DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Wednesday, April 9, 2008

KERENAH ALONG

SABTU DAN AHAD (5 & 6/4/08)

Sepanjang minggu lepas ibu dikejutkan dengan kerenah along yang tak semena-mena ibu lihat lain sekali. Untuk mengetahui perkara yang sebenarnya ibupun mulalah mendekatinya dan sedikit-sedikit ibu bertanyakan hal dirinya. Mula-mula dia kata barang-barang dalam toolboxnya dah hilang tapi bila ibu tanya apa yang hilang, dia kata tak ada apa sikit aja yang hilang. Risau juga ibu dibuatnya kerana takut kena pulak mengganti toolbox yang baru. Katanya barang-barang dalam toolboxnya tu mahal harganya. Ibu tak kisahlah dan bertanyakan apa-apa barang yang perlu diganti. Kemudian dia kata tak apalah ...

Tapi petangnya dia menghampirai ibu ketika ibu sedang sibuk memasak. Ini mesti ada yang tak kena ni ... Ibu dah tahu sangat perangainya. Kalau ada apa-apa yang tak kena dia mesti datang kat ibu, bertanya itu dan ini tapi ada benda yang hendak diberitahunya ... Ibu buat tak kisah aja kerana ibu tengah sibuk.

Selepas aja ibu memasak, ibu pun menghampirainya bertanyakan apa masalahnya. Yang sebenarnya dia nak kan duit. Minggu lepas selepas kelas dia dipelawa oleh temannya untuk mengikutnya ke suatu tempat dimana ada taklimat jualan langsung. Maka oleh kerana dah didesak oleh kawannya untuk menyertainya maka diapun mendesak pulak ibu untuk berikan dia duit. Kebetulan pulak pada hari dia hendak balik ambil duit tu ... ibu dapat surat amaran dari kolejnya yang mengatakan along dah tiga hari tak datang belajar. Lagilah bengkak ibu ... dalam keadaan yang tertekan itu sempat juga ibu membuat surat untuk diberikan kepada along apabila dia balik nanti. Ibu tak benarkan dia masuk tapi dia mendesak juga sehinggalah tiba hari selasa dia pun balik ke rumah minta duit untuk menjadi ahli, hendak tak hendak terpaksalah ibu berikan juga. Mengenai surat amaran tu dia kata minggu depan dia bagi kat kolej. Sepanjang dua hingga tiga hari tu oklah rasanya tapi minggu yang seterusnya apabila dia balik, dia didatangi lagi kawan yang ajak dia masuk jualan langsung tu ... kawan tu mendesak dia lagi untuk bayar tambahan. Kali ni ibu tak berdiam, ibu sungguh sedih dan minta dia berhenti dari menjadi ahli. Malamnya dia keluar tanpa memberitahu ibu dan balik pada pukul 2.00 pagi.

Keesokan paginya ibu mendekatinya dan bertanyakan kemana dia pergi. Katanya ada di kedai bersembang dengan kekawannya tulah ... dan minta lagi duit dengan ibu. Tapi ibu nasihatkan dia lagi dan minta dia jangan layan kawannya tu lagi serta ibu minta no tel kawannya. Sebelum balik ke kolej petang ahad tu ibu pun ambil no telefon kawannya dan hingga kini ibu takpun telefon budak tersebut. Ibu harap kawannya itu taklah mengganggunya lagi. Orang yang sedang belajar manalah ada duit, bukannya sedikit beratus-ratuslak tu ... dan lagi bila dah dibayar tiada apa yang dia dapat. Itulah agaknya pengaruh kawan ..... Minta-mintalah budak tu tak hubungi along. Kasihan along terpaksa mendengar leteran ibu dan mendengar kehendak kawannya itu. Itulah padahnya kalau kita suka sangat ikut kawan berjalan dan mudah terpengaruh dengan ajakan kawan ....

0 ulasan: