SABTU (23/2/08)
Seperti biasa babah akan ke pasar, ibu pula mengemas rumah, buat sarapan dan sebagainya. Zeti dan abang-abangnya tengah lena dibuai mimpi lagi. Sementara mereka tidur ibu curi-curi untuk melihat apa-apa yang patut dikomputer. Nak tahu kenapa ibu curi-curi nak buka computer sebab si zeti lah tu ... kalau dia nampak aja ibu dah buka komputer ni ... apa lagi "nak main game" itu sajalah ucapannya kepada ibu sehinggalah ibu benarkan dia main game. Maka dengan rasa dukacita tak dapatlah ibu nak melayari internet. Maka terpaksalah ibu ke dapur dan mula buat sarapan lempeng aja dan cecah dengan sambal ikan bilik. Sedapat tau!!!!
Semasa kami sampai di Sg. Congkak, angah masih lagi di kemnya. Oleh kerana tempat kami mandi manda tu berhampiran, taklah perlu menunggu angah sampai baru kita mandi. Maka sementara menunggu angah, ibu, zeti dan uda berendamlah dulu.
Kami berada di Sg. Congkak sehinggalah pukul 5.30 petang. Angah dah keletihan nampaknya dan selepas ini kami nak ke pasar mulam pulak .... nak cari makanan dan menjamu mata ... Sepanjang perjalanan pulang di kiri kanan jalan penuh dengan poster-poster BN dan PAS yang digantung disepanjang jalan Ulu Langat tu ... Almaklumlah sekarang ni tengah ligat berkempen untuk pilihan raya di Malaysia. Siapa menang dan siapa kalah ibu tak kisah, janji semuanya berjalan dengan selamat dan tiada rusuhan dan sebagainya. Hidup akan bahagia kalau suasa rumah (negara) kita aman, damai dan sejahtera. Kemana-mana sahaja kita pergi kita akan rasa selesa tiada kebimbangan. Begitulah impian kita semua kan ....
0 ulasan:
Post a Comment