DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Wednesday, April 2, 2008

KEJUTAN DARI ALONG DAN ANGAH

JUMAAT (28/3/08)

Hari jumaat ni ibu ambil cuti sebab ibu rasa banyak kerja di rumah yang perlu ibu bereskan dan kebetulan pulak babah juga ambil cuti hari ni sebab dah seminggu bertugas di luar. Disamping itu ibu pagi ni ibu ada temujanji dengan orang yang hendak baiki pintu rumah dan juga pada petangnya ibu ada temujanji di kelilinik. Zeti pulak ibu hantar dia ke taska sebab dia ada kelas dan lagi jika dia cuti mudah ibu nak menguruskan rumah.

Walau bagaimanapun, semua rancangan ibu untuk ke pasar dan sebagainya tergendala kerana tetiba aja ibu rasa macam nak pitam dan kepala pulak rasa sakit yang teramat sangat. Oleh itu selepas aja ibu hantar zeti dan babah ke pasar, ibupun terus merehatkan badan dan tanpa diduga ibu terus tertidur. Agaknya ibu kepenatan menguruskan rumah ..... tahu ajalah kalau dah seminggu ashik kerja pagi balik petang, memasak, basuh baju, lipat baju, kemas bilik abang-abang zeti dan yang paling ibu tak selesa apabila tengokh barang permainan zeti tu berselerak di ruang tamu. Zeti ni kalu dah mula main, habis semua permainnya dikeluarkan, lepas tu ... bila ibu minta dia kemaskan semula, apa dia kata? "ibu kemaslah ... zeti penatlah ..." Bertuah punyak anak dara, kita suruh dia, dia pulak arah kita buat.

Ini rumahnya untuk si shamey/comel (hamster)


Ini pulak set tempat untuk barbe bersenam




Dan yang ni baby si zeti. Kalau zeti menjerit aja, baby ni pasti ketawa dan mula berbuai-buai

Seperti yang dijanjikan pukul 10.00 pagi orang yang hendak baiki pintu rumah ibupun datang dan ketika itu babah dahpun balik dari pasar. Sementara mereka semua buat kerja masing-masing ibupun mula hendak masak untuk tengahari. Walaupun sakit kepala ibu ni masih lagi terasa tapi ibu buat tak kisah aja dan selepas selesai ibu memasak dan pintu rumah dah dibaiki apa lagi ibu pun terus ke pembaringan dan tertidur lagi hingga ke petang. Sesedar aja, uda dahpun balik dari sekolah ... babah tengah rehat menonton tv. Ibu tanya babah, "dah makan ke ...", babah jawab "dah ...." Kesihan ya babah makan sendirian. Apa nak buat, ibu tak sihat.



Kemah yang dibuatnya pada setiap minggu kalau tak sekolah

Kemudian giliran babah pulak tidur dan ibu menyambung kerja-kerja ibu yang terbengkalai dan kemudian ibu keluar untuk mengambil zeti. Sebelum tu ibu ke kedai membeli sedikit keperluan untuk buat bekalan besok pagi. Besok pagi kami diminta oleh angah ke sekolahnya. Katanya ada perjumaan dengan guru. Semasa kami datang ke sekolahnya minggu lepas dia terlupa hendak berikan surat yang cikgu dia bagi. Semuanya itu menjadi persoalan bagi ibu dan babah. Setelah ibu balik dari mengambil zeti dan apabila zeti terpandang babahnya. Wah ... apalagi seronoknya dia, dah lama tak jumpa babah. Sedang kami seronok menonton tv tetiba aja babah ajak kami ke pasar malam dan ke kelinik. Oh ... ya ... terlupa pulak dengan kepala ibu yang sakit tu ... Kami bertiga pun ke pasar malam di Serdang dan kemudian ke kelinik. Dikelinik, doktor kata darah tinggi ibu biasa aja dan katanya mungkin ibu penat kot ... Kalau penat tu biasalah, asalkan jangan darah tinggi ibu naik lagi ... nanti tak larat ibu nak makan ubat aja ....

0 ulasan: