DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Saturday, July 25, 2009

KERETAKU DAH MERAJUK

AHAD (25/7/09)

Sehingga hari ni (Ahad) bermakna dua minggu sudah kita melewati bulan Julai. Disepanjang bulan julai ini dah dua kali kereta kesayangan ibu buat hal. Dipenghujung bulan Jun yang lalu ibu dan zeti terpaksa meredah sungai dan denai untuk menjejakkan kaki kami ke destinasi masing-masing. Apa taknya terpaksa menyeberangi sungai (jalan raya dah ...) meredah denai (short cut) untuk menghantar zeti ke tadika dan ibu pulak terpaksalah berdiri dicelah-celah lelalang (orang ramai) panjang diperut bas yang panjang tapi pendek. Akhirnya sampailah kami ke destinasi masing-masing.tepat pada waktunya. Itulah yang kami lalui sepanjang minggu tersebut. Dipenghujung minggu barulah babah dapat melihat apa masalah yang telah dialami oleh kereta yang telah berkhidmat dengan ibu selama 6 tahun, seusia zeti.

Alhamdulillah setelah dibaiki maka minggu seterusnya dapatlah ibu dan zeti ke destinasi kami tanpa melalui halangan-halangan tersebut. Tapi pertengahan minggu ini dia buat hal lagi, angaknya dia merajuk kot ... bila terdengar ibu dan zeti ada berkata-kata yang zeti nak naik kereta baru. Alahai kesihan dia kan ... sebenarnya memanglah ibu dan zeti ada hasrat nak berkereta baru .... tapi taklah sampai nak melupakannya (kereta tersebut). Tapi kalau dia ashik buat hal aja .... nampak gaya kenalah "let go to the zoo ....."

Maka pada hari Khamis yang lalu kereta tersebut bermasalah lagi (dah lah hari tu zeti lambat) kereta pulak semput tapi dengan adanya babah ketika itu, kereta tersebut pulih kembali dan kami pun bertolak ke tempat kami dengan senang hati tapi nasib tak baik, punch kad ibu merah hari tu .... Masih oklah lagi sebab baru satu merah. Keesokkan harinya kereta tu ok sekerat jalan aja dan tetiba aja dia mati (dilaluan sibuk lak tu ...). Hai, tak boleh jadi ni ... zeti dah mula ajak ibu keluar dan di belakang dah banyak kereta berbaris dan ada dah mula bunyikan hon. Dengan muka selamba aja, ibupun keluar dan terus menolak kereta ke tepi jalan dan kebetulan terdapat parking kosong di situ. Tak bergerak pulak tu .... tapi dengan bantuan mereka (orang ramai) kereta tersebut dapatlah di letakkan ke tempat parking dan ibu dengan zeti tak pandang kiri kanan lagi, terus ambil beg dan berjalan laju ke tadika zeti. Selamatlah ibu hari tu .... punch kad pun alhamdulillah tak merah.

Petangnya pulak, selepas ambil zeti ibu pun terus ke kereta untuk melihat apakah dia masih merajuk lagi tapi alangkah terkejutnya ibu kerana kereta tersebut tak berkunci, yang dikunci cuma pintu kiri hadapan aja ..... Ish ish ish ..... ibu ni cuai betul kan .... nasib baik ibu guna kunci setering. Bila dicuba hidupkan injin, tak mahu juga, nampak gaya dia dah merajuk terus. Tak apalah kalau dia nak merajuk, ibu cari baru kan ..... Maka tersadailah dia di tempat tersebut sehingga semalam (Ahad), barulah kami dapat membawanya ke tempat kami. Itupun setelah bersusah payah ibu dan babah menolaknya. Kesihan babah termengah-mengah dia menolak dimana ibupun turut sama menolak dan akhirnya sampai juga ke destinasinya. Kata babah dia dah minta kawannya datang untuk mengambil kereta tersebut. Nampak gaya tak dapatlah nak dapat RM5,000 sebab kereta tu dah tak mahu jalan dan kenalah ditolak aja kereta tersebut.

Bila ibu lihat kereta tu .... sayang rasanya nak dilepaskan. Sebenarnya dia tak bermasalah cuma ibu aja yang tak pandai jaga dia ... biar aja dia tanpa selalu diservis. Niat dihati nak uruskannya minggu ni tapi dia dah buat hal .... agaknya tak larat lagi nak menunggu ibu uruskannya. Ibu bukannya tak mahu nak uruskannnya cuma ongkosnya masih kekurangan. Almaklumlah baru uruskan angah ke KPTM dan along pulak baru mula kembali ke kolejnya. Gaji ibu pun masih lagi ditahap lama maka tak dapatlah nak uruskannya ..... Walau bagaimanapun terima kasihlah sebanyak yang ada kepada kereta tersebut, sebab sepanjang khidmatnya kepada ibu cuma sekali dua aja dia buat hal. Tapi dah tersurat dia akan pergi jua .... seperti juga ibu kan .... Walaubagaimanapun ibu reda pemergiannya itu ... Nampak gaya minggu ni kenalah naik bas lagi. Sebenarnya seronok gi kerja naik bas ni ...., tapi yang tak seronoknya bila balik ... susah nak dapat bas. Mudah-mudahan minggu ni minggu yang ceria buat ibu ....

Wednesday, July 1, 2009

SEMINGGU DAN SEBULAN DAH BERLALU

RABU (1/7/2009)

Alhamdulillah, semuanya telah berlalu ... Ibu dah sebulan berada di KKM dan angah pulak dah seminggu berada di KPTM. Nampaknya tahun ini adalah tahun penghijrahan bagi kami sekeluarga. Walau pun pada mulanya begitu payah untuk menerima kenyataan ini tapi berkat doa kawan-kawan dan keyakinan ibu maka dapat juga ibu mengharungi segala dugaan dan halangan sepanjang perjalanan itu. Kini kami sedang melalui fasa penyesuaian di tempat baru.

Kini ibu dah mula menguruskan kerja-kerja rasmi sebagai kerani seperti membuat memo pendek, memfotostat salinan, masukkan memo atau surat ke dalam fail dan akhir sekali mengedarkan kepada semua bahagian dan cawangan di program perubatan. Oleh kerana sebelum ni ibu dah biasa dengan fotostat, binding, edarkan surat maka semuanya itu dapat ibu lakukan seperti apa yang diminta oleh EO ibu. Baru-baru ini ibu diminta untuk turut sama EO pergi menghadiri mesyuarat (mengenai pengurusan pejabat) penyelenggaran pejabat. Dulu cc Rus selalu diminta telefon Stageno bila elektrik tiada, telefon maintenan bila tandas rosak dan sebagainya tapi kini ibu pulak ditugaskan menguruskan perkara tersebut. Nak tak nak kena juga menggunakan telefon untuk berhubung dengan mereka tersebut seperti CC Ruslaini selalu lakukan.



Cuma satu ibu masih lagi susah hendak mengingatkan nama-nama staf di Unit Pentadbiran & Kewangan (UPK) ibu tu ... Bukannya apa nama-nama mereka di panggil (orang ini panggil si anu tu lain dan orang lain pulak panggil si anu tu iaitu orang yang sama lain pulak namanya keliru dibuatnya dan terpingga-pingga bila diajukan nama-nama tersebut. Tapi nama ibu masih kekal dipanggil KAK KAY melainkan EO dia panggil nama penuh ibu dan ibu selalu salah dengar nama ibu dipanggil sebab ada seorang lagi staf yang namanya serupa dengan nama ibu iaitu QAMARINA dan dipanggi Q oleh staf tapi EO panggil dia Qamarina. EO ibu jarang guna telefon bila hendak berurusan dengan stafnya, dari dalam bilik dia akan jerit nama-nama yang diperlukan dan kami semua terpaksalah menyahut panggilannya.



Lainlah kalau di MOT, nama-nama mereka semua senang diingat ..... Walau pun ibu dah lama tak ke sana tapi warga maritim masih dalam ingatan ibu dan bila ingin melepaskan rindu, ibu selalu pandang ke luar tingkap dan dengan jelasnya terpampar nama MOT di atas bangunan Blok D5. Sebelum ni nama tu tiada lagi di situ tapi sejak ibu dah berpindah ni ... macam-macamlah mereka letak, terutama di bhg. maritim, dulu masa ibu ada tiada tv besar tapi bila ibu melangkah aja pergi ..... maka terpamparlah tv besar ada video dan astro lagi ... Eeee ... geramnya ...

Wednesday, June 24, 2009

ANGAH DALAM MINGGU ORENTASI DI KPTM BANGI

RABU (24/6/09)

Hari ni ibu tak kerja sebab nak hantar angah ke KPTM di Bangi. Punyalah banyak brosuer kolej dan pusat pengajian tinggi yang datang ke rumah dan punyalah banyak ibu mendaftar secara online ke semua pusat pengajian tinggi akhirnya Bangi juga yang dipilih oleh angah. Sebab utamanya ialah tempatnya berhampiran putrajaya, mudah untuk berulang alik bila hari minggu (lagi pun dia bercadang nak bawa motosikal ke kolej nanti). Sebenarnya dia mendapat tawaran dari KPM (Kolej Profesional Mara di Melaka, UNICOP di Gombak & Politeknik Sultan Azlan Shah di Perak) tapi semuanya ditolaknya, akhirnya dia ke Bangi.




Kami bertolak dari Putrajaya pukul 8.45 pagi dan sampai di sana pukul 9.10 pagi. Orang dah mula ramai beratur. Ibu tak dibenarkan turut sama mendaftar dan tinggallah angah menguruskan halnya sambil ibu memantau dari jauh aja. Nasib baik semua maklumat-maklumat yang diperlukan telah ibu siapkan awal-awal lagi dan mudahlah bagi angah berurusan semasa mendaftar. Walau bagaimanapun ada sedikit perkara yang tak dapat angah urusakan dan terpaksalah ibu datang membantunya. Itulah ashik ingat tentang baju cantik, seluar cantik hingga hal-hal pendaftaran tak dihiraukannya. Akhirnya pukul 11.00 pagi angah siap mendaftar dan kamipun ke dewan untuk mendengar taklimat dari Pengetua KPTM. Elok juga dia terangkan segala-galanya dari hal pengajian hinggalah hal pinjaman MARA dan PTPN.






Kemudian pukul 12.15 tengahari kamipun bertolak ke asrama untuk mendaftar dan mengemas bilik asrama. Oleh kerana kami datang awal maka dapatlah angah memilih katil dan almari yang elok dan mereka yang lain dapat katil double daker. Satu bilik ditempatkan 3 orang disertakan juga 3 buah almari dan meja tulis (oklah tempatnya) tapi bilik air terpaksa berkongsi dengan penghuni di bilik sebelah. Kata angah berebut juga bilik air ...





Walau bagaimana pun semuanya berjalan dengan baik dan esok bermulalah angah dengan minggu orentasinya. Walau bagaimanapun keesokkan harinya angah menalipon minta bawa kasut sukan dan seluar sukan. Itulah angah ashik fikirkan baju yang hendak dipakai masa belajar nanti hingga terlupa yang kasut sukan tak dibawa nya. Yang jadi mangsa ibu dan ayah juga ..... kenalah menghantarnya pada malamnya (pukul 10.00 hingga 11.30 mlm kami menunggunya habis orentasi). Nasib baiklah tempat belajar dan rumah tak jauh, kalau di Melaka ... nampaknya gi sendirilah cari ... Itulah angah yang suka melaram hingga terlupa yang lain-lain.

Thursday, June 18, 2009

CUBA MENYESESUAIKAN DIRI

KHAMIS (18/6/09)

Diam tak diam dah 3 minggu ibu di KKM, minggu pertama kami jadi seperti perlarian. Sekejap di suruh ke sana, sekejap di suruh kesini dan akhirnya Jumaat (5/6/09) kami pun dipanggil untuk diberikan penempatan masing-masing. Dengan rasa berdebar-debar kamipun melangkah ke tingkat 7 (sumber mansusia) untuk mendapatkan surat penempatan. Nampaknya masing-masing gembira kerana telah tahu dimana mereka ditempatkan cuma mereka menunggu kalau-kalau ada yang sama tempat. Ibu serta 9 orang lagi telah ditempat di Bahagian Perubatan dan kami pun melapor diri di Unit Pentadbiran & Kewangan. Ingatkan kami semua ditempatkan di situ tapi di bahagi-bahagikan lagi ke cawangan-cawangan yang lain. Akhirnya tinggallah ibu dan seorang lagi ditempatkan di Unit Pentadbiran & Kewangan.

Tempatnya taklah berapa besar dan terdapat 2 orang PPT yang dipanggil EO. Mula-mula ibu terasa kekok juga nak panggil PPT tu EO, almaklumlah di tempat lama kami panggil semua pegawai dengan 'puan', 'cik' dan 'Encik'. Susah juga nak biasakan panggil EO tapi akan ibu cuba juga untuk panggilnya EO. Disamping itu terdapat seramai 13 PT(PO), 3 PAP dan seorang cc. Kebanyakkannya adalah orang baru dan KPSL seperti ibu. Kesemuanya perempuan kecuali 2 PAP dan 2 kerani lelaki.

Inilah pejabat baru ibu dekat aja dengan jalan besar tapi kalau dah masuk jalan ni susah nak keluar ..

Suasana kerja seperti biasalah kalau kewangan tu sibuk dengan waran, vocher, kelim dan entah apa-apa lagi dan pentadbiran pulak sibuk dengan latihan/kursus, perjawatan dan sebagainya. Sekarng ni mereka sibuk dengan persiapan hari keluarga dan kursus motivasi team building (unit pentadbiran & kewangan yang menguruskannya) hujung minggu ini di Melaka. Kebetulan hari ni ada pulak seorang staf di situ nak bertukar (naik pangkat), maka hari ni mereka adakan mesyuarat persediaan untuk pergi kursus bersekali dengan jamuan hari jadi dan perpisahan tapi tak pulak mengalu-alukan kehadiran kami. Tak apalah kalau tak nak sambut kehadiran kami .... nasib baik ibu dikecualikan untuk turut sama mereka pergi kursus kalau tidak susah juga sebab babah tiada minggu ni dan lagi hari sabtu nanti nak ambil report kad sekolah zeti. Tapi kawan ibu yang seorang lagi dipelawa untuk turut sama, kebetulan ada lagi tempat kosong.

Ibu dahpun mula menerima kerja, kerja yang pertama sekali ibu buat ialah memo edaran untuk mengembalikan pas degital setelah bersama atau bertukar. Kemudian ibu ditugaskan mengumpul rekod kursus/latihan yang telah dihadiri oleh semua Bahagian dan cawangan serta unit bagi Bahagian Perubatan. Perkara yang paling sukar bagi ibu ialah untuk menalipon orang, tapi akhirnya ibu kena juga buat kalau tidak EO mengamuk nanti. Kini ibu cuma menunggu apa yang perlu ibu uruskan seterusnya. Semuanya ini akan diuruskan pada minggu hadapan kerana 26 Jun ini ada mesyuarat ISO dan maklumbalas perlu dimaklumkan sebelum mesyuarat. Dahlah tu ibu pulak nak cuti pada 24/6/09 ni ... mudah-mudahan dapatlah ia disiapkan sebelum mesyuarat bermula. Yang satu hal lagi komputer ashik aja tak berfungsi, ini yang sangat ibu tidak gemar. Di sini kalau komputer rosak ke, tak ada letrik ke bermintu baru siap, tak seperti di mot, hari ni komputer tak berfungsi dah bising kami ke IT.

Monday, June 15, 2009

JAMUAN PERPISAHAN UNTUK IBU

ISNIN (15/6/09)


Hari ni sekolah mula dibuka, maka ibu & zeti bergegas untuk ke pejabat dan ke tadika sebab takut jalan jem dan tak dapat parking pulak nanti, almaklumlah di tempat baru ni .... ibu kena cepat sikit. Walau bagaimanapun alhamdulillah ... lega rasanya dapat tempat parking dan ada 20 minit untuk sampai ke Blok E1.


Inilah big bos ibu (En. Abdullah) dari bujang hingga masing-masing anak dah besar panjang, setia bersama

Sesampai aja di pejabat ibu tengok lengang aja ... nak masuk pun tadi pas tak boleh guna, kenalah tunggu di luar .... Oh ya ... tengahari ni ada jemputan khas dari pejabat lama ibu. Tak sabar rasanya nak ke sana. Sebelum tu ibu cuma duduk relax aja, tak ada kerja nak dibuat. Ibu ashik tengok jam, dah pukul 11.00 ke belum .... Sambil tu ibu pun tolong lah member sebelah susun barang di stor dan kemudian cepat-cepat minta izin nak keluar dari cc. Alhamdulillah cc benarkan.

Ini pulak second boss ibu selama 27 tahun bersamanya (Miss Lim)

Tepat pukul 11.30 pagi, ibu dapat panggilan dari cc di pejabat lama mengingatkan temujanji hari ni ... Oklah tepat pukul 11.45 pagi ibu pun segera keluar untuk ke blok D5, panas pulak cuaca di luar tapi ibu tak kisah asalkan dapat jumpa semua pegawai dan kakitangan di pejabat lama. Baru 2 minggu tak jumpa tapi terasa seperti 2 tahun pulak ... Akhirnya dalam kepenatan dan kepanasan sampai juga ibu di blok D tu ... Dari jauh lagi ibu dah terhidu bau makanan ... sedapnya ... Sebelum masuk ibu sempat singgah di tempat LPPDN dan dapatlah tengok gambar kawin ilah & epi.


c Ruslaini tempat ibu mencurah rasa sedih dan gembira

Kemudian ibu ke ruang tengah dan terpandanglah ibu akan makan yang dihidang dengan dihiasi alas meja yang begitu indah sekali ... dan akhirnya acara pun bermula dimana ibu telah diberikan hadiah dan diminta berucap. Ini yang tak gembar ni ... tapi ibu cuma dapat berkata-kata sepatah dua kata aja sebab dah tak boleh nak berkata-kata lagi ... takut air jernih akan mengalir nanti. Untuk tidak melengahkan masa lagi sebab perut mereka semua dah berbunyi maka kamipun mulalah makan sambil bergambar. Tengokalh gambar-gambar yang sempat kami abadikan untuk kali terakhir ...


Rozi & Iza teman sekerja yang sentiasa ada bersama membantu

Sedang mereka masih menjamu selera ibupun berjalan-jalan sekeliling untuk mengabdikan kenangan selama 27 tahun ibu berada di maritim. Terlalu pantas masa berlalu, tak sedar dah 27 tahun. Begitu leka dan seronoknya ibu berkhidmat di sini, tempat yang telah banyak memberi ilmu kepada ibu dari mula ibu guna mesin taip biasa hinggalah kini ... komputer dimana-mana. Ingat lagi semasa menggunakan mesin taip biasa, kalau tersalah taip jenuh untuk menaip balik, lebih-lebih lagi apabila guna liquid putih di sana sini dan bila hendak mengedarkan minit mesyuarat pulak, kenalah kami menaip minit mesyuarat dengan menggunakan kertas stensil (kertas ada karbon basah di belakangnya) dan apabila tersalah taip terpaksalah guna liquid berwarna merah, tunggu hingga kering barulah boleh ditaip atasnya tapi kalau mesin taip matanya dah tajam, nasib tak baik berlubang bila ditaip huruf 'o'. Stensel yang telah ditaip itu pulak di gelek menggunakan mesin penggelek (seperti mesen getah keping) yang diatasnya diletakkan dengan dakwat hitam dan diletakkan stensel tadi kemudian dipusingkan dimana terhasillah kertas-kertas yang telah dicetak (seperti apa yang telah ditaip tadi) tapi kalau tak bernasib baik hitam baju kita dibuatnya. Tapi kini semuanya mudah belaka, setelah ditaip ianya difotostakan aja ... senang kan? Itulah bezanya dulu dan sekarang ... Ibu rasa bahagia melalui zaman tersebut.

Teman yang sudi menghantar ibu balik ke pejabat (wah manjanya dia....)

Akhirnya tak disangka ibu akan berhijrah juga ke suatu tempat yang tak pasti lagi keadaannya. Itulah penghijrahan yang pertama dalam arena pekerjaan ibu. Jauh bezanya keadaan di sana dan di tempat baru ibu. Dulu ibu dikelilingi dengan pelbagai jawatan tapi kini dikelilingi dengan PT(PO). Ibu harap ibu akan dapat menyesesuaikan diri dengan keadaan baru ini. Untuk teman-teman di office lama, ibu harap mereka akan terus berkhidmat dengan hati yang ikhlas untuk menyara hidup kerana ALLAH. Mudahan-mudahan dengan keikhlasan bekerja, ketenangan akan sentiasa menyebelahi kita bersama demi bangsa dan negara. Kerjalah dengan seikhlas yang boleh dan setiap hari cari lah sesuatu yang boleh menceriakan hari kita, lupakan apa yang berlaku semalam tapi bersedia untuk menghadapi hari ini ... Itulah yang selalu ibu amalkan sepanjang 27 tahun ibu di maritim.


Teman-teman sejati dan sejiwa, bahagia bila bersama

Untuk itu, ibu telah dihadiahkan replika kapal layar yang sungguh indah untuk diingati dan dihayati. Terima kasih warga maritim, jasa dan kesudian kali bersama ibu selama ini dan juga sepanjang tengahari ini akan ibu ingati hingga ke akhir hayat ibu. Ibu sayang maritim, ibu sayang semua warganya. Mudah-mudahan kalian akan sentiasa berjaya didalam pekerjaan dan kehidupan dan dapat mencapai apa yang diimpikan.


Telatah kalian pengubat rinduku, ibu sayang kamu semua

Kepada teman ibu Iza dan Pn. Sabariah, mudah-mudahan kalian akan selamat melahirkan anak-anak yang comel nanti. Untuk Cik Waheeda dan Cik Zurina, ibu doakan kalian akan cepat bertemu jodoh dan berbahagia selalu hendaknya. Bagi Cc Ruslaini, ibu sentiasa mendoakan agar beliau sentiasa dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan jayanya. Bagi Rozi, Nana, Pn. Fazilah, En. Faruq, En. Siva, Zali, Adura dan Pn. Lili ibu doakan agar kamu semua sentiasa berbahagian dengan keluarga masing-masing. Seperti juga Cik Waheeda dan Cik Zurina, ibu doakan agar En. Syukri, En. Saiful dan Jeffry cepat bertemu jodoh masing-masing. Bagi En. Shahrul dan YM ibu sentiasa doakan agar kamu dapat mejalankan tanggung jawab sebagai pekerja yang berjaya dan cemerlang. Lutfi dan Zalilah pulak ibu doakan agar kamu cepat menimbang zuriat dan akhir sekali untuk bos ibu (En. Abdullah & Miss Lim) pengalaman sepanjang 27 tahun bersama tetap dalam ingatan dan doa dari ibu agar En. Abdullah & Miss Lim dapat meneruskan sisa-sisa perjuangan dalam arena pekerjaan dengan penuh tanggugjawab dan maju jaya. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada Cik Waheeda yang sudi melunagkan masa untuk menghantar ibu ke pejabat. Kalau nak jalan kaki, berpeluh ketiak dibuatnya.


Tengok tu..... ada-ada aja aksinya, membuat ibu terhibur seketika

Mereka yang suka beraksi, tengok tu aksinya .... ada-ada aja

Wahhhhhhh .... kalau beraksi kasi pada mereka ni .... ni yang ibu tak nak gi ni .....

Inilah replika yang akan sentiasa mengingatkan ibu tentang maritim

Sebahagian cenderahati dari teman-teman tersayang

MARITIM TETAP DALAM KENANGAN, IBU SAYANG MARITIM,
IBU SAYANG SEMUA
SELAMAT MAJU JAYA UNTUK MU MARITIM DAN WARGANYA

Saturday, May 30, 2009

TERKEDU DAN SELAMAT TINGGAL

SELASA - JUMAAT (26 - 30/5/09)

Pukul 2.00 petang seperti biasa seorang demi seorang masuk ke pejabat untuk menyambung kerja dan sebelum tu mereka sempat singgah ke tempat ibu untuk bersembang. Sedang kami tengah bergelak ketawa tetiba rakan ibu datang terus menghulurkan sampul surat yang telahpun dibaca tapi telah di gamkan semula. Ibu tak kisah semua tu sebab mereka dulu yang menerima surat tu ... Ibu dengan rasa berdebar-debar sambil mereka yang ada di tempat ibu berebut-rebut minta ibu membuka surat tersebut. Apabila dilihat, dah sah dah surat yang ibu jangkakan lama lagi ia datang tapi tak sangka ke datangannya begitu awal sekali. Surat itu meminta ibu melapor diri di Kementerian Kesihatan pada 1 Julai 2009. Maka dengan perasaan yang bercampur baur ibupun terkedu seketika.


Di sinilah tempat dimana pelbagai acara kami adakan terutama bila menjelang hari raya

Hanya tinggal tiga hari lagi ibu perlu membuat keputusan dan juga perlu mengemaskan barang-barang ibu yang masih bertaburan di sana sini. Almaklumlah dah 27 tahun berkhidmat di Bahagian tersebut dan tetiba aja nak keluar dari menjadi sebahagian ahlinya. Macam tak percaya pulak yang ibu akhirnya terkeluar juga dari senarai. Sangkaan ibu, ibu akan terus menetap di tempat tersebut hingga pencen tapi dah ditakdirkan ibu terpaksa akur dengan kada dan kadar.


Papan carta organisasi Bahagian kami
Sebelum tu ibu dah berusaha juga tanya ke sana dan ke mari, kalau ada sesiapa yang bersimpati dan ingin menolong ibu untuk terus menetap di tempat tersebut begitu juga dengan teman sepejabat ibu, mereka juga ada sama berusaha untuk tidak melepaskan ibu pergi terutamanya Ketua Kerani ibu. Tapi usaha kami tak berhasil, untuk itu jutaan terima kasih ibu ucapkan kepada mereka yang memberi pelbagai nasihat dan pandangan.

Inilah himpunan cenderahati dan hadiah yang telah ibu dan teman-teman usahakan sepanjang penempatan ibu di disini.

Sedang ibu sibuk dengan persoalan-persoalan tersebut tetiba pagi keesokan harinya dapat berita dari along yang dia dimasukkan ke Hospital kerana terjatuh dan tangannya patah, satu lagi dugaan yang datang secara tetiba aja. Nasib baiklah tempat along dekat dengan pakngahnya, dengan hati yang bercampur baur ibupun menalipon pakangah along. Kebetulan dia baru sahaja selesai bekerja dan tengaharinya pakngah dan makngah along melihat along di hospital. Kebetulan semasa mereka sampai pensyarah dan teman sekuliah along ada di sana untuk menguruskan hal pembayaran wad along. Kasihan along tak dapat menghadiri peperiksaan pada hari tu ...


JUMAAT (29/5/09)
Hari terakhir ibu di MOT

Hari ni telah mencatatkan sejarah kehidupan ibu di alam pekerjaan. Sebenarnya dah 2 kali ibu menerima tawaran seperti ini tapi semuanya ibu abaikan tapi entah kenapa kali ini tergerak pulak hati ibu untuk menerimanya. Agakahnya inilah yang dikatakan dah suratan takdir..... walaupun dalam hati bebelah bagi tapi ...... Sayang nak tinggalkan mereka yang telah banyak berjasa kepada ibu. Ibu sayang mereka semua .... tapi apakan daya tiada siapa yang menyayangi ibu ... kasihankan ibu ... tak apalah biar ibu membawa diri ... Mungkin ada baiknya penghijran ibu ni ... Walaupun dimana ibu ditempatkan nanti, kenangan indah di sana tetap bersemadi dihati ibu. Dari mula ibu menjejaki kaki (remaja) ke alam pekerjaan hinggalah kini anak-anak ibu dah besar panjang. Tak sedar masa berlalu begitu pantas sekali ... emmm ... kasihan ibu (saja nak pujuk hati yang sepi dan sedih ni ...) di situlah ibu setia berbakti mencari rezeki hingga ke hari ini. Dahlah ... tak perlu ibu cerita panjang lebar .... nanti ibu nangis lagi ....

Nak punch dah .... nampak ceria tapi di hati derita tau ...

Alhamdulillah, pada waktu-waktu terakhir masih ada insan-insan yang setia menunggu hingga ibu punch kad. Terima kasih Encik Faruq, Encik Danial dan Cik Waheeda (terima kasih menandatangani surat pengesahan persekolahan anak ibu) kerana bersusah payah membawa barang-barang ibu hingga ke kereta. Iringan kamu ibu hargai dan ibu sentiasa mendoakan kebahagian kamu semua dalam menguruskan kerja harian. Walaupun ibu tiada disana, keceriaan tetap akan berterusan. Terima kasih juga kepada Pn. Sabariah kerana sempat memberi penerangan pengiraan markah pelajaran anak ibu dan terima kasih juga kepada CC Ruslaini kerana bersusah payah menguruskan hal ibu walaupun dia begitu sibuk dengan kerja-kerja hariannya. Bagi teman-teman ibu yang lain (Norzurina, Iza dan Rozi serta semua warga maritim) terima kasih diatas cenderahati yang kalian berikan. Akan ibu simpan ia sebaik mungkin sebagai tanda kenangan. Untuk EP dan ELA Selamat Pengantin Baru, ribuan ampuna dan maaf kerana tak dapat bersama meraikan hari bersejarah kalian. Semuga kamu berdua berbahagia selalu hingga ke akhir hayat dan semuga cepat menimang cahaya mata.


Dah lah tu ... dah punch dah ......

TERIMA KASIH MARITIM DAN MOT kerana telah memberi peluang untuk ibu menimba ilmu dalam segala bidang pekerjaan. Doa ibu agar MARITIM & MOT sentiasa gah di mana saja ....

Tuesday, May 19, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ZETI DAN SELAMAT HARI GURU

ISNIN (18/5/09)



Walaupun Hari Guru dan Birthday Zeti dah berlaku tapi ibu rasa masih berkesempatan lagi untuk ibu mengucapkan HAPPY BRITHDAY TO YOU ZETI dan juga SELAMAT HARI GURU kepada semua para pendidik tanah air tercinta. Jasa mu tetap dikenang terutama untuk guru-guru ibu ketika bersekolah dahulu. Sempena hari guru tersebut, tadika tempat zeti belajar telah mengadakan Sambutan Hari Guru dimana para guru dan anak-anak murid bermain bersama-sama. Dengan adanya sambutan itu, ibupun mengambil kesempatan meminta cikgu kelas zeti mengadakan sama jamuan untuk Hari Jadi Zeti Yang Ke 6 Tahun bersama-sama teman-teman di tadika. Ini adalah permintaan zeti, sebelum ini ibu cuma sediakan bungkusan makan dan minta guru berikan kepada kawan-kawannya. Tapi kali ini zeti minta ibu belikan kek hari jadi dan potong kek bersama-sama dengan kawan-kawannya.


Inilah kek yang sempat ibu rembat dari Bintang, tak sempat nak tempah ...



Sempat juga berposing dengan dengan kekawannya sebelum tiup lilin tu ...



Zeti pun meniup lilin di keknya dengan muncungnya yang panjang sedepa ...


Selamat Hari Jadi ... Selamat Hari Jadi ... Selamat Hari Jadi Zeti ......., Selamat Hari Jadi ...


Untuk itu ibu dan babah terpaksalah mencari kedai kek pada hari Ahad dan akhirnya dapatlah kami membeli kek untuk zeti dan juga kek untuk guru tadika zeti. Sebelum tu ibu dan zeti sama-sama menyediakan 100 bungkus pelbagai jenis makan untuk diberi kepada semua kawan-kawannya dan juga ibu minta ustazahnya tolong ambilkan gambar-gambar di hari tersebut.



Dengan terkumpulnya para belia muda kita ini, maka bermulalah acara Sambutan Hari Guru


Beratur menanti giliran untuk bermain belon ...

Ehwah .. ewah ... anak dara ibu tu ... sampai nak terjatuh, nak pecahkan belonnya ..

Bergambar dengan kekawan dan Cikgu Pah .....

Kawan-kawan yang selalu bermain bersama di kelas dan di luar kelas

Pada sebelah pagi acara sambutan hari guru bermula dengan pelbagai permainan di taman dan sebelah petangnya acara memotong kek birthday zeti. Semasa balik kerumah pada petangnya ibu lihat zeti sungguh gembira kerana permintaannya telah ibu penuhi. Lihatlah gambar-gambarnya semasa hari tersebut.

Terimalah sejambak mawar merah untuk semua guru-guru yang telah bersusah mengajar anak-anak ibu sehingga berjaya kini ... SELAMAT HARI GURU ...

Tuesday, May 12, 2009

ANGAH BERCUTI DAN HARI NI BALIK DAH KE ULU PARI

SELASA (12/5/09)

Hari ni ibu cuti sebab angah nak balik semula ke kem Ulu Pari. Ibu dan babah tak dapat nak hantarnya balik sebab babah ada kerja dan ibu pulak biasalah masih tak biasa lagi bawa kereta jauh-jauh. Nasib baik angah ada teman yang sudi tumpangkannya. Semasa balikpun dulu angah tumpang kawannya tu ... terima kasihlah kepada kawan angah tu ..



Semasa bercuti di rumah, ibu lihat angah tak ceria betul ashik nak tidur aja .... agaknya dia rindu pada kekawannya di sekolah dulu ... Hari kedua barulah angah dapat berjumpa dengan kekawannya semasa bekerja di alamanda dan malamnya pula dia keluar atau bercatting di internet. Ibu tak kisah asalkan dia tak bawa motor ...


Kami berkelah ketika menjengok angah dua minggu lepas

Nampaknya cuma tinggal lebih kurang 3 minggu lagi untuk angah menamatkan PLKNnya. Minggu lepas angah baru aja tamat latihan menembak. Seronok katanya ... Untuk itu di sini ada ibu sertakan gambar-gambar yang telah diambilnya semasa latihan menembak dan sebagainya.


Bersama-sama teman-teman semasa nak mula latihan menembak


Berposing dengan bendera kumpulannya

Bersama-sama kanak-kanak di tadika perpaduan

Pakaian ketika bertugas di kem pada hari minggu

Beratur ketika hendak mengambil senapang dan peluru

Bergambar dengan penolong komander

Inilah saat dan ketikanya angah memegang dan menggunakan senjata ...
Tapi kata angah sekejap aja pelurunya dah habis .... (lain kali buatlah pelahan-lahan .... eheee ..) agar dapat lama memegang senjata tu ...

Tuesday, May 5, 2009

KISAH ALONG DENGAN LATIHAN INDUSTRI (LI) NYA

RABU (6/5/09)

Dua minggu lepas pelbagai kejutan ibu alami, terutama tentang kedatangan surat tawaran kerja untuk ibu dari SPA, pelbagai surat dari IPTA dan IPTS (untuk angah) yang berkunjung ke peti surat di rumah untuk diuruskan dan kemudian kejutan dari along yang mahu ibu uruskan tempat latihan industrinya dan minta ibu carikan tempat di sekitar Putrajaya. Hai ... pening kepala ibu dibuatnya. Almaklumlah ... tugas sebagai pengurus ahli keluarga !!!!

Dan akhirnya setelah ibu usahakan sama ada melalui internet (nasib baik ibunya seorang yang ada pengetahuan tentang it), kawan sepejabat (cara untuk mendapatkan tempat LI) dan akhirnya setelah difikirkan tempatnya, akhirnya ibu kuatkan semangat dan buat keputusan hantarkan sahaja surat LI along ke Unit IT di tempat ibu bekerja. Habis cerita ......

Tapi kemudiannya ibu terfikir, betul ke along boleh ikuti LI, sedangkan semester pertama dia tak lulus beberapa subject penting. Untuk mendapatkan kepastian ibupun kuatkan semangat (nilah yang kureng kat ibu ni .... malu nak menalipon ....) dan terus menalipon pensyarah LI di Kolejnya. Akhirnya kemuskilan ibu terjawab sudah ... Kata si pensyarahnya memang dia kena pergi LI. Tapi keesokan harinya ibu dapat panggilan dari pensyarah along semalam yang menurut katanya setelah diamati semula, along tak terpilih untuk LI seperti apa yang ibu fikirkan. Maka dengan muka seposen ibupun terus mengambil kembali surat yang telah ibu serahkan kepada unit It di tempat ibu. Nasib baiklah surat tu belum lagi ditengoh oleh Bos Unit IT, kalau tidak malau aja ... dan juga nasib baik surat itu ibu cuma berikan di tempat tersebut aja dan tidak di tempat lain (kalau tidak susah ibu untuk membatalkannya).

Nampaknya satu perkara telah dapat ibu selesaikan dengan jayanya tapi kasihan pulak along yang telah terbayang untuk balik menjalani latihan industrinya, tapi hampa aja..... Dimana kini dia terpaksa melalui kehidupan di segamat dengan hati yang tawar ketika itu (bln Jun) sedangkan kekawan yang lain sedang bergembira dengan LI mereka masing-masing. Itulah akibatnya orang yang suka BERSERONOK-SERONOK DAHULU, akhirnya dia juga BERSUSAH-SUSAH KEMUDIAN nya.....

Monday, May 4, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ANGAH AND CIK ZURINA

ISNIN (4/5/09)


Nampaknya dua nama ni akan sentiasa dalam diry ibu, sebab kedua-duanya selalu dekat dihati. Doa ibu sentiasa mengiringi mereka berdua dan juga teman-teman lain yang kebetulan tarikh birthday mereka jatuh pada hari ni ... muga mereka semua dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipertemukan jodoh (bagi yang dah matang) dan berbahagialah selalu (tapi kalau dihari yang bersejarah ni masih lagi sibuk ke sana-ke sini tak apalah kan dah tugas - Cik Zurina) bila senang kita raikan bersama. Buat angah (anak ibu) bersabarlah menunggu hari besarmu itu dan buat masa ini tenangkan fikiran ikutlah apa yang dimahukan semuga angah dapat menamatkan PLKN dengan jayanya.

HAPPY BIRTH TO YOU!!!