DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Thursday, May 15, 2008

PERSEDIAAN UNTUK ZETI SAMBUT BIRTHDAY

RABU & KHAMIS (14 & 15/5/08)

Dua hari ni betapa sebuknya ibu dan juga zeti untuk menyiapkan jajan untuk kawan-kawannya di sekolah tadika. Bukannya banyak cuma 50 bungkus jajan untuk kekawan dan juga cikgu-cikgu tadika dia tu ... Sebelum tu pada minggu yang lalu ibu dahpun belikan jajan tersebut tapi setelah dimasukkan ke dalam bekasnya tak cukup pulak, maka esok tengaharinya (khamis) terpaksalah ibu keluar dari pejabat untuk ke kedai nak cari lagi jajan. Sebenarnya ibu malas betul nak keluar di waktu tengahari ni ... tapi disebabkan zeti tu ... maka ibu cubalah juga keluar meredah cuaca panas yang terlampau. Kebetulan pulak ibu nak bayar bil internet. Pertama-tama sekali sebelum pejabat pos tutup ibu bergegas ke situ, kemudian ibu ke kedai menjual ikan belaan dan beli seekor ikan lili untuk diletakkan ke dalam aquriam kecil ibu di pejabat dan botol minuman si shemy (hemster zeti). Sebab botol lama tu dah pecah. Kemudian ibu ke kedai nak beli jajan tapi alangkah kecewanya tiada terdapat jajan yang berkenan dihati. Maka ibu baliklah dan semasa menuju ke kereta ibu terpandang kedai farmasi. Oh ... ya ... ibu terlupa nak beli bedak ibu yang dah habis tu .. Setelah selesai membeli ibupun balik semula ke pejabat. Di pejabat ibu ada juga membela ikan, saja nak tengok ikan dalam aqurium bila hati rasa tak menentu.

Inilah si shemy tu ....

dan inilah ikan-ikan ibu tu ...


Petang semasa balik dari kerja dan setelah mengambil zeti dari taska, ibu dan zeti ke kedai yang lain untuk mencari jajan. Semasa dalam kedai tersebut, si zeti ni ashiklah nak minta ibu belikan mainan, pening ibu dibuatnya. Ibu dan ke hulu dan ke hilir mencari jajan dan mainan, dan akhirnya ibu buat keputusan beli apa yang ada ajalah. Si zeti pulak dah dapat apa yang dihajatinya barulah senyap. Malamnya ingatkan malas nak letakkan dalam bungkusan tersebut tapi bila zeti nak tidur dia teringat pulak jajan yang dibeli belum dimasukkan dalam bungkusan. Maka kamipun bergegas mengeluarkan barang-barang tersebut dan memasukkan ke dalam bungkusan berserta nama tag nama zeti. Untuk cikgunya ibu tak benarkan zeti buat dan tetiba aja zeti berhenti membungkus dan duduk di atas kerusi. Ibu buat tak kisah aja ... akhirnya dia pun berkata "zeti sedih .... sebab ibu tak bagi zeti buat untuk cikgu..." Ibu tengok matanya merah dan air mata meleh ... Begitulah kerenah dia bila dia rasa sedih. Air matanya cepat mengalir ... kesihan pulak ibu.

Esoknya (Kahmis) tengahari ibu terpaksa keluar lagi, tapi cuma berdekatan pejabat aja ... Di situ ibu belikan tiga biji kek coklat. Ibu bercadang nak potong kek tersebut dan masukkan ke dalam bungkusan jajan. Saja aja nak bagi kekawan zeti dan cikgu rasa. Petang tu ibu dan zeti pun sibuk menyiapkan bungkusan tersebut tapi kek tu ibu tak masukkan dulu sebab kek tu perlu dimasukan dalam peti ais agar coklatnya tak cair. Maka berakhirnya persiapan tu cuma tunggu esok aja ...

0 ulasan: