DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Friday, May 30, 2008

KAMI BALIK KAMPUNG DAH ,,,

JUMAAT (30/5/08)

Hari ni ibu ambil cuti sebab esok kami nak balik kampung, dah lama tak balik kampung tengok ibu yang selalu ditinggalkan anak-anaknya. Begitulah juga nanti bila ibu dah tua ... anak-anak ibu pulak tinggalkan ibu ni ... Begitulah lumrah hidup di dunia ni kan ... masanya akan tiba juga untuk kita merasai apa yang telah mereka alamai.

Begitu juga dengan zeti, dari pagi hingga petang ashik tanya ibu bila nak balik kampung, bila nak balik kampung..... rindulah kat kakak dan abang di sana ... ashik teringatkan kolam yang ditinggalkannya dulu semasa balik raya tahun lepas. Akhirnya besok pagi kami sekeluarga akan bercuti di kampung halaman ibu. Along, angah dan uda pun turut sama. Tapi yang tak bestnya, babah dia tak sihat (selsema, batuk dan demam). Disebabkan zeti, babah .. terpaksa lupakan seketika kesihatannya. Itulah kasih ayah kepada anak-anaknya.

zeti & sepupunya di kg

Tuesday, May 27, 2008

INFO : DEMAM SAWAN TARIK

Cerita dari teman yang menghantar e-mail. Utk sesiapa yang ada anak.....atau yang bakal ada anak....


Assalamualaikum.. Just nak cerita dan pengajaran pada kawan2....

Anak aku yg no.2 Faiq pada 21/4/08 baru2 ne kena demam.Demam sawan tarik...nak kongsi dgn korang semua supaya hati2 bila anak kita demam. Selalunya aku baca dlm email tentang hal ne yg terjadi pada anak org lain..last2 berlaku pada anak aku sendiri.... Subuh tu..bdn dia panas 38'C aku kasi ubat demam..aku ingat boleh reda panas dia..aku dah siap2 nak g keja..tapi naluri aku kuat supaya jgn pegi keja pagi tu..so aku pun batal niat aku nak gi keja.selalu bila dia demam dia aktif tapi pagi tur dia tidor jer..aku hairan gak... Dalam jam 8.30 pagi dia muntah2....aku tuamkan dgn tuala...aku buatkan dia susu...tiba2 jer aku terkejut bila tgk botol susu yg dia pegang tercampak....kaki dan tangan tersentak 2 kali...terus aku sambar dia...aku pegang bdn dia panas sangat....mata dah terbeliak...hanya nampak mata putih jer...aku dah meraung ketakutan...badan dah mula biru..tuhan jer tahu perasaan aku time tur....aku dah fikir mati ker anak aku ne...




Ya Allah...panjangkanlah umur dia...nasib baiklah aku tak panik hari tur...aku teringat email2 yg aku baca pasal demam panas ne..... Macam dah tak bernyawa..aku rasa sedih sgt..aku ingat anak aku dah tak der....Aku bukak baju,seluar....aku mandikan dari kaki dahulu hingga ke kepala....masih tak bersuara....aku jadi takut sgt....hampir 5 minit aku mandikan barulah dia menagis..barulah aku dengar suara dia...syukur alhamdulillah....aku still mandikan dia dgn air sejuk sampai badan dia jadi warna asal....aku selubung kan terus....bila kau tgk keadaan dia sedih sgt..aku rasa menyesal sbb tak ambil berat pagi tadi....bergigil2 dia kesejukan...aku teruskan mandi...menagis2 anak aku..tapi aku tak boleh buat apa..terpaksa.... Call husband dalam perjalanan. lama sangat aku kejut Amirah tgh tido...terus bawak ke klinik....dlm perjalanan aku tgk Faiq lelapkan mata....aku kejut kan dia....aku takut dia lelapkan mata dia selamanya...tapi alhamdulillah dia saut panggilan aku....sampai ke klinik aku bunyikan hon sekuat hati...semua org pandang...adalah hamba Allah ne yg perihatin dia tnya kenapa???....tolong!!!!anak saya sakit...dia tolong aku....aku terpa doktor tolong rawat anak aku....dlm klinik dia menagis kesejukan...doktor bukak Aircond kuat biar dia sejuk....doktor masukkan ubat punggung dgn ubat sawan....doctor kata dia kena sawan tarik..sbb demam terlampau panas...so..dia sarankan aku terus ke Hospital yang berhampiran...laki aku pun sampai......aku ingat nak bawak ke PUSRAWI..tapi doktor kata ubat ne boleh tahan hanya 1jam...so dia suruh aku pegi Hospital Sg. Buloh.....



Sampai je kat sana, terus ke emergency..doktor ambil darah menagis anak aku..tapi aku berdoa moga semuanya selamat....doktor tahan dia masuk wad...doktor monitor aje supaya suhu bdn tak naik....demam sawan ne boleh boleh menyebabkan hilang upaya otak berfungsi... Apa yg aku nak sampaikan ne buat pengajaran pada korang semua...kalau anak demam jgn pandang sambil lewa...cepat2 lah kasi ubat.....aku sejak peristiwa tu berlaku aku jadi takut...bila dia nagis mlm cepat aku cek suhu bdn....so....kalau terjadi mcm ne pada anak2 korang.....

1- mandikan dia dengan air paip....dari kaki dahulu baru ke kepala....
2- mandikan sampai dia sedar berulang kali....
3- jgn sesekali masukkan ubat punggung ketika dia tidak sedarkan diri...
4- jgn goncang kan dia, urut atau lambung ...sbb otak dia tak ada oksigen time tur
5- cpt2 lah bawak ke klinik.....

kiranya lambat bertindak...akan menyebabkan anak cacat kekal spt kekejangan..dan anak jadi lembab...30% akan berlaku lagi kiranya demam pada suhu 37'C dan tidak dirawat...dan akan berlaku sehingga berusia 3 thn.... So...hati2lah...moga jadi pengajaran pada korang semua...

Itulah cabaran menjadi seorang ibu. Banyak lagi yang akan dilalui nanti. Semuga bakal ibu dan ibu-ibu sentiasa memerhati keadaan anak-anak kita selalu dan bersabarlah selalu.

Monday, May 26, 2008

SILINGAN (Amazing Illusion!)


SEE THIS PICTURE

If you take a look at the following picture , let me tell you .... it is not animated. Your eyes are making it move. To test this, stare at one spot for a couple seconds and everything will stop moving. Or loo k at the black center of each circle and it will stop moving. But move your eyes to
the next black center and the previous will move after you take your eyes away from it.... Weird

WOW!! SEE THE MOTORCYCLE ?............

THE WORLD IS LIKE MIRROR, IF U FACE IT SMILING, IT SMILES RIGHT BACK...
see the Motorcycle?

A picture is worth a thousand words.

The Honda rider was traveling at such a 'very high speed', his reaction time was not sufficient enough to avoid this accident. Swedish Police estimate a speed of ~250 KM/h (155 mph) before the bike hit the slow moving car side-on at an intersection. At that speed, they predicted that the rider's reaction time (once the vehicle came into view) wasn't sufficient enough for him to even apply the brakes. The car had two passengers and the bike rider was found INSIDE the car with them. The Volkswagen actually flipped over from the force of impact and landed 10 feet from where the collision took place.

All three involved (two in car and rider) were killed instantly. This graphic demonstration was placed at the Stockholm Motorcycle Fair by the Swedish Police and Road Safety Department. The sign above the display also noted that the rider had only recently obtained his license.


At 250 KM (155 mph) the operator is traveling at 227 feet per second. With normal reaction time to SEE-DECIDE-REACT of 1.6 seconds the above operator would have traveled over 363 feet while making a decision on what actions to take. In this incident the Swedish police indicate that no actions were taken.

In other words, they didn't even have time to say, 'Oh, ####!'

Sunday, May 25, 2008

KAMI TENGOK CITRA WARNA 2008 DI PURAJAYA

SABTU (24/5/08)

Seperti biasa sekiranya babah tak out station, dia pasti ke pasar borong serdang. Babah suka ke pasar borong tersebut sebab banyak pilihan ... Selalunya apa yang ibu teringin hendak beli, pasti balik nanti babah ada membawa apa yang ibu fikirkan. Kuat betul firasat babah hinggakan apa yang ibu inginkan pasti babah belikan. Bertuahnya kami dapat babah yang pandai membaca keinginan keluarganya. Best kan .... Seperti biasa setelah memasak, menghidang dan membersih dapur, kami pun makan bersama dan kemudian rehatlah setelah sepanjang pagi tak duduk diam.

Petang ni kami bercadang nak pergi ke Brillion dan kemudian ke pasar malam di Bangi. Selepas tu nak ke tengok citra warna di presint 3. Ibu dah sedia dengan kamera untuk tangkap gambar. Walau bagaimanapun ketika kami membeli juada, babah dapat telefon yang kawannya nak datang rumah. Dia dari KL dan nak tengok citra warna. Untuk itu ibu minta babah belikan apa-apa yang patut dan kami bergegas pulang ke rumah. Ini bermakna kami tak dapatlah nak tengok citra warna tu ... Sesampai aja kami di rumah, babah tegopoh gapah bawa motorsikal untuk menjemput kawannya tu ... dan ibu pulak macam lipas kudung mengemas rumah yang tunggang langgang dikerjakan zeti. Setelah selesai ibu berkemas, tetiba aja babah muncul mengajak kami ke tempat diadakan citra warna tu ... ibu kehairanan dan terus bersiap-siap. Lega rasa sebab dapat juga tengok citrawarna tu ... Kata babah kawannya tak dapat datang sebab dah terlewat dan dia tunggu kami di sana aja. Sesampai di sana kami pun berlegar-legar mencari kawan babah tu dan akhirnya jumpa juga kami dengan mereka. Sementara babah berbual-bual dengan kawannya itu, ibu dan zeti terus ke pentas tempat para penari membuat persembahan. Ibu tengok zeti seronok dapat tengok persembahan tu dan kemudian tanya tak ada bunga api ke? Pukul 10.00 mlm barulah reda persembahan tu dan kamipun berangkat untuk pulang.



Sedang kami berjalan menuju ke tempat letak kereta, tetiba aja bunyi benda meletup dan ruang angkasa bercahaya. Wah ... gembiranya zeti dapat tengok bunga api. Tak lama sekejap aja dan kami pun menaiki kereta menuju ke rumah. Sekali lagi kami terkejut apabila terdengar bunyi benda berlaga di bonet kereta tapi bila dipandang ke belakang tiada apa dan kemudian zeti terlihat ada cahaya di atas kereta dan kemudian diikuti bunyi letupan. Rupa-rupanya pertunjukan bunga api baru nak bermula .... Apa lagi babah pun berhentikan kereta di tepi jalan, ibu pulak ambil kamera dan terus mengambil video gambar-gambar percikan bunga api tu hinggalah ke akhirnya. Sementara zeti sibu tengok dengan babah dari dalam kereta. Lama juga pertunjukan tu .... setelah selesai ibupun cepat-cepat masuk kereta dengan kamera yang masih lagi belum ibu matikan suisnya dan zeti pulak sibu minta kamera dengan ibu sebab nak tengok bunga api tadi. Berebut-rebutlah kami berdua untuk tengok apa yang telah kami rakam tadi. Tapi alangkah sedihnya .... sebab apa yang ibu rakamkan tadi tak menjadi. Ibu lupa nak tutupkan semula suisnya tadi yang dapat hanyalah suara pertelagahan kami berdua beranak. Alangkah hampanya ibu .... cuma gambar-gambar beberapa percikan bunga api aja yang dapat ibu ambil tadi. Itulah zeti ashik aja dia nak ....


Tengoklah kan .... cantinya, tapi tu masa tahun lepas

Friday, May 23, 2008

ZETI DATANG OFFICE IBU

JUMAAT (23/5/08)

Pagi ni ibu berbalah dengan zeti sebab celik aja mata dia, "nak ikut ibu gi office?" "Alah, tak yahlah zeti gi, sebab bos ibu nanti marah kalau nampak budak ....". "Tak pa ... zeti nanti tak bising, zeti tidur aja ..." Amboi bukan main lagi baik dia ... tapi bila di bawak aja ke office, mulalah dia nak itu, nak ini ... dan yang tak bestnya langsung tak mahu tidur ... Oleh kerana dah lama dia ashik nak ikut ibu, maka ibupun bawaklah dia ke pejabat. Kebetulan hari ni sekolah dah mula cuti ... Apa lagi seronoknya dia dapat ke pejabat ibu. Di pejabat ramai kawan-kawannya yang menunggu ... terutamanya acik rima .... Hinggakan bila balik dari pejabat ibu dia tak keharuan dibuatnya ... ashik tanya acik rima tak ikut ke? Tetiba aja dia kata "zeti sedihlah ibu ....", "kenapa" tanya ibu. "Zeti tak dapat jumpa acik rima ..." Bila nak tidur malam, dia selalu bercakap sendirian ... apa yang ibu terdengar ialah "zeti sedih tak dapat jumpa acik rima, kak weeda, kak zurina dan abang tu ...." Hai ... tak tahu apalah nak jadi anak daraku ini ... Mudah mesra pada yang suka melayannya.

Thursday, May 22, 2008

INILAH KEHIDUPAN KITA


BERSEDIA MENERIMA YANG BURUK

Terlalu yakin kadang-kadang akan menjadikan tindakan-tindakan kita kurang sempurna. Terlalu yakin tidak akan kecundang selalunya berakhir dengan kecundang. Terlalu yakin boleh ‘smash’ dalam permainan badminton, kadang-kadang bulu tangkis terkeluar gelanggang, terlalu yakin pandai selalunya berakhir dengan kejahilan. Ada banyak elemen menentukan kejayaan dan hampir kesemua elemen itu berada di tangan orang. Biarpun keyakinan diperlukan untuk membina kekuatan dalaman, ia perlu dilapik dengan sesuatu di bawah kawalan (below expectation). Orang bijak adalah orang yang memiliki satu unjuran tetapi beberapa perancangan. Tatkala dia berbuat ini, sebahagian daripada masanya tertumpu juga untuk hal-hal lain. Tatkala yang ini mencapai kejayaan, yang lain-lain turut menyumbang. Seorang itu belumlah dikira hebat jika dia cemerlang di alam persekolahan tetapi kecundang dalam alam persatuan. Begitu juga seseorang itu belumlah hebat jika dia cemerlang di tempat kerja tetapi rumahtangganya porak peranda. Terlalu banyak benda perlu dilakukan serentak dalam hidup dan kesemuanya menuntut kecemerlangan. Maka orang yang paling cemerlang adalah orang yang cemerlang dalam semua bidang yang dilalui dan diceburinya.

Saturday, May 17, 2008

HAPPY BIRTHDAY TO YOU ZETI ....

JUMAAT (16 5 08)

HAPPY BIRTHDAY TO YOU ... HAPPY BIRTHDAY TO YOU ... HAPPY BIRTHDAY TO ZETI ... HAPPY BIRTHDAY TO YOU ... Itulah lagu yang mula-mula sekali ibu ucapkan pada dia untuk bagi dia cepat bagun. Kalau tidak susah benor ... Setelah mendengar lagu tu dia mula tersenyum ... "zeti birthday ya ibu ... " "ya lah tu, dah bangulah cepat ... " tak bangun lagi. Akhir sekali ibu geletek dia sampai dia bangun. Sebelum tu pepagi lagi ibu dan masukkan kek ke dalam bungkusan dan mengira ada berapa semuanya. Ok ... genap 50 bungkus untuk di bawa ke sekolah zeti, untuk di bagi kepada kekawan dan juga kebetulan hari tu sempena HARI GURU. Untuk cikgu ibu bungkus dalam bungkusan istemewa untuk cikgu dengan kad sekali. Tapi ibu rasa tak seronok sebab tak dapat bagi pagi kekawan ibu di pejabat. Tahun lepas ibu dapat bagi kepada semua kawan ibu di pejabat. Tak apalah kan ... insyakallah tahun depan kami bagi.


Zeti dah 5 tahun, tahun depan boleh pegi sekolah .... kan

Sesampai di sekolah zeti ibu berikan buungkusan tersebut kepada cikgu kelas untuk dibahagi-bahagikan kepada kawan2 zeti. Seronoknya zeti nak sambut birthdaynya di sekolah. Sebelah petang ibu bertanyakan zeti tentang di sekolahnya tadi. Apa lagi bercerita panjanglah dia kepada ibu. Dia kata semua kawan salam dan ucapkan selamat hari jadi kepada dia dan zeti bagi jajan kepada kawan-kawan. HAPPY BIRTHDAY ZETI, semuga zeti menjadi anak yang soleha, cemerlang, gemilang, terbilang dan sentiasa ceria selalu.

Thursday, May 15, 2008

PERSEDIAAN UNTUK ZETI SAMBUT BIRTHDAY

RABU & KHAMIS (14 & 15/5/08)

Dua hari ni betapa sebuknya ibu dan juga zeti untuk menyiapkan jajan untuk kawan-kawannya di sekolah tadika. Bukannya banyak cuma 50 bungkus jajan untuk kekawan dan juga cikgu-cikgu tadika dia tu ... Sebelum tu pada minggu yang lalu ibu dahpun belikan jajan tersebut tapi setelah dimasukkan ke dalam bekasnya tak cukup pulak, maka esok tengaharinya (khamis) terpaksalah ibu keluar dari pejabat untuk ke kedai nak cari lagi jajan. Sebenarnya ibu malas betul nak keluar di waktu tengahari ni ... tapi disebabkan zeti tu ... maka ibu cubalah juga keluar meredah cuaca panas yang terlampau. Kebetulan pulak ibu nak bayar bil internet. Pertama-tama sekali sebelum pejabat pos tutup ibu bergegas ke situ, kemudian ibu ke kedai menjual ikan belaan dan beli seekor ikan lili untuk diletakkan ke dalam aquriam kecil ibu di pejabat dan botol minuman si shemy (hemster zeti). Sebab botol lama tu dah pecah. Kemudian ibu ke kedai nak beli jajan tapi alangkah kecewanya tiada terdapat jajan yang berkenan dihati. Maka ibu baliklah dan semasa menuju ke kereta ibu terpandang kedai farmasi. Oh ... ya ... ibu terlupa nak beli bedak ibu yang dah habis tu .. Setelah selesai membeli ibupun balik semula ke pejabat. Di pejabat ibu ada juga membela ikan, saja nak tengok ikan dalam aqurium bila hati rasa tak menentu.

Inilah si shemy tu ....

dan inilah ikan-ikan ibu tu ...


Petang semasa balik dari kerja dan setelah mengambil zeti dari taska, ibu dan zeti ke kedai yang lain untuk mencari jajan. Semasa dalam kedai tersebut, si zeti ni ashiklah nak minta ibu belikan mainan, pening ibu dibuatnya. Ibu dan ke hulu dan ke hilir mencari jajan dan mainan, dan akhirnya ibu buat keputusan beli apa yang ada ajalah. Si zeti pulak dah dapat apa yang dihajatinya barulah senyap. Malamnya ingatkan malas nak letakkan dalam bungkusan tersebut tapi bila zeti nak tidur dia teringat pulak jajan yang dibeli belum dimasukkan dalam bungkusan. Maka kamipun bergegas mengeluarkan barang-barang tersebut dan memasukkan ke dalam bungkusan berserta nama tag nama zeti. Untuk cikgunya ibu tak benarkan zeti buat dan tetiba aja zeti berhenti membungkus dan duduk di atas kerusi. Ibu buat tak kisah aja ... akhirnya dia pun berkata "zeti sedih .... sebab ibu tak bagi zeti buat untuk cikgu..." Ibu tengok matanya merah dan air mata meleh ... Begitulah kerenah dia bila dia rasa sedih. Air matanya cepat mengalir ... kesihan pulak ibu.

Esoknya (Kahmis) tengahari ibu terpaksa keluar lagi, tapi cuma berdekatan pejabat aja ... Di situ ibu belikan tiga biji kek coklat. Ibu bercadang nak potong kek tersebut dan masukkan ke dalam bungkusan jajan. Saja aja nak bagi kekawan zeti dan cikgu rasa. Petang tu ibu dan zeti pun sibuk menyiapkan bungkusan tersebut tapi kek tu ibu tak masukkan dulu sebab kek tu perlu dimasukan dalam peti ais agar coklatnya tak cair. Maka berakhirnya persiapan tu cuma tunggu esok aja ...

Monday, May 12, 2008

9 CARA MENGHENTIKAN PEMANASAN GLOBAL

INFO TERKINI DARI .........


9 cara untuk menghentikan pemanasan Global:-

· Tukar lampu. Tukar lampu biasa kepada lampu 'fluorescent' yang membolehkan anda mengurangkan 150 paun karbon dioksida setahun.

· Kurang memandu. Tukar kepada berjalan, menunggang basikal, berkongsi kenderaan atau menggunakan pengangkutan awam. Anda menjimatkan karbon dioksida bagi setiap kilometer yang anda tidak memandu.

· Kitar semula. Anda boleh mengurangkan 2,400 karbon dioksida bagi setiap kitar semula yang anda lakukan daripada bahan buangan di rumah.

· Periksa tayar. Pastikan tayar anda cukup angin kerana ia boleh menjimatkan minyak lebih 3 peratus. Setiap pengurangan minyak boleh membuang 20 paun karbon dioksida daripada udara.

· Kurang gunakan air panas. Banyak tenaga digunakan untuk menghasilkan air panas. Jika anda menggunakan air sejuk atau air suam untuk membasuh pakaian, anda menjimatkan 500 paun wap panas setahun.

· Elak produk yang menggunakan pembungkusan. Anda boleh menjimatkan 1,200 paun jika mengurangkan pembuangan sampah kepada 10 peratus.

· Kawal suhu. Elak menggunakan alat mengawal suhu panas terutama ketika musim sejuk. Anda menjimatkan kira-kira 2,000 paun karbon dioksida melalui kepintaran mengawal suhu.

· Tanam pokok. Sebatang pokok boleh menyerap 1 tan karbon dioksida sepanjang hidupnya.

· Tutup penggunaan alat elektronik. Tutup televisyen, pemain DVD, stereo dan komputer apabila anda tidak menggunakan kemudahan ini. Ini dapat menjimatkan beribu-ribu paun karbon dioksida setiap tahun.

Lihat bunga tu dilitupi ais

ITU AJA ... SENANG KAN .... JOM KITA BUAT ..

Sunday, May 11, 2008

CERITA DIA "aku mungkin tua dan kampungan, tapi tak bermakna aku bodoh"

Saja nak rehatkan minda sebelum buat kerja ... ceritanya begini ...

Pada suatu hari, seorang Nyonya bernama Nyonye Mei Lee datang ke KL untuk kali pertama selepas menang loteri. Beliau check-in disebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Nyonya Mei Lee.


Nyonya Mei Lee dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu danketika pelayan tersebut menutup pintu, Nyonya Mei Lee melihat ke sekeliling. Beliau tetiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut. "Eksekius mi, lu jangan ingat wa tua, mali dari kampung, tatak tau dudukhotel.. sudah baya latut latut, lu kasi ini bilik ka??! kicik!! tatak tibi, tatak lemari tatak apa pun??? katil mau titun pun tatak????, haiyyaaa.. mautipu olang ka??!!"

Lalu pelayan itu pun menjawab, "Sabar Nyonya, ini barulift, maaa...."


Ni ha barulah best kan ..


Lah ... ingatkan tadi dia dah tiba kebiliknya. Dia dah tak sabar dah ....

KEMERIAHAN TELAH BERLALU

SABTU & AHAD (10 & 11/5/05)

Pagi ni rumah ku kembali ceria dengan kembalinya wira-wiraku dari medan perjuangan. Mudah-mudahan perjuangan mereka selama ini berakhir dengan kemenangan. Itulah doa yangku panjatkan setiap kali aku menemuimu ya illahi. Petang semalam angah sampai ke rumah tapi dia kena tunggu ibu sebab tiada siap di rumah. Semasa ibu dan zeti sedang kecoh-kecoh dia sergah ibu, terperanjat ibu dibuatnya. Lega rasa ibu sebab angah dah selamat sampai. Malamnya pula muncul along pulak dengan babah. Oklah semuanya dah ada di rumah. Ibu seperti biasalah bertanya khabar mereka dan sibuk di dapur untuk menyediakan juadah malam. Lauk biasa aja sebab bekalan untuk seminggu dah nak habis.

Angah seperti biasalah, mula mengadap komputer. Walaupun dia sekarang ni tengah sibuk periksa pertengahan tahun tapi bila balik rumah aja, lupa semuanya. Geram ibu dibuatnya. Katanya minggu depan nak balik, tapi oleh kerana ibu ashik beleter aja dia ambil keputusan tak nak balik. Apalah angah ni, ibu bukannya suka-suka nak berleter tapi cuma nak mengingatkan aja. Tak balikpun tak apalah angah, kebetulan minggu depan mungkin ibu tiada .... tapi kalau nak balik, baliklah.

Di hari minggu pulak pagi-pagi lagi mereka dah bangun berlumba-lumba nak guna komputer, nak tengok myspace dan dengar lagulah tu ... tak ada can langusng ibu nak tengok komputer (acah aja ... ibu tidak ada masa nak tengok komputer tu ..). Lepas seorang, seorang lagi ... pandai pulak mereka bergilir-gilir gunakannya. Tapi yang tak bestnya mereka gunakan komputer untuk hiburan aja dan sesekali aja ibu tengok angah baca tengang ugama. Katanya nak jadi pendakwah ... Hai angah, angah ... habiskanlah belajar tu dulu ... Along pulak ashik termenung aja, sejak game dia tiada. Itulah pandai sangat cari duit ... hingga barang kesayangan pun digadai.

Petang ahad, rumah ibu kembali sunyi ... tiada lagi yang berebut-rebut komputer. Cuma si zeti aja yang ashik merengek, ajak ibu main mainan dengan dia. Kesihan dia tiada kawan ....

Friday, May 9, 2008

SILINGAN

HANDBAGS...

Have you ever noticed gals who sit their handbags on public toilet floors,then go directly to their dining tables and set it on the table? Happens alot!It's not always the 'restaurant food' that causes stomach distress.Sometimes 'what you don't know will hurt you'!Read on...Mom got so upset when guests came in the door and plopped their handbagsdown on the counter where she was cooking or setting up food. She alwayssaid that handbags are really dirty, because of where they have been.It's something just about every woman carries with them. While we may knowwhat's inside our handbags, do you have any idea what's on the outside?

Women carry handbags everywhere; from the office to public toilets to thefloor of the car. Most women won't be caught without their handbags, butdid you ever stop to think about where your handbag goes during the day.'I drive a school bus, so my handbag has been on the floor of the bus alot,' says one woman. 'On the floor of my car, and in toilets.''I put my handbag in grocery shopping carts and on the floor of thetoilet,' says another woman 'and of course in my home which should beclean.'We decided to find out if handbags harbor a lot of bacteria. We learned howto test them at Nelson Laboratories in Salt Lake , and then we set out totest the average woman's handbag.Most women told us they didn't stop to think about what was on the bottomof their handbag. Most said at home they usually set their handbags on topof kitchen tables and counters where food is prepared.Most of the ladies we talked to told us they wouldn't be surprised if theirhandbags were at least a little bit dirty.

It turns out handbags are sosurprisingly dirty, even the microbiologist who tested them was shocked.Microbiologist Amy Karen of Nelson Labs says nearly all of the handbagstested were not only high in bacteria, but high in harmful kinds ofbacteria. Pseudomonas can cause eye infections, staphylococcus aurous cancause serious skin infections, and salmonella and e-coli found on thehandbags could make people very sick.In one sampling, four of five hand bags tested positive for salmonella, andthat's not the worst of it. 'There is fecal contamination on the handbags'says Amy. Leather or vinyl handbags tended to be cleaner than clothhandbags, and lifestyle seemed to play a role. People with kids tended tohave dirtier handbags than those without,with one exception.

The handbag of one single woman who frequented nightclubs had one of theworst contaminations of all. 'Some type of feces, or possibly vomit' saysAmy.So the moral of this story is that your handbag won't kill you, but it doeshave the potential to make you very sick if you keep it on places where youeat.Use hooks to hang your handbag at home and in toilets, and don't put it onyour desk, a restaurant table, or on your kitchen countertop.Experts say you should think of your handbag the same way you would a pairof shoes.'If you think about putting a pair of shoes onto your countertops, that'sthe same thing you're doing when you put your handbag on the countertops' -Your handbag has gone where individuals before you have sneezed, coughed,spat, urinated, emptied bowels, etc!Do you really want to bring that home with you?