DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Wednesday, June 24, 2009

ANGAH DALAM MINGGU ORENTASI DI KPTM BANGI

RABU (24/6/09)

Hari ni ibu tak kerja sebab nak hantar angah ke KPTM di Bangi. Punyalah banyak brosuer kolej dan pusat pengajian tinggi yang datang ke rumah dan punyalah banyak ibu mendaftar secara online ke semua pusat pengajian tinggi akhirnya Bangi juga yang dipilih oleh angah. Sebab utamanya ialah tempatnya berhampiran putrajaya, mudah untuk berulang alik bila hari minggu (lagi pun dia bercadang nak bawa motosikal ke kolej nanti). Sebenarnya dia mendapat tawaran dari KPM (Kolej Profesional Mara di Melaka, UNICOP di Gombak & Politeknik Sultan Azlan Shah di Perak) tapi semuanya ditolaknya, akhirnya dia ke Bangi.




Kami bertolak dari Putrajaya pukul 8.45 pagi dan sampai di sana pukul 9.10 pagi. Orang dah mula ramai beratur. Ibu tak dibenarkan turut sama mendaftar dan tinggallah angah menguruskan halnya sambil ibu memantau dari jauh aja. Nasib baik semua maklumat-maklumat yang diperlukan telah ibu siapkan awal-awal lagi dan mudahlah bagi angah berurusan semasa mendaftar. Walau bagaimanapun ada sedikit perkara yang tak dapat angah urusakan dan terpaksalah ibu datang membantunya. Itulah ashik ingat tentang baju cantik, seluar cantik hingga hal-hal pendaftaran tak dihiraukannya. Akhirnya pukul 11.00 pagi angah siap mendaftar dan kamipun ke dewan untuk mendengar taklimat dari Pengetua KPTM. Elok juga dia terangkan segala-galanya dari hal pengajian hinggalah hal pinjaman MARA dan PTPN.






Kemudian pukul 12.15 tengahari kamipun bertolak ke asrama untuk mendaftar dan mengemas bilik asrama. Oleh kerana kami datang awal maka dapatlah angah memilih katil dan almari yang elok dan mereka yang lain dapat katil double daker. Satu bilik ditempatkan 3 orang disertakan juga 3 buah almari dan meja tulis (oklah tempatnya) tapi bilik air terpaksa berkongsi dengan penghuni di bilik sebelah. Kata angah berebut juga bilik air ...





Walau bagaimana pun semuanya berjalan dengan baik dan esok bermulalah angah dengan minggu orentasinya. Walau bagaimanapun keesokkan harinya angah menalipon minta bawa kasut sukan dan seluar sukan. Itulah angah ashik fikirkan baju yang hendak dipakai masa belajar nanti hingga terlupa yang kasut sukan tak dibawa nya. Yang jadi mangsa ibu dan ayah juga ..... kenalah menghantarnya pada malamnya (pukul 10.00 hingga 11.30 mlm kami menunggunya habis orentasi). Nasib baiklah tempat belajar dan rumah tak jauh, kalau di Melaka ... nampaknya gi sendirilah cari ... Itulah angah yang suka melaram hingga terlupa yang lain-lain.

Thursday, June 18, 2009

CUBA MENYESESUAIKAN DIRI

KHAMIS (18/6/09)

Diam tak diam dah 3 minggu ibu di KKM, minggu pertama kami jadi seperti perlarian. Sekejap di suruh ke sana, sekejap di suruh kesini dan akhirnya Jumaat (5/6/09) kami pun dipanggil untuk diberikan penempatan masing-masing. Dengan rasa berdebar-debar kamipun melangkah ke tingkat 7 (sumber mansusia) untuk mendapatkan surat penempatan. Nampaknya masing-masing gembira kerana telah tahu dimana mereka ditempatkan cuma mereka menunggu kalau-kalau ada yang sama tempat. Ibu serta 9 orang lagi telah ditempat di Bahagian Perubatan dan kami pun melapor diri di Unit Pentadbiran & Kewangan. Ingatkan kami semua ditempatkan di situ tapi di bahagi-bahagikan lagi ke cawangan-cawangan yang lain. Akhirnya tinggallah ibu dan seorang lagi ditempatkan di Unit Pentadbiran & Kewangan.

Tempatnya taklah berapa besar dan terdapat 2 orang PPT yang dipanggil EO. Mula-mula ibu terasa kekok juga nak panggil PPT tu EO, almaklumlah di tempat lama kami panggil semua pegawai dengan 'puan', 'cik' dan 'Encik'. Susah juga nak biasakan panggil EO tapi akan ibu cuba juga untuk panggilnya EO. Disamping itu terdapat seramai 13 PT(PO), 3 PAP dan seorang cc. Kebanyakkannya adalah orang baru dan KPSL seperti ibu. Kesemuanya perempuan kecuali 2 PAP dan 2 kerani lelaki.

Inilah pejabat baru ibu dekat aja dengan jalan besar tapi kalau dah masuk jalan ni susah nak keluar ..

Suasana kerja seperti biasalah kalau kewangan tu sibuk dengan waran, vocher, kelim dan entah apa-apa lagi dan pentadbiran pulak sibuk dengan latihan/kursus, perjawatan dan sebagainya. Sekarng ni mereka sibuk dengan persiapan hari keluarga dan kursus motivasi team building (unit pentadbiran & kewangan yang menguruskannya) hujung minggu ini di Melaka. Kebetulan hari ni ada pulak seorang staf di situ nak bertukar (naik pangkat), maka hari ni mereka adakan mesyuarat persediaan untuk pergi kursus bersekali dengan jamuan hari jadi dan perpisahan tapi tak pulak mengalu-alukan kehadiran kami. Tak apalah kalau tak nak sambut kehadiran kami .... nasib baik ibu dikecualikan untuk turut sama mereka pergi kursus kalau tidak susah juga sebab babah tiada minggu ni dan lagi hari sabtu nanti nak ambil report kad sekolah zeti. Tapi kawan ibu yang seorang lagi dipelawa untuk turut sama, kebetulan ada lagi tempat kosong.

Ibu dahpun mula menerima kerja, kerja yang pertama sekali ibu buat ialah memo edaran untuk mengembalikan pas degital setelah bersama atau bertukar. Kemudian ibu ditugaskan mengumpul rekod kursus/latihan yang telah dihadiri oleh semua Bahagian dan cawangan serta unit bagi Bahagian Perubatan. Perkara yang paling sukar bagi ibu ialah untuk menalipon orang, tapi akhirnya ibu kena juga buat kalau tidak EO mengamuk nanti. Kini ibu cuma menunggu apa yang perlu ibu uruskan seterusnya. Semuanya ini akan diuruskan pada minggu hadapan kerana 26 Jun ini ada mesyuarat ISO dan maklumbalas perlu dimaklumkan sebelum mesyuarat. Dahlah tu ibu pulak nak cuti pada 24/6/09 ni ... mudah-mudahan dapatlah ia disiapkan sebelum mesyuarat bermula. Yang satu hal lagi komputer ashik aja tak berfungsi, ini yang sangat ibu tidak gemar. Di sini kalau komputer rosak ke, tak ada letrik ke bermintu baru siap, tak seperti di mot, hari ni komputer tak berfungsi dah bising kami ke IT.

Monday, June 15, 2009

JAMUAN PERPISAHAN UNTUK IBU

ISNIN (15/6/09)


Hari ni sekolah mula dibuka, maka ibu & zeti bergegas untuk ke pejabat dan ke tadika sebab takut jalan jem dan tak dapat parking pulak nanti, almaklumlah di tempat baru ni .... ibu kena cepat sikit. Walau bagaimanapun alhamdulillah ... lega rasanya dapat tempat parking dan ada 20 minit untuk sampai ke Blok E1.


Inilah big bos ibu (En. Abdullah) dari bujang hingga masing-masing anak dah besar panjang, setia bersama

Sesampai aja di pejabat ibu tengok lengang aja ... nak masuk pun tadi pas tak boleh guna, kenalah tunggu di luar .... Oh ya ... tengahari ni ada jemputan khas dari pejabat lama ibu. Tak sabar rasanya nak ke sana. Sebelum tu ibu cuma duduk relax aja, tak ada kerja nak dibuat. Ibu ashik tengok jam, dah pukul 11.00 ke belum .... Sambil tu ibu pun tolong lah member sebelah susun barang di stor dan kemudian cepat-cepat minta izin nak keluar dari cc. Alhamdulillah cc benarkan.

Ini pulak second boss ibu selama 27 tahun bersamanya (Miss Lim)

Tepat pukul 11.30 pagi, ibu dapat panggilan dari cc di pejabat lama mengingatkan temujanji hari ni ... Oklah tepat pukul 11.45 pagi ibu pun segera keluar untuk ke blok D5, panas pulak cuaca di luar tapi ibu tak kisah asalkan dapat jumpa semua pegawai dan kakitangan di pejabat lama. Baru 2 minggu tak jumpa tapi terasa seperti 2 tahun pulak ... Akhirnya dalam kepenatan dan kepanasan sampai juga ibu di blok D tu ... Dari jauh lagi ibu dah terhidu bau makanan ... sedapnya ... Sebelum masuk ibu sempat singgah di tempat LPPDN dan dapatlah tengok gambar kawin ilah & epi.


c Ruslaini tempat ibu mencurah rasa sedih dan gembira

Kemudian ibu ke ruang tengah dan terpandanglah ibu akan makan yang dihidang dengan dihiasi alas meja yang begitu indah sekali ... dan akhirnya acara pun bermula dimana ibu telah diberikan hadiah dan diminta berucap. Ini yang tak gembar ni ... tapi ibu cuma dapat berkata-kata sepatah dua kata aja sebab dah tak boleh nak berkata-kata lagi ... takut air jernih akan mengalir nanti. Untuk tidak melengahkan masa lagi sebab perut mereka semua dah berbunyi maka kamipun mulalah makan sambil bergambar. Tengokalh gambar-gambar yang sempat kami abadikan untuk kali terakhir ...


Rozi & Iza teman sekerja yang sentiasa ada bersama membantu

Sedang mereka masih menjamu selera ibupun berjalan-jalan sekeliling untuk mengabdikan kenangan selama 27 tahun ibu berada di maritim. Terlalu pantas masa berlalu, tak sedar dah 27 tahun. Begitu leka dan seronoknya ibu berkhidmat di sini, tempat yang telah banyak memberi ilmu kepada ibu dari mula ibu guna mesin taip biasa hinggalah kini ... komputer dimana-mana. Ingat lagi semasa menggunakan mesin taip biasa, kalau tersalah taip jenuh untuk menaip balik, lebih-lebih lagi apabila guna liquid putih di sana sini dan bila hendak mengedarkan minit mesyuarat pulak, kenalah kami menaip minit mesyuarat dengan menggunakan kertas stensil (kertas ada karbon basah di belakangnya) dan apabila tersalah taip terpaksalah guna liquid berwarna merah, tunggu hingga kering barulah boleh ditaip atasnya tapi kalau mesin taip matanya dah tajam, nasib tak baik berlubang bila ditaip huruf 'o'. Stensel yang telah ditaip itu pulak di gelek menggunakan mesin penggelek (seperti mesen getah keping) yang diatasnya diletakkan dengan dakwat hitam dan diletakkan stensel tadi kemudian dipusingkan dimana terhasillah kertas-kertas yang telah dicetak (seperti apa yang telah ditaip tadi) tapi kalau tak bernasib baik hitam baju kita dibuatnya. Tapi kini semuanya mudah belaka, setelah ditaip ianya difotostakan aja ... senang kan? Itulah bezanya dulu dan sekarang ... Ibu rasa bahagia melalui zaman tersebut.

Teman yang sudi menghantar ibu balik ke pejabat (wah manjanya dia....)

Akhirnya tak disangka ibu akan berhijrah juga ke suatu tempat yang tak pasti lagi keadaannya. Itulah penghijrahan yang pertama dalam arena pekerjaan ibu. Jauh bezanya keadaan di sana dan di tempat baru ibu. Dulu ibu dikelilingi dengan pelbagai jawatan tapi kini dikelilingi dengan PT(PO). Ibu harap ibu akan dapat menyesesuaikan diri dengan keadaan baru ini. Untuk teman-teman di office lama, ibu harap mereka akan terus berkhidmat dengan hati yang ikhlas untuk menyara hidup kerana ALLAH. Mudahan-mudahan dengan keikhlasan bekerja, ketenangan akan sentiasa menyebelahi kita bersama demi bangsa dan negara. Kerjalah dengan seikhlas yang boleh dan setiap hari cari lah sesuatu yang boleh menceriakan hari kita, lupakan apa yang berlaku semalam tapi bersedia untuk menghadapi hari ini ... Itulah yang selalu ibu amalkan sepanjang 27 tahun ibu di maritim.


Teman-teman sejati dan sejiwa, bahagia bila bersama

Untuk itu, ibu telah dihadiahkan replika kapal layar yang sungguh indah untuk diingati dan dihayati. Terima kasih warga maritim, jasa dan kesudian kali bersama ibu selama ini dan juga sepanjang tengahari ini akan ibu ingati hingga ke akhir hayat ibu. Ibu sayang maritim, ibu sayang semua warganya. Mudah-mudahan kalian akan sentiasa berjaya didalam pekerjaan dan kehidupan dan dapat mencapai apa yang diimpikan.


Telatah kalian pengubat rinduku, ibu sayang kamu semua

Kepada teman ibu Iza dan Pn. Sabariah, mudah-mudahan kalian akan selamat melahirkan anak-anak yang comel nanti. Untuk Cik Waheeda dan Cik Zurina, ibu doakan kalian akan cepat bertemu jodoh dan berbahagia selalu hendaknya. Bagi Cc Ruslaini, ibu sentiasa mendoakan agar beliau sentiasa dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan jayanya. Bagi Rozi, Nana, Pn. Fazilah, En. Faruq, En. Siva, Zali, Adura dan Pn. Lili ibu doakan agar kamu semua sentiasa berbahagian dengan keluarga masing-masing. Seperti juga Cik Waheeda dan Cik Zurina, ibu doakan agar En. Syukri, En. Saiful dan Jeffry cepat bertemu jodoh masing-masing. Bagi En. Shahrul dan YM ibu sentiasa doakan agar kamu dapat mejalankan tanggung jawab sebagai pekerja yang berjaya dan cemerlang. Lutfi dan Zalilah pulak ibu doakan agar kamu cepat menimbang zuriat dan akhir sekali untuk bos ibu (En. Abdullah & Miss Lim) pengalaman sepanjang 27 tahun bersama tetap dalam ingatan dan doa dari ibu agar En. Abdullah & Miss Lim dapat meneruskan sisa-sisa perjuangan dalam arena pekerjaan dengan penuh tanggugjawab dan maju jaya. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada Cik Waheeda yang sudi melunagkan masa untuk menghantar ibu ke pejabat. Kalau nak jalan kaki, berpeluh ketiak dibuatnya.


Tengok tu..... ada-ada aja aksinya, membuat ibu terhibur seketika

Mereka yang suka beraksi, tengok tu aksinya .... ada-ada aja

Wahhhhhhh .... kalau beraksi kasi pada mereka ni .... ni yang ibu tak nak gi ni .....

Inilah replika yang akan sentiasa mengingatkan ibu tentang maritim

Sebahagian cenderahati dari teman-teman tersayang

MARITIM TETAP DALAM KENANGAN, IBU SAYANG MARITIM,
IBU SAYANG SEMUA
SELAMAT MAJU JAYA UNTUK MU MARITIM DAN WARGANYA

Saturday, May 30, 2009

TERKEDU DAN SELAMAT TINGGAL

SELASA - JUMAAT (26 - 30/5/09)

Pukul 2.00 petang seperti biasa seorang demi seorang masuk ke pejabat untuk menyambung kerja dan sebelum tu mereka sempat singgah ke tempat ibu untuk bersembang. Sedang kami tengah bergelak ketawa tetiba rakan ibu datang terus menghulurkan sampul surat yang telahpun dibaca tapi telah di gamkan semula. Ibu tak kisah semua tu sebab mereka dulu yang menerima surat tu ... Ibu dengan rasa berdebar-debar sambil mereka yang ada di tempat ibu berebut-rebut minta ibu membuka surat tersebut. Apabila dilihat, dah sah dah surat yang ibu jangkakan lama lagi ia datang tapi tak sangka ke datangannya begitu awal sekali. Surat itu meminta ibu melapor diri di Kementerian Kesihatan pada 1 Julai 2009. Maka dengan perasaan yang bercampur baur ibupun terkedu seketika.


Di sinilah tempat dimana pelbagai acara kami adakan terutama bila menjelang hari raya

Hanya tinggal tiga hari lagi ibu perlu membuat keputusan dan juga perlu mengemaskan barang-barang ibu yang masih bertaburan di sana sini. Almaklumlah dah 27 tahun berkhidmat di Bahagian tersebut dan tetiba aja nak keluar dari menjadi sebahagian ahlinya. Macam tak percaya pulak yang ibu akhirnya terkeluar juga dari senarai. Sangkaan ibu, ibu akan terus menetap di tempat tersebut hingga pencen tapi dah ditakdirkan ibu terpaksa akur dengan kada dan kadar.


Papan carta organisasi Bahagian kami
Sebelum tu ibu dah berusaha juga tanya ke sana dan ke mari, kalau ada sesiapa yang bersimpati dan ingin menolong ibu untuk terus menetap di tempat tersebut begitu juga dengan teman sepejabat ibu, mereka juga ada sama berusaha untuk tidak melepaskan ibu pergi terutamanya Ketua Kerani ibu. Tapi usaha kami tak berhasil, untuk itu jutaan terima kasih ibu ucapkan kepada mereka yang memberi pelbagai nasihat dan pandangan.

Inilah himpunan cenderahati dan hadiah yang telah ibu dan teman-teman usahakan sepanjang penempatan ibu di disini.

Sedang ibu sibuk dengan persoalan-persoalan tersebut tetiba pagi keesokan harinya dapat berita dari along yang dia dimasukkan ke Hospital kerana terjatuh dan tangannya patah, satu lagi dugaan yang datang secara tetiba aja. Nasib baiklah tempat along dekat dengan pakngahnya, dengan hati yang bercampur baur ibupun menalipon pakangah along. Kebetulan dia baru sahaja selesai bekerja dan tengaharinya pakngah dan makngah along melihat along di hospital. Kebetulan semasa mereka sampai pensyarah dan teman sekuliah along ada di sana untuk menguruskan hal pembayaran wad along. Kasihan along tak dapat menghadiri peperiksaan pada hari tu ...


JUMAAT (29/5/09)
Hari terakhir ibu di MOT

Hari ni telah mencatatkan sejarah kehidupan ibu di alam pekerjaan. Sebenarnya dah 2 kali ibu menerima tawaran seperti ini tapi semuanya ibu abaikan tapi entah kenapa kali ini tergerak pulak hati ibu untuk menerimanya. Agakahnya inilah yang dikatakan dah suratan takdir..... walaupun dalam hati bebelah bagi tapi ...... Sayang nak tinggalkan mereka yang telah banyak berjasa kepada ibu. Ibu sayang mereka semua .... tapi apakan daya tiada siapa yang menyayangi ibu ... kasihankan ibu ... tak apalah biar ibu membawa diri ... Mungkin ada baiknya penghijran ibu ni ... Walaupun dimana ibu ditempatkan nanti, kenangan indah di sana tetap bersemadi dihati ibu. Dari mula ibu menjejaki kaki (remaja) ke alam pekerjaan hinggalah kini anak-anak ibu dah besar panjang. Tak sedar masa berlalu begitu pantas sekali ... emmm ... kasihan ibu (saja nak pujuk hati yang sepi dan sedih ni ...) di situlah ibu setia berbakti mencari rezeki hingga ke hari ini. Dahlah ... tak perlu ibu cerita panjang lebar .... nanti ibu nangis lagi ....

Nak punch dah .... nampak ceria tapi di hati derita tau ...

Alhamdulillah, pada waktu-waktu terakhir masih ada insan-insan yang setia menunggu hingga ibu punch kad. Terima kasih Encik Faruq, Encik Danial dan Cik Waheeda (terima kasih menandatangani surat pengesahan persekolahan anak ibu) kerana bersusah payah membawa barang-barang ibu hingga ke kereta. Iringan kamu ibu hargai dan ibu sentiasa mendoakan kebahagian kamu semua dalam menguruskan kerja harian. Walaupun ibu tiada disana, keceriaan tetap akan berterusan. Terima kasih juga kepada Pn. Sabariah kerana sempat memberi penerangan pengiraan markah pelajaran anak ibu dan terima kasih juga kepada CC Ruslaini kerana bersusah payah menguruskan hal ibu walaupun dia begitu sibuk dengan kerja-kerja hariannya. Bagi teman-teman ibu yang lain (Norzurina, Iza dan Rozi serta semua warga maritim) terima kasih diatas cenderahati yang kalian berikan. Akan ibu simpan ia sebaik mungkin sebagai tanda kenangan. Untuk EP dan ELA Selamat Pengantin Baru, ribuan ampuna dan maaf kerana tak dapat bersama meraikan hari bersejarah kalian. Semuga kamu berdua berbahagia selalu hingga ke akhir hayat dan semuga cepat menimang cahaya mata.


Dah lah tu ... dah punch dah ......

TERIMA KASIH MARITIM DAN MOT kerana telah memberi peluang untuk ibu menimba ilmu dalam segala bidang pekerjaan. Doa ibu agar MARITIM & MOT sentiasa gah di mana saja ....

Tuesday, May 19, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ZETI DAN SELAMAT HARI GURU

ISNIN (18/5/09)



Walaupun Hari Guru dan Birthday Zeti dah berlaku tapi ibu rasa masih berkesempatan lagi untuk ibu mengucapkan HAPPY BRITHDAY TO YOU ZETI dan juga SELAMAT HARI GURU kepada semua para pendidik tanah air tercinta. Jasa mu tetap dikenang terutama untuk guru-guru ibu ketika bersekolah dahulu. Sempena hari guru tersebut, tadika tempat zeti belajar telah mengadakan Sambutan Hari Guru dimana para guru dan anak-anak murid bermain bersama-sama. Dengan adanya sambutan itu, ibupun mengambil kesempatan meminta cikgu kelas zeti mengadakan sama jamuan untuk Hari Jadi Zeti Yang Ke 6 Tahun bersama-sama teman-teman di tadika. Ini adalah permintaan zeti, sebelum ini ibu cuma sediakan bungkusan makan dan minta guru berikan kepada kawan-kawannya. Tapi kali ini zeti minta ibu belikan kek hari jadi dan potong kek bersama-sama dengan kawan-kawannya.


Inilah kek yang sempat ibu rembat dari Bintang, tak sempat nak tempah ...



Sempat juga berposing dengan dengan kekawannya sebelum tiup lilin tu ...



Zeti pun meniup lilin di keknya dengan muncungnya yang panjang sedepa ...


Selamat Hari Jadi ... Selamat Hari Jadi ... Selamat Hari Jadi Zeti ......., Selamat Hari Jadi ...


Untuk itu ibu dan babah terpaksalah mencari kedai kek pada hari Ahad dan akhirnya dapatlah kami membeli kek untuk zeti dan juga kek untuk guru tadika zeti. Sebelum tu ibu dan zeti sama-sama menyediakan 100 bungkus pelbagai jenis makan untuk diberi kepada semua kawan-kawannya dan juga ibu minta ustazahnya tolong ambilkan gambar-gambar di hari tersebut.



Dengan terkumpulnya para belia muda kita ini, maka bermulalah acara Sambutan Hari Guru


Beratur menanti giliran untuk bermain belon ...

Ehwah .. ewah ... anak dara ibu tu ... sampai nak terjatuh, nak pecahkan belonnya ..

Bergambar dengan kekawan dan Cikgu Pah .....

Kawan-kawan yang selalu bermain bersama di kelas dan di luar kelas

Pada sebelah pagi acara sambutan hari guru bermula dengan pelbagai permainan di taman dan sebelah petangnya acara memotong kek birthday zeti. Semasa balik kerumah pada petangnya ibu lihat zeti sungguh gembira kerana permintaannya telah ibu penuhi. Lihatlah gambar-gambarnya semasa hari tersebut.

Terimalah sejambak mawar merah untuk semua guru-guru yang telah bersusah mengajar anak-anak ibu sehingga berjaya kini ... SELAMAT HARI GURU ...

Tuesday, May 12, 2009

ANGAH BERCUTI DAN HARI NI BALIK DAH KE ULU PARI

SELASA (12/5/09)

Hari ni ibu cuti sebab angah nak balik semula ke kem Ulu Pari. Ibu dan babah tak dapat nak hantarnya balik sebab babah ada kerja dan ibu pulak biasalah masih tak biasa lagi bawa kereta jauh-jauh. Nasib baik angah ada teman yang sudi tumpangkannya. Semasa balikpun dulu angah tumpang kawannya tu ... terima kasihlah kepada kawan angah tu ..



Semasa bercuti di rumah, ibu lihat angah tak ceria betul ashik nak tidur aja .... agaknya dia rindu pada kekawannya di sekolah dulu ... Hari kedua barulah angah dapat berjumpa dengan kekawannya semasa bekerja di alamanda dan malamnya pula dia keluar atau bercatting di internet. Ibu tak kisah asalkan dia tak bawa motor ...


Kami berkelah ketika menjengok angah dua minggu lepas

Nampaknya cuma tinggal lebih kurang 3 minggu lagi untuk angah menamatkan PLKNnya. Minggu lepas angah baru aja tamat latihan menembak. Seronok katanya ... Untuk itu di sini ada ibu sertakan gambar-gambar yang telah diambilnya semasa latihan menembak dan sebagainya.


Bersama-sama teman-teman semasa nak mula latihan menembak


Berposing dengan bendera kumpulannya

Bersama-sama kanak-kanak di tadika perpaduan

Pakaian ketika bertugas di kem pada hari minggu

Beratur ketika hendak mengambil senapang dan peluru

Bergambar dengan penolong komander

Inilah saat dan ketikanya angah memegang dan menggunakan senjata ...
Tapi kata angah sekejap aja pelurunya dah habis .... (lain kali buatlah pelahan-lahan .... eheee ..) agar dapat lama memegang senjata tu ...

Tuesday, May 5, 2009

KISAH ALONG DENGAN LATIHAN INDUSTRI (LI) NYA

RABU (6/5/09)

Dua minggu lepas pelbagai kejutan ibu alami, terutama tentang kedatangan surat tawaran kerja untuk ibu dari SPA, pelbagai surat dari IPTA dan IPTS (untuk angah) yang berkunjung ke peti surat di rumah untuk diuruskan dan kemudian kejutan dari along yang mahu ibu uruskan tempat latihan industrinya dan minta ibu carikan tempat di sekitar Putrajaya. Hai ... pening kepala ibu dibuatnya. Almaklumlah ... tugas sebagai pengurus ahli keluarga !!!!

Dan akhirnya setelah ibu usahakan sama ada melalui internet (nasib baik ibunya seorang yang ada pengetahuan tentang it), kawan sepejabat (cara untuk mendapatkan tempat LI) dan akhirnya setelah difikirkan tempatnya, akhirnya ibu kuatkan semangat dan buat keputusan hantarkan sahaja surat LI along ke Unit IT di tempat ibu bekerja. Habis cerita ......

Tapi kemudiannya ibu terfikir, betul ke along boleh ikuti LI, sedangkan semester pertama dia tak lulus beberapa subject penting. Untuk mendapatkan kepastian ibupun kuatkan semangat (nilah yang kureng kat ibu ni .... malu nak menalipon ....) dan terus menalipon pensyarah LI di Kolejnya. Akhirnya kemuskilan ibu terjawab sudah ... Kata si pensyarahnya memang dia kena pergi LI. Tapi keesokan harinya ibu dapat panggilan dari pensyarah along semalam yang menurut katanya setelah diamati semula, along tak terpilih untuk LI seperti apa yang ibu fikirkan. Maka dengan muka seposen ibupun terus mengambil kembali surat yang telah ibu serahkan kepada unit It di tempat ibu. Nasib baiklah surat tu belum lagi ditengoh oleh Bos Unit IT, kalau tidak malau aja ... dan juga nasib baik surat itu ibu cuma berikan di tempat tersebut aja dan tidak di tempat lain (kalau tidak susah ibu untuk membatalkannya).

Nampaknya satu perkara telah dapat ibu selesaikan dengan jayanya tapi kasihan pulak along yang telah terbayang untuk balik menjalani latihan industrinya, tapi hampa aja..... Dimana kini dia terpaksa melalui kehidupan di segamat dengan hati yang tawar ketika itu (bln Jun) sedangkan kekawan yang lain sedang bergembira dengan LI mereka masing-masing. Itulah akibatnya orang yang suka BERSERONOK-SERONOK DAHULU, akhirnya dia juga BERSUSAH-SUSAH KEMUDIAN nya.....

Monday, May 4, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ANGAH AND CIK ZURINA

ISNIN (4/5/09)


Nampaknya dua nama ni akan sentiasa dalam diry ibu, sebab kedua-duanya selalu dekat dihati. Doa ibu sentiasa mengiringi mereka berdua dan juga teman-teman lain yang kebetulan tarikh birthday mereka jatuh pada hari ni ... muga mereka semua dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipertemukan jodoh (bagi yang dah matang) dan berbahagialah selalu (tapi kalau dihari yang bersejarah ni masih lagi sibuk ke sana-ke sini tak apalah kan dah tugas - Cik Zurina) bila senang kita raikan bersama. Buat angah (anak ibu) bersabarlah menunggu hari besarmu itu dan buat masa ini tenangkan fikiran ikutlah apa yang dimahukan semuga angah dapat menamatkan PLKN dengan jayanya.

HAPPY BIRTH TO YOU!!!

Tips:- Petua Mencuci Blander ('',)

Apa khabar teman semua? Mudah-mudahan semuanya sihat kan ... bagi ibu buat masa ini terlalu banyak perkara yang hendak diuruskan. Maaflah kalau ada kekawan ibu yang tag kat ibu tapi ibu tak dapat nak penuhi permintaan kalian. Walau bagaimana pun untuk menenangkan fikiran, sempat juga ibu paparkan e-mail yang ibu dapat dan masih ada dalam simpan untuk kita amati bersama.

PETUA MENCUCI BLENDER

1-Masukkan sedikit air dan sedikit bahan pencuci ke dalam blender/mixer;
2-Ambil kulit telur dan masukkan sekali ke dalam blender/mixer tersebut;
3-"ON" kan blender/mixer anda tu sehingga beberapa ketika.

Lihatlah hasilnya. Kulit telur yang anda masukkan ke dalam blender/mixer tersebut akan hancur setelah anda "ON" blender/mixer tersebut. Kulit telur yang telah hancur itu sebenarnya berperanan sebagai "pemberus" bagi mencuci blender anda.

Selain blender/mixer, petua ini juga boleh digunakan untuk membasuh bekas minuman/botol air/kole air yang sukar untuk dibasuh.

Caranya ialah:

1-Masukkan sedikit air dan sedikit bahan pencuci ke dalam bekas minuman/kole air;
2-Masukkan kulit telur yang telah dihancurkan;
3-Goncangkan bekas minuman/botol air/kole air sehingga kotoran hilang.
Mudahkan petua ini? Cubalah! Kemudian, ajarkanlah petua yang hebat ini kepada ibu atau makcik anda nanti.Nescaya pasti ibu dan makcik anda akan berterima kasih kepada anda.

Jadi, setelah anda baca dan faham, kemudian terus praktik. Seterusnya, sebarkan-sebarkanlah ilmu yang anda amalkan itu kepada orang lain.

Thursday, April 30, 2009

PENGETAHUAN AM "DUNIA DIBAYANGI SELSEMA SEPANYOL"

Info ini ibu dapat dari e-mail. Memandangkan perkara ini sedang hangat diperkatakan maka ibu rasa artikel ini dapat juga menambah pengetahuan kita mengenai musibah yang sedang berlaku dewasa ini.
Global: Dunia dibayangi selesema Sepanyol
Berita Harian, 6 Okt 2004
Oleh Anida Salwani Abdul Hadi

ANGKA kematian akibat jangkitan virus H5N1 atau lebih dikenali sebagai selesema burung makin meningkat saban hari. Sehingga kelmarin, ia meragut mangsa ke-11 di Thailand iaitu seorang budak perempuan berusia lapan tahun.

Pegawai kesihatan di negara itu dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerap kali mengeluarkan kenyataan mengenai perkembangan virus maut yang berjangkit melalui ayam atau itik kepada manusia.

Setakat ini, sebaran hanya membabitkan sekitar Asia dengan terkini, tertumpu pada negara terdekat kita, Thailand.

Lebih membimbangkan, ada kemungkinan pesakitnya mampu menyebarkan virus sesama manusia dan belum ada ubatnya. Kecil atau besar kebarangkalian itu, belum ada faktanya.

Dalam laporan harian berkenaan, terselit pula perbandingan keadaan sekarang dengan wabak besar selesema melanda dunia pada 1918 selama 18 bulan sehingga menyebabkan kira-kira 40 juta orang atau satu perlima penduduk dunia direkodkan maut. Jumlah itu juga dipercayai jauh lebih tinggi.

Pegawai kesihatan hari ini bimbang, wabak terburuk dunia berkenaan mungkin berulang sama ada dalam bentuk berlainan atau yang sama.

Ia dikenali sebagai selesema Sepanyol atau La Gripe dan dikatakan lebih dahsyat daripada sebaran Black Plague atau Aids dalam sejarah manusia.

Ketika itu, Perang Dunia Pertama sedang berlaku. Negara askar bersekutu menggelarnya Selesema Sepanyol kerana jangkitan banyak tertumpu pada negara dengan lapan juta kematian dilaporkan terutama pada bulan Mei 1918.

Kebanyakan tanda awal penyakit sama seperti jangkitan virus selesema biasa seperti sakit tekak, pening kepala, rasa khayal dan hilang selera makan. Ia juga mampu menjangkiti sesama manusia.

Antara laporan awal serangan penyakit itu berlaku di Fort Riley, Kansas di Amerika Syarikat pada 11 Mac 1918.

Tukang masak tentera, Albert Gitchell dimasukkan ke klinik dengan suhu badan mencecah 39.44 darjah Celsius. Menyusulinya, Korporal Lee Drake dan Sarjan Adolph Hurby.

Dua hari kemudian, seramai 522 lelaki di kem berkenaan sakit dan keadaan makin buruk ketika musim panas.

Pada Ogos 1918, lebih banyak jangkitan dikesan di tiga lokasi lain iaitu Brest, Boston dan Freetown dan mangsanya membabitkan askar sama ada di medan perang atau di kem tentera, terutama yang terletak jauh dari kemudahan.

Serangan buruk memerlukan pesakit dirawat di hospital tetapi walaupun diberikan jagaan rapi, satu pertiga mangsa yang biasanya muda antara usia 20 sehingga 40 tahun dan sihat dilihat meninggal dunia.

Bayangkan, anda yang sihat wal’afiat secara tiba-tiba jatuh sakit dan esoknya, menghembuskan nafas terakhir. Atau ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, dijangkiti selesema itu kemudian meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Seorang pakar perubatan mendakwa, pesakitnya disangka menghidap selesema biasa tetapi ia berkembang kepada pneumonia (radang paru-paru) yang teruk dan kemudian pesakit dilihat termengah-mengah menyedut udara sebelum mati kelemasan.

Seorang pakar yang lain pula berkata, pesakit sebenarnya mati kerana saluran udara iaitu hidung dan mulut tersumbat akibat darah yang tiba-tiba keluar.

Ramai pegawai perubatan ketika itu tidak mampu melakukan apa-apa bagi melawan agen selesema berkenaan. Itulah yang terjadi lebih 80 tahun lalu.

Wabak selesema Sepanyol itu terus merebak ke seluruh dunia termasuk ke Amerika Utara, Eropah, Asia, Afrika, Brazil dan Pasifik Selatan.

Dalam tempoh enam bulan, seramai 28 juta orang terbunuh malah ada yang mendakwa jumlah sebenar membabitkan dua kali ganda.

Di Amerika saja, seramai 28 peratus rakyatnya dijangkiti dengan lebih setengah juta orang mati. Jumlah berkenaan 10 kali ganda lebih tinggi daripada mangsa yang maut dalam peperangan.

Lagi 200,000 yang lain membabitkan rakyat Britain.

Kesan wabak itu di Amerika amatlah dahsyat sehinggakan pusingan hidup rakyatnya terbantut selama 10 tahun.

Malah, Presiden Woodrow Wilson sendiri dijangkiti pada awal 1919 ketika sedang merundingkan perjanjian Versailles untuk menamatkan peperangan.

Seorang doktor di Detroit, Dr T Francis sempat menulis surat kepada rakan sekerjanya untuk menceritakan pengalaman merawat askar yang dijangkiti selesema tidak diketahui itu.

“Askar yang dihantar ke sini pada mulanya mempunyai tanda selesema biasa. Dua jam kemudian mereka mempunyai bintik warna merah tua pada tulang pipi dan beberapa jam kemudian menunjukkan sianosis (perubahan warna kulit yang kebiruan akibat kekurangan oksigen dalam darah) yang merebak dari telinga ke seluruh muka, sehingga sukar untuk membezakan lelaki kulit putih mahupun hitam.

“Beberapa jam kemudian, maut mula menyelubungi mangsa dan memang menyedihkan melihat mereka seakan-akan lemas. Pada mulanya, melihat 20 atau 30 pesakit mati boleh diterima tetapi kini, purata kematian meningkat sehingga 100 orang sehari.

“Saya pasti, ia jangkitan jenis baru tetapi jenis apa, saya tidak tahu,”
katanya.

Lebih menakutkan, wabak selesema maut itu pernah dicatatkan sejarah menghapuskan seluruh masyarakat di beberapa negara. Satu-satunya tempat yang tidak mempunyai jangkitan berkenaan adalah di Pulau Marajo, di bibir Sungai Amazon, Brazil, kerana ia tidak berpenghuni.

Di India, kira-kira 50 daripada 1,000 orang meninggal dunia kerana selesema itu.

Pada 1918 turut menyaksikan penduduk dunia kurang berhibur bukan saja disebabkan peperangan tetapi orang ramai takut dijangkiti virus maut berkenaan.

Kebanyakan teater, dewan tari-menari dan kawasan penduduk berkumpul ditutup sehingga setahun lamanya.

Pada masa sama, ada tempat melaporkan mereka kekurangan pekerja kesihatan untuk menjaga pesakit apatah lagi penjaga kubur untuk menanam si mati.

Punca sebarannya sehingga kini tidak dapat dipastikan, tetapi banyak spekulasi yang muncul termasuk sangkaan bahawa Jerman melancarkan alat perang biologi ciptaannya.

Yang lain pula berpendapat, ia kesan perang parit berikutan askar Perang Dunia Pertama mengorek longkang kecil untuk dijadikan kubu dan di situlah kehidupan di medan perang banyak dihabiskan.

Selain itu, ada teori mengatakan ia berpunca daripada asap bom gas digunakan ketika perang.

Baru-baru ini, seorang wanita berusia 98 tahun, Jessie Lee Brown Foveaux dari Manhattan menceritakan pengalamannya melalui zaman genting berkenaan.

“Kami kehilangan ramai pesakit. Bilangan yang masuk ke hospital bertambah dengan cepat dan dalam keadaan marah.

“Pernah beberapa kali pesakit pulang ke rumah kerana masih tidak rasa sihat ketika dirawat. Sedar-sedar saja mereka sudah meninggal dunia.
Setiap hari kami terfikir, siapa pula akan pergi,” katanya yang berusia
18 tahun ketika wabak itu tersebar dan bekerja di dobi Fort Riley, antara kawasan awal jangkitan selesema Sepanyol.

Hari ini, dunia sedang menyaksikan selesema burung tersebar tanpa mengetahui sejauh mana kesannya pada penduduk bumi.

Bagaimanapun, dengan kecanggihan dunia perubatan sekarang, ramai saintis berlumba-lumba mencari jawapan jangkitan terbaru itu dan cara terbaik adalah membuat perbandingan dengan sebaran wabak 1918 berkenaan.

Menurut laporan akhbar The Age baru-baru ini, penyelidik perubatan berjaya membuka rahsia selesema Sepanyol itu.

Perubahan ketara yang diketahui apabila virus selesema berkenaan mengubah struktur permukaannya sehingga ia mampu menjangkiti bukan saja spesies burung, malah manusia.

Sepasukan saintis Britain berkata, bentuk tiga dimensi virus 1918 mempunyai senjata paling berkesan iaitu kandungan protin yang bertompok pada permukaannya bagi membolehkannya menakluki sel.

Sel hemagglutinins (HA) yang berpaku melekat pada molekul reseptor permukaan sel dalam paru-paru. Sehingga kini, tidak diketahui asal usul protein terbabit.

Sir John Skehel dan rakan sekerjanya di Institut Penyelidikan Perubatan di Majlis Kajian Perubatan, tempat sama virus itu dikenali pada 1933, mengkaji bahan genetik daripada sampel mangsa selesema Sepanyol di Amerika.

Dengan menggunakan teknik Sinar-X Kristalografi, mereka dapat melihat struktur HA dan bagaimana ia melalui proses mutasi.

Manusia dan virus avian HA biasanya berinteraksi dengan sel reseptor yang berlainan sekali gus sepatutnya menyukarkan selesema burung menjangkiti manusia.

Bagaimanapun, HA bagi virus selesema Sepanyol itu sudah berubah menyebabkannya mudah melekat pada sama ada sel burung mahupun manusia dan memudahkan jangkitan sesama manusia.

Berikutan sistem imunisasi tidak dapat membiasakan diri dengan selesema burung sehingga meragut nyawa, seramai 70 peratus mangsa di beberapa negara termasuk mereka berusia 15 sehingga 34 tahun terbunuh.

Sir John yang penemuannya dilaporkan dalam jurnal Science berkata:
“Laporan ini penting kerana maklumatnya mengenai cara virus yang berasal dari burung itu boleh melompat ke manusia.

“Ia membolehkan kita menjejaki perubahan pada virus untuk tujuan kesihatan awam walaupun ia tidak membolehkan kita meramal atau mengekang bentuk selesema lain di masa depan.”

Sekumpulan pakar Amerika yang turut menyumbang kepada laporan jurnal Science dan diketuai Profesor Ian Wilson dari Institut Penyelidikan Scripps di San Diego, California berjaya menentukan struktur protin yang membentuk HA.

Mereka menemui bukti bagaimana molekul itu dibentuk untuk berinteraksi dengan protin dalam sel manusia.

“Ia seakan-akan virus avian dengan identiti kemanusiaan,” katanya.

Bagaimanapun, mereka menolak dakwaan selesema burung yang melanda Thailand, Vietnam dan China hari ini serupa seperti selesema Sepanyol kerana virus burung berkenaan mempunyai hemagglutinin H5, manakala epidemik 1918 jenis H1.

Bagi wabak terbaru melanda kebanyakan negara Asia itu, rawatan terbaik yang boleh diberikan adalah suntikan vaksin atau membunuh ayam dan itik ternakan sebagai langkah pencegahan.

Seorang pakar patologi untuk tentera Amerika, Jeffery Taubenberger berkata, tidak dapat dipastikan sama ada penyakit terbaru ini ada kaitan dengan wabak besar lampau.

“Tetapi, jika kita lihat catatan sejarah, sesuatu wabak besar muncul setiap 30 tahun dengan yang terakhir pada 1968.

“Kita tidak boleh meramalkan masa depan tetapi kemungkinan berlakunya wabak baru memang ada kerana ia pernah berlaku.

“Apatah lagi kita terdedah pada amalan pertanian yang lebih maju dan kita tinggal dekat dengan ladang ternakan menyebabkan penyakit yang biasanya ditemui pada haiwan mula menjangkiti manusia,” katanya.

Pada 1918, Perang Dunia Pertama dipercayai memainkan peranan sebaran penyakit maut sehingga jumlah kematian lebih tinggi daripada mangsa di medan perang.

Tidak mustahil krisis di Iraq, Afghanistan, Pakistan dan beberapa kawasan lain di dunia yang dikatakan mukadimah satu lagi perang dunia disusuli satu lagi wabak maut yang bakal menyaksikan ramai penduduk dunia terkorban.

Selesema Babi Atau Swine Flu

ABSTRAK

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Selesema Babi atau Swine Flu bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak. Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Wabak ini telah mengorbankan 103 orang di Mexico dan menjangkiti 1500 orang di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.

PENGENALAN

Demam selesema babi adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Ianya disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Virus demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.

Apakah Selesema Babi?

Selesema babi adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

Adakah Terdapat Jangkitan Demam Babi di US?

Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa.

(Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm
<http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm> . Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini)).

Adakah Virus Ini Berjangkit?

CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Demam Babi Terhadap Manusia?

Simptom selesema babi ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem
pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?

Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.

Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?

Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?

Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Adakah Terdapat Ubat Untuk Selesema Babi Ini?

CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.

Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).

Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?

Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?

Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja.
Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?

Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:
• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?

• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.
• Jangan pergi ke sekolah;
• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang- orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.

Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?

Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.

Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?

Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak (selesema babi) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.

Jika anda sakit anda perlu:-

• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;

Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-

• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.

Bagaimana Seriusnya Jangkitan Selesema Babi ini?

Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.

Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?

• Tidak. Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.

TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN

• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah
pencegahan:-

i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak swine-flu dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.

ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.

iii. Saringan tanda-tanda jangkitan swine-flu di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.
iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak swine-flu untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.

• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.

• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.

• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.

• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.

• Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak swine-flu ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh.gov.my

Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
• Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak Amerika Syarikat (US Centers of
Diseases Control and Prevention) atau CDC
• Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia • Akhbar-akhbar Utama