DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Tuesday, December 23, 2008

HURRY! KAMI MENANG ....

SELASA (23/12/08)

Alhamdulillah ......... segala usaha kami telah terbalas kini, iaitu dengan memenangi dua daripada tiga pertandingan (KMK, Kebersihan & Moto Q). Terbalas kini segala usaha para penghuni Unit kami, terutama mereka yang terlibat dalam KMK. Segala penat lelah tak mengira ada kerja, ke tidak, mereka tetap datang walaupun hari Cuti SABTU. Syabas kepada mereka (En. Saiful, En. Faruq, En. Adi, En. Adam, Cik Waheeda, Cik Zurina, Pn. Lili, En. Lutfi dan Pn. Ruslaini - ahli KMK) yang telah berjaya mengondol TEMPAT KEDUA. Tempat Pertama dimenangai oleh Bahagian Koprat dan Ketiga dimenangi oleh Bahagian Kewangan.

Terima kasih juga diatas komitment semua warga kami dalam menjayakan pertandingan kebersihan dimana atas usaha kami bersama maka kami telah memenangi tempat ketiga. Tempat Kedua dimenangai oleh Bahagian Akaun dan Tempat Pertama dimenangi oleh Bahagian Koprat. Seronok tengok ketua bahagian kami menerima hadiah tersebut. Insyakallah tahun hadapan kami akan cuba bolot kesemua hadiah-hadiah tersebut dari Bahagian Koprat. Hadiah-hadiah yang kami menangi berupa Sijil Penyertaan dan Piala Pusingan. Kalau dapat hamper lagi bagus kan, boleh kami nikmati bersama seperti ditahun-tahun yang lalu.

Dalam acara mencipta moto hari Qualiti pulak telah dimenangi oleh Pn. Zainab dari Bahagian Pentadbiran. Motonya adalah CEPAT, CEKAP, SEMPURNA DAN BERKESAN, mudah aja kan. Beliau menerima piala dan sijil penyetaan. Dengan kemenangannya itu moto ciptaan beliau telah menyerikan lagi penutup semua memo dan surat. Tahniah! kak Nab ..... Ibu ada menyertainya tapi tak berjaya, kasihan ibu ....... Walau bagaimanapun ibu dahpun memenanginya pada beberapa tahun yang lalu.

Friday, December 19, 2008

INDAHNYA MALAM PERTAMA KITA ......

JUMAAT (19/12/08)

Teman-teman tersayang, sekadar renungan untuk mengingatkan kita akan kedatangannya ..
Cobalah baca cerita ini sampai selesai. Saya menyadari bahwa terkadang kita masih belum dapat menerima kebenaran. Tak ada salahnya apabila kita membacanya saja untuk bahan renungan.

Love you always, Indahnya malam pertama kita. Satu hal sebagai bahan renungan Kita....

Mari merenungkan indahnya malam pertama, tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata. Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa. Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut. Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara.

Hari itu... mempelai sangat dimanjakan. Mandipun... harus dimandikan. Seluruh badan Kita terbuka.....Tak ada sehelai benangpun menutupinya. Tak ada sedikitpun rasa malu... Seluruh badan digosok dan dibersihkan. Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan. Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih... Itulah sosok Kita.... Itulah jasad Kita waktu itu.

Setelah dimandikan.., Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih. Kain itu ... jarang orang memakainya.. Karena bermerk sangat terkenal bernama Kafan. Wewangian ditaburkan kebaju Kita... Bagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan. Tataplah.... tataplah. .. itulah wajah Kita. Keranda pelaminan... langsung disiapkan. Pengantin bersanding sendirian... Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga. Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul. Kita diiringi langkah gontai seluruh keluarga. Serta rasa haru para handai taulan.

Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir. Akad nikahnya bacaan talkin.... Berwalikan liang lahat.. Saksi-saksinya nisan-nisan.. yang telah tiba duluan. Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan. Dan akhirnya.... tiba masa pengantin.. Menunggu dan ditinggal sendirian, Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan. Malam pertama yang indah atau meresahkan.. Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah. Di kamar bertilamkan tanah.. Dan ketika 7 langkah telah pergi..... Sang Malaikat lalu bertanya.

Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur... Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur..... Kita tak tahu... Dan tak seorangpun yang tahu....


Cerita ini khusus buat teman teman tersayang yang dapat merasakan dan menyadari bahwa kita ini sedang mengantri untuk merasakan ''malam pertama'' kita. Anehnya terkadang kita tak pernah galau atau ketakutan akan malam itu. Bahkan tak pernah menangis dan berpasrah atas nama ALLAH. Betapa congkaknya. May ALLAH bless us always!!

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi kesabaran untuk membacanya terus hingga ke akhir. Tiap hari inilah yang kita lalui.... Susah vs. Senang. Dunia semu yang mengasyikkan.. menyita perhatian kita. Sedangkan dunia nyata yang menjemukan lupa kita isi dengan hal hal yang dapat menyinari jiwa yang nantinya akan kita bawa kepada NYA.

Mengapa susah menerima kebenaran? Apakah karena kosongnya jiwa yang tak dapat terisi oleh kebenaran dan cahaya alam nyata?

Wednesday, December 17, 2008

KEBORINGAN

SELASA (17/12/08)

Sesunggohnya hari ni ibu tersangatlah boringnya, sendirian tiada teman berbicara. Kerja ada tapi .... ahhhh ... malas nak cakap. Semalam ibu dahpun dapat tengok keputusan temuduga ibu tu .... dah agak dah. Nak tahu? Hemmmmm ... tak berjaya, malulah ... cuma dijadikan sebagai calon simpanan aja. Tak apa kan ... sebenarnya ibu cuma mencuba ... kalau ada rezeki dapatlah, kalau tak dapat pun tak apa, ibu dah ada kerja pun. Bagi chanlah (tapi kalau dapat nak juga .. ) mereka yang belum ada pekerjaan kan? Semasa makan malam ibu ceritalah pada babah, babah buat tak kisah aja ..



Ini lah teman-teman yang selalu mendampingi ibu


Semalam petang ibu balik rumah dan di atas almari solek ibu lihat sekeping ada sampul surat dan lekas-lekas ibu belek. Ohhhhh ... dah sampai dah salinan sijil yang ibu minta di Lembaga peperiksaan dulu. Cepat juga mereka proses permohonan ibu tu ... Ibu tunjukkan lah juga pada babah dan dia cuma mencebik bibirnya dan berkata semuanya mata pelajaran dalam bahasa inggeris ke bahasa malaysia? Perli nampak .... mentang-mentanglah dia punya dalam bahasa inggeris dan banyak mata pelajaran yang dia lulus ... tapi ibuuuuuu ... itulah, masa belajar tak nak belajar rajin-rajin, ashik bercinta aja ... keputusan pun tak bagus. Inilah yang selalu ibu ingatkan pada anak-anak ibu ... tapi mereka gelak-gelak aja. Ok ... gelak-gelaklah sekarang, kemudian nanti tahulah kamu betapa sukarnya untuk menerima kenyataan itu ....



Disinilah tempat ibu menguruskan kerja-kerja dan termenong sendirian bila sendirian tiada teman


Lihatlah serba sedikit hiasan dinding yang ibu usahakan untuk mencantik dan menceriakan pejabat kami.

Ini pulak suasana bilik makan kami, semuanya ada

Ok .. lah ibu tunggu aja apa yang akan terjadi di tahun hadapan. Tinggal lagi beberapa hari aja lagi ... sepatutnya esok adalah hari keputusan persembahan KMK Kementerian dan Hari Q Kementerian tapi ditangguhkanlah pulak ... nyampah .... Ibu dah tak sabar menunggu keputusan KMK, Pertandingan Kebersihan dan Pertandingan selogan hari Q. Dah lah yang tu tak dapat ... minta-minta berjayalah salah satu di antara pertandingan tersebut .... barulah ceria untuk melangkah ke tahun baru ... Betul tak?


Ini ada sedikit lagi hiasan yang telah diusahakan

Monday, December 15, 2008

KISAH PENJUAL TEMPEH

Untuk kita renungkan bersama dan cubalah ikuti kisahnya ...

bagus kisah nih..bacalah. . sesungguhnya tiada kuasa lain yang dapatmenandingi kekuasaan Allas swt..amin. Ini adalah kisah penjual tempe moga menjadi iktibar.
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorangperempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu.

Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringatakan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan diapun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin" Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikitbungkusan tu.

Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Allah dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat.

Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan denganjarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihatisinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Allah tidak adil. Allah tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe.

Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepadaAllah, pasti Allah akan menolongnya.

Walaupun dia tahu bahawa pada hari itudia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buatkali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita."Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belummenjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe,tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudahpun dimakbulkan oleh Allah...

Moral:Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan danapa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kitasebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yangdipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuaidengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Allah
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidakpernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU, menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan kearah kebaikan.

Monday, December 1, 2008

BANYAK CERITA TAPI TAK TERCERITA ...

ISNIN (2/12/08)

DI PEJABAT

Wah .... diam tak diam dah penghujung tahun rupanya. Cepat betul masa berlalu kan? Nampaknya dah dua atau tiga minggu ibu tak mengupdate blog ni ... bukannya apa banyak sangat acara dipenghujung tahun. Almaklumlah semuanya nak dibereskan sebelum tibanya tahun baru. Nanti siapa yang susah? kami juga yang susah .... tak buat nanti tak meriah, Hari Qualiti lah, Hari 5S lah, KMK lah dan lagi ada pertandingan kebersihan pejabat pulak tu ... bab mengemas ni yang ibu minat sekali, terutama menghias rumah/pejabat. Tapi taklah seindah yang dibuat oleh .... siapa tu .... haiiiii ... dah lupa dah ... Oh ya ... erik (dekor bersama erik). Sebab itulah "rumah" ibu yang satu ni dah tak bercahaya dan berseri lagi, dok ashik nak menghias pejabat aja .. Rasanya 12/12/08 ni mulalah mereka melawat kawasan-kawasan kami tu ... Tak tahulah ok ke tidak.

Mereka yang lain pulak tengah sibu dengan persiapan terakhir untuk KMK. Oleh kerana banyak kerja-kerja yang perlu dibuat maka ibupun tolonglah juga buat apa yang patut. Untuk bahagian kita juga kan ... Dan hari ni ... barulah dapat nak bernafas sikit ...

DI RUMAH PULAK

Esok adalah hari terakhir angah menduduki peperiksaan SPM, dengan itu maka tamatlah sudah perjuangan angah cuma menunggu sama ada perjuangan yang dilakukan selama 2 tahun di SMTSB berjaya atau tidak. Selepas tu mengenai PLKN pulak, menurut kata angah, ramai kekawannya yang dapat pergi ke PLKN, termasuklah angah. Tapi mereka semua tak sama kumpulan dengan angah ... Angah kena tunggu tiga bulan lagi untuk menyertainya, sementara tu kekawan baiknya dahpun tamat ... Angah tengah bimbang tu, takut terlepas untuk dia memohon ke IPTA, kerana ketika keputusan peperiksaan telahpun diumumkan. Tak tahulah nak cerita .. dan lagi dia tak tahu apa yang perlu dibuat sepanjang tiga bulan menunggu untuk ke PLKN.

Along pulak selepas raya haji ni mulalah bergelut dengan peperiksaan akhir tahunnya. Mudah-mudahan dia dapat menduduki kesemua ujian tersebut. Memandangkan dia tak hadir 2 kali kelas BI. Menurut kata dia mungkin dia tak dapat menduduki ujian BI tu ... dan kena ulang lagi tahun depan. Hentahlah along ibu tak boleh nak kata apa lagi ... Tapi sekarang dah pun berpindah ke rumah baru tentu lebih selesa lagi kan .. Ibu harap along akan dapat teruskan usahanya untuk belajar dengan lebih tekun lagi. Kalau tiada aral melintang hari raya haji nanti kami nak balik muar dan ke segamat untuk melihat rumah sewa along dan kemudian ke rumah pangah along di Redong.


Along di rumah sewa barunya


Uda pulak ashik berjalan malam dan lagi ashik main game hinggakan pc ibu di rumah dah dijangkiti virus trojan. Ibu ni bukannya pandai sangat tentang komputer (buat-buat pandai) kalau dah ada virus tu ... tunggu ajalah hingga dia hilang sendiriiiiiii ...

Yang bestnya zeti .... mentang-mentanglah dah cuti sekolah ashik aja nak ikut ibu ke pejabat. Dan lagi dah mula tak mahu ikut ibu jalan-jalan ... minggu lepas ibu cubalah tinggalkan dia dengan angah dan uda (kebetulan angah ada di rumah). Wah apa lagi seronoknya dia ... tapi bila ibu telefon, dia kata "bila ibu nak balik?, lama sangatlah" katanya. Pada hari minggu ibu adalah bawa dia ke kolam renang, dia seronok sekali main air, tapi selepas tu dia kena demam selsema, hingga kini tak berani lagi bawa dia mandi kolam.

Inilah kerja zeti bila datang pejabat ibu ...

Aksi zeti semasa di kolam renang

Bila ibu pegang aja pc ni, dia pun sama nak main game, marah betul ibu...

Sabtu lepas kami bertiga seperti biasa ke pasar malam di Bangi, sebelum tu kami singgah di Brillion untuk melihat apa yang ada. Sampai aja tempat yang dicari, dia dan babah ke bahagian mainan sementara tu ibu ke bahagian pinggan mangkok dan sebagainya. Selepas ibu dapat apa yang ibu cari, ibupun terus mendapatkan mereka berdua dan terlihat lah si zeti sedang menjinjing mainan barbie (barbie dengan katilnya). Ibu dah agak dah .... mesti dia cukai babahnya begitulah juga ibu (janji bahagia kan ...) Setelah masing-masing mendapat apa yang dihajati, kamipun terus ke pasar malam. Sesampai aja di sana, zetipun berkata "zeti tak nak gi lah ... zeti nak tinggal dlm kereta aja". Wah .... dia ingat dia dah besar sangatlah tu ... Apa dia kata lagi "Tak apa, zeti tak takut ..." Cakap besar konon ... Oh ... ya ... tahun depan dah masuk 6 tahun, dah nak ke TADIKA pulak .... Besar dah anak dara ibu ni ....


Barbie zeti

Selepas selesai MALAM ANUGERAH CEMERLANG TASKA GENERASI

Oh ... ya ... lupa nak cerita, hal si zetilah ni... pada malam 15/11/08 yang lalu taskanya ada buat malam anugerah, dimana semua anak-anak generasi mengambil bahagian dalam beberapa acara termasuklah si zeti ni ... tapi yang sedihnya ibu masih lagi tak dapat mengambil gambar ketika zeti memuat persembahan. Ibu datang lewat malam tu .... sesampai aja beberapa acara telah dimulakan. Nasib baik acara yang zeti masuk belum dipersembahkan lagi. Akhir persembahan dia rasa kecewa kerana tak mendapat hadiah, sedangkan kawan-kawannya ada yang dapat hadiah. Sebenarnya hadiah tu untuk mereka yang dapat no. 1 - 3 semasa peperiksaan akhir tahun, dan dia tak dapat hadiah kerana dapat no. 4 aja. Dia ingatkan persembahannya tak bagus.... Kecewa sungguh dia hari tu ....


Teman sekelas zeti di tahun 5