DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Sunday, February 1, 2009

BABAH CABUT GIGI DAN SELAMAT BERANGKAT KE PORT DICKSON

SABTU (31/1/09)

Pagi sabtu ni seperti biasalah tugas babah ke pasar, ibu pulak mengurus rumah dan sebagainya. Mungkin tak banyak barang yang hendak di beli sebab sayur2 masih banyak lagi. Babah ni suka beli sayur sementara tu anak-anak nya tak gembar sayur .... sebab tulah sayur2 masih lagi kelihatan di dalam peti ais tu .. Oh ya, ibu ada juga pesan dengan babah suruh beli nasi lemak ayam dara, dah lama tak makan.

Sementara tu ibu dahpun siap basuh baju, kemas rumah dan biasalah buat apa yang patut. Lama juga menunggu babah, perut dah lapar dah .... nak buat sarapan yang lain nanti takut tak habis. Bebudak semuanya tidur lagi .... apalah dia orang ni ... ashik tidur aja ... Zeti pulak tidur lambat tapi bangun cepat pulak tu ... tak sempat ibu nak duduk depan komputer ni, dah dia nak main game ... kekadang ibu pun terikut sama dengan zeti nak main game. Betullah kan ... game ni berantu .... bila dah duduk tu ... tak sedar keadaan sekeliling. Meleka dan melalaikan semua insan yang melayarinya termasuklah ibu ... tapi tak selalu tau ....

Tengah ibu mereka-reka nak buat apa, tetiba babah muncul dengan nasi lemak dan telur satu tray. Nasib baik babah beli telor sebab ibu terlupa nak pesan tadi. Walau bagaimanapun ibu tak risau sangat hal itu sebab babah dan ibu ada pemikiran yang serupa. Selalunya apa yang ibu teringin nak beli, tetapi ibu terlupa nak bagi tahu babah tapi bila babah balik apa yang ibu inginkan telah dibelinya. Itulah keistimewaan kami berdua.

Selepas kami bersarapan, seperti biasa ibu menguruskan barang-barang yang babah beli tadi dan terus memasak. Babah pula berehat sambil membaca akhbar dan akhirnya tertidur. Setelah ibu siap memasak dan mengemas diri bersama si zeti, ibu kejutkan babah dan kami makan bersama.

Biasanya waktu petang kira-kira pukul 5.30 petang kami akan keluar ke pasar malam di Bangi tapi petang ni tetiba aja babah ajak ibu ke kelinik gigi. Kata babah giginya yang patah terasa sakit. Dah dua kali babah tampal giginya yang patah tu tapi hari selasa lalu babah dah ke kelinik gigi putrajaya, katanya nak minta tampal lagi tapi pada hari tu, dr gigi tak bagi tampal. Maka tak jadilah babah nak tampal giginya tu dan petang ni pulak giginya terasa sakit. Maka tergesa-gesalah kami ke kelinik gigi sebab waktu tu dah pukul 5.00 petang, takut nanti kelinik gigi dah tutup. Memang benar ... kelilik gigi yang biasa babah pergi tu dah tutup walaupun waktu tu belum pukul 6.00 petang lagi. Kemudian kami bergegas ke kelinik lain yang berhampiran dan kebetulan kelinik gigi tu masih buka lagi. Semasa kami sampai dan bunyikan loceng ternampaklah dr tu mengintai dengan pakaian sembahyang dan kemudian bukakan pintu.

Kebetulan pulak ketika tu tiada pesakit lain, maka dr tu nasihatkan babah supaya tidak cabut giginya tu ... tapi setelah berfikir panjang (memandangkan untuk rawatan yang dr cadangkan memakan masa dan perlu berulang alik ke kelinik sedangkan babah akan berkursus) maka akhirnya babah buat keputusan untuk cabut giginya tu ... dan kemudian buat gigi palsu walaupun cuma satu aja ... Sementara tu dr tersebut membuat bahan untuk gigi palsu sambil diperhatikan oleh zeti dengan mulutnya bising bertanya itu dan ini dengan ibu. Akhirnya gigi babah dicabut sambil diperhatikan oleh zeti. Gigi tersebut masih elok lagi akarnya ... babah ingatkan susah nak cabut tapi sekali tarik aja dah tercabut. Harga sebatang gigi dan ubat-ubatan adalah sebanyak RM350.00. Kini babahpun merasa lega sebab giginya tak sakit lagi dan taklah dia risau bila pergi kursus nanti ....

Setelah selamat semuanya babah mengajak kami ke pasar malam dan setelah membeli apa yang patut kami pun pulang dan singgah pulak ke Alamanda kerana babah nak beli barang-barang keperluannya. Sebelum tu kami order pizza untuk di bawa balik ke rumah. Pizza adalah kegemaran si uda. Angah pulak kerja hari ni.

AHAD (1/2/09)

Hari ni adalah Hari Wilayah Persekutuan, ini bermakna esok (Isnin) ibu masih bercuti lagi dan babah pulak petang ni akan berangkat ke Port Dickson. Biasalah pepagi ni kami cuma bersarapan dengan mee maggi aja sebab ibu dah tak tahu nak buat apa, kebetulan pulak mee goreng dan pizza yang di beli malam tadi masih ada lagi.

Setelah bersarapan babah ke kedai bersama zeti untuk membeli akhbar dan mengisi minyak kereta ibu kerana setiap minggu babah akan isikan minyak kereta ibu. Si zeti pulak kalau gi kedai dengan babah mesti dia cukai babahnya. Hari ni ibu kena masak cepat sebab pukul 2.00 petang ni babah akan bertolak ke PD. Sementara tu setelah babah balik dari kedai, babah pun sibuklah menyiapkan barang-barang keperluan dia. Untuk memudahkan urusan tersebut ibu minta babah keluarkan apa yang perlu dibawa dan kemudian ibu pulak tolong melipat dan memasukkan kesemua barang-barang tersebut ke dalam beg. Nampak gaya setelah disusun dan dikemaskan tak perlulah babah bawa banyak beg, cuma bawa beg pakaian dan beg untuk kasut-kasutnya serta beg untuk buku-buku rujukan dan alat tulis.

Tepat pukul 2.30 ptg berangkatlah babah dengan diiringi oleh ibu dan zeti serta angah yang akan pergi kerja. Ibu dan zeti cuma tolong bawakan beg-beg babah ke kereta. Ini bermakna tinggallah kami berempat beranak di rumah mulai malam ni ... Setelah babah berangkat, ibu mula terasa sepi dan malas pulak nak uruskan rumah yang diselerakkan oleh zeti.

Zeti ni kalau masa cuti .... mulalah dia mengeluarkan semua mainannya dan menyusunnya di seluruh ruang tamu rumah, sakit mata memandangnya. Uda pulak kalau waktu cuti mulalah dia nak menyakat si zeti selagi dia tak dapat keluar rumah. Kalau mereka berdua bermain, riuh satu rumah dengan jerit pekik si zeti. Kebetulan pulak basikal lamanya telah dibaiki, sebelum ni ibu hampir hendak membuang basikal tersebut.

Malamnya ibu dan zeti tak dapat tidur, tak tahulah kenapa. Zeti ada juga bertanya babahnya. "Babah tidur diofficenya ya? babah tak bawa selimut ke? katanya. Ibu mengiakannya aja dan akhirnya ibu dan zeti terlelap juga dan tak sedar bila angah dan uda balik ke rumah.

ISNIN (2/1/09)

Pagi ni pulak ibu terlambat bangun, tapi bagi mereka bertiga biasa aja. Ibu kalau ada masa tak sah kalau tak mengubah suai barang-barang di rumah. Kalau tak di bilik angah, ibu akan ke bilik uda dan kemudian di ruang makan selepas tu barulah bilik ibu dan pagi ni ibu minta tolong angah bersihkan bilik air ibu. Ibu dah tak larat lagi nak kemas ... Tanpa banyak bicara angah dan juga si zeti tu mulalah bercanda di bilik air. Ini ibu ketahui melalui si zetilah, katanya dia dan angah main simah-simbah air sambil cuci bilik air. Zeti kalau dengan angah dan uda dia ashik bergurau dan kemudian berkelahi tapi dengan along terus dia tak mahu bergurau. Katanya along selalu marah dia. Ibu tanyalah dia "angah hensome tak?" "Hensome" katanya. Ibu tanya lagi "Uda?". Cepat-cepat dia kata "hensom" tapi bila tanya along, dia cepat-cepat kata "tak" dan "along gemok" katanya. Kasihan along, ada juga along cuba nak berbaik-baik dengan nya tapi sekejap aja lepas tu kelahi terus tak tegur lagi. Along ni jenis panas baran sikit itu yang zeti tak suka dia, tapi angah dan uda jenis lembut dan mudah mengalah dengan dia.

Sementara ibu masak dan mengemas di dapur, uda pula sedang sibuk membaiki basikal bersama zeti dan ibu pun minta uda baiki sofa yang tertanggal kakinya. Alhamdulillah terbuka pulak hatinya untuk membaiki kaki sofa yang tertanggal tu ... Apa lagi bertukanglah dia dengan ditolong oleh zeti. Zeti tu kalau apa yang kita buat, semua dia nak tolong buat sama. Begitu juga bila ibu sedang membasuh pinggan dan memasak, dia pun sibuk sama tolong basuhkan pinggan dan sama memasak. Hee ... lemas ibu dibuatnya... Akhirnya siap juga keempat-empat kaki kusyen tersebut dipasangnya. Nampaknya dah bolehlah di harap si uda ni ...

Angah pulak setelah siap menolong ibu membersih bilik air dan kemudian keluar bersama-sama kawannya ke Alamanda. Almaklumlah semalam baru dapat separuh dari gajinya dan hari ini dia cuti, katanya nak belikan ibu KFC bila balik nanti tapi sedang ibu menulis blog ni tetiba telefon berdering dan terdengar suaranya mengatakan tak jadi nak beli hari ni, sebab lambat balik dan nak tengok wayang. Oklah ... ibu tak kisah sangat, bila-bila pun boleh ... dia yang hendak belanja ... ibu tak minta. Selalu juga dia belikan berger king untuk ibu ... Dan along pulak ibu ashik teringatkannya hingga tergerak hati untuk menaliponnya. Bila dapat tahu dia sihat, lega rasa hati. Begitulah kasih ibu kepada anak-anak nya ....

Ibu rasa bahagia kalau anak-anaknya bahagia dan selalu mendoakan kejayaan anak-anak ibu.

0 ulasan: