DI PEJABAT
DI RUMAH PULAK
Esok adalah hari terakhir angah menduduki peperiksaan SPM, dengan itu maka tamatlah sudah perjuangan angah cuma menunggu sama ada perjuangan yang dilakukan selama 2 tahun di SMTSB berjaya atau tidak. Selepas tu mengenai PLKN pulak, menurut kata angah, ramai kekawannya yang dapat pergi ke PLKN, termasuklah angah. Tapi mereka semua tak sama kumpulan dengan angah ... Angah kena tunggu tiga bulan lagi untuk menyertainya, sementara tu kekawan baiknya dahpun tamat ... Angah tengah bimbang tu, takut terlepas untuk dia memohon ke IPTA, kerana ketika keputusan peperiksaan telahpun diumumkan. Tak tahulah nak cerita .. dan lagi dia tak tahu apa yang perlu dibuat sepanjang tiga bulan menunggu untuk ke PLKN.
Along pulak selepas raya haji ni mulalah bergelut dengan peperiksaan akhir tahunnya. Mudah-mudahan dia dapat menduduki kesemua ujian tersebut. Memandangkan dia tak hadir 2 kali kelas BI. Menurut kata dia mungkin dia tak dapat menduduki ujian BI tu ... dan kena ulang lagi tahun depan. Hentahlah along ibu tak boleh nak kata apa lagi ... Tapi sekarang dah pun berpindah ke rumah baru tentu lebih selesa lagi kan .. Ibu harap along akan dapat teruskan usahanya untuk belajar dengan lebih tekun lagi. Kalau tiada aral melintang hari raya haji nanti kami nak balik muar dan ke segamat untuk melihat rumah sewa along dan kemudian ke rumah pangah along di Redong.
Along di rumah sewa barunya
Uda pulak ashik berjalan malam dan lagi ashik main game hinggakan pc ibu di rumah dah dijangkiti virus trojan. Ibu ni bukannya pandai sangat tentang komputer (buat-buat pandai) kalau dah ada virus tu ... tunggu ajalah hingga dia hilang sendiriiiiiii ...
Yang bestnya zeti .... mentang-mentanglah dah cuti sekolah ashik aja nak ikut ibu ke pejabat. Dan lagi dah mula tak mahu ikut ibu jalan-jalan ... minggu lepas ibu cubalah tinggalkan dia dengan angah dan uda (kebetulan angah ada di rumah). Wah apa lagi seronoknya dia ... tapi bila ibu telefon, dia kata "bila ibu nak balik?, lama sangatlah" katanya. Pada hari minggu ibu adalah bawa dia ke kolam renang, dia seronok sekali main air, tapi selepas tu dia kena demam selsema, hingga kini tak berani lagi bawa dia mandi kolam.
Inilah kerja zeti bila datang pejabat ibu ...
Bila ibu pegang aja pc ni, dia pun sama nak main game, marah betul ibu...
Barbie zeti
Selepas selesai MALAM ANUGERAH CEMERLANG TASKA GENERASI
Oh ... ya ... lupa nak cerita, hal si zetilah ni... pada malam 15/11/08 yang lalu taskanya ada buat malam anugerah, dimana semua anak-anak generasi mengambil bahagian dalam beberapa acara termasuklah si zeti ni ... tapi yang sedihnya ibu masih lagi tak dapat mengambil gambar ketika zeti memuat persembahan. Ibu datang lewat malam tu .... sesampai aja beberapa acara telah dimulakan. Nasib baik acara yang zeti masuk belum dipersembahkan lagi. Akhir persembahan dia rasa kecewa kerana tak mendapat hadiah, sedangkan kawan-kawannya ada yang dapat hadiah. Sebenarnya hadiah tu untuk mereka yang dapat no. 1 - 3 semasa peperiksaan akhir tahun, dan dia tak dapat hadiah kerana dapat no. 4 aja. Dia ingatkan persembahannya tak bagus.... Kecewa sungguh dia hari tu ....
Teman sekelas zeti di tahun 5
0 ulasan:
Post a Comment