DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Monday, March 3, 2008

BERTEMU KAWAN LAMA

SABTU (2/2/08)


Malam tadi hujan lebat hingga ke pagi tapi oleh kerana keperluan harian dah nak habis terpaksalah babah bangun juga untuk ke pasar .... Ibu seperti biasa memikirkan apa yang hendak dibuat untuk sarapan pagi ni .... akhirnya ibu terlihat ada sedikit lagi mee maggie. Maka ibu buatlah apa yang ada .... Kebetulan pulak setelah selesai ibu membuat mee tersebut, babahpun balik dan kami makan bersama-sama.

Semasa makan dan menguruskan perihal dapur, ibu teringatkan angah kerana pagi ini di Sekolah angah ada sukan tahunan. Dia ada hantar sms kat ibu bertanyakan sama ada ibu datang ke tidak. Ibu dah sms kat dia yang ibu tak dapat datang, tapi tiada jawapan dari dia ... risau ibu dibuatnya. Ketika ibu sedang menyediakan makan tengahari, ibu lihat cuaca di luar mendong aja dan kemungkinan hujan akan turun lagi. Kebetulan pulak ibu terdengar diradio fm ada mengatakan ketika itu di Sg. Buloh hujan lebat. Dah ... sah dah ... tak dapatlah angah nak bersukan. Kesihan angah.

Sabtu minggu ini nampaknya kami tak kemana-mana sebab esok kami akan ke Rawang kerana ingin menghadiri majlis perkahwinan anak kawan lama ibu yang dah lama tak jumpa ... Dua sekali anaknya diijabkabulkan (seorang lelaki dan seorang perempuan). Wah nampaknya tahun depan menimang cuculah kawan ibu tu ......

Hingga petang ibu tak dapat lagi cerita tentang angah ... Boring juga duduk aja di rumah tak kemana-mana, si zeti lak ashik nak main game tak ada can langsung untuk ibu mendekati komputer tu ... Sungguh memboringkan hari sabtu ni ...

Malamnya ingatkan babah tak mahu keluar tapi oleh kerana ibu tersangatlah boring duduk di rumah maka kamipun keluarlah ke pasar malam. Nampaknya cuaca dah elok sikit .. Sesampai aja ditempat yang dituju tak disangka-sangka jem teruk .... nak dekat satu jam kami di dalam kereta. Akhirnya dapatlah kami parking kereta. Sepanjang jalan si zeti ashik merengek nak beli mainan dan dapatlah dia anak patung yang sedang main buai. Seronoklah dia .... dan mengajak ibu balik. Mentang-mentanglah dia dah dapat barang yang dia hendak. Semasa berjalan pulang ibu ternampak ada jualan baju kurung yang dah siap dan harganya bolehlah .... Mula-mula ibu tak mahu beli tetapi melihatkan babah sama membelek maka ibu belilah sehelai. Ingatkan babah nak bayar tapi ... hampas ... terkena lagi ibu.

Kemudian kami pun bertolak pulang tapi seperti kami sampai tadi, nak balikpun susah jem lagi .... kenalah menunggu lagi. Akhirnya pukul 10.00 malam barulah kami sampai ke rumah. Along dan uda dah makan dah .....


AHAD (3/3/08)

Pagi ni pulak, seperti biasa selepas solat subuh babah akan bersiap untuk berjogging di pusat kejiranan. Sementara tu ibu buatlah sarapan (mee goreng) dan goreng ayam dan juga burung puyuh. Kami bercadang setelah ke Rawang, kami akan ke Sg. Buloh pulak untuk menlawat angah. Kebetulan pulak ibu baru dapat sms dari angah yang semalam sekolahnya tak jadi adakan sukan tahunan sebab hujan dan ditunda ke hari Khamis minggu depan. Dia minta ibu bawakan beg sekolah baru kerana beg sekolah lamanya dah putus tangkainya dan juga minta ibu belikan biskut dan makanan yang lain.

Setelah ibu siapkan semuanya maka ibu pun bersiap-siap untuk ke Rawang dan ke Sg. Buloh. Kali ini ibu tak sempat hendak memasak dan kami bercadang belikan angah KFC dan makan di tempat angah. Pukul 11.30 pagi kami pun bertolak ke Rawang. Nampaknya babah macam dah biasa aja ke sana tapi bila ibu tanya tak pernah .... Ibu ingatkan majlis itu diadakan di dewan orang ramai tapi kali ini ia dibuat di dalam dewan yang tertutup. Iaitu di dewan Resort D'Palma Country Home. Sebelum sampai ke dewan makan, dapat juga kami melihat kolam renang dan tempat-tempat santai Resort tersebut. Sesampai di dewan tersebut, dari jauh ibu dah lihat tuan rumahnya dah menunggu. Dia terperanjat melihat ibu kerana tak sangka ibu akan hadir ke majlis tersebut dan kami berpelukan terharu. Semasa kami sedang makan kedua-dua pasang pengantin pun sampai maka dapatlah ibu ambil gambar pengantin tersebut.
Anak kawan ibu itu lelaki yang baju hijau dan perempuan yang baju putih
Setelah selesai makan maka kamipun berangkatlah kerana orang dah mulai ramai dan kawan ibu tersebut sedang sibuk melayan tetamunya. Sebelum keluar dari Resort tersebut sempat juga ibu mengabdikan kenangan dengan mengambil gambar di setiap sudut resort tersebut bersama-sama siapa lagi zetilah kan ... kemudian kami terus ke Sg. Buloh.


Dari tempat tersebut ke Sg. Buloh taklah jauh sangat. Pukul 2.30 petang kami sampai dan terus ke pasaraya untuk membeli makan angah dan KFC. Kemudian kami terus ke sekolah angah. Sesampai di sana angah sedang tidur. Setelah minta kawannya mengejutkan dia kamipun bercadang untuk duduk makan di satu tempat duduk kosong, tapi setelah ibu dan angah letakkan barang-barang di atas meja dan zeti hendak duduk barulah orang yang berada di sebelah meja tu beritahu yang dikerusi tu banyak semut. Maka terloncat-loncatlah si zeti untuk mengelakkan kakinya dari digigit semut dan cepat-cepat ibu bawanya jauh dari tempat tersebut.

Walau bagaimanapun kami bernasib baik ada lagi satu tempat duduk kosong di hujung surau. Maka kami pun bersantai sambil makan KFC. Babah cuma lihat aja kami makan sebab dia dah kenyang makan di tempat kenduri tadi, ibu pulak tak dapat nak makan sebab ashik menyuapkan si zeti tulah ... Setelah selesai makan KFC dan sedang kami mengemas meja tetiba aja kaki ibu terasa sakit dan berat ... lah bila dilihat kaki ibu telah disepit oleh kaki kerusi yang patah. Kerusi tu dibuat dari simen, macam manalah boleh patah kan ... Agaknya ibu ni berat sangat ke ... Babah, angah dan zeti tergelak tengok ibu dah tersenget di kerusi tu ... Sakitnya kaki ibu, sampai hati mereka gelakkan ibu tau ...

Sukan hari Khamis nanti ibu tak dapatlah datang sebab sebelah petang ibu ada appointment dengan doktor untuk buat treatment tangan ibu. Angah ada ambil bahagian iaitu acara 100 dan 2 x 100 meter. Dua minggu lepas dia ada mewakili daerah untuk acara tersebut tapi gagal. Tak apalah angah, angah dah cuba kan.... Mudah-mudahan kali ini angah berjaya walaupun ibu tiada disisi memberi sokongan. Walau bagaimanapun ibu sentiasa mendoakan kejayaan angah agar sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang. Hari tersebut juga ibu tak dapat untuk menjemput angah balik dan ibu minta angah balik sendiri dengan keretapi. Sebelum kami pulang ibu minta angah kemaskan barang-barang yang tak diperlukan untuk di bawa balik, sementara yang lain-lain angah boleh bawa kemudian. Dan hari ni (4/2/08) angah mula ujian 1 untuk pertengahan tahun. Semuga angah sentiasa bersedia dan berjaya hendaknya.

----------------------------------

Kejayaan anak-anak ku adalah kejayaan ku juga. IBUMU ...

0 ulasan: