DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Friday, May 30, 2008

KAMI BALIK KAMPUNG DAH ,,,

JUMAAT (30/5/08)

Hari ni ibu ambil cuti sebab esok kami nak balik kampung, dah lama tak balik kampung tengok ibu yang selalu ditinggalkan anak-anaknya. Begitulah juga nanti bila ibu dah tua ... anak-anak ibu pulak tinggalkan ibu ni ... Begitulah lumrah hidup di dunia ni kan ... masanya akan tiba juga untuk kita merasai apa yang telah mereka alamai.

Begitu juga dengan zeti, dari pagi hingga petang ashik tanya ibu bila nak balik kampung, bila nak balik kampung..... rindulah kat kakak dan abang di sana ... ashik teringatkan kolam yang ditinggalkannya dulu semasa balik raya tahun lepas. Akhirnya besok pagi kami sekeluarga akan bercuti di kampung halaman ibu. Along, angah dan uda pun turut sama. Tapi yang tak bestnya, babah dia tak sihat (selsema, batuk dan demam). Disebabkan zeti, babah .. terpaksa lupakan seketika kesihatannya. Itulah kasih ayah kepada anak-anaknya.

zeti & sepupunya di kg

0 ulasan: