RABU (11/3/09)
Hari ni ibu betul-betul tak keharuan ... sekejap sedih, sekejap gembira dan kekadang tu tak tahu apa hendak dibuat. Sekejap telefon babah suruh cuti hari khamis dan kemudian telefon lagi tak jadi hari khamis, suruh ambil hari jumaat pulak. Bukannya apa, takut kalau pagi esok hari hujan, susahlah angah nak ke sekolahnya di Sg. Buluh. Kalau babah tak cuti, nanti siapa nak bawa dia ke sekolah untuk tengok keputusannya. Angah pulak nak pergi sendiri dengan kawannya. Malulah kalau kami hantar dia dan lagi tak dapatlah nak enjoy dengan kekawan. Akhirnya ibu buat keputusan tak jadi cuti dan kami cuti hari Jumaat nanti.
Mudah-mudahan kesemua memperolehi kejayaan cemerlang SPM 2008
KHAMIS (12/3/09)
Pagi ni keputusan peperiksaan SPM akan diumumkan. Pepagi lagi ibu dah kejutkan angah untuk bersiap-siap ke sekolahnya di Sg. Buloh. Babah dan ibu tak dapat nak hantar dia sebab dia tak minta hantar dan lagi babah ada kerja nak dibuat. Ibu pulak tersangatlah risaunya, ngalah dia (ibu) yang nak ambil keputusan. Kalau boleh biarlah dia berjaya untuk melanjutkan pelajarannya ke perngkat yang lebih baik lagi. Janganlah ikut jejak along yang sentiasa dalam delima. Biarlah salah seorang anak ibu berjaya ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Itulah harapan setiap wanita yang berstatus ibu. Di pejabat ibu tak senang duduk, ashik sms angah tapi hingga ke petang takpun dapat jawapannya. Ibu cuba telefon dia tapi linenya sentiasa sibuk. Entah apalah budak ni buat, ok ke tak ok. Risau kalau dia buat hal, tak dapat menerima keputusannya tu ...
Tengah bengong ni ...
Walau bagaimanapun ibu sentiasa mendoakan kejayaannya, tak dapat semua A pun tak apa lah angah, asalkan cukup syarat untuk melanjutkan pelajaran ke Politeknik. Malam tadi dia balik lewat dan semasa dia balik dari kerja ibu dah tidurpun, tapi tetiba aja terdengar orang bercakap-cakap dan ibu pun terjaga. Ibu lihat bilik uda terang benderang, kedengaran orang bercakap-cakap dan bila ibu ke biliknya, ibu lihat angah tengah membega seluar jinnya sambil bercakap seorang. Lahhhh .... rupa-rupanya dia sedang bercakap dengan kawannya di telefon. Tangan asyik menjahit dan mulut bercakap. Apalah angah ni ... tak pernah renggang dengan hpnya walau seminit pun. Bila tidur pun hp sentiasa di sisi mengalunkan irama untuk menidurkan dia. Tak tahulah nanti bila dia pergi ke PLKN, dapatkah dia berpisah dengan hpnya tu ...? Beli seluar besar, bila balik rumah dikecilkannya. Pandai pulak dia menjahit untuk mengecilkan seluar tu ... ibu buat tak kisah aja, pepandailah dia .... siapa suruh beli seluar besar?
Oklah kan .... tak bengong tapi bengang aja .....
Akhirnya penantian ibu terjawab kini, pukul 3.15 ptg. barulah kedengaran telefon ibu berbunyi dan terdengarlah suara angah menyatakan dia dah ambil dan bolehlah katanya. Bila ibu tanya berapa dia dapat? Tunggulah balik nanti boleh tengok ... lah dia ni bagi ibu tertanya-tanya lagi ... Walau bagaimanapun alhamdulillah dia ok dan katanya dia lulus. Lega rasa ibu tapi masih dalam tanya tanya ?
0 ulasan:
Post a Comment