DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Monday, August 25, 2008

Tiada teman untuk aku bercerita ...

ISNIN (25/8/08)

Hari ni ibu sibuk sekali terutama dipejabat menguruskan majlis perpisahan kawan rapat ibu yang akan bertugas ditempat baru. Almaklumlah dah lama menuntut di BM, nak juga beralih angin ... mana tahu angin di sana lebih nyaman, bersih dan segar. Dapat juga mengasah minda yang dah lama tertutup dek leka dengan computer yang canggih. Jangan ambil hati dengan kata kata ibu ni ya teman ... ibu cuma .... hentahlah ... sunyi rasa tiada teman untuk berbicara. Kalau diturut hati malas rasanya lagi nak menulis di blog ni .. sebab tak ada tok guru nak dirujuk bila ada masalah ...


Teman yang diraikan (baju pink)



Juadah yang sedang disediakan

Gelagat teman-teman seperjuangan

Lainlah dulu, bila ada aja yang tak kena tok guru sebelah tu selalu diajukan dengan berbagai-bagai soalan. Terpaksalah tok guru tu ikutkan kehendak ibu. Maaf ya teman ... bukannya apa ... ibu ni jenis yang suka menyakat orang tapi sebaliknya. Ibu suka bergurau dengan mereka semua, tapi kalau mereka tak faham, maafkanlah ya ... Walau ketika itu ibu nampak happy aja, tetapi sebenarnya hanya ALLAH aja yang tahu.



zwani.com myspace graphic comments
Myspace I Miss You Graphics

Dah 6 tahun kami bersama, dia mula hadir dalam kehidupan ibu ketika ibu kehilangan teman baik juga (bersara awal) dan kebetulan pulak ibu dah nak bersalinkan zeti, hinggalah kini umur zeti dah 5 tahun lebih. Kawan ibu ni seorang yang baik, tak pernah menyakiti hati ibu (dari dia bujang hinggalah dah punya anak satu) kami ngam bersama. Lebih-lebih lagi dia ni pakar dalam IT, dari dialah ibu mempelajari selok belok dunia IT.

Dari dialah juga ibu mempelajari dan mengenali serta mencintai blog, sama ada blogdrive atau blogspot. Apa yang dia buat, ibu pun sama nak juga. Dia ni tak lokek dengan ilmu ITnya tu ... beruntunglah sesiapa yang dapat berkawan dengannya. Ibu sunggu-sungguh kehilangan dirinya. Tiada lagi teman untuk sama-sama berlumba membuat sebarang jenis logo. Dia beruntung kerana dapat juga meninggalkan sesuatu untuk Kementerian terutama kelab sukan. Logonya kini terpampar di acara-acara rasmi kelab sukan. Tapi ibu masih lagi tercari-cari, apa yang patut ibu tinggalkan untuk Kementerian apabila ibu bersara kelak.

Dia sedang beraksi di taman larangan

Mudah-mudahan ditempat barunya nanti dia akan meneruskan minatnya itu. Doa dari ibu agar dia sentiasa berjaya dalam segala bidang yang diceburinya dan jangan lupa ibu di sini sentiasa mengikuti perkembangan dia sekeluarga melalui blognya. Tiada blog tiadalah lagi dapat kami bertukar-tukar cerita suka dan duka kehidupan masing-masing. Hanya satu pinta ibu sekiranya memblog jangan sampai lupa orang sekeliling dan kerjaya sendiri. INGAT TEMAN Blog untuk mengisi masa lapang dan kerjaya untuk menjamin masa depan.
TUAI PADI ANTARA MASAK .....
ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN ...
INTAI KAMI ANTARA NAMPAK ....
ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN ...

2 ulasan:

Mama Shahmi said...

sob, sob, sob..kak kay, kat sini tak de kawan nak borak2 cam kak kay. Duduk terkurung dalam bilik je. Huwaa.. Boring, sangat.

OM & KAY FAMILY said...

Sabar ajalah rima ... nanti ada tu ..