DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Wednesday, December 17, 2008

KEBORINGAN

SELASA (17/12/08)

Sesunggohnya hari ni ibu tersangatlah boringnya, sendirian tiada teman berbicara. Kerja ada tapi .... ahhhh ... malas nak cakap. Semalam ibu dahpun dapat tengok keputusan temuduga ibu tu .... dah agak dah. Nak tahu? Hemmmmm ... tak berjaya, malulah ... cuma dijadikan sebagai calon simpanan aja. Tak apa kan ... sebenarnya ibu cuma mencuba ... kalau ada rezeki dapatlah, kalau tak dapat pun tak apa, ibu dah ada kerja pun. Bagi chanlah (tapi kalau dapat nak juga .. ) mereka yang belum ada pekerjaan kan? Semasa makan malam ibu ceritalah pada babah, babah buat tak kisah aja ..



Ini lah teman-teman yang selalu mendampingi ibu


Semalam petang ibu balik rumah dan di atas almari solek ibu lihat sekeping ada sampul surat dan lekas-lekas ibu belek. Ohhhhh ... dah sampai dah salinan sijil yang ibu minta di Lembaga peperiksaan dulu. Cepat juga mereka proses permohonan ibu tu ... Ibu tunjukkan lah juga pada babah dan dia cuma mencebik bibirnya dan berkata semuanya mata pelajaran dalam bahasa inggeris ke bahasa malaysia? Perli nampak .... mentang-mentanglah dia punya dalam bahasa inggeris dan banyak mata pelajaran yang dia lulus ... tapi ibuuuuuu ... itulah, masa belajar tak nak belajar rajin-rajin, ashik bercinta aja ... keputusan pun tak bagus. Inilah yang selalu ibu ingatkan pada anak-anak ibu ... tapi mereka gelak-gelak aja. Ok ... gelak-gelaklah sekarang, kemudian nanti tahulah kamu betapa sukarnya untuk menerima kenyataan itu ....



Disinilah tempat ibu menguruskan kerja-kerja dan termenong sendirian bila sendirian tiada teman


Lihatlah serba sedikit hiasan dinding yang ibu usahakan untuk mencantik dan menceriakan pejabat kami.

Ini pulak suasana bilik makan kami, semuanya ada

Ok .. lah ibu tunggu aja apa yang akan terjadi di tahun hadapan. Tinggal lagi beberapa hari aja lagi ... sepatutnya esok adalah hari keputusan persembahan KMK Kementerian dan Hari Q Kementerian tapi ditangguhkanlah pulak ... nyampah .... Ibu dah tak sabar menunggu keputusan KMK, Pertandingan Kebersihan dan Pertandingan selogan hari Q. Dah lah yang tu tak dapat ... minta-minta berjayalah salah satu di antara pertandingan tersebut .... barulah ceria untuk melangkah ke tahun baru ... Betul tak?


Ini ada sedikit lagi hiasan yang telah diusahakan

2 ulasan:

Anonymous said...

Terima kasih Kak K atas segala usaha akak menceriakan bahagian kita. InsyaAllah kita akan dapat placing nanti.. hehe~

mama ami rania said...

rasa rindu pulak kat pantry..huhu. sorry kak kay, lama tak tanya khabar. sekarang ni bz sikit..