tengah mengoreng cucur udang. Ibupun cepat keluarkan bekalan ibu tadi dan kamipun makan bersama-sama dalama suasana tak terurus (almaklumlah semua ini tak dirancang) kebetulan pulak mereka sedang mengubah suai rumah. Selepas solat kami tak tunggu makan (kasihan tengok mereka tengah sibuk) dan kembali meneruskan perjalanan pulang. Ibu pulak tak sihat (sakit kepala) ketika itu, mungkin darah tinggi ibu naik sebab dah dua hari tak makan ubat (terlupa bawa). Sesampai aja di rumah ibu siapkan apa yang ada dan terus tidur untuk menghilangkan sakit kepala.


Pagi waktu sahur barulah kepala ibu kembali lega (setelah makan ubat) dan mulalah ibu buat apa yang ada untuk sahur dan kemudian selepas subuh terus mengemas rumah yang berselerakan dengan baju-baju yang dah dicuci tak berlipat dan baju-baju yang dalam bakul masih tak berbasuh lagi. Bagi along dan angah, mereka seronok tinggal di rumah sebab Along jadi tukang masak.





ISNIN (31/8/09)

Hari ini adalah Hari Kemerdekaan negara kita. Semasa ibu di pejabat lama kami ada buat Galeri Merdeka di Bahagian tersebut. Kami bersama-sama memasang bendera Malaysia di setiap penjuru bilik. Seronok sambuat merdeka di Maritim tapi di UPK biasa aja (tiada ruang untuk kami mereka cipta) mungkin sebab itu mereka tidak berminat dengan bendera Malaysia. Pagi ni babah ke pasar dan ibu pulak biasalah mengemas rumah dan terus memasak. Oleh kerana awal lagi ibu cuma masak satu lauk aja dan selebihnya ibu sediakan bahan-bahannya sebab tak larat nak masak dan tertidur.


Selamat Menyambut Hari Merdeka

Tetiba terdengar deringan telefon dan along memanggil babah. Lah apalah halnya pulak tu ... Babah beritahu ibu yang adik iparnya (sebelum ni dah baik dari sakitnya) meninggal. Dia meninggal di hospital swasta di Selayang tenghari tadi. Babah minta ibu masak dahulu sementara menanti keputusan sama ada mereka hendak kebumikan di NS (kemahuan keluarganya) atau Ulu Yam (kemahuan isterinya).

Tunggu punya tunggu akhirnya mereka kebumikan di Ulu Yam dan babah kenalah balik kampungnya untuk bersama-sama menguruskan jenazah tersebut. Ibu tak dapatlah nak pergi sama sebab babah bermalam di sana. Malamnya ibu dapat panggilan dari babah yang mengatakan jenazahnya selamat dikebumikan selepas magrib tadi dan babah akan bermalam di sana untuk sama-sama menguruskan hal yang lain-lain. Kasihan isteri dan anak-anaknya kan, terutama di pagi raya nanti ... Semuga mereka tabah menghadapi segala dugaan tersebut di bulan yang mulia ini. Dah lama juga adik ipar babah sakit (kencing manis), selalu keluar masuk hospital dan telah dibenarkan pencen awal. Sebelum ni dia bekerja di ATM, sempat juga dia merasa duduk di rumah barunya di Country Home, Rawang.

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”


Nampaknya raya tahun ni tak dapatlah kami beraya bersama-sama lagi seperti tahun lepas .... kita sama-sama memasak, makan dan ziarah menziarahi bersama-sama. Cuma Alfatihan aja yang dapat kami sedekahkan untuk arwah ... semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman... amin ....

Thursday, August 27, 2009

BABAH HANTAR IBU HARI NI ....

JUMAAT (28/8/2009)

Pagi ni kenalah ibu gi kerja lewat sebab di luar sana hujan lebat .... Lainlah kalau dulu ibu boleh pergi sendiri, ada kenderaanlah katakan. Nampak gaya babah kenalah bawa kereta hari ni sebab semalam dia dah basah kuyup dan tak sempat pun nak beli juadah berbuka.


Memandangkan babah bawa kereta, bolehlah ibu tumpang babah. Zeti pulak kenalah cuti sebab abang-abangnya ada dirumah bolehlah dia tolong tengokkan zeti. Malam ni pulak kami bercadang nak balik kampung, kasihan pulak angah kena tinggal di rumah tak dapat ikut balik sebab petang Sabtu dia ada ujian lagi.


Pepagi tadi dia sms kat ibu nak balik petang ni dan kemudian dia nak pinjam motosikal babah. Nampaknya panjanglah langkahnya nanti ....