Wednesday, March 25, 2009
ANGAH DAH PUN MENGIKUTI AKTIVITI PLKN
JUMAAT (19/3/09)
Pagi ni ibu ambil cuti untuk menghantar angah ke pusat pengambilan peserta-peserta PLKN di tempat letak kereta di hadapan sekolah Alam Shah, Putrajaya. Sebenarnya angah tak sangka namanya naik untuk kumpulan ke 2. Sepatutnya dia di kumpulan 3 dan dijangka akan pergi ke PLKN pada bulan Julai nanti, tapi bila ibu saja-saja ke laman web PLKN dan mengisi icnya, tetiba aja tarikh dan kem PLKN terpapar. Maka ibupun maklumkan kepada dia, apa lagi seronoknya dia dapat pergi awal. Kebetulan pulak keputusan peperiksaannya diumumkan dahulu sebelum dia ke PLKN. Lega rasa ibu ....
Walau bagaimanapun tarikh untuk ke kem dah nak sampai tapi surat rasmi yang memaklumkan kejayaan untuk mengikuti PLKN masih belum dapat lagi. Dari sehari ke sehari kami tunggu tapi tak juga dapat dan akhirnya tiga hari lagi nak pergi barulah surat tersebut muncul tapi kena pulak ambil surat tersebut di pejabat pos (surat berdaftar). Keesokkan harinya terpaksalah ibu ke pejabat pos di Kompleks B. Ibu pergi tengahari tapi surat tu belum sampai dan petangnya kenalah sekali lagi ibu pergi ambil.
Keesokkan harinya pulak, angah ambil cuti dan pergi ke kelinik untuk periksaan kesihatan bersama-sama kawannya. Tak perlulah ibu menemaninya dan pada hari seterusnya babah pulak ambil cuti untuk bawa angah buka akaun di Agro Bank. Akhirnya semua perkara yang perlu dibuat telah terlaksana, cuma menunggu hari untuk ke sana.
Sebelum tu, pada malam sebelum bertolak ke PLKN, angah masih sempat lagi lepak dengan kekawannya. Ini membuatkan ibu teramatlah risau dan tak boleh tidur sehinggalah angah balik pada pukul 2.00 pagi barulah ibu dapat tidur. Bukannya ibu tak benarkan dia lepak tapi esok pagi nak pergi ke kem, takut kalau terlambat bangun.
Pagi tu ibu cuba kejutkan zeti awal sedikit dan bercadang untuk pergi awal ke tempat tersebut bimbang kalau-kalau jalan jem dan sebagainya. Angahpun ibu kejutkan awal dan dia terpaksalah bangun awal siap apa yang patut. Sedang kami bersiap-siap, angah pulak komplen yang rambutnya panjang dan minta ibu potongkannya. Oleh kerana kasihan maka ibu potonglah sedikit, sambil tu memarahi angah sebab tak mahu potong rambut awal. Angah mulalah kecil hati dengan berdiam aja sehinggalah kami sampai di tempat tersebut. Semasa ibu sampai di bulatan ke Sekolah Alam Shah, jalan lengang aja .... ingatkan tentu jem nanti. Akhirnya kami sampai awal dan mula mendaftar sehingga ibu terlupa hendak minta pas pelawat bagi ibubapa.
Kami sampai pukul 8.30 pagi, sedangkan masa untuk berlepas pukul 9.30 pagi. Tunggulah kami di tempat bas yang akan membawa angah ke kem PLKN Ulu Pari, Negeri Sembilan. Angah mula merungut apabila melihat ramai yang memakai selur jin dan t-shirt tak berkolar, tapi dia pakai seluar slack. Ibu buat tak kisah aja dan akhirnya semasa meunggu tu dapatlah dia seorang kawan sehingga dia lupa pada kekesalannya tadi. Pada pukul 9.15 pagi mereka dibenarkan naik bas dan berlepas tepat pukul 9.30 pagi. Sedih juga tengok dia pergi tanpa ada keluarga yang lain menghantarnya. Tak apalah angah .... mudah-mudahan angah selamat menjalani segala aktiviti di kem tersebut dengan jayanya. Sempat juga angah memilih kursus-kursus yang ingin diikuti nanti di IPT sebelum dia berangkat.
DOA IBU SEMUGA KAU BERJAYA DIDALAM SEGALA BIDANG ... DAN SELAMAT KEMBALI PADA 8 JUN 2009 NANTI.
Dicatat oleh OM & KAY FAMILY di Putrajaya 7:13 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 ulasan:
kak kay..rupanya anak kak kay dapat dekat kem plkn adik saya mengajar dulu. sayangnya, adik sy dah tak kerja kat situ lagi..
Alahai mama shahmi ... lama tak dengar cerita ... minggu lepas akak ke sana, jumpa kampung rima dulu kan? ingatkan kalau sesat nanti nak gi umah rima dulu, tapi akhirnya jumpa gak kem tu. Itulah akak bagitahu anak akak adik rima kerja di sini Jauh juga nak gi kedai kan?
Post a Comment