SABTU (9/8/08)
Saja aja nak tunjuk kad ini (kononnya dari anak-anak ibulah ...)
Sepanjang pagi tu ibu tak berdaya (demam, batuk, selsema dan sakit tekak) nak melakukan kerja-kerja rumah, ibu cuma dapat buatkan babah secawan milo dan beberapa potong roti yang disapu dengan kaya aja ... Kasihan babah. Maaf ya babah, ibu tak terdaya nak lakukan lebih dari itu .... Pagi ni babah kena bertugas di MAHA 2008, menguruskan mereka yang datang untuk menyertai pamiran tersebut.
AHAD (10/8/08)
Pagi ni pun ibu masih lagi tak sihat, tapi dah bolehlah bangun siapkan milo, panaskan mee goreng yang di beli semalam dan kami pun makan bersama. Sementara tu si dara dan si teruna masih lena lagi ditempat tidur masing-masing. Pukul 8.30 pagi barulah babah gi kerja, katanya hari ini pun babah bertugas hingga malam tapi tetiba aja babah muncul pada sebelah petang (katanya kerja yang perlu dibuat dah habis) maka diapun chaulah... balik nak ajak ibu ke Carefor. Maka petang Ahad tu dengan wajah yang masih pudar (tapi ceria sikit), kamipun ke Carefore, beli barang-barang dapur dan malam tu kami (ibu, babah dan zeti) makan mee claypot, mee wantan dan tomyam di medan selera alamanda, untuk uda babah belikan burger special. Alhamdulillah dapat juga kami makan bersama-sama tapi ... semasa ibu makan, teringatlah pulak pada anak-anak ibu yang dua orang tu ... Makan apalah mereka malam ni ...
Alangkah seronok kalu pagi ni ibu dapat menanam pokok bunga ....
Along tu .. kalau ibu tak sms kat dia dulu, sampai lah ni ... dia tak akan sms apa-apa kat ibu ... Angah pulak, ibu dah pesan petang Jumaat nanti telefon ibu ya .... masa tu dia angguk aja, tapi dah sampai masa bunyi telefon pun tiada ... Walau bagaimanapun ibu tetap ingatkan kamu berdua.
0 ulasan:
Post a Comment