Zeti dan kembarnya sedang beraksi di cermin hikmat
Seronoknya zeti mandi kolam (tak dapat mandi di kolam renang) di sini pun jadilah
Kelmarin angah telefon yang dia nak balik minggu ni sebab makanan dan duitnya dah habis. Maklumlah dah dua minggu ibu tak dapat menjenguknya.
Minggu lepas ibu ke Kuala Lumpur dan menginap di hotel Qualiti selama 3 hari 2 malam. Oleh kerana zeti tiada siapa menjaganya maka terpaksalah ibu bawa juga di bersama. Nak harapkan babahnya jaga ..emmm ... manalah babahnya ada masa sebab babah selalu balik kerja lewat malam. Itulah masalah ibu sekiranya ibu berkursus atau bekerja di luar waktu pejabat. Zeti tak tahu nak di hantar ke mana ...
Nasib baik hari tu ibu tak banyak bergerak (bengkellah katakan) cuma buat kerja dalam bilik aja .... sambil ibu mendengar penerangan, zeti sentiasa ada duduk di belakang ibu. Tentang makan pulak tak jadi masalah sebab kami share begitu juga dengan tempat tidur. Teman sebilik ibu dah biasa dengan zeti maka zeti ok aja ...
Sepanjang kami di hotel tersebut zeti begitu seronok sekali terutama dapat mandi kolam (dalam bilik mandi aja ...) lepas tu di mulalah nak bersolek sama. Habis makeup ibu digunakannya, kemudian mulalah dia berposing di cermin besar. Wah ... anak ibu ni dah makin besar lagaknya ... Kami pergi ke hotel tersebut pada petang hari Khamis dan balik pulak pada petang Ahad iaitu pukul 1.30 tgh. Nasib baiklah ada kereta pejabat yang ambil, kalau tidak susah juga babah nak datang ke KL ni, lebih-lebih lagi dengan keadaan harga minyak yang tinggi ni ... lagilah malas babah nak datang.
Sesampai aja kami di rumah, lah ... kasihan babah tengah duduk tersandar menonton tv .... katanya barul lepas makan. Kasihan dengan babah, dah lah penat pergi ke pasar, lepas tu kena masak pulak. Tentu dia tak sempat nak sapu sampah, nak basuh baju dan lain-lain lagi. Tak apalah kan babah sesekali mengurus rumah tangga. Bila lagi nak rasa kan .... tapi masa ibu bersalin dulu, babah dah pun pernah mengurus rumah. Terima kasihlah babah kerana sudi menjadi ibu sesekali. Kata uda, dia boleh jadi gemuk tengok dan makan masakan babah. Apa tidaknya, bila ibu buka tudung saji, wah .... ada ayam goreng, ikan masak lemak dan sayur goreng. Tentulah berselera si uda dan along makan.
Ibu sedang memerhati teman ibu (Zalilah) membuat kerjanya
Ibu dan Mariana sedang mengadap komputer
Ok ... berbalik pulak dengan cerita minggu ni dimana angah balik rumah tapi tersangkut di rumah kawannya sebab susah nak dapat bas. Semasa ibu dalam perjalana pulan dari pejabat dia telefon bagi tahu dia ada di rumah kawan dan minta ibu siapkan makan, kejap lagi dia sampai dengan kawan. Ibu ingatkan dia sampai lewat, maka ibu pun bersihkan diri dulu dan sebagainya kemudian tetiba aja dengar suaranya bertanyakan ibu. Lah ... cepat pulak dia sampai belumpun sempat ibu tengok dapur cuma dapat masak air aja. Nasib baiklah ibu ada bawa goreng pisang dan keropok yang dah ibu gorengkan semalam tu ada lagi, maka itulah aja yang dapat dijamu kepada kekawannya tu. Sedang ibu rehat angahpun menghulur sekeping kertas yang tertera tarih akhir untuk dikembalikan semula pada 30/6/08. Sedangkan maklumat-maklumat yang dikehendaki tu perlu disahkan dahulu. Lah ... manalah ibu nak cari cop untuk disahkan ni .... Satu lagi masalah bagi ibu.
Begitulah leka ia menatap komputer sambil mendengar lagu-lagu
Malam tu apa lagi bergilir-gilirlah mereka bertiga mengguna komputer dan internet. Biasalah angah, kalau dah ada di rumah hingga jauh malam dia melayari internet. Bukannya dia nak mengulangkaji, tapi bila difikirkan biarlah dia (dah berminggu dia ashik dengan buku-bukunya dan sekolah) bagi can sesekali dia nak rehatkan otak kan ...
SABTU (28/6/08)
Ini adalah gambar zeti dan teman sekelasnya tahun 4 di Taska tersebut
AHAD (29/6/2008)




































0 ulasan:
Post a Comment