DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Wednesday, April 8, 2009

MESEN BASUH DAH ROSAK

KHAMIS (2/4/09)

Seperti biasa sebelah petang selepas balik kerja ibu mula memasak dan sambil tu membasuh baju (dengan mesen basuh le .....) tak larat nak guna tangan. Dalam ashik memasak, ibu terhidu ada benda terbakar. Dah agak dah ... bau ni mesti dari mesin basuh sebab tetiba aja dia tak bergerak. Puas ibu cuba lagi tapi tak juga mahu gerak dan akhirnya ibu biarkan aja ... nasib baik sebelum tu dahpun selesai membasuh trip yang pertama. Kemudian naklah basuh lagi tapi tak dapat dah, ibu cuma sempat tadah air aja ... kemudian bila nak mula mesin terus tak bergerak.


Ibu minta babah tolong tengokkan mesin tersebut. Manalah tahu kalau fiusnya terbakar ke ... Babahpun cubalah membaikinya dan akhirnya babah datang dekat ibu sambil meminta ibu sain chek. Ibu terpingga-pingga bila babah minta chek. Ingatkan dah siap dan minta ibu chek ... tapi sebenarnya babah minta ibu ambil buku chek dan sain (maknanya kena beli barulah ....) tergelak besar ibu setelah mengetahui maknanya. Hai ... kenalah cari baru, almaklumlah mesin tu pun dah hampir 8 tahun berkhidmat dengan ibu. Nampaknya kenalah ibu basuh dengan tangan aja ... tak larat lah ... Nak gi kedaipun tiada masa, maknanya kenalah tunggu hari sabtu ni ...

2 ulasan:

baBe_ieza said...

alah ape susah..gi kedai je beli baru...

OM & KAY FAMILY said...

Amboiiii ... senangnya, mana nak cekau duit nak belinya ... acah aja ... nak tak nak, ada ke tidak kena juga belinya kan? kan? kan?