DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Sunday, August 3, 2008

ANGAH BALIK DAN ZETI KE IKEA

SABTU (2/8/08)

Petang Jumaat angah balik tapi lewat sampai rumah, katanya bas penuh dan lambat. Kasihan angah kena bali sendiri. Ingatkan angah tak balik minggu ni dan kami naklah ke sana, tapi petang khamis dia telefon beritahu boleh balik sebab warden dan guru-gurunya ada kursus. Ok juga dia balik, sebab ibu nak ubatkan sakit dikakinya itu.

Angah dengan aksinya

Hari ni Sabtu, babah tak ke pasar borang tapi kami ke pasar di presint 8 aja. Setelah masak dan makan ibu dan zeti beria-ia ajak babah ke IKEA untuk melihat apa yang ada di sana. Sebelum ni ibu cuma mendengar dari kawan dan melihat katalognya (yang diberikan setiap tahun) aja. Ibu lihat zeti pun sama dengan ibu nak sangat ke IKEA. Hinggakan peta yang ibu minta angah carikan dari internet dan printkan diambil dan diberikan kepada ayahnya untuk dilihat. Kemudian peta itu disimpannya dalam beg ibu. Babah pun tak tahu dimana letaknya IKEA, tapi oleh kerana dia pun teringin untuk ke sana maka babah pun ikutkan kemahuan ibu dan zeti.


Inilah kawan baru zeti si naga sakti yang sedang melingkari kekawan zeti yang lain

Pukul 3.00 petang setelah ibu tertidur sekejap, zeti mengejutkan ibu dan babah dan mengingatkan ibu untuk ke IKEA. Wah ... seronok sangat si zeti apabila kami nak ke sana. Sepanjang perjalanan ashik tanya "mana IKEA? dah sampai ke? ... Walaupun babah tak pernah ke sana tapi kami sampai ke IKEA dengan selamat. Jalan nak ke IKEA jem pulak, kamipun parking kereta di luar IKEA dan berjalan ke dalam. Sesampai di dalam kami tersesat di tempat lain tapi akhirnya terjumpa juga IKEA. Apa lagi seronoknya zeti dan ibu melihat barang-barang yang terdapat di IKEA. Harganya oklah .... cuma bila babah dan ibu dan beli meja makan (terjumpa berkenaan dihati dan harganya berpatutan), kami kenalah keluarkan RM66 untuk dihantar ke rumah. Nak bawa masuk kereta, kereta kami kecil aja. Akhirnya keinginan kami tak kesampaian dan kami pun balik setelah hampir tiga jam lebih didalamnya (dapatlah juga membeli sedikit barang-barang keperluan lain). Letih sangat dibuatnya hingga sakit kepala ibu kembali lagi. Dan malam itu ibu dan zeti tidur keletihan. Sebelum tu ibu belikan angah dan uda lamp cop & chicken cop untu makan malam.


Tengok tu si zeti dikelilingi dengan kawan lama dan barunya


AHAD (3/8/08)

Pagi ni barulah sakit kepala ibu berkurangan dan untuk sarapan ibu minta babah belikan capati dan roti telur aja. Kemudian ibu mengosok pakaian sekolah uda dan angah dan kemudian memasak dan petangnya kami ke Sg. Buloh menghantar angah. Sebelum tu kami singgah dulu ke rumah paklong (di SS 2) untuk ubat kaki angah. Pukul 4.30 petang barulah kami ke asrama angah.


Semasa perjalanan pulang ke Putrajaya sempat juga kami singgah ke Kajang (kedai perabot) untuk menggantikan meja makan zeti yang hilang tu ... serta almari pakaian zeti. Cari punya cari, maka jumpalah kami dengan satu kedai yang ada menjual barang-barang yang kami inginkan tu .... Zeti, apa lagi seronoknya dia bila tengok meja dan almarinya tu .... Ashik kata "esok ya ibu, kita dapat meja dan tempat zeti letak baju?" Yalah tu ... esok petang ya ...

Malam tu ... rumah kami kembali sunyi dan tak sabar tunggu cuti sekolah untuk jumpa dengan along pulak.

0 ulasan: