ISNIN (4/8/2008)
Walau pun pagi ni ibu merasa tak keharuan disebabkan kerenah anak-anak ibu yang dua tu ... tapi ibu kuatkan semangat dan cuba juga bergembira di pejabat. Petang ni zeti dapatlah meja dan almari baju barunya tu ... Dia pulak dah tak sabar menunggu kedatang benda-benda tersebut. Ashik tanya kenapa tak sampai lagi?
Pekerja kedai perabut tersebut ada menalipon ibu bertanyakan bila nak hantar dan ibu minta dia hantar pada pukul 7.00 mlm, sebab ibu akan sampai di rumah pada pukul 6.45 petang. Tapi hingga ke 9.00 mlm. masih tak hantar barang tersebut. Zeti dah tak sabar dah ... Babah pulak balik lambat hari ni ... Akhirnya tempat pukul 9.15 mlm. barulah kedengaran pintu di ketuk dan muncullah orang membawa meja dan almari zeti. Apa lagi seronok betul dia malam tu ...
Ini benda-benda tersebut yang menjadi igauan si zeti tu ...
Setelah pekerja-pekerja tersebut balik, kami berdua apa lagi mulalah sibuk mengemas. Ibu di luar menguruskan meja makan dan si zeti pulak sibuk di bilik menyusun baju-bajunya ke dalam almari tersebut dan lihatlah hasilnya seperti di bawah ni ...
Seluar kecil yang lama dan baru di letakkan di petak atas
Baju-baju selalu dipakainya di sangkutkan (tapi tak muatlah)
Seluar panjang yang lama dan baru yang selalu dipakainya di letakkan di bawah
Nampaknya malam ni kami berdua tidur lena terutama si zeti sebab dah dapat dah apa yang dikehendakinya serta keletihan lama menunggu dan mengemas.
0 ulasan:
Post a Comment