DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Monday, August 17, 2009

DALAM TAK SIHAT KENA GI PERIKSA LAK ...

11 OGOS 2009

Hari ni ibu kena gi periksa untuk pengesahan jawatan ... Tak dapat nak baca buku pun sebab ashik melayan zeti yang tak sihat tu ... Babah pulak kena gi KL kerana ada seminar di sana ... Katanya nak bawa kereta. Masalahnya sekarang kereta ibu dah tiada, macam manalah nak gi periksa. Nasib baik tempat periksa tu tak jauh cuma di peresint 3 (Perbadanan Putrajaya) aja. Mengenangkan masalah tersebut akhirnya babah tak jadi bawa kereta, maka bolehlah ibu paksakan diri bawa kereta dia. Dan pagi ni dengan penuh keyakinan walaupun badan tak sihat, ashik bersin dan batuk-batuk, ibupun bawalah kereta ke presint 3. Pukul 7.00 pagi lagi ibu dah sampai dan ibu cuma berdiam diri dalam kereta aja sebab ketika itu keadaan sunyi aja. Zeti pulak ibu tinggalkan dengan along lagi (kebetulan along tak balik ke Segamat). Pukul 8.00 pagi barulah ibu ke bangunan perbadanan putrajaya. Sebenarnya peperiksaan tu bermula pukul 9.30 pagi tapi oleh kerana ibu dah terkeliru maka ibu ingatkan pukul 8.30 pagi. Walau bagaimanapun ibu dahpun selamat sampai ke dewan peperiksaan dan telah pun menduduki peperiksaan dalam keadaan kesihatan ibu yang tidak mengizinkan. Tiba aja kertas kedua ibu dah tak larat lagi nak buka mata dan tenyeh ajalah jawapannya. Kebetulah pulak ia soalan objektif, kalau subjektif tadi dah lama ibu pengesan .....

2 ulasan:

mama ami rania said...

kak kay sy nampak kak kay petang tu kat klinik..sy ada kat khemah kat luar tu. sy lambai2..kak kay tak nampak kot. sy pon 1 family demam, batuk ngan selsema..tp bkn H1N1 tau..ehehe..alhamdulillah skang semua dah sihat. kak kay 1 family dah sihat ker. nampak zeti..dah besar dan makin cute..

OM & KAY FAMILY said...

Ye ke rima nampak akak, sorrylah akak tak perasan pun. Dah reramai tu ... tak pandang kiri kanan lagi. Kami dah sihat dah ... akakpun bkn H1N1 juga tau .. Shahmi dah dua tahun kan ... zeti dah besar dah tinggi aja ... banyak cakap. Seronok gi opis ibu katanya. Kalau senang emaillah akak kamariah_baba@moh.gov.my. Cubalah tau ..