DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Monday, March 9, 2009

MAULIDUR RASUL DAN HAPPY BIRTHDAY TO IBU

ISNIN (9/3/2009)


Alhamdulillah, syukur ke hadrat ILLAHI kerna masih membenarkan ibu untuk terus hidup dialam maya ini dan lagi dapat pulak bersama-sama menyambut Hari Kelahiran Nabi Kita Muhammad s.a.w. Bertuah rasanya kerana Hari Kelahiran Ibu beserta dengan Hari Kelahiran Nabi Kita dimana semua umat islam menyambut Maulidur Rasul dengan meriahnya. Dengan kehadirannya maka bertambah lagilah usia ibu, sedangkan amal ibadah masih banyak yang perlu ibu pelajari. Mudah-mudahan disepanjang usia ibu ni akan bertambah kemakmuran dan kejayaan serta sihat selalu. Sempena dengan Maulidur Rasul ini juga sama-samalah kita mencontohi segala amalan-amalan yang telah dilalui oleh nabi kita itu agar dapat kita umat islam hidup bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama. Barulah dapat kita sama-sama menikmati keamanan dunia ....


Cuaca nampaknya elok aja pagi ni ... Kelmarin di pejabat, mereka yang terlibat untuk hadir di perhimpunan Maulidur Rasul sibuk untuk mendapatkan baju yang akan di pakai pada hari Maulidur Rasul, teringin juga ibu bersama-sama meraikannya tapi memandangkan ianya diadakan di KL maka ibu batalkan aja ... Sesiapa yang menghadirinaya diberikan sepasang baju melayu berserta songkok (bagi lelaki) dan sepasang baju kurung berwarna kuning coklat beserta tudung dan kerongsang (bagi wanita). Lumayan kan ... dapat juga dipakai bila teringin tapi yang pentingnya kita hadir dengan niat untuk sama-sama mengingati hari kelahiran nabi kita.

Semasa ibu sibuk memasak di dapur sempat juga ibu mengikuti perkembangan di Stadium Merdeka. Mula-mula cuaca agak cerah tapi dipertengahan hujan rahmat mula turun, dan akhirnya ia berjalan dengan lancar. Sambil menonton dengan babah ibu sempat juga bisik pada babah yang ibu merasa bertuah dapat menyambut hari kelahiran pada hari ni. Babah kata "ye ke?" Babah ni buat tak tahu aja hari kelahiran ibu ... begitu juga anak-anaknya. Tapi hari lahir mereka sentiasa dalam ingatan ibu ... tak adil kan mereka ni ...

Akhirnya pada petangnya ibu ajak babah jalan-jalan ke Metro Kajang. Ibu cadang nak cari baju dan beg tangan tapi setelah sampai dan membelek baju-baju yang ada tak berkenan lak ibu ... Babah dan zeti cuma mengekori aja ke mana ibu pergi dan sampai pulak ke kedai bag tangan dimana ibu terpandang sebuah handbag yang sangatlah comel dan bila ditanya harganya ... pun comel juga. Maka ibu biarkan dulu (KIV) dan kami beredar ke tingkat atas dimana terletak barang-barang dari kilang. Mungkin di situ ada lagi bag-bag yang comel-comel ... tapi semuanya tak berkenan di hati. Hati ibu telah dimiliki oleh handbag yang dipadang kali pertama tadi. Itulah dikatakan cinta pandang pertama kan .... Cinta yang pertama itulah juga ingin dimilikinya. Begitulah juga ibu, cinta pandang pertama itu telah ibu miliki kini dengan dibiayai oleh siapa lagi cik abang sayang lah ... Terima kasih daun keladi, tahun depan nak lagi lah ... eheeee.

Untuk zeti mesti ada, kalau berjalan dengan zeti untuk dia mesti ada, jadi ibu belikan dia gelang dan gelang kaki (yang murah aja). Apalagi sukalah dia dan bila sampai di kereta tak sabar-sabar lagi nak pakai. Lagi satu semasa ibu ke tandas tadi, babah adalah order kueh wafer (macam dia tahu-tahu aja ibu nak kuih tu) dan setelah kami keluar dari tandas zeti ternampak pulak gula, nak juga gula tu ... akhirnya kami tak jadi beli air dan beli gula untuk dia tapi bila dalam kereta dan tengok ayah dan ibu makan sedap apa lagi diapun nak sama ... kesudahnya ibu dan babah meleleh air liur, zeti sapu semuanya.

Kami sampai di putrajaya hari dah mula senja dan hujan pun turun renyai-renyai, zeti dah mula nak tidur. Sesampai aja di putrajaya, ibu lihat babah masuk ke simpang yang jarang kami lalu untuk balik ke rumah dan dia melencong ke presint 8. "Jom kita beli kek nak?" kata babah, "tak payahlah" tapi belum sempat apa-apa zeti mula menjawab "kek birthday siapa ayah, birthday zeti ke?" "Yelah tu awak punya" ... malu nak mengaku sendiri punya. "Zeti nak kek barbie" kata zeti. Babah pandang ibu dan kami tergelak sama. Apalah zeti ni ashik birthday kek dia aja, nak kek barbielah ... dan macam-macam lagi. Ashik dia aja ... Ibu mengiyakan aja apa zeti kata dan kami belilah kek keju dimana atasnya dihias dengan coklat dan buah. Ibu tak teringat pun nak beli kek tapi babah nak beli juga, oklah .... Sesampai aja di rumah zeti sibuk nak potong kek dan mula ambil lilin untuk di letak atas kek, kemudian minta babah ambilkan api, "kayu api" kata zeti. Ibu tanya zeti "tahu ke kayu api tu apa?", "tahu" katanya. "kayu yang keras tu ..." "Ohhhhh ..." kata ibu. Ada-ada aja jawabnya.

Akhirnya dapat jugalah ibu potong kek dan tiup api lilin bersama-sama .... zetilah. "Kita share ye mama...." Oh ya ... lupa nak bagi tahu, zeti sekarang tak panggil ibu emak lagi tapi dia panggil mama .. Malulah ibu bila dia panggil mama, babahpun tersenyum bila dengar zeti panggil ibu mama. Almaklumlah ibu dah senja dah rasa semacam pulak bila dia panggil mama. Agaknya dia dengar kawan-kawan dia panggil ibu mereka mama kot ...., maka dia pun teringin nak panggil ibunya mama. Tak apalah zeti asalkan zeti bahagia, tapi jangan panggil ibu mamak pulak.... sudah.



Begitulah kisah ibu dan anak-anakku sayang sepanjang cuti selama tiga hari ni ....

0 ulasan: