DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Sunday, June 8, 2008

SERONOKNYA KAMI DI KAMPUNG

SABTU - ISNIN (7-9/6/08)

Maka pada pagi sabtu tu ... ibu cepat-cepat bangun, buat sarapan mee goreng dan goreng telor dadar. Setelah siap semuanya ibu pun kejutkan babah, along, angah, uda dan akhirnya zeti. Pagi ni nak kejutkannya senang aja ... katakan kepadanya, nak balik kampung tak? Apa lagi kelam kabutlah dia bangun dan bersiap-siap untuk balik jumpa kakak, abang dan nenek. Setelah dia bersiap, babah masih lagi tak siap. Maka diapun bisinglah kat babahnya ... apalah ayah ni ... tak siap lagi, zeti nak balik kampung lah ...

Setelah semuanya bersarapan kamipun berangkatlah ke muar, johor. Seperti biasa apabila berjalan jauh mereka-mereka yang di belakang tu dah mula lentok .... termasuklah si zeti ni ... Ibu dah nak terlentok juga tapi ... dipaksakan mata tu untuk lihat sekeliling ... Akhirnya kami sampai di jejentas Air Keroh dan berhenti rehat untuk makan. Untuk menjimatkan belanja, kami ke KFC. Zeti dan abang-abangnya seronok dapat makan KFC. Selepas tu kami menyambung semula perjalanan ke Muar melalui Jasin dan sekarang terasa cepat sampai ke kampung. Maklumlah jalan pintas/lebuh raya dah banyak. Pukul 9.30 pagi kami dari Putrajaya, 11.30 pagi dah sampai ke kampung.

Dari jauh lagi dah nampak nenek zeti dan sepupunya dah mundar-mandir di depan rumah menunggu kami sampai. Keluar aja dari kereta zeti cepat-cepat meluru mendapatkan nenek dan kakak yang ada di kg. Seronoknya zeti dapat jumpa sepupu-sepupunya tu .... Ibu pulak terasa amat seronok dapat balik ke kampung halaman dan melihat sekeliling. Di sinilah ibu dibesarkan, bersekolah dan akhirnya bekerja dan berhijrah ke Kuala Lumpur.

Selama tiga hari, dua malam kami di kampung. Sepanjang tiga hari tu ... ibu, abang serta zeti pergunakan masa yang ada dengan sepenuh-penuhnya. Pepagi lagi ibu bangun dan menghirup udara nyaman kampung dan melihat sekeliling kebun buah-buahan di belakang rumah. Disitulah dahulu tempat ibu dan ayah ibu berlumba-lumba memanjat pokok dan memetik buah duku yang sedang masak ranum. Bestnya waktu tu .....
Seperti biasa ajak babah ke pasar (kali ni kami ke pasar parit jawa), kemudian kami balik, ibu dan nenek zeti memasak. Setelah makan, kami berehat (tidurlah tu ...). Petang bawa anak-anak buah pergi shopping dan jalan-jalan. Sementara tu abang-abang zeti sibuk ke hulu dan kehilir dengan moto kapcai paklongnya. Mereka dengan sepupu lelaki ke Parit Karang Laut (main ping pong sambil besantai di warong kopi). Semuanya ada aktiviti masing-masing. Zeti pulak ashik dengan bermain dengan sepupunya. Si kucing pun menjadi mangsanya. Kali ini dia terlupa nak ajak kakak-kakaknya tu mandi kolam, sebab dua lagi kakaknya tak balik kampung.

Akhirnya masa untuk kami berangkat semula ke Putrajaya telah sampai. Pada petang Isnin, tamatlah cuti rehat kami. Kali ini kami betul-betul menikmati cuti balik kampung, cuma babah aja yang masih lagi selsema dan batuk-batuk. Tak apalah ayah kan ... selalunya penyakit tu akan berakhir apabila ia genap seminggu. Petang tu dengan lenangan air mata, zeti pun bersalaman dengan nenek, maklong, makngah dan kakak-kakak serta abang sepupunya. Kasihan zeti, apabila sampai di rumahpun dia masih lagi teringatkan kakak sepupunya itu. "Zeti sedih, tak dapat jumpa kakak dan nenek ...." sambil mengesat air matanya. Nasib baiklah ibu ada rakamkan gambar-gambar dia dan kakak serta neneknya. "Tak apalah zeti, kalau ada umur panjang hari raya nanti kita cuba balik kampung ya .... jumpa nenek, jumpa kakak, jumpa abang ... ok ..." kata ibu menenangkan zeti. Kepulangan kami balik ke putrajaya diiringi dengan maklong zeti dan anak-anaknya sebab salah seorang anak maklong ada ikut kami balik ke Putrajaya untuk mencari kerja di tempat alongnya. Kerana ketika ini dia masih lagi cuti semesternya. Berhimpit-himpitlah mereka berempat di belakang tu ... Sepanjang perjalanan babah tak pun berhenti dimana-mana sebab nak cepat sampai. Lagipun kami dah makan dah tadi. Nenek ada bekalkan ikan besar, buah kuinin, pisang dan juga sedikit kuih yang telah mokda zeti buat untuk dijualnya dan juga di bekalkan kepada kami. Terima kasih ya mokda ...

Maklong zeti dan anak-anaknya mengiringi kepulangan kami

0 ulasan: