DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Wednesday, September 3, 2008

ALONG DAN ANGAH BALIK NAK SAMBUT RAMADAN BERSAMA

SELASA (2/9/08)

Pada hari Jumaat (29/8/08)along balik ke rumah lagi,katanya dapat cuti 4 hari sempena ramadan. Begitu juga angah tapi angah balik hari Ahad. Tak kisahlah balik hari apa, janji kita dapat bersama diawal ramadan yang mulia ni kan... Untuk along balik ke Segamat, ibu dahpun membeli tiket bas nasional setelah bertekat keluar sekejap untuk beli tiket (pada hal ibu penat sekali hari tu ...). Nasib ibu baik sebab semua berjalan lancar, tak sampai 20 minit semuanya dah selesai.

Tapi untuk balik ke semagat nanti kenalah ibu hantarnya, begitu juga dengan angah. Untuk itu kenalah ibu ambil satu hari lagi cuti. Walaupun ketika ini ibu masih tiada teman dan tiada pengganti bila mau cuti tapi ibu minta juga cuti.

Sampai masanya ibu rasa lega,babah cuti juga dan along beli lagi tiket untuk sama-sama balik dengan kawannya. Semasa dia balik hari jumaat tu, dia minta ibu ambil dia di stesyen serdang. Malasnya ibu nak gi sana tu, tapi dah dia kata ashik jaar aja, maka kenalah juga ibu beranikan diri ke sana setelah mengambil zeti di taska. Lagipun ibu dah mula berani bawa kereta jauh dari Putrajaya ni ... Akhirnya dpt juga ibu ambil along. Semasa ibu nak berhenti di kiri jalan, tetiba aja ibu terlihat di belakang ibu lori besar sedang membunyikan honnya ... terkejut ibu dibuatnya dan minta along cepat-cepat naik kereta. Nasib baik cepat, ibupun terus jalan tanpa pedulikan lori tersebut.



Gambar terbaru along

Sejak along ke Segamat, ini adalah kali kedua dia balik. Kebetulan pulak minggu ni dia dapat cuti panjang untuk menyambut bulan puasa. Semasa dia balik kali pertama kami terpaksa hantar dia ke puduraya. Punyalah jem di sana, nasib baik tak tertinggal bas. Kali ini dia ambil tiket pukul 8.00 pagi, kebetulan pulak babahpun cuti, kenalah babah hantar dia dgn. moto ke puduraya. Petangnya pulak kami hantar angah ke Sg. Buloh dan semasa nak balik kami singgah rumah maklong zeti di PJ. Apa lagi kami berbuka di sanalah tapi kesihan uda terpaksa berbuka sendirian. Apa nak buat kami ajak dia tapi dia tak mahu.

Walau bagaimanapun sebelum ibu pergi, ibu dah masak dah ... (meehoon goreng dan nasi briani dgn. ayam korma. Ibu bekalkan juga untuk angah tapi along ibu cuma dapat bekalkan kurma dan biskut aja. Semasa nak masuk waktu berbuka ibu dah telefon dia suruh buat air dan jangan leka main game aja.


Angah & the gang


Hari pertama kami sekeluaga berpuasa sungguh seronok sekali. Seperti biasa pukul 4.00pagi ibu dah bangun siapkan makanan. Pukul 5.00 pagi ibu kejutkan mereka semua dan kamipun menjamu selera bersama. Dah setahun kami tak dapat makan bersama-sama seperti ni. Biasanya waktu makan malam babah selalu tiada, lewat balik dari kerja. Seronok tengok gelagat mereka, ada yang masih ngantok lagi, ada yang makan sikit-sikit aja dan ada yang makan tak berkuah sumbat aja dlm mulut sambil mata nak terpejam ...



Angah & aksinya


Waktu berbuka pulak sekali lagi kami bersama, kali ni kami berlumba makan apa yang ada (selalunya babah akan beli mee dua bungkus dan kami kongsi berlima jika waktu kerja) dan kemudian sibuk nak terawih. Bestnya suasana seperti ni ... seronok tengok anak-anak ibu membesar dengan kerenah masing-masing. Esok kami tak dapat lagi makan bersama dan ibu cuma tinggal berempat. Itupun kalau babah dapat sampai awal ke rumah, kalau tidak ibu dan uda ajalah berbuka. Tak ada selera rasanya.

Semuanya tergolek menunggu waktu berbuka puasa

Sunyi kembali rumah ibu ... kata along raya nanti baru dia balik cuti dan angah pulak sekarang ni tengah sibu dengan peperiksaan percubaan SPMnya dan hujung tahun ni angah sibuk sekali dengan SPM. Awal tahun depan mungkin angah tiada lagi sebab nak ke PLKN pulak. Nama angah naik untuk ke PLKN tapi along dulu namanya tak naik. Angah suka dengan aktiviti-aktiviti seperti itu tapi along tak minat langsung. Uda pulak tak tahulah macam mana ....

1 ulasan:

Mama Shahmi said...

kak kay, skang bas dah takde kat pudu lagi. Kalau tak silap kat bukit jalil. cuba check. btul tak