DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Sunday, September 14, 2008

SEPINYA PUASA TANPA ALONG DAN ANGAH

JUMAAT, SABTU & AHAD (12 - 14/9/08)


Petang jumaat dapat telefon dari angah, dia beritahu yang dia tak balik rumah tapi pergi ke rumah kawannya di Sg. Wang. Wah ... pandai pulak anak omak ni bertandang ke rumah orang tanpa mempedulikan ibu sendirian berbuka di rumah .... Tak apalah angah, pergilah ... ibu tak kisah tapi sedih juga tunggu ... punya tunggu ... tak balik. Along pun begitu juga, tak balik ... katanya nak temankan kawan ke Labis. Oklah ... pergilah .... cuma satu ibu pesan, jagalah diri baik-baik, jangan sampai tersesat jalan. Maka minggu ni kami berempat lagi yang tinggal, kalau tidak bila waktu berbuka kami semua berebut-rebut makan tapi tahun ni ... kami semua tak berselera nak makan. Apa nak buat, ibu yang suruh mereka pergi kan ....


Kami dah berbincang tahun ini kami ke Ulu Yam dahulu, untuk berhari raya dengan adik-beradik babah. Dah lama kami tak beraya bersama .... Kami semua bercadang nak raya bersama-sama tahun ni di rumah aruah. Lepas tu setelah berhari raya ke rumah sedara mara di sana, barulah petangnya kami balik ke putrajaya dan esok pagi barulah kami berangkat ke Muar. Harap-harap emak ibu tak rasa sedih nanti .... Tahun lepas kami dah pun beraya di sana dulu. Along pulak mungkin ibu minta dia balik ke rumah atoknya dulu, itupun kalau dia tak dapat tiket nak balik ke kl. Angah pulak mungkin mula cuti sekolah pada 27/9/08.

Waktu berbuka pada petang jumaat tu ... ibu beli dua jenis lauk dan kemudian rojak singapore. Bila babah balik pulak, dia bawa tiga bekas isi tahu dan sebungkus air tahu serta kuih karipap. Maka penuhlah meja petang tu ... Mungkin babah ingatkan anak-anak nya balik. Sedih rasa tengok makan banyak tapi tiada siapa nak makan ... Zetipun sejak mula puasa hingga kini, ibu tengok ashik tak mahu makan aja.


Pagi Sabtu babah tak ke pasar sebab dia tak larat nak pergi ... Ibu pulak selepas berbuka hinggalah ke malam tak nak tidur. Oleh kerana mata tak mahu tidur, ibupun mulalah mengemas rumah, melipat baju dan sebagainya. Pukul 10.00 pagi barulah kami ke pasar terdekat untuk membeli barang-barang yang hendak dimasak. Hari ni kami nak masak nasi ayam segera, ayam goreng berempah dan mee soup. Sebelum balik ke rumah kami sempat meronda di Presint 18, nak tengok rumah di situ, panas pulak hari ni dan selepas tu kami terus balik ke rumah. Oleh kerana tiada apa yang hendak dibuat, ibupun mulalah menyiapkan bahan-bahan yang hendak di masak. Setelah tu ... ibu rehat sekejap. Pukul 3.00 ptg. ibu mula kembali memasak, ingatkan petang nanti nak keluar sekejap tapi malas pulak rasanya. Cuma babah aja yang keluar mencari sesuatu bagi mengelakkan dirinya dari tidur. Ibu pulak terasa boring, nasib baik zeti ada. Bersama-sama dialah ibu menghabiskan masa berbuka petang tu. Pukul 7.00 ptg. muncul babah dengan air cendol, tahu sumbat dan bubur lambuk. Kali ni selepas berbuka sekali lagi ibu tak larat, ashik nak tidur aja.



Pukul 4.00 pagi ibu terjaga dan terus buat apa yang patut, pukul 5.00 pagi kejutkan babah dan uda dan kami mula makan bersama. Selepas tu ibu tak boleh tidur dan mulalah menggosok baju hingga ke pukul 8.00 pagi. Hari ni (Ahad) babah ke pasar. Bila dia balik ibu pulak menguruskan dapur dan kemudian ibu tertidur. Pukul 3.00 ptg. ibu mula kedapur, hari ni ibu masak asam pedas ikan duri, sotong goreng dan sayur pak chai goreng. Pukul 5.00 ptg. kami ke brillion dan ke Warta untuk mencari alas meja dan sebagainya. Zeti pulak seperti biasa mesti ada mainan yang dibawanya pulang ke rumah. Pukul 6.00 ptg. kami sampai ke rumah dan siapkan apa yang patut. Kali ini barulah makan tak terbuang, di luar tadi kami cuma beli air cincau dan kuih sadin gulung. Malam ini barulah ibu rasa selesa dan taklah nak tidur aja. Oleh kerana mata tak tidur mulalah ibu mencoretkan kesah kami minggu ni ..... sekian, selamat malam dan selamat berpuasa serta berterawih.

0 ulasan: