DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Saturday, February 7, 2009

JUMPA KAWAN LAMA

SABTU (7/2/09)

Pagi sabtu ni ibu seperti kehilangan, oh ... ya ... kehilangan babah. Selalunya pepagi lagi babah dah bangun dan bersiap-siap nak ke pasar. Tapi hari ni .... siaplah nak ke pasar ek? Ibu juga yang kena gi .... ni yang malas ni ... Sebelum tu ibu sempat juga mengemas rumah, biasalah ibu suka sangat ubahsuai perabut rumah dan ashik kena marah dengan zeti. "Apalah ibu ni ashik nak tukar sana, nak tukar sini ..." bising si zeti. Kecil-kecil lagi dah pandai beleter kat ibu, nanti bila dah besar lagi pulak. Tak ada can langsung ibu nak ubah suai rumah. Dalam pada mengemas tu terjumpalah si zeti dengan duit raya yang disorokannya dulu ... apa lagi seronoknya dia menyusun duit-duit tersebut dan katanya nak beli baju barbie.


Agak-agak pukul 10.00 pagi barulah ibu tergesa-gesa nak gi ke pasar dan minta zeti duduk rumah dengan angah sekejap. Zeti angkuh dengan permintaan ibu cuma katanya bila balik nanti belikan dia biskut. Oklah ... biskut tak apa tapi kalau baju ... tak layan. Sampai di pasar, lega rasa hati sebab dapat parking dan kemudian terus ke gerai menjual ikan dan terjumpa pulak dengan kawan sepejabat. Dia cuma beli sekeping ikan merah, berdua aja katanya tapi ibu pulak beli tiga jenis ikan untuk simpan seminggu. Malas nak beli hari-hari. Selepas semuanya dah dibeli termasuklah biskut zeti tu ... ibu pun terus balik aja. Sesampai di rumah zeti dah mula tanya tentang biskutnya tu ..... nasib baik ada kalu tidak zeti cuuuuubittttt ibu, katanyalah.
Tengah hari ni ibu masak ikan sambal, sayur kerabu kacang botol dan ayam goreng. Angah kerja pagi dan pergi naik motor dengan kawannya. Setelah makan dan berehat ibu terus berurusan dengan komputer yang sekarang ni dah mula dilanda virus sebelum zeti merengek nak main game. Petang ni ibu malas nak ke mana-mana dan teringatkan pulak almari plastik yang ibu beli dulu belum dipasang lagi. Maka petang tu ... ibu bersama-sama zeti bertungkus lumus memasangnya hingga tetiba ibu dapat miss call dari teman lama ibu dan bila ibu telefonnya kembali dia mengatakan nak datang ke rumah dan sekarang sedang berada di depan rumah. Terkejut beruk ibu dibuatnya, masakan tidak keadaan rumah yang ketika itu tunggang langgang dengan peralatan almari. Apalagi ibu dan zeti pun cepat-cepat kemaskan apa yang patut dan kemudian mereka pun muncul.

Lama benar ibu tak jumpa kawan ibu ni ... sejak dia berhenti kerja (pencen pilihan) hinggalah hari ni tetiba aja datang bawa cucu lagi. Kebetulan anak menantunya nak ke alamanda maka diapun terus mengajak mereka ke rumah ibu. Kami cuma dapat berbual-bual seketika aja sebab mereka dah nak balik takut lambat sampai rumah nanti. Rumah mereka di Country Home Rawang, dulu mereka duduk di Gombak tapi selepas berhenti kerja terus pindah ke Rawang. Ibu tersangatlah gembira dapat jumpa kawan ibu tu tapi yang tak gembiranya tak dapat nak menjamu mereka. Kini kawan ibu tu dah punya dua cucu. Lain kali ajalah kata kawan ibu tu dan minta ibu ke rumahnya. Ibu nak bawa kereta ke sana? Hai sampai bila pun ibu tak tahu ... Ibu takut sesat aja, nak ajak babah dah pasti babah malas nak gi ... Walau bagaimanapun ibu gembira sekali mereka datang ke rumah ibu.

Terima kasihlah ya .... kesudian anda menziarahi amat ibu hargai. Kalau sudi datanglah lagi ....

0 ulasan: