Babah dan zeti
SABTU (26/4/08)
Pagi ni babah tak ke pasar sebab kami nak ke Sg. Buloh. Ibu masaklah apa yang ada dan seperti biasa selepas masak dan menyiapkan bekalan untuk dimakan di tempat angah dan sedikit bekalan untuk along juga. Kerana semasa hendak ke Sg. Buloh, kami singah ke asrama along untuk bagi duit yang dia minta tu dan juga sedikit makanan. Ingatkan ibu nak buat kejutan untuk along dengan pergi ke biliknya tapi dari jauh lagi ibu dah nampak along dah pun berada di bawah. Tak ada can lah ibu nak tengok rumahnya. Senyum meleret dia bila ibu hulurkan duit yang dimintanya itu ... Selepas tu kami ke Sg. Buloh untuk berjumpa dengan angah dan kebetulan petangnya pulak ada mesyuarat PIBG sekolah. Tapi babah tak larat nak tunggu lama .. Semasa kami sampai, ibu puas mencari angah tapi tiada. Perut kami dah lapar dah ... oleh kerana tak tahan lagi kami pun makanlah di kantin. Tengah kami makan, angahpun sampai dan kebetulan dia masih kenyang lagi. Lain kali malaslah ibu nak makan di sini, sebab bila kami sampai angah dah pun makan. Ingatkan nak makan dengan dia, tapi dia dah makan dulu. Merajuklah konon ... Angah tak beritahupun ibu yang pagi tadi ada acara anugerah cemerlang kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan SPM 2007 yang lalu dan angah ada ambil bahagian dalam persembahan dikir barat.
Zeti dan angah tengah menjamu selera di sekolah angah
Kata angah bulan ni dia tak dapatlah balik ke rumah sebab sibuk dengan kelas tusyen dan nak ulangkaji sebab pada 12 - 16/5/08 nanti ada peperiksaan pertengahan tahun. Kasihan angah .... mudah-mudahan segala usahanya akan beroleh kejayaan nanti. Ibu selalu pesan kalau ada apa-apa hal telefonlah ibu tapi katanya tak apalah tak nak susahkan ibu. Ibu bukannya apa risau kalau dia tak sihat ke .... cukup makan ke ... dan macam-macam lagi. Setelah bertanya khabar dan sebagainya kamipun nak berangkat pulang. Sebelum tu ibu pastikan semua makanan telah ibu masukkan ke dalam bag (biskut, air, mee goreng dan kfc 5 ketul). Minggu depan ibu tak dapat datang kerana kami nak ke PD. Sehingga jauh angah masih lagi melihat kami berlalu .... Tak apalah angah bersusah-susahlah dulu, bersenang-senang kemudian. Petang tu ingatkan nak ke pasar malam di Bangi tapi babah dah tak larat lagi ... maka kami terus pulang ke rumah dan sesampai aja di rumah mata ibu mula dah nak pejam dan akhirnya kami semua terlena.
angah dengan kfcnya
Malamnya (8.30 mlm) tak sangka pulak babah nak juga keluar. Tapi ke mana ya ... ikut ajalah ke mana babah pergi. Ingatkan babah nak ke pasar malam tapi dia melencong ke Alamanda. Di alamanda babah terus ke panggung wayang, ingatkan dia nak ajak tengok wayang tapi selepas membelek cerita-cerita yang ditayangkan maka tak jadilah dia dan kemudian mengajak ibu main bowling pulak. Ibu pun ok ajalah, walaupun badan ni masih sakit-sakit lagi. Lagipun bukan ibu yang nak keluar ongkosnya. Dia teringin nak main, sebelum ni pernah main sekali. Babah cuba-cuba tanya pekerja disitu, macam mana nak tempah, berapa bayaran dan sebagainya. Setelah selesai semuanya kamipun menunggu giliran. Kata ibu, malulah orang ramai tengok nanti ... tak apalah kata babah. Hentam ajalah ... Setibanya giliran, kami dapat line di tengah-tengah. Zeti kata, jomlah ibu kita main badminton, bukan badmintonlah zeti, tu bowling namanya. Ohhh ... ingat zeti badminton, bowling ya bu ... Dia seronok tengok ibu dan babahnya main bowling. Mula-mula ashik masuk longkang aja tapi ... bila dah panas ... wah ... strikelah ... babah pulak tak ada pun dapat strike. Walau bagaimanapun babah tetap menang ... 89 jatuhan pin aja .... satu game. Kami main dua game, sakit juga tangan tapi buat-buat ok aja ... Nanti boleh main lagi ... kan babah?
AHAD (27/4/08)
Oleh kerana semalam babah tak ke pasar maka pagi ni kenalah dia ke pasar. Sementara tu ibu biasalah mengemas rumah, melayan si zeti dan membasuh baju. Minggu ni along tak balik sebab semalam ibu dah bagi duit belanja. Sunyi juga rumah ni bila mereka semua tiada ... Uda pulak pantang orang tiada mulalah dia nak keluar aja ... Oh ya .. ibu ada berjanji dengan rima nak ke rumah Cik Sabariah. Ibu ajak babah sama tapi dia tak larat, penat katanya. Ibu dan zeti aja pergi ikut acik rima. Sebelum tu ibu masak dulu untuk babah dan uda dan kemudian kami bersiap-siap. Pusalah ibu panggil zeti untuk bersiap, tapi dia ashik main aja hinggalah tetiba acik rima muncul di depan pintu, barulah dia mengelabah nak tukar baju.
Si ShahmiZeti kalau dengar acik rima dan shahmi datang seronok seakan dia. Wah... comelnya adik shahmi dengan baju kemejanya. Setelah minta izin babah, kamipun ikut acik rima ke rumah Cik Sabariah. Jauh juga Putrajaya ke Shah Alam kan ... akhirnya sampai juga kami ke rumah Cik Sabariah. Masa kami sampai, kawan-kawan lain masih belum ada lagi. Kamipun ke tempat makan dan menjamu selera. Semasa menjamu selera barulah kami nampak seorang jejaka hensem (En. Daniallah) sedang menuju ke meja kami. Kemudian kami bercadang nak jumpa Cik Sabariah pulak. Dapatlah jumpa dengan cik Sab dan siap bergambar lagi, tapi ibu masih tak dapat lagi gambar tu. Cik Zurina pun ada sama.
Cik Zurina, Ibu dan Cc Rus semasa mesyuarat agung PUSPANITA di pej
Kemudian kami turun untuk menyambut kedatangan pengantin lelaki. Lama juga menunggu tapi pengantin lelaki masih lagi tak muncul, si shahmi dan zeti dah gelisah kepanasan. Akhirnya pengantin lelaki sampai dan dapatlah juga ibu tengok pasangan cik sab tu ... Oleh kerana kami dah tak tahan kepanasan, maka kamipun baliklah ke putrajaya dan bershopping di alamanda. Dimana si zeti seperti biasa dia cukai pulak pakcik shahrul (beli belon). Pukul 5.30 petang kami balik dan dihantar hingga sampai ke rumah oleh acik rima dan pacik shahrul serta shahmi. Terima kasihlah acik rima kerana berjalan dan bershopping dengan zeti hari ni ...
--------------------------------------------------
0 ulasan:
Post a Comment