
Sejambak mawar ku hulurkan khas buatmu yang bernama WANITA

Sejambak mawar ku hulurkan khas buatmu yang bernama WANITA


Keadaan di luar RFC tersebut
Keadaan di dalam RFC+119.jpg)
Gambar hiasan anak-anak kita
Saya tak sempat mengira, apa mereka bermaksud menjadikannya sebagai anak yang pertama dan terakhir. Ketika Alif, panggilan puteranya itu, berusia 6 bulan, kesibukan Rani semakin menggila. Bak garuda, hampir setiap hari ia terbang dari satu kota ke kota lain, dan dari satu negara ke negara lain. Sebenarnya saya pernah bertanya, ''Tidakkah si Alif terlalu kecil untuk ditinggal-tinggal?'' Dengan pantas Rani menjawab, ''Oh, saya sudah mengandaikan segala sesuatunya. Everything is OK!'' Ucapannya itu betul-betul ia buktikan. Layanan dan perhatian anaknya, ditangani secara profesional oleh baby sitter "mahal". Rani cuma mengawal jadual Alif melalui telefon. Alif membesar menjadi anak yang kelihatan lincah, cerdas dan mudah mengerti. Nenek-neneknya selalu menonjolkan kebanggaan mereka kepada cucu yang amat dikasihi itu, tentang kehebatan ibu-bapanya. Tentang jawatan dan nama besar, tentang kekerapan menaiki pesawat, dan wang yang banyak. ''Contohlah ayah-bonda Alif, kalau Alif besar nanti.''
Gambar hiasan anak-anak yang sangat kita sayangi
gambar hiasan, kita patut melayani dan membelai anak-anak kita
Meski kedua orangtuanya kerap pulang lewat, ia jarang sekali merungut. Bahkan, kata Rani, Alif selalu menyambut kedatangannya dengan penuh ceria. Maka, Rani menyapanya ''malaikat kecilku''. Sungguh keluarga yang bahagia, fikir saya. Meskipun kedua orangtuanya super sibuk, Alif tetap membesar penuh cinta. Diam-diam, saya irihati pada keluarga ini. Suatu hari, sebelum Rani berangkat ke pejabat, entah mengapa Alif menolak dimandikan baby sitter. "Alif ingin Bonda mandikan", ujarnya penuh harapan. Serba salah saja Rani, yang setiap detik waktunya sangat berharga, gusar. Ia menolek permintaan Alif sambil terus berdandan dan mempersiapkan keperluan pejabatnya. Suaminya pun turut membujuk Alif agar mau mandi dengan Tante Mien, baby sitter-nya. Sesungguhnya, Alif mengerti dan menurut, meskipun wajahnya berkerut. Peristiwa ini berulang sampai hampir seminggu. ''Bonda, mandikanaku!'' kian lama suara Alif penuh tekanan. Lalu, Rani dan suaminya berfikir, mungkin itu kerana Alif sedang dalam masa pra-sekolah, jadinya agak lebih minta perhatian. Setelah dipujuk-pujuk, akhirnya Alif dapat ditinggal juga. Pada satu petang, saya dikejutkan oleh telefon Mien, si baby sitter.' Puan doktor, Alif demam dan kejang-kejang. Sekarang di Emergency."Dengan pantas, saya terus ke ICU. But it was too late. Allah swt sudah punya rencana lain. Alif, si malaikat kecil, telah dipanggil pulang oleh-Nya. Rani, ketika diberi tahu tentang Alif, sedang meresmikan pejabat barunya. Ia sangat terperanjat. Setibanya di rumah, satu-satunya keinginan dia adalah memandikan putranya.
Gambar hiasan, terima kasih kerana menyuapkan ku .... ayah ... E-mail dari teman yang sudi ..

SABTU (9/8/08)
Saja aja nak tunjuk kad ini (kononnya dari anak-anak ibulah ...)
Sepanjang pagi tu ibu tak berdaya (demam, batuk, selsema dan sakit tekak) nak melakukan kerja-kerja rumah, ibu cuma dapat buatkan babah secawan milo dan beberapa potong roti yang disapu dengan kaya aja ... Kasihan babah. Maaf ya babah, ibu tak terdaya nak lakukan lebih dari itu .... Pagi ni babah kena bertugas di MAHA 2008, menguruskan mereka yang datang untuk menyertai pamiran tersebut.
AHAD (10/8/08)
Pagi ni pun ibu masih lagi tak sihat, tapi dah bolehlah bangun siapkan milo, panaskan mee goreng yang di beli semalam dan kami pun makan bersama. Sementara tu si dara dan si teruna masih lena lagi ditempat tidur masing-masing. Pukul 8.30 pagi barulah babah gi kerja, katanya hari ini pun babah bertugas hingga malam tapi tetiba aja babah muncul pada sebelah petang (katanya kerja yang perlu dibuat dah habis) maka diapun chaulah... balik nak ajak ibu ke Carefor. Maka petang Ahad tu dengan wajah yang masih pudar (tapi ceria sikit), kamipun ke Carefore, beli barang-barang dapur dan malam tu kami (ibu, babah dan zeti) makan mee claypot, mee wantan dan tomyam di medan selera alamanda, untuk uda babah belikan burger special. Alhamdulillah dapat juga kami makan bersama-sama tapi ... semasa ibu makan, teringatlah pulak pada anak-anak ibu yang dua orang tu ... Makan apalah mereka malam ni ...
Alangkah seronok kalu pagi ni ibu dapat menanam pokok bunga ....
Along tu .. kalau ibu tak sms kat dia dulu, sampai lah ni ... dia tak akan sms apa-apa kat ibu ... Angah pulak, ibu dah pesan petang Jumaat nanti telefon ibu ya .... masa tu dia angguk aja, tapi dah sampai masa bunyi telefon pun tiada ... Walau bagaimanapun ibu tetap ingatkan kamu berdua.
Untuk dikongsi bersama cerita lawak ni ..... nak tahu baca dulu ..
Khas buat uda dari ibu, ayah, along dan angah
Just for you dari Zeti untuk Abang uda
Ini benda-benda tersebut yang menjadi igauan si zeti tu ...
Setelah pekerja-pekerja tersebut balik, kami berdua apa lagi mulalah sibuk mengemas. Ibu di luar menguruskan meja makan dan si zeti pulak sibuk di bilik menyusun baju-bajunya ke dalam almari tersebut dan lihatlah hasilnya seperti di bawah ni ...
Seluar kecil yang lama dan baru di letakkan di petak atas
Baju-baju selalu dipakainya di sangkutkan (tapi tak muatlah)
Seluar panjang yang lama dan baru yang selalu dipakainya di letakkan di bawahNampaknya malam ni kami berdua tidur lena terutama si zeti sebab dah dapat dah apa yang dikehendakinya serta keletihan lama menunggu dan mengemas.
Angah dengan aksinyaHari ni Sabtu, babah tak ke pasar borang tapi kami ke pasar di presint 8 aja. Setelah masak dan makan ibu dan zeti beria-ia ajak babah ke IKEA untuk melihat apa yang ada di sana. Sebelum ni ibu cuma mendengar dari kawan dan melihat katalognya (yang diberikan setiap tahun) aja. Ibu lihat zeti pun sama dengan ibu nak sangat ke IKEA. Hinggakan peta yang ibu minta angah carikan dari internet dan printkan diambil dan diberikan kepada ayahnya untuk dilihat. Kemudian peta itu disimpannya dalam beg ibu. Babah pun tak tahu dimana letaknya IKEA, tapi oleh kerana dia pun teringin untuk ke sana maka babah pun ikutkan kemahuan ibu dan zeti.
Inilah kawan baru zeti si naga sakti yang sedang melingkari kekawan zeti yang lain
Tengok tu si zeti dikelilingi dengan kawan lama dan barunya+064.jpg)
Semasa perjalanan pulang ke Putrajaya sempat juga kami singgah ke Kajang (kedai perabot) untuk menggantikan meja makan zeti yang hilang tu ... serta almari pakaian zeti. Cari punya cari, maka jumpalah kami dengan satu kedai yang ada menjual barang-barang yang kami inginkan tu .... Zeti, apa lagi seronoknya dia bila tengok meja dan almarinya tu .... Ashik kata "esok ya ibu, kita dapat meja dan tempat zeti letak baju?" Yalah tu ... esok petang ya ...
Malam tu ... rumah kami kembali sunyi dan tak sabar tunggu cuti sekolah untuk jumpa dengan along pulak.
JUMAAT (1/8/08)

Oleh kerana usiaku kini semakin senja, maka setakat itu sahajalah ahli keluarga yang dapat ku cari. Harapan dan doa ku semungga semua ahli keluargaku ini akan beroleh kesejahteraan dan kebahagian serta berjaya dalam usaha mereka mengejar cita-citanya yang satu. Mudah-mudahan mereka semua akan menjadi insan yang berguna kepada bangsa, negara dan agama serta ketua mereka (AYAH DAN IBU).
Sempena Ulang tahun perkahwinan kami pada 9 Ogos 2008 ini aku sentiasa memanjatkan doa, semuga ALLAH Lanjutan Usia Perkahwinan Kami Hingga Ke Akhir Hayat. Amin ...
BERBUAT BAIKLAH KETIKA KITA MASIH ADA
SAYANGILAH IBU KAMU SEMENTARA DIA MASIH ADA