DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Thursday, September 25, 2008

DAPAT DUIT RAYA ...& INDAHNYA CIPTAAN ALLAH INI

KHAMIS (25/9/07)

Pagi ni cuaca sungguh baik sekali dan jalan pulak nampak ok aja. Taklah punch kad merah hari ni. Di office mereka-mereka yang ada tugas biasalah sibuk aja, tapi ibu relex aja .... kerja tu ada tapi dah tak ada mood nak buat, sambil tu gi ke blog kawan yang dah tinggalkan ibu tu ... wah ... kawan ibu tu nak gi Mirilah ... Seronoknya dapat jalan-jalan, naik kapal terbang lak tu ...

Ibu lagi best hari ni ... dapat duit raya .... dua orang lak tu bagi ... Nak tahu dapat berapa? Bolehlah beli baju sepasang, kasut sepasang dan tudong lip-lap serta gelang tangan lip-lap (lip-lap tu kegemaran ibu). Kiralah berapa? Beraya seakanlah ibu tahun ni .... Alhamdulillah rezeki tahun ni adalah juga.

Tahun ni juga ibu ambil cuti awal, selalunya esok nak raya hari ni masih kerja lagi. Tapi kali ni nak cuti awal lak ... cuma babah aja masih kerja. Angah dan along mungkin balik hari Jumaat. Ibu tak sabar nak tunggu mereka balik, nak minta tolong buat kerjalah ... Cat rumah tak habis lagi, dah lima tahun rumah tak bercat baru tapi kali ni tergeraklah nak cat rumah. Cantik atau tidak tak tahulah, asalakan kami sekeluarga merasa selesa.

Tengahari ni .. ibu pergi masak seorang aja, sebab teman memasak seorang lagi cuti. Ibu cuma masak tiga lauk, sup tulang, sambal kerang dan sayur pucuk ubi masak lemak tempoyak. Balik nanti cuma masak maggie mee. Tak tahulah apa nak dimakan, dah penghujung ni semuanya rasa tak berselera ...

Oklah itu aja cerita ibu kali ni ... selamat berbuka puasa.

Sebelum tu bacalah INDAHNYA CIPTAAN ALLAH NI .......

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI


Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu.


Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.


Lalu Allah berfirman lagi: "tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar, sakit dan sebagainya.



TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?



1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah( Babylon )
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if



Kata Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia, dan disitulah tempatnya akal.


2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.


Menunaikan haji di tahun 1953

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia. 8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan ***daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.


Menunaikan haji di tahun 1953

Bagaimanakah prosesnya :

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".


2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.

Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.


Menunaikan ibadah haji di tahun 1953

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.

Waktu ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.


Ibadah Haji Di Tahun 1953

Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera :

1. Mata alat penglihatan 2. Hidung alat penciuman 3. Telinga alat pendengaran 4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya. 5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia. Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.

Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah" Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II) Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna.

Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.

Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.

Wednesday, September 24, 2008

DAPAT SURAT INTERVIEW

SELASA (23/9/08)

Pagi ni ibu gi kerja biasa aja cuma zeti aja lambat sikit dan akhirnya punch kad ibu merah, pertama dalam bulan ni ... Apa nak buat, jalan jem. Bulan depan kenalah ikut waktu lama pukul 8.30 pagi dan balik pukul 5.30 petang.

Sebelum ke sekolah berposing dengan kekawannya

Inilah koleksi binatang kesayang zeti

Hari ni tak ada mood nak buat kerja, sebab mood raya dah mula menjalar. Dimana-mana aja dah terdengar lagu raya. Walau bagaimanpun ibu lihat sesetengah mereka waktu nilah sibuk dengan kerja. Raya dah dekat, kerja tak siap nanti tak boleh raya lak ... kenalah buat kerja cepat-cepat kan? Tapi ibu lak ashik nak shopping ... Tengahari tadi dah terbang RM12 (pergi masaklah ... masak ikan pari bakar, ikan masak lemak kuning dan masak kat rumah sayor campur). Lepas tu ibu ke d8 cari cenderamat untuk di bawa pulang (dapatlah apa yang dihajati), kemudian beli kacang goreng kering dan kacang botak dan terus balik. Tak boleh tunggu lama nanti ada aja yang dikehendakinya.


Mereka yang sentiasa sibuk bekerja walaupun esok nak raya

Pukul 2.00 ptg. sedang ibu membelek pc tetiba muncul cc dengan menayang-nayang sepucuk surat sambil mulutnya berkata surat temuduga. Berderu darah ibu ... bila surat yang ditayangkan itu untuk ibu. Ohhh ... surat yang lama ditunggu tu dah sampai akhirnya. Ingatkan tahun depan baru dapat. Berdebar juga bila diingat nak ditemuduga, itu sebab ibu malas nak minta apa-apa jawatan, walaupun ibu ada kelayakan. Ibu akan gugup bila terpandang si penemuduga. Gembira bercampur bimbang .... tak tahulah babah benarkan ibu menghadiri temuduga tu atau tidak, sebab dia tak berminat nanti ibu kena pergi kursuslah, periksalah dan berbagai-bagai lagi. Nasib baiklah hari temuduga tu tak dibulan puasa ni .... tapi pada 5 November nanti. Oklah juga masih ada 1 bulan lagi untuk ibu bersedia. Walaubagaimanapun ibu bertekat untuk cuba menghadirinya.

Petang ni ibu tak sabar-sabar nak tunggu babah balik nak beritahu berita ni ... Nak tengok apa pandangan dia. Tunggu punya tunggu babah lambat balik hari ni ... di berbuka di luar dengan kawannya. Kenalah ibu tunggu lagi dan akhirnya babah muncul. Setelah babah bersiap dan duduk rehat di hadapan tv, ibupun ceritalah yang ibu dipanggil temuduga. Nak tahu apa kata babah, "kenapalah tak minta 10 tahun yang lalu? tapi bila nak pencen nanti gajinya oklah" terang babah. Terkebil-kebil ibu dibuatnya. Alahhhhh ... dulu masih tak terbuka pintu hati ni untuk bertukar jawatan, tapi sekarang ni ... oleh kerana beban kewangan meningkat maka ibu pun cuba-cubalah .... manalah tahu ada rezeki. Nampaknya babah tak banyak cakap lagi, mungkin menerima aja apa yang ibu katakan.

Akhirnya malam tu ibu tidur dengan lena menunggu esok yang bakal menjelma ....

Monday, September 22, 2008

PENAT SEKALI UNTUK MENCERIAKAN RUMAH

AHAD (21/9/08)

Hari ni sahur pukul 4.45 pagi, seperti biasa ibu panaskan apa yang ada, kebetulan ayam KFC yang di beli malam tadi masih ada lagi dan ibu panaskan untuk angah dan uda. Untuk babah pulak, asam pedan ikan duri dan ikan kembong bakar masih ada lagi dan ibu panaskan juga. Pukul 5.45 pagi, masing-masing pun masuk ke tempat beradu dan tinggallah ibu sedang leka tengok rancangan DEKOR BERSAMA ERIC. Almaklumlah pagi ni ibu nak buat dekor pulak (Dekor bersama Kay). Kebetulan hujan turun maka babahpun mulalah liat untuk bangun, tapi akhirnya dia kena bangun juga untuk ke pasar. Kali ni babah ke pasar tak bawa kereta, naik motor aja. Ibu pulak mulalah nak berkemas, kerana atas desakan si zeti meminta ibu cat dinding rumah .... Zeti apa lagi pepagi lagi dia dah bangun, nak tolong ibu katanya.

Zeti dah mula nak mengecat
Tengok tu ... dengan tak pakai baju dia mula nak mengayakan roller tgersebut

Begitu ashik dia mengecat

Ibu buatlah apa yang perlu, penat juga mengecat rumah ni kan ... nasib baik cat tu tak berbau, kalau tidak tentu ibu dah pengsan dulu ... Semasa mengecat tu, barulah ibu teringat ... kenapalah tak beli pengelek cat yang panjang. Tak lah ibu panjat-turun, kemudian panjat-turun lagi kerusi, penatlah ... sakit pinggang dibuatnya.

Oklah ... angah ada tolong zeti kan

Tengok tu ... dia masih tak mengalah lagi ...

Tengah ibu dan zeti sibuk mengecat, angah pulak seronok-seronok aja tidur atas kerusi depan ibu. Ini tak boleh jadi maka ibu kejutkan dia dan dengan muka yang selamba dia bangun menolong ibu. Lega rasa ibu, sebab angah dan zeti ada menolong, sementara uda masih lagi lena dibuai mimpi. Babah pulak, setelah balik dari pasar terus duduk depan tv sambil membaca surat khabar. Alah ... babah ni ... tak nak tolong langsung, mentang-mentanglah warna yang dia hendak ibu tak beli (warna hijau muda) dia tak ambil kisah kami mengecat. Tak apa, nanti bila dah siap baru dia tahu, cantik ke tidak warna ni ... betul tak zeti? "Tak cantik ... cantik lagi warna pink", kata zeti. Uhhwah ... nak nangis ibu dibuatnya.

Zeti dah tak larat nak mengecat, dia buat kerja lain lak ..

ok dah siap dah tapi yang lain masih berselerak lagi ..

Hampir dua jam kami mengecat dinding tu dan cat seberat 5 kg dah tinggal cuma 2 kg lagi. Akhirnya siap juga berkat pertolong angah, uda dan zeti. Terima kasih ya ... sayang ibu. Nanti petang kita beli ayam percik ok ... Walaupun dinding tu dah habis dicat, tapi kerja ibu masih belum selesai lagi. Barang-barang yang bersepah (permainan si zetilah) tu ... terpaksa dikemas kembali dan akhirnya ibu tak larat lagi. Ibu tinggalkan sahaja di satu sudut, ibu nak masak pulak sebab petang ni nak hantar angah balik ke Sg. Buloh. Kasihan angah, kena tolong ibu dan esok pulak angah ada exm lagi. Setelah menguruskan ikan-ikan yang babah beli tadi, ibu dah tak larat lagi, terlalu penat rasanya. Nampanya kena beli lauk dan kuih-kuih di luar ajalah. Kebetulan bila nak hantar angah nanti, kami akan lalu ditempat menjual juadah berbuka, maka ibupun bercadang nak singgah beli di situ aja.

Penatnya kata angah ,,,, bersiap-siap untuk balik ke asramanya

Inilah tempat kami berinternet dan sebagainya

Sesampai aja di tempat tersebut, ibu, babah dan zeti tersedar dari lena yang panjang (keletihan, kerja kuat tadi) dan kamipun turun membeli isi tahu dan kuih ketayap (untuk angah), mee hoon, air tembikai susu dan kuih koleh kacang (untuk kami di rumah). Walau bagaimanapun apa yang dihajatkan (ayam percik) oleh babah tak ada pulak di situ. "Tak apalah, nanti bila tiba putrajaya kita pegi pasar ramadan, tentu ada ayam percik tu", kata babah.


Angah nak balik dah ... cat di tangan masih tak tanggal lagi .....

Sunday, September 21, 2008

PEGI SHOPPING DENGAN ANGAH DAN UDA

SABTU (20/9/08)

Pagi ni kami sekeluarga bercadang gi shopping, tapi nak gi mana ya? Fikir punya fikir, jomlah kita ke TESCO, Puchong aja. Maka babah, ibu, angah dan uda dengan rela hati ikut ke tesco. Sepanjang jalan kira oklah tapi sesampai aja ke Giant, dah mula jem. Nasib baik kami tak bercadang ke GIANT. Sesampai aja di sana, kami lihat banyak juga barang tapi baju-baju serta seluar lelaki kureng ... jadi angah dan uda taklah dapat beli seluarnya.

Jadi kenalah cari tempat lain pulak, kemana? Apalagi ke Warta, Bangilah pulak ... Disitu banyak juga baju-baju serta seluar pelbagai jenis yang boleh dicari. Cari punya cari, akhirnya dapatlah angah beli seluar (harganya boleh tahun juga .. tapi dah dapat lampu hijau dari babah, maka apa lagi carilah yang berkenan dihati). Uda pulak tak minat dengan seluar tapi dia minat dengan kasut (brand terbaru ...), maka ibu pulak dicukainya. Zeti cuma mengekori angah dan udanya membelek seluar-seluar yang ada di situ ke sana dan ke mari. Risau pulak ibu dibuatnya, takut terlepas pandang oleh angah yang dok leka membelek baju-baju di situ. Disamping itu ibu lihat babah dahpun mula meminta pelayan di situ menjahit selurnya. Wah ... mereka semuanya dah dapat tapi ibu masih lagi tercari-cari, apa ya nak dibeli? Ibupun mulalah ke tempat wanita dan terjumpalah bag (biasalah kegemaran ibu) apa lagi terbang RM ... (malulah nak cakap) murah aja ...

Setelah semuanya dapat apa yang dihajati, maka kamipun berangkatlah pulang, nak masak pulak, tapi sebelum tu ibu ajak babah singgah ke kedai cat. Walaupun ibu tak plan nak mengecat rumah tapi kebetulah babah tak kisah maka seronoklah ibu kan ...

Oleh kerana dah penat bershopping, maka petang ni ibu tak masaklah, kebetulan pulak babah nak belanja makan (beli bawa baliklah ...) KFC. Zeti dah tak tahan lagi, perut lapar dan sesampai aja di dalam kereta dia dah nak KFC. Wah ... baunya mengancam dan si uda kembang kuncup hidungnya terbaru ayam tersebut. Tak sabar nak tunggu berbuka .... Petang ni ibu berbuka dengan rasa seronok sekali tetapi teringatlah pulak kat along di Segamat ... makan apa agaknya dia di sana.

Suasana seperti ni selalu ibu nanti-natikan

Thursday, September 18, 2008

TAK KEHARUAN DIRI INI DIBUATNYA

KHAMIS (18/9/08)
Pagi pergi kerja awal sikit ... tapi sampai ke pejabat lambat juga. Uhhhh ... bencinya, tepat-tepat pukul 8.00 pagi punch kad. Termengah-mengah ibu dibuatnya. Sesampai aja dipejabat, ingatkan nak habiskan buat fm tapi ... tak juga sebab pc ibu ni masih tak sempurna dan lagi kena Windo xp 2007, lagi haru ibu dibuatnya. Cari tu tak jumpa, cari ni tak dapat. Ini baru windo xp 2007, kalau kena Vista ... lagi mengelabah. Ehhhhh .... macam-macam aja ...

Inilah pc baru (second hand) ibu


Sedang ibu membega pc, teringat pulak dirumah tadi ibu ada charge betri kamera dan lupa nak ditutup suis ... hisss ... macam mana ni ..., nak balik malas. Ahhh ... biarlah, biar dia charge lama-lama nanti lambat habis kuasa. Akhirnya ibu biarkanlah aja dan bercadang tengahari nanti balik. Walau bagaimanapun tengahari ibu tak jadi balik, nak beli jam untuk hias pejabat di Maiden, sebab ibu teringat tgh hari nanti uda dah balik dari sekolah, sebelum tu ibu sempat memasak dengan cc di kantin. Hari ni ibu masak sambal tempoyak, sup sayur dan ikan goreng serta pemanis mulut ... bubur pulut hitamlah ... kegemaran ibu.

Dengan rasa penuh yakin yang uda ada nanti, maka ibu, ila dan nana ke Maiden. Diluar cuaca sungguh panas tapi kami gi juga ... Dapatlah apa yang kami mahukan (3 jenis jam dinding untuk pejabat dan 2 helai kain pelekat untuk ibu) dan kami pulang tepat waktunya dan dapat pulak parking ... kira oklah hari ni.

Sebelah petangnya ibu teruskan usaha ibu mengupdate fm disamping kerja-kerja lain. Sambil itu ibu telefon juga uda tapi dari tengahari hingga ke petang telefon tak berjawab. Geramnya ibu, kemanalah si uda ni ... Minta-minta taklah jadi apa-apa kepada charger ibu tu. Tepat pukul 5.00 petang ibu bergegas pulang dan terus melihat apa dah jadi dengan charger itu tu ... lah rupa-rupanya charger tu dah rosak .... lampunya tak menyala, tapi semasa ibu pasang pagi tadi kira ok semuanya. Bila ibu cuba isi bateri ke camera ... hampa aja tak ada kuasa. Hisss ... kenalah ibu beli bateri baru untuk hari raya nanti.

Setelah ibu siapkan makan di meja untuk berbuka babah pun balik bawa air bandung, ayam percik dan mee goreng. Kira oklah kami berbuka bertiga .... zeti cuma tengok aja kami makan sebab dia dah pun makan dulu sambil tayangkan makanannya pada uda. "zeti tak kuasalah uda" katanya.

Tuesday, September 16, 2008

IBU DAH TUKAR KOMPUTERLAH

SELASA (16/9/08)

Pagi ni zeti mudahlah nak bangun pagi tapi nak suruh dia mandi dan pakai baju sekolah, cukuplah susah. Walau bagaimanapun sempat juga di menjamah cococrunch, lepas tu kami pun ke tempat masing-masing. Sepanjang bulan ramadan ni ... punyalah jem jalan. Biasanya dari rumah ke tempat kerja cuma 20 minit tapi sekarang ni 45 minit. Ibu keluar rumah 7.15 pagi dan sampai di pejabat tepat-tepat pukul 8.00 pagi. Termengah-mengah ibu berjalan ke tempat punch kad. Balikpun sama .... kalau ada erl kan bagus, tak payah nak cari parking.

Sesampai aja di pejabat, teringat pulak tiket bas along untuk balik beraya tak dibeli lagi. Kalau tak dibeli, nampak gaya along kena beraya dengan makngahnya. Kasihan pulak dahlah 1 Oktober tu ... hari jadinya, ibu pulak tak bersama. Tentu sedih dia kan .... Tak perasan pulak 1/10/08 tu hari jadi dia. Jadi ibu pun cuba tel bas nasional bertanyakan tiket untuk 26, 27, 28, 29 & 30 tu masih ada ke tidak. Kebetulan tiket untuk 27 masih ada lagi, ibu tellah dia minta dia pergi beli tapi ... sampailah ni dia tak tel ibu lagi.

Sedang ibu memikirkan tentang tiket bas along, tetiba officer ibu datang beritahu fail meja yang dah ibu buat tu tak diterima. Hai ... bengkak ibu, kenapalah tak diberitahu awal-awal lagi contoh yang sebenarnya. Kenalah buat balik dan mereka bagi tempoh sehingga 13 Oktober ni ... tak tahulah sempat atau tidak ibu membuatnya. Setelah tu ibupun mulalah nak mengupdate yang baru tapi tetiba aja muncul orang it minta ibu pindahkan semua folder yang ada dalam pc.
Lah ... nak bagi pc baru (second handlah) rupanya. Kebetulan pulak pagi ni pc lama ibu tu buat hal lagi, macam dia tahu aja ibu nak tukar pc lain. Maka sepanjang hari ni ibu terpaksa menunggu pc baru tu dipindahkan (taklah dapat gi masak lauk hari ni). Nampaknya pc baru ni skrinnya lebih besar sama seperti kawan lama ibu punya. Oklah, janji boleh buat kerja dan boleh layari internet dan boleh pulak buat blog.

Oleh kerana ibu tak masak apa-apa pun di office tadi, maka kenalah masak di rumah. Minta-minta babah ada belilah sedikit makan sebelum ibu sempat memasak. Ibu cadang nak masak ikan sadin aja tapi teringatlah pulak daging masih ada lagi. Emmm ... masak daging kicap ajalah dan sayor campur. Akhirnya dapat juga ibu masak makan tersebut dan babah pulak ada beli mee goreng, air jagung dan bubur lambuk. Kira oklah tu ...


Maka kami pun berbukalah dengan rasa syukur atas rezeki yang ada hari ni ...

Sunday, September 14, 2008

SEBAGAI RENUNGAN DAN INGATAN

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.

SEPINYA PUASA TANPA ALONG DAN ANGAH

JUMAAT, SABTU & AHAD (12 - 14/9/08)


Petang jumaat dapat telefon dari angah, dia beritahu yang dia tak balik rumah tapi pergi ke rumah kawannya di Sg. Wang. Wah ... pandai pulak anak omak ni bertandang ke rumah orang tanpa mempedulikan ibu sendirian berbuka di rumah .... Tak apalah angah, pergilah ... ibu tak kisah tapi sedih juga tunggu ... punya tunggu ... tak balik. Along pun begitu juga, tak balik ... katanya nak temankan kawan ke Labis. Oklah ... pergilah .... cuma satu ibu pesan, jagalah diri baik-baik, jangan sampai tersesat jalan. Maka minggu ni kami berempat lagi yang tinggal, kalau tidak bila waktu berbuka kami semua berebut-rebut makan tapi tahun ni ... kami semua tak berselera nak makan. Apa nak buat, ibu yang suruh mereka pergi kan ....


Kami dah berbincang tahun ini kami ke Ulu Yam dahulu, untuk berhari raya dengan adik-beradik babah. Dah lama kami tak beraya bersama .... Kami semua bercadang nak raya bersama-sama tahun ni di rumah aruah. Lepas tu setelah berhari raya ke rumah sedara mara di sana, barulah petangnya kami balik ke putrajaya dan esok pagi barulah kami berangkat ke Muar. Harap-harap emak ibu tak rasa sedih nanti .... Tahun lepas kami dah pun beraya di sana dulu. Along pulak mungkin ibu minta dia balik ke rumah atoknya dulu, itupun kalau dia tak dapat tiket nak balik ke kl. Angah pulak mungkin mula cuti sekolah pada 27/9/08.

Waktu berbuka pada petang jumaat tu ... ibu beli dua jenis lauk dan kemudian rojak singapore. Bila babah balik pulak, dia bawa tiga bekas isi tahu dan sebungkus air tahu serta kuih karipap. Maka penuhlah meja petang tu ... Mungkin babah ingatkan anak-anak nya balik. Sedih rasa tengok makan banyak tapi tiada siapa nak makan ... Zetipun sejak mula puasa hingga kini, ibu tengok ashik tak mahu makan aja.


Pagi Sabtu babah tak ke pasar sebab dia tak larat nak pergi ... Ibu pulak selepas berbuka hinggalah ke malam tak nak tidur. Oleh kerana mata tak mahu tidur, ibupun mulalah mengemas rumah, melipat baju dan sebagainya. Pukul 10.00 pagi barulah kami ke pasar terdekat untuk membeli barang-barang yang hendak dimasak. Hari ni kami nak masak nasi ayam segera, ayam goreng berempah dan mee soup. Sebelum balik ke rumah kami sempat meronda di Presint 18, nak tengok rumah di situ, panas pulak hari ni dan selepas tu kami terus balik ke rumah. Oleh kerana tiada apa yang hendak dibuat, ibupun mulalah menyiapkan bahan-bahan yang hendak di masak. Setelah tu ... ibu rehat sekejap. Pukul 3.00 ptg. ibu mula kembali memasak, ingatkan petang nanti nak keluar sekejap tapi malas pulak rasanya. Cuma babah aja yang keluar mencari sesuatu bagi mengelakkan dirinya dari tidur. Ibu pulak terasa boring, nasib baik zeti ada. Bersama-sama dialah ibu menghabiskan masa berbuka petang tu. Pukul 7.00 ptg. muncul babah dengan air cendol, tahu sumbat dan bubur lambuk. Kali ni selepas berbuka sekali lagi ibu tak larat, ashik nak tidur aja.



Pukul 4.00 pagi ibu terjaga dan terus buat apa yang patut, pukul 5.00 pagi kejutkan babah dan uda dan kami mula makan bersama. Selepas tu ibu tak boleh tidur dan mulalah menggosok baju hingga ke pukul 8.00 pagi. Hari ni (Ahad) babah ke pasar. Bila dia balik ibu pulak menguruskan dapur dan kemudian ibu tertidur. Pukul 3.00 ptg. ibu mula kedapur, hari ni ibu masak asam pedas ikan duri, sotong goreng dan sayur pak chai goreng. Pukul 5.00 ptg. kami ke brillion dan ke Warta untuk mencari alas meja dan sebagainya. Zeti pulak seperti biasa mesti ada mainan yang dibawanya pulang ke rumah. Pukul 6.00 ptg. kami sampai ke rumah dan siapkan apa yang patut. Kali ini barulah makan tak terbuang, di luar tadi kami cuma beli air cincau dan kuih sadin gulung. Malam ini barulah ibu rasa selesa dan taklah nak tidur aja. Oleh kerana mata tak tidur mulalah ibu mencoretkan kesah kami minggu ni ..... sekian, selamat malam dan selamat berpuasa serta berterawih.

Tuesday, September 9, 2008

LEGA HABIS KERJA LEPAS TU DENGAR CERAMAH PULAK

RABU (10/9/08)

Pagi ni zeti pesan dengan ibu beritahu cikgu yang dia tak nak puasa. Apalah zeti ni ... baru satu hari puasa dah tak mahu puasa lagi (hari pertama puasa dah nak pengsan dia, tak larat bebenor, hari kedua tak mahu puasa, hari ketiga puasa semula dan ceria sikit, hari keempat langsung tak mahu puasa). Di kelas tadikanya ada empat orang budak lelaki yang puasa, budak perempuan semuanya tak larat puasa. Tak apalah zeti sikit-sikit dulu ...



Ditempat kerja pulak ... hari ni ibu dahpun habiskan kerja-kerja, lepas rehat nak gi dengar ceramah pulak .... Sepanjang bulan ramadan ini setiap hari waktu rehat diselang seli dengan ceramah serta solat berjemaah dan bertadarus. Kalau ibu tak ngantuk sangat ibu pergilah dengar ceramah .... Sebelum tu ibu pergilah memasak di Cafe (beli aja lauk). Tak banyak beli cuma dua jenis lauk dan bubur lambuk (kegemaran si zeti, hari-hari tanya ibu beli tak?). Kalau beli macam-macam nanti tak habis .... Along kata jumaat ni nak balik, tapi tak tahu lagi, begitu juga dengan angah.

Gambar hiasan aja

Wednesday, September 3, 2008

ALONG DAN ANGAH BALIK NAK SAMBUT RAMADAN BERSAMA

SELASA (2/9/08)

Pada hari Jumaat (29/8/08)along balik ke rumah lagi,katanya dapat cuti 4 hari sempena ramadan. Begitu juga angah tapi angah balik hari Ahad. Tak kisahlah balik hari apa, janji kita dapat bersama diawal ramadan yang mulia ni kan... Untuk along balik ke Segamat, ibu dahpun membeli tiket bas nasional setelah bertekat keluar sekejap untuk beli tiket (pada hal ibu penat sekali hari tu ...). Nasib ibu baik sebab semua berjalan lancar, tak sampai 20 minit semuanya dah selesai.

Tapi untuk balik ke semagat nanti kenalah ibu hantarnya, begitu juga dengan angah. Untuk itu kenalah ibu ambil satu hari lagi cuti. Walaupun ketika ini ibu masih tiada teman dan tiada pengganti bila mau cuti tapi ibu minta juga cuti.

Sampai masanya ibu rasa lega,babah cuti juga dan along beli lagi tiket untuk sama-sama balik dengan kawannya. Semasa dia balik hari jumaat tu, dia minta ibu ambil dia di stesyen serdang. Malasnya ibu nak gi sana tu, tapi dah dia kata ashik jaar aja, maka kenalah juga ibu beranikan diri ke sana setelah mengambil zeti di taska. Lagipun ibu dah mula berani bawa kereta jauh dari Putrajaya ni ... Akhirnya dpt juga ibu ambil along. Semasa ibu nak berhenti di kiri jalan, tetiba aja ibu terlihat di belakang ibu lori besar sedang membunyikan honnya ... terkejut ibu dibuatnya dan minta along cepat-cepat naik kereta. Nasib baik cepat, ibupun terus jalan tanpa pedulikan lori tersebut.



Gambar terbaru along

Sejak along ke Segamat, ini adalah kali kedua dia balik. Kebetulan pulak minggu ni dia dapat cuti panjang untuk menyambut bulan puasa. Semasa dia balik kali pertama kami terpaksa hantar dia ke puduraya. Punyalah jem di sana, nasib baik tak tertinggal bas. Kali ini dia ambil tiket pukul 8.00 pagi, kebetulan pulak babahpun cuti, kenalah babah hantar dia dgn. moto ke puduraya. Petangnya pulak kami hantar angah ke Sg. Buloh dan semasa nak balik kami singgah rumah maklong zeti di PJ. Apa lagi kami berbuka di sanalah tapi kesihan uda terpaksa berbuka sendirian. Apa nak buat kami ajak dia tapi dia tak mahu.

Walau bagaimanapun sebelum ibu pergi, ibu dah masak dah ... (meehoon goreng dan nasi briani dgn. ayam korma. Ibu bekalkan juga untuk angah tapi along ibu cuma dapat bekalkan kurma dan biskut aja. Semasa nak masuk waktu berbuka ibu dah telefon dia suruh buat air dan jangan leka main game aja.


Angah & the gang


Hari pertama kami sekeluaga berpuasa sungguh seronok sekali. Seperti biasa pukul 4.00pagi ibu dah bangun siapkan makanan. Pukul 5.00 pagi ibu kejutkan mereka semua dan kamipun menjamu selera bersama. Dah setahun kami tak dapat makan bersama-sama seperti ni. Biasanya waktu makan malam babah selalu tiada, lewat balik dari kerja. Seronok tengok gelagat mereka, ada yang masih ngantok lagi, ada yang makan sikit-sikit aja dan ada yang makan tak berkuah sumbat aja dlm mulut sambil mata nak terpejam ...



Angah & aksinya


Waktu berbuka pulak sekali lagi kami bersama, kali ni kami berlumba makan apa yang ada (selalunya babah akan beli mee dua bungkus dan kami kongsi berlima jika waktu kerja) dan kemudian sibuk nak terawih. Bestnya suasana seperti ni ... seronok tengok anak-anak ibu membesar dengan kerenah masing-masing. Esok kami tak dapat lagi makan bersama dan ibu cuma tinggal berempat. Itupun kalau babah dapat sampai awal ke rumah, kalau tidak ibu dan uda ajalah berbuka. Tak ada selera rasanya.

Semuanya tergolek menunggu waktu berbuka puasa

Sunyi kembali rumah ibu ... kata along raya nanti baru dia balik cuti dan angah pulak sekarang ni tengah sibu dengan peperiksaan percubaan SPMnya dan hujung tahun ni angah sibuk sekali dengan SPM. Awal tahun depan mungkin angah tiada lagi sebab nak ke PLKN pulak. Nama angah naik untuk ke PLKN tapi along dulu namanya tak naik. Angah suka dengan aktiviti-aktiviti seperti itu tapi along tak minat langsung. Uda pulak tak tahulah macam mana ....