Alhamdulillah ..... selamatlah sudah kita melalui dan meniti liku-liku kehidupan disepanjang tahun 2008 dan kini tiba masanya kita berjuang untuk teruskan perjalanan selagi diizinkan untuk menempuh dan menghadapi cabaran-cabaran yang belum lagi kita ketahui bentuknya bagi tahun baru 2009. Nampaknya sepanjang tahun lalu banyak juga cabaran-cabaran yang telah ibu lalui, ada yang berjaya dan ada juga yang gagal. mungkin disebabkan kekuatan dan keyakinan diri ini masih belum lagi cukup kuat untuk menghadapinya.
Angah dengan aksinya
Along lan yang selalu buat ibu pening
Uda yang dalam kebingungan
Walau bagaimanapun, alhamdulillah semuanya telah selamat ibu lalui dengan hati yang ikhlas. Untuk tahun baru ini mudah-mudahan ibu sekeluarga dapat melaluinya dengan penuh keyakinan dan kesabaran. Mungkin banyak dugaan yang akan ibu lalui tapi ibu akan cuba untuk melaluinya kerana anak-anak ibu kini semuanya dah mula membesar dan kini sedang melewati alam remaja. Ibu tak perlu lagi memikirkan rengekan dan tangisan manja mereka untuk didukung, di suap dan sebagainya.
Cuma kini ibu hanya perlu memastikan segala keperluan dan persiapan mereka untuk meniti alam remaja dapat diatur dan dilaksanakan dengan sempurna. Kini ibu bebas bergerak cuma si kecil itu sahajalah yang masih memerlukan pertolongan ibu bagi menguruskan dirinya dan si uda yang masih tercari-cari hala tuju dirinya dimana tahun ini adalah tahun ujian baginya untuk terus berjaya dalam pelajaran.
Si kecil zeti yang masih perlu dipenjara lagi
Renungan: -
Tahun Hijrah dan tahun Masihi telah bertukar. Maal Hijrah dan tahun baru memberi objektif untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada pada tahun ini dan tdak mengulanginya pada masa akan datang. kemunculan tahun baru menjentik minda untuk memikirkan apakah yang berlaku sepanjang tahun dan bagaimana untuk menghadapi tahun baru. Segala suka duka yang berlaku hendaklah dijadikan teladan dan sempadan untuk kita. Tiada gunanya tahun berlalu tanpa sebarang manfaat yang diperolehi dan tiada manfaatnya tahun berlalu tanpa kita memperbaikinya untuk masa akan datang...
'Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yg benar benar beriman. Mereka memperoleh keampunan dan kurniaan yg mulia'-Surah al Anfal-74....
Saudara2 kita berada dalam kesangsaraan. Hulurkan sambungan Krisis Gaza ke Aman Palestin Bhd, Maybank 562263010787 or BIMB 12029010047880. Sebarkan
SELAMAT TINGGAL TAHUN 2008 DAN SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2009!!!
0 ulasan:
Post a Comment