DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Wednesday, March 25, 2009

SUSAHNYA NAK PILIH KURSUS UNTUK ANGAH

KHAMIS (27/3/09)

Masuk hari ni ... bermakna dah seminggu angah berada di Kem Ulu Pari, tapi ibu dah berminggu bergelut dengan pemilihan kursus ke IPTA untuk angah. Sepatutnya angah yang bersusah payah memilih kursusnya tapi ibu tengok dia buat tak kisah aja, sedangkan ibu dan babah bimbang kalau-kalau dia tak terpilih ke tempat pengajian yang selesa. Almaklumlah sekarang ni banyak persaingan untuk kemasukan ke IPTA dan lagi ibu bimbang kalau tersalah pilih lagi, akibatnya seperti apa yang telah along alami dulu. Kasihan along, dek kesilapan ibu dan kemalasan dia untuk memilih sendiri akhirnya dia kini menanggung kepayahan untuk menamatkan kurusnya di Kolej Komuniti, salah dia juga sebab tak nak usaha atau maklumkan kemana mahu ditujunya selepas SPM.

Kalau boleh kali ini biarlah angah dapat ditempatkan ke tempat pengajian yang selesa untuk dia meneruskan cita-citanya untuk menjadi usahawan yang berjaya. Ibu harianlah dia ni ... belajar bidang kejuruteraan, tapi yang dimintainya keusahawanan. Alangkah baik dia teruskan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan. Asas dah ada dan kini kelulusan bolehlah diharapkan walaupun tak mungkin dapat ke IPT yang sebenar tapi belajar bidang kejuruteraan di kolejpun ok kan ....

Semalam adalah hari terakhir untuk kemaskini kemasukan ke IPTA, dengan hati iklas ibu catatkan satu per satu kursus-kursus yang dimintainya iaitu akauntan, pengurusan perniagaan, pengurusan bank, perhotelan, maklumat it, perbankan islam dan seterusnya. Mudah-mudahan diantara lapan pilihan tu ... tersangkutlah salah satunya kurus tersebut di Uitm Shah Alam. Yang lain-lain tu ada juga ibu minta seperti di Politeknik dan Kolej-kolej bersekutu UITM. Ibu tak tahulah sama ada kursus-kursus tersebut sesuai atau tidak untuk dia mengikutinya.

Ibu sebenarnya tak berapa pandai hal-hal mengenai permohonan kemasukan ke mana-mana Universiti atau kolej ni ... sama ada nak minta dulu kolej lain atau tunggu dulu keputusan ke ipta tu ... Almaklumlah tak pernah menguruskan kemasukan anak ke IPTA. Kalau tunggu keputusan ke IPTA, takut pulak di kolej-kolej nanti tiada tempat lagi. Nak tanya orang malu .... nanti apa pulak kata mereka .... dan nak buat keputusan sendiri takut jadi seperti along. Dan lagi selalunya kalau di kolej ni yurannya mahal kan?

Walauapapun ibu berserah ajalah .... ibu dah usahakan apa yang termampu .... mudah-mudahan ibu tak tersalah pilih kursus untuk angah. Mudah-mudahan angah dapat melanjutakan pelajarannya ke tempat yang baik untuk dia teruskan usaha mencapai cita-citanya untuk menjadi usahawan yang berjaya.

ANGAH DAH PUN MENGIKUTI AKTIVITI PLKN

JUMAAT (19/3/09)

Pagi ni ibu ambil cuti untuk menghantar angah ke pusat pengambilan peserta-peserta PLKN di tempat letak kereta di hadapan sekolah Alam Shah, Putrajaya. Sebenarnya angah tak sangka namanya naik untuk kumpulan ke 2. Sepatutnya dia di kumpulan 3 dan dijangka akan pergi ke PLKN pada bulan Julai nanti, tapi bila ibu saja-saja ke laman web PLKN dan mengisi icnya, tetiba aja tarikh dan kem PLKN terpapar. Maka ibupun maklumkan kepada dia, apa lagi seronoknya dia dapat pergi awal. Kebetulan pulak keputusan peperiksaannya diumumkan dahulu sebelum dia ke PLKN. Lega rasa ibu ....


Walau bagaimanapun tarikh untuk ke kem dah nak sampai tapi surat rasmi yang memaklumkan kejayaan untuk mengikuti PLKN masih belum dapat lagi. Dari sehari ke sehari kami tunggu tapi tak juga dapat dan akhirnya tiga hari lagi nak pergi barulah surat tersebut muncul tapi kena pulak ambil surat tersebut di pejabat pos (surat berdaftar). Keesokkan harinya terpaksalah ibu ke pejabat pos di Kompleks B. Ibu pergi tengahari tapi surat tu belum sampai dan petangnya kenalah sekali lagi ibu pergi ambil.


Keesokkan harinya pulak, angah ambil cuti dan pergi ke kelinik untuk periksaan kesihatan bersama-sama kawannya. Tak perlulah ibu menemaninya dan pada hari seterusnya babah pulak ambil cuti untuk bawa angah buka akaun di Agro Bank. Akhirnya semua perkara yang perlu dibuat telah terlaksana, cuma menunggu hari untuk ke sana.



Sebelum tu, pada malam sebelum bertolak ke PLKN, angah masih sempat lagi lepak dengan kekawannya. Ini membuatkan ibu teramatlah risau dan tak boleh tidur sehinggalah angah balik pada pukul 2.00 pagi barulah ibu dapat tidur. Bukannya ibu tak benarkan dia lepak tapi esok pagi nak pergi ke kem, takut kalau terlambat bangun.



Pagi tu ibu cuba kejutkan zeti awal sedikit dan bercadang untuk pergi awal ke tempat tersebut bimbang kalau-kalau jalan jem dan sebagainya. Angahpun ibu kejutkan awal dan dia terpaksalah bangun awal siap apa yang patut. Sedang kami bersiap-siap, angah pulak komplen yang rambutnya panjang dan minta ibu potongkannya. Oleh kerana kasihan maka ibu potonglah sedikit, sambil tu memarahi angah sebab tak mahu potong rambut awal. Angah mulalah kecil hati dengan berdiam aja sehinggalah kami sampai di tempat tersebut. Semasa ibu sampai di bulatan ke Sekolah Alam Shah, jalan lengang aja .... ingatkan tentu jem nanti. Akhirnya kami sampai awal dan mula mendaftar sehingga ibu terlupa hendak minta pas pelawat bagi ibubapa.


Kami sampai pukul 8.30 pagi, sedangkan masa untuk berlepas pukul 9.30 pagi. Tunggulah kami di tempat bas yang akan membawa angah ke kem PLKN Ulu Pari, Negeri Sembilan. Angah mula merungut apabila melihat ramai yang memakai selur jin dan t-shirt tak berkolar, tapi dia pakai seluar slack. Ibu buat tak kisah aja dan akhirnya semasa meunggu tu dapatlah dia seorang kawan sehingga dia lupa pada kekesalannya tadi. Pada pukul 9.15 pagi mereka dibenarkan naik bas dan berlepas tepat pukul 9.30 pagi. Sedih juga tengok dia pergi tanpa ada keluarga yang lain menghantarnya. Tak apalah angah .... mudah-mudahan angah selamat menjalani segala aktiviti di kem tersebut dengan jayanya. Sempat juga angah memilih kursus-kursus yang ingin diikuti nanti di IPT sebelum dia berangkat.


DOA IBU SEMUGA KAU BERJAYA DIDALAM SEGALA BIDANG ... DAN SELAMAT KEMBALI PADA 8 JUN 2009 NANTI.

Wednesday, March 11, 2009

ANGAH DAN IBU DALAM DELIMA

RABU (11/3/09)

Hari ni ibu betul-betul tak keharuan ... sekejap sedih, sekejap gembira dan kekadang tu tak tahu apa hendak dibuat. Sekejap telefon babah suruh cuti hari khamis dan kemudian telefon lagi tak jadi hari khamis, suruh ambil hari jumaat pulak. Bukannya apa, takut kalau pagi esok hari hujan, susahlah angah nak ke sekolahnya di Sg. Buluh. Kalau babah tak cuti, nanti siapa nak bawa dia ke sekolah untuk tengok keputusannya. Angah pulak nak pergi sendiri dengan kawannya. Malulah kalau kami hantar dia dan lagi tak dapatlah nak enjoy dengan kekawan. Akhirnya ibu buat keputusan tak jadi cuti dan kami cuti hari Jumaat nanti.

Mudah-mudahan kesemua memperolehi kejayaan cemerlang SPM 2008

KHAMIS (12/3/09)

Pagi ni keputusan peperiksaan SPM akan diumumkan. Pepagi lagi ibu dah kejutkan angah untuk bersiap-siap ke sekolahnya di Sg. Buloh. Babah dan ibu tak dapat nak hantar dia sebab dia tak minta hantar dan lagi babah ada kerja nak dibuat. Ibu pulak tersangatlah risaunya, ngalah dia (ibu) yang nak ambil keputusan. Kalau boleh biarlah dia berjaya untuk melanjutkan pelajarannya ke perngkat yang lebih baik lagi. Janganlah ikut jejak along yang sentiasa dalam delima. Biarlah salah seorang anak ibu berjaya ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Itulah harapan setiap wanita yang berstatus ibu. Di pejabat ibu tak senang duduk, ashik sms angah tapi hingga ke petang takpun dapat jawapannya. Ibu cuba telefon dia tapi linenya sentiasa sibuk. Entah apalah budak ni buat, ok ke tak ok. Risau kalau dia buat hal, tak dapat menerima keputusannya tu ...


Tengah bengong ni ...

Walau bagaimanapun ibu sentiasa mendoakan kejayaannya, tak dapat semua A pun tak apa lah angah, asalkan cukup syarat untuk melanjutkan pelajaran ke Politeknik. Malam tadi dia balik lewat dan semasa dia balik dari kerja ibu dah tidurpun, tapi tetiba aja terdengar orang bercakap-cakap dan ibu pun terjaga. Ibu lihat bilik uda terang benderang, kedengaran orang bercakap-cakap dan bila ibu ke biliknya, ibu lihat angah tengah membega seluar jinnya sambil bercakap seorang. Lahhhh .... rupa-rupanya dia sedang bercakap dengan kawannya di telefon. Tangan asyik menjahit dan mulut bercakap. Apalah angah ni ... tak pernah renggang dengan hpnya walau seminit pun. Bila tidur pun hp sentiasa di sisi mengalunkan irama untuk menidurkan dia. Tak tahulah nanti bila dia pergi ke PLKN, dapatkah dia berpisah dengan hpnya tu ...? Beli seluar besar, bila balik rumah dikecilkannya. Pandai pulak dia menjahit untuk mengecilkan seluar tu ... ibu buat tak kisah aja, pepandailah dia .... siapa suruh beli seluar besar?

Oklah kan .... tak bengong tapi bengang aja .....
Akhirnya penantian ibu terjawab kini, pukul 3.15 ptg. barulah kedengaran telefon ibu berbunyi dan terdengarlah suara angah menyatakan dia dah ambil dan bolehlah katanya. Bila ibu tanya berapa dia dapat? Tunggulah balik nanti boleh tengok ... lah dia ni bagi ibu tertanya-tanya lagi ... Walau bagaimanapun alhamdulillah dia ok dan katanya dia lulus. Lega rasa ibu tapi masih dalam tanya tanya ?

Monday, March 9, 2009

MAULIDUR RASUL DAN HAPPY BIRTHDAY TO IBU

ISNIN (9/3/2009)


Alhamdulillah, syukur ke hadrat ILLAHI kerna masih membenarkan ibu untuk terus hidup dialam maya ini dan lagi dapat pulak bersama-sama menyambut Hari Kelahiran Nabi Kita Muhammad s.a.w. Bertuah rasanya kerana Hari Kelahiran Ibu beserta dengan Hari Kelahiran Nabi Kita dimana semua umat islam menyambut Maulidur Rasul dengan meriahnya. Dengan kehadirannya maka bertambah lagilah usia ibu, sedangkan amal ibadah masih banyak yang perlu ibu pelajari. Mudah-mudahan disepanjang usia ibu ni akan bertambah kemakmuran dan kejayaan serta sihat selalu. Sempena dengan Maulidur Rasul ini juga sama-samalah kita mencontohi segala amalan-amalan yang telah dilalui oleh nabi kita itu agar dapat kita umat islam hidup bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama. Barulah dapat kita sama-sama menikmati keamanan dunia ....


Cuaca nampaknya elok aja pagi ni ... Kelmarin di pejabat, mereka yang terlibat untuk hadir di perhimpunan Maulidur Rasul sibuk untuk mendapatkan baju yang akan di pakai pada hari Maulidur Rasul, teringin juga ibu bersama-sama meraikannya tapi memandangkan ianya diadakan di KL maka ibu batalkan aja ... Sesiapa yang menghadirinaya diberikan sepasang baju melayu berserta songkok (bagi lelaki) dan sepasang baju kurung berwarna kuning coklat beserta tudung dan kerongsang (bagi wanita). Lumayan kan ... dapat juga dipakai bila teringin tapi yang pentingnya kita hadir dengan niat untuk sama-sama mengingati hari kelahiran nabi kita.

Semasa ibu sibuk memasak di dapur sempat juga ibu mengikuti perkembangan di Stadium Merdeka. Mula-mula cuaca agak cerah tapi dipertengahan hujan rahmat mula turun, dan akhirnya ia berjalan dengan lancar. Sambil menonton dengan babah ibu sempat juga bisik pada babah yang ibu merasa bertuah dapat menyambut hari kelahiran pada hari ni. Babah kata "ye ke?" Babah ni buat tak tahu aja hari kelahiran ibu ... begitu juga anak-anaknya. Tapi hari lahir mereka sentiasa dalam ingatan ibu ... tak adil kan mereka ni ...

Akhirnya pada petangnya ibu ajak babah jalan-jalan ke Metro Kajang. Ibu cadang nak cari baju dan beg tangan tapi setelah sampai dan membelek baju-baju yang ada tak berkenan lak ibu ... Babah dan zeti cuma mengekori aja ke mana ibu pergi dan sampai pulak ke kedai bag tangan dimana ibu terpandang sebuah handbag yang sangatlah comel dan bila ditanya harganya ... pun comel juga. Maka ibu biarkan dulu (KIV) dan kami beredar ke tingkat atas dimana terletak barang-barang dari kilang. Mungkin di situ ada lagi bag-bag yang comel-comel ... tapi semuanya tak berkenan di hati. Hati ibu telah dimiliki oleh handbag yang dipadang kali pertama tadi. Itulah dikatakan cinta pandang pertama kan .... Cinta yang pertama itulah juga ingin dimilikinya. Begitulah juga ibu, cinta pandang pertama itu telah ibu miliki kini dengan dibiayai oleh siapa lagi cik abang sayang lah ... Terima kasih daun keladi, tahun depan nak lagi lah ... eheeee.

Untuk zeti mesti ada, kalau berjalan dengan zeti untuk dia mesti ada, jadi ibu belikan dia gelang dan gelang kaki (yang murah aja). Apalagi sukalah dia dan bila sampai di kereta tak sabar-sabar lagi nak pakai. Lagi satu semasa ibu ke tandas tadi, babah adalah order kueh wafer (macam dia tahu-tahu aja ibu nak kuih tu) dan setelah kami keluar dari tandas zeti ternampak pulak gula, nak juga gula tu ... akhirnya kami tak jadi beli air dan beli gula untuk dia tapi bila dalam kereta dan tengok ayah dan ibu makan sedap apa lagi diapun nak sama ... kesudahnya ibu dan babah meleleh air liur, zeti sapu semuanya.

Kami sampai di putrajaya hari dah mula senja dan hujan pun turun renyai-renyai, zeti dah mula nak tidur. Sesampai aja di putrajaya, ibu lihat babah masuk ke simpang yang jarang kami lalu untuk balik ke rumah dan dia melencong ke presint 8. "Jom kita beli kek nak?" kata babah, "tak payahlah" tapi belum sempat apa-apa zeti mula menjawab "kek birthday siapa ayah, birthday zeti ke?" "Yelah tu awak punya" ... malu nak mengaku sendiri punya. "Zeti nak kek barbie" kata zeti. Babah pandang ibu dan kami tergelak sama. Apalah zeti ni ashik birthday kek dia aja, nak kek barbielah ... dan macam-macam lagi. Ashik dia aja ... Ibu mengiyakan aja apa zeti kata dan kami belilah kek keju dimana atasnya dihias dengan coklat dan buah. Ibu tak teringat pun nak beli kek tapi babah nak beli juga, oklah .... Sesampai aja di rumah zeti sibuk nak potong kek dan mula ambil lilin untuk di letak atas kek, kemudian minta babah ambilkan api, "kayu api" kata zeti. Ibu tanya zeti "tahu ke kayu api tu apa?", "tahu" katanya. "kayu yang keras tu ..." "Ohhhhh ..." kata ibu. Ada-ada aja jawabnya.

Akhirnya dapat jugalah ibu potong kek dan tiup api lilin bersama-sama .... zetilah. "Kita share ye mama...." Oh ya ... lupa nak bagi tahu, zeti sekarang tak panggil ibu emak lagi tapi dia panggil mama .. Malulah ibu bila dia panggil mama, babahpun tersenyum bila dengar zeti panggil ibu mama. Almaklumlah ibu dah senja dah rasa semacam pulak bila dia panggil mama. Agaknya dia dengar kawan-kawan dia panggil ibu mereka mama kot ...., maka dia pun teringin nak panggil ibunya mama. Tak apalah zeti asalkan zeti bahagia, tapi jangan panggil ibu mamak pulak.... sudah.



Begitulah kisah ibu dan anak-anakku sayang sepanjang cuti selama tiga hari ni ....

Friday, March 6, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO MY OLD FRIEND

SABTU (7/3/09)

Pagi ni ibu bangun awal, seperti biasa siapkan sarapan mee goreng. Angah kerja pagi hari ni dan minta ibu hantarkannya, tapi ibu tak dapat memenuhi permintaannya kerana tersangatlah malasnya ibu nak gi keluar pepagi ni, lebih-lebih lagi kerja rumah dah lama menunggu. Pegilah sendiri yang angah .... dan uda pula hari ni ada tusyen, minggu lepas tak ada kerana ada Mesyuarat PIBG. Ibu tak pegi pun ... bukannya tak mahu nak gi tapi along ada bawa kekawannya datang ke rumah, kenalah layan mereka seperti di "Homestay" kan ...

Ingatkan hari ni babah nak ke pasar tapi tunggu punya tunggu tak jadi lak katanya. Walau bagaimanapun ibu kena masak awal juga sebab tengahari nanti nak ke Ulu Yam, ada jemputan kawain. Itupun kalau babah tak keberatan untuk pergi.

Oh ... ya .... hari ni adalah hari jadi kawan lama ibu tu .... RIMA ... Dah hampir beberapa bulan dia berpindah tapi baru sekali dia datang ke pejabat lama dan ibu pulak belum lagi pergi ke pejabat barunya tu .... Tapi hari ni ibu nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN YANG KE ? Semuga kebahagian sentiasa mengulit dirimu sekeluarga.


Tak sempat kirim kad tapi ibu tetap kirimkan gmail, janji birthdaynya dirai bersama




Inilah birthday cake yang sempat akak buat untuk rima .... kalau nak datang umah ...