DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Wednesday, March 25, 2009

SUSAHNYA NAK PILIH KURSUS UNTUK ANGAH

KHAMIS (27/3/09)

Masuk hari ni ... bermakna dah seminggu angah berada di Kem Ulu Pari, tapi ibu dah berminggu bergelut dengan pemilihan kursus ke IPTA untuk angah. Sepatutnya angah yang bersusah payah memilih kursusnya tapi ibu tengok dia buat tak kisah aja, sedangkan ibu dan babah bimbang kalau-kalau dia tak terpilih ke tempat pengajian yang selesa. Almaklumlah sekarang ni banyak persaingan untuk kemasukan ke IPTA dan lagi ibu bimbang kalau tersalah pilih lagi, akibatnya seperti apa yang telah along alami dulu. Kasihan along, dek kesilapan ibu dan kemalasan dia untuk memilih sendiri akhirnya dia kini menanggung kepayahan untuk menamatkan kurusnya di Kolej Komuniti, salah dia juga sebab tak nak usaha atau maklumkan kemana mahu ditujunya selepas SPM.

Kalau boleh kali ini biarlah angah dapat ditempatkan ke tempat pengajian yang selesa untuk dia meneruskan cita-citanya untuk menjadi usahawan yang berjaya. Ibu harianlah dia ni ... belajar bidang kejuruteraan, tapi yang dimintainya keusahawanan. Alangkah baik dia teruskan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan. Asas dah ada dan kini kelulusan bolehlah diharapkan walaupun tak mungkin dapat ke IPT yang sebenar tapi belajar bidang kejuruteraan di kolejpun ok kan ....

Semalam adalah hari terakhir untuk kemaskini kemasukan ke IPTA, dengan hati iklas ibu catatkan satu per satu kursus-kursus yang dimintainya iaitu akauntan, pengurusan perniagaan, pengurusan bank, perhotelan, maklumat it, perbankan islam dan seterusnya. Mudah-mudahan diantara lapan pilihan tu ... tersangkutlah salah satunya kurus tersebut di Uitm Shah Alam. Yang lain-lain tu ada juga ibu minta seperti di Politeknik dan Kolej-kolej bersekutu UITM. Ibu tak tahulah sama ada kursus-kursus tersebut sesuai atau tidak untuk dia mengikutinya.

Ibu sebenarnya tak berapa pandai hal-hal mengenai permohonan kemasukan ke mana-mana Universiti atau kolej ni ... sama ada nak minta dulu kolej lain atau tunggu dulu keputusan ke ipta tu ... Almaklumlah tak pernah menguruskan kemasukan anak ke IPTA. Kalau tunggu keputusan ke IPTA, takut pulak di kolej-kolej nanti tiada tempat lagi. Nak tanya orang malu .... nanti apa pulak kata mereka .... dan nak buat keputusan sendiri takut jadi seperti along. Dan lagi selalunya kalau di kolej ni yurannya mahal kan?

Walauapapun ibu berserah ajalah .... ibu dah usahakan apa yang termampu .... mudah-mudahan ibu tak tersalah pilih kursus untuk angah. Mudah-mudahan angah dapat melanjutakan pelajarannya ke tempat yang baik untuk dia teruskan usaha mencapai cita-citanya untuk menjadi usahawan yang berjaya.

ANGAH DAH PUN MENGIKUTI AKTIVITI PLKN

JUMAAT (19/3/09)

Pagi ni ibu ambil cuti untuk menghantar angah ke pusat pengambilan peserta-peserta PLKN di tempat letak kereta di hadapan sekolah Alam Shah, Putrajaya. Sebenarnya angah tak sangka namanya naik untuk kumpulan ke 2. Sepatutnya dia di kumpulan 3 dan dijangka akan pergi ke PLKN pada bulan Julai nanti, tapi bila ibu saja-saja ke laman web PLKN dan mengisi icnya, tetiba aja tarikh dan kem PLKN terpapar. Maka ibupun maklumkan kepada dia, apa lagi seronoknya dia dapat pergi awal. Kebetulan pulak keputusan peperiksaannya diumumkan dahulu sebelum dia ke PLKN. Lega rasa ibu ....


Walau bagaimanapun tarikh untuk ke kem dah nak sampai tapi surat rasmi yang memaklumkan kejayaan untuk mengikuti PLKN masih belum dapat lagi. Dari sehari ke sehari kami tunggu tapi tak juga dapat dan akhirnya tiga hari lagi nak pergi barulah surat tersebut muncul tapi kena pulak ambil surat tersebut di pejabat pos (surat berdaftar). Keesokkan harinya terpaksalah ibu ke pejabat pos di Kompleks B. Ibu pergi tengahari tapi surat tu belum sampai dan petangnya kenalah sekali lagi ibu pergi ambil.


Keesokkan harinya pulak, angah ambil cuti dan pergi ke kelinik untuk periksaan kesihatan bersama-sama kawannya. Tak perlulah ibu menemaninya dan pada hari seterusnya babah pulak ambil cuti untuk bawa angah buka akaun di Agro Bank. Akhirnya semua perkara yang perlu dibuat telah terlaksana, cuma menunggu hari untuk ke sana.



Sebelum tu, pada malam sebelum bertolak ke PLKN, angah masih sempat lagi lepak dengan kekawannya. Ini membuatkan ibu teramatlah risau dan tak boleh tidur sehinggalah angah balik pada pukul 2.00 pagi barulah ibu dapat tidur. Bukannya ibu tak benarkan dia lepak tapi esok pagi nak pergi ke kem, takut kalau terlambat bangun.



Pagi tu ibu cuba kejutkan zeti awal sedikit dan bercadang untuk pergi awal ke tempat tersebut bimbang kalau-kalau jalan jem dan sebagainya. Angahpun ibu kejutkan awal dan dia terpaksalah bangun awal siap apa yang patut. Sedang kami bersiap-siap, angah pulak komplen yang rambutnya panjang dan minta ibu potongkannya. Oleh kerana kasihan maka ibu potonglah sedikit, sambil tu memarahi angah sebab tak mahu potong rambut awal. Angah mulalah kecil hati dengan berdiam aja sehinggalah kami sampai di tempat tersebut. Semasa ibu sampai di bulatan ke Sekolah Alam Shah, jalan lengang aja .... ingatkan tentu jem nanti. Akhirnya kami sampai awal dan mula mendaftar sehingga ibu terlupa hendak minta pas pelawat bagi ibubapa.


Kami sampai pukul 8.30 pagi, sedangkan masa untuk berlepas pukul 9.30 pagi. Tunggulah kami di tempat bas yang akan membawa angah ke kem PLKN Ulu Pari, Negeri Sembilan. Angah mula merungut apabila melihat ramai yang memakai selur jin dan t-shirt tak berkolar, tapi dia pakai seluar slack. Ibu buat tak kisah aja dan akhirnya semasa meunggu tu dapatlah dia seorang kawan sehingga dia lupa pada kekesalannya tadi. Pada pukul 9.15 pagi mereka dibenarkan naik bas dan berlepas tepat pukul 9.30 pagi. Sedih juga tengok dia pergi tanpa ada keluarga yang lain menghantarnya. Tak apalah angah .... mudah-mudahan angah selamat menjalani segala aktiviti di kem tersebut dengan jayanya. Sempat juga angah memilih kursus-kursus yang ingin diikuti nanti di IPT sebelum dia berangkat.


DOA IBU SEMUGA KAU BERJAYA DIDALAM SEGALA BIDANG ... DAN SELAMAT KEMBALI PADA 8 JUN 2009 NANTI.

Wednesday, March 11, 2009

ANGAH DAN IBU DALAM DELIMA

RABU (11/3/09)

Hari ni ibu betul-betul tak keharuan ... sekejap sedih, sekejap gembira dan kekadang tu tak tahu apa hendak dibuat. Sekejap telefon babah suruh cuti hari khamis dan kemudian telefon lagi tak jadi hari khamis, suruh ambil hari jumaat pulak. Bukannya apa, takut kalau pagi esok hari hujan, susahlah angah nak ke sekolahnya di Sg. Buluh. Kalau babah tak cuti, nanti siapa nak bawa dia ke sekolah untuk tengok keputusannya. Angah pulak nak pergi sendiri dengan kawannya. Malulah kalau kami hantar dia dan lagi tak dapatlah nak enjoy dengan kekawan. Akhirnya ibu buat keputusan tak jadi cuti dan kami cuti hari Jumaat nanti.

Mudah-mudahan kesemua memperolehi kejayaan cemerlang SPM 2008

KHAMIS (12/3/09)

Pagi ni keputusan peperiksaan SPM akan diumumkan. Pepagi lagi ibu dah kejutkan angah untuk bersiap-siap ke sekolahnya di Sg. Buloh. Babah dan ibu tak dapat nak hantar dia sebab dia tak minta hantar dan lagi babah ada kerja nak dibuat. Ibu pulak tersangatlah risaunya, ngalah dia (ibu) yang nak ambil keputusan. Kalau boleh biarlah dia berjaya untuk melanjutkan pelajarannya ke perngkat yang lebih baik lagi. Janganlah ikut jejak along yang sentiasa dalam delima. Biarlah salah seorang anak ibu berjaya ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Itulah harapan setiap wanita yang berstatus ibu. Di pejabat ibu tak senang duduk, ashik sms angah tapi hingga ke petang takpun dapat jawapannya. Ibu cuba telefon dia tapi linenya sentiasa sibuk. Entah apalah budak ni buat, ok ke tak ok. Risau kalau dia buat hal, tak dapat menerima keputusannya tu ...


Tengah bengong ni ...

Walau bagaimanapun ibu sentiasa mendoakan kejayaannya, tak dapat semua A pun tak apa lah angah, asalkan cukup syarat untuk melanjutkan pelajaran ke Politeknik. Malam tadi dia balik lewat dan semasa dia balik dari kerja ibu dah tidurpun, tapi tetiba aja terdengar orang bercakap-cakap dan ibu pun terjaga. Ibu lihat bilik uda terang benderang, kedengaran orang bercakap-cakap dan bila ibu ke biliknya, ibu lihat angah tengah membega seluar jinnya sambil bercakap seorang. Lahhhh .... rupa-rupanya dia sedang bercakap dengan kawannya di telefon. Tangan asyik menjahit dan mulut bercakap. Apalah angah ni ... tak pernah renggang dengan hpnya walau seminit pun. Bila tidur pun hp sentiasa di sisi mengalunkan irama untuk menidurkan dia. Tak tahulah nanti bila dia pergi ke PLKN, dapatkah dia berpisah dengan hpnya tu ...? Beli seluar besar, bila balik rumah dikecilkannya. Pandai pulak dia menjahit untuk mengecilkan seluar tu ... ibu buat tak kisah aja, pepandailah dia .... siapa suruh beli seluar besar?

Oklah kan .... tak bengong tapi bengang aja .....
Akhirnya penantian ibu terjawab kini, pukul 3.15 ptg. barulah kedengaran telefon ibu berbunyi dan terdengarlah suara angah menyatakan dia dah ambil dan bolehlah katanya. Bila ibu tanya berapa dia dapat? Tunggulah balik nanti boleh tengok ... lah dia ni bagi ibu tertanya-tanya lagi ... Walau bagaimanapun alhamdulillah dia ok dan katanya dia lulus. Lega rasa ibu tapi masih dalam tanya tanya ?

Monday, March 9, 2009

MAULIDUR RASUL DAN HAPPY BIRTHDAY TO IBU

ISNIN (9/3/2009)


Alhamdulillah, syukur ke hadrat ILLAHI kerna masih membenarkan ibu untuk terus hidup dialam maya ini dan lagi dapat pulak bersama-sama menyambut Hari Kelahiran Nabi Kita Muhammad s.a.w. Bertuah rasanya kerana Hari Kelahiran Ibu beserta dengan Hari Kelahiran Nabi Kita dimana semua umat islam menyambut Maulidur Rasul dengan meriahnya. Dengan kehadirannya maka bertambah lagilah usia ibu, sedangkan amal ibadah masih banyak yang perlu ibu pelajari. Mudah-mudahan disepanjang usia ibu ni akan bertambah kemakmuran dan kejayaan serta sihat selalu. Sempena dengan Maulidur Rasul ini juga sama-samalah kita mencontohi segala amalan-amalan yang telah dilalui oleh nabi kita itu agar dapat kita umat islam hidup bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama. Barulah dapat kita sama-sama menikmati keamanan dunia ....


Cuaca nampaknya elok aja pagi ni ... Kelmarin di pejabat, mereka yang terlibat untuk hadir di perhimpunan Maulidur Rasul sibuk untuk mendapatkan baju yang akan di pakai pada hari Maulidur Rasul, teringin juga ibu bersama-sama meraikannya tapi memandangkan ianya diadakan di KL maka ibu batalkan aja ... Sesiapa yang menghadirinaya diberikan sepasang baju melayu berserta songkok (bagi lelaki) dan sepasang baju kurung berwarna kuning coklat beserta tudung dan kerongsang (bagi wanita). Lumayan kan ... dapat juga dipakai bila teringin tapi yang pentingnya kita hadir dengan niat untuk sama-sama mengingati hari kelahiran nabi kita.

Semasa ibu sibuk memasak di dapur sempat juga ibu mengikuti perkembangan di Stadium Merdeka. Mula-mula cuaca agak cerah tapi dipertengahan hujan rahmat mula turun, dan akhirnya ia berjalan dengan lancar. Sambil menonton dengan babah ibu sempat juga bisik pada babah yang ibu merasa bertuah dapat menyambut hari kelahiran pada hari ni. Babah kata "ye ke?" Babah ni buat tak tahu aja hari kelahiran ibu ... begitu juga anak-anaknya. Tapi hari lahir mereka sentiasa dalam ingatan ibu ... tak adil kan mereka ni ...

Akhirnya pada petangnya ibu ajak babah jalan-jalan ke Metro Kajang. Ibu cadang nak cari baju dan beg tangan tapi setelah sampai dan membelek baju-baju yang ada tak berkenan lak ibu ... Babah dan zeti cuma mengekori aja ke mana ibu pergi dan sampai pulak ke kedai bag tangan dimana ibu terpandang sebuah handbag yang sangatlah comel dan bila ditanya harganya ... pun comel juga. Maka ibu biarkan dulu (KIV) dan kami beredar ke tingkat atas dimana terletak barang-barang dari kilang. Mungkin di situ ada lagi bag-bag yang comel-comel ... tapi semuanya tak berkenan di hati. Hati ibu telah dimiliki oleh handbag yang dipadang kali pertama tadi. Itulah dikatakan cinta pandang pertama kan .... Cinta yang pertama itulah juga ingin dimilikinya. Begitulah juga ibu, cinta pandang pertama itu telah ibu miliki kini dengan dibiayai oleh siapa lagi cik abang sayang lah ... Terima kasih daun keladi, tahun depan nak lagi lah ... eheeee.

Untuk zeti mesti ada, kalau berjalan dengan zeti untuk dia mesti ada, jadi ibu belikan dia gelang dan gelang kaki (yang murah aja). Apalagi sukalah dia dan bila sampai di kereta tak sabar-sabar lagi nak pakai. Lagi satu semasa ibu ke tandas tadi, babah adalah order kueh wafer (macam dia tahu-tahu aja ibu nak kuih tu) dan setelah kami keluar dari tandas zeti ternampak pulak gula, nak juga gula tu ... akhirnya kami tak jadi beli air dan beli gula untuk dia tapi bila dalam kereta dan tengok ayah dan ibu makan sedap apa lagi diapun nak sama ... kesudahnya ibu dan babah meleleh air liur, zeti sapu semuanya.

Kami sampai di putrajaya hari dah mula senja dan hujan pun turun renyai-renyai, zeti dah mula nak tidur. Sesampai aja di putrajaya, ibu lihat babah masuk ke simpang yang jarang kami lalu untuk balik ke rumah dan dia melencong ke presint 8. "Jom kita beli kek nak?" kata babah, "tak payahlah" tapi belum sempat apa-apa zeti mula menjawab "kek birthday siapa ayah, birthday zeti ke?" "Yelah tu awak punya" ... malu nak mengaku sendiri punya. "Zeti nak kek barbie" kata zeti. Babah pandang ibu dan kami tergelak sama. Apalah zeti ni ashik birthday kek dia aja, nak kek barbielah ... dan macam-macam lagi. Ashik dia aja ... Ibu mengiyakan aja apa zeti kata dan kami belilah kek keju dimana atasnya dihias dengan coklat dan buah. Ibu tak teringat pun nak beli kek tapi babah nak beli juga, oklah .... Sesampai aja di rumah zeti sibuk nak potong kek dan mula ambil lilin untuk di letak atas kek, kemudian minta babah ambilkan api, "kayu api" kata zeti. Ibu tanya zeti "tahu ke kayu api tu apa?", "tahu" katanya. "kayu yang keras tu ..." "Ohhhhh ..." kata ibu. Ada-ada aja jawabnya.

Akhirnya dapat jugalah ibu potong kek dan tiup api lilin bersama-sama .... zetilah. "Kita share ye mama...." Oh ya ... lupa nak bagi tahu, zeti sekarang tak panggil ibu emak lagi tapi dia panggil mama .. Malulah ibu bila dia panggil mama, babahpun tersenyum bila dengar zeti panggil ibu mama. Almaklumlah ibu dah senja dah rasa semacam pulak bila dia panggil mama. Agaknya dia dengar kawan-kawan dia panggil ibu mereka mama kot ...., maka dia pun teringin nak panggil ibunya mama. Tak apalah zeti asalkan zeti bahagia, tapi jangan panggil ibu mamak pulak.... sudah.



Begitulah kisah ibu dan anak-anakku sayang sepanjang cuti selama tiga hari ni ....

Friday, March 6, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO MY OLD FRIEND

SABTU (7/3/09)

Pagi ni ibu bangun awal, seperti biasa siapkan sarapan mee goreng. Angah kerja pagi hari ni dan minta ibu hantarkannya, tapi ibu tak dapat memenuhi permintaannya kerana tersangatlah malasnya ibu nak gi keluar pepagi ni, lebih-lebih lagi kerja rumah dah lama menunggu. Pegilah sendiri yang angah .... dan uda pula hari ni ada tusyen, minggu lepas tak ada kerana ada Mesyuarat PIBG. Ibu tak pegi pun ... bukannya tak mahu nak gi tapi along ada bawa kekawannya datang ke rumah, kenalah layan mereka seperti di "Homestay" kan ...

Ingatkan hari ni babah nak ke pasar tapi tunggu punya tunggu tak jadi lak katanya. Walau bagaimanapun ibu kena masak awal juga sebab tengahari nanti nak ke Ulu Yam, ada jemputan kawain. Itupun kalau babah tak keberatan untuk pergi.

Oh ... ya .... hari ni adalah hari jadi kawan lama ibu tu .... RIMA ... Dah hampir beberapa bulan dia berpindah tapi baru sekali dia datang ke pejabat lama dan ibu pulak belum lagi pergi ke pejabat barunya tu .... Tapi hari ni ibu nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN YANG KE ? Semuga kebahagian sentiasa mengulit dirimu sekeluarga.


Tak sempat kirim kad tapi ibu tetap kirimkan gmail, janji birthdaynya dirai bersama




Inilah birthday cake yang sempat akak buat untuk rima .... kalau nak datang umah ...

Wednesday, February 25, 2009

ALKISAH DI PAGI RABU DAN HAPPY BIRTHDAY TO YOU

RABU (25/2/09)

Pagi ni ibu tak berapa sihat tapi oleh kerana dah janji dengan kekawan di pejabat ibu cuba juga bangun untuk menyediakan ayam goreng dan sambal tumis ikan bilis, sementara tu kawan ibu (cc ros dan ila) sediakan telor rebus, kacang & ikan bilis goreng, timun dan juga bahan-bahan untuk nasi lemak (daun pandan, santan & hirisan bawang merah dan halia). Akhirnya siap juga ibu mengoreng ayam dan sambal tumis. Kemudian ibu kejutkan babah yang akan keluar awal ke pejabat sebab babah akan ke PD lagi untuk menghadiri kursus. Itulah sebabnya ibu tak berminat untuk memohon jawatan baru kerana pelbagai kursus menanti, dah tu ... kena ambil dan lulus PTK lagi, kalau tak ambil nanti tak disahkan jawatan. Bukannya senang-senang nak disahkan dalam jawatan sekarang ni ... Kasihan babah, terpaksa menghadapi semua tu .... Bersabarlah babah, demi anak-anak dan kehidupan keluarga kita di hari muka. Ibu sentiasa menyokong dan merestui pemergian babah untuk berkursus.

Cuaca pagi ni taklah seceria semalam, pepagi lagi dah hujan, jalan raya pula licin dan sesampai di persimpang bulatan ke pejabat, ibu lihat lengang aja. Hairan pulak ... selalunya kalau hujan-hujan begini dah pasti berbaris kenderaan. Ok juga lah tu ... tapi sesampai aja di pejabat, begitu juga keadaannya ... lengang, semua bilik masih bergelap lagi. Ibu pun tak kisahlah mungkin mereka ada meeting di luar agaknya. Kemudian ibu dan ila pun mulalah masak nasi lemak dan semasa ibu nak masuk ke bilik pantry, periuk yang berisi beras di tangan ibu terjatuh dan bertaburanlah beras tu ... Apalah ibu ni cuai sangat ... entahlah hari ni dari rumah lagi pelbagai kejadian yang mencemaskan berlaku pada ibu. Seperti dijalan raya tadi ibu hampir-hampir disondol dek bas NADI disebabkan kereta di hadapan ibu brek tetiba. Bas tu pulak berhenti dekat sangat dengan kereta ibu dan sekali lagi iaitu semasa nak membelok ke lorong kiri tetiba aja muncul bas NADI tersentak ibu tapi buat tak kisah aja ... tapi tergamam juga tu .. hingga tersasar dari laluan biasa.

Sedang ibu kusyuk didepan pc tetiba muncul seorang officer dan memaklumkan kelambatan beliau sampai ke pejabat hari ni. Sebenarnya ada dua tempat kemalangan disepanjang untuk ke Putrajaya. Itulah sebabnya semua bilik gelap gelita dan kemudian muncul pulak yang lain-lain. Nak dikatakan setiap minggu mesti ada aja kemalangan di sepanjang jalan untuk kepejabat. Tapi tak kisahlah kan ... ibu selamat sampai pada tepat waktunya.

Oh ya ... hari ni ibu buatkan nasi lemak sebab kawan ibu ni (ila) birthdaynya hari ni ... kebetulan pulak ibu ada niat nak buat nasi lemak belanja kekawan maka bolehlah joint sekali. Untuk teman ibu ni ... ibu ucapkan SELAMAT MENYAMBUAT ULANG TAHUN YANG KE ? semuga dipanjangkan umar, dimurahkan rezeki dan cepat-cepatlah dipertemukan jodoh, tak sabar rasa nak makan nasi minyak mereka tu ... tapi kalau dah sampai waktu bila hantar kad ibu tak datang pulak ...

HAPPY BIRTHDAY TO YOU

Monday, February 23, 2009

Rahsia pemakanan genius-genius Islam

ISNIN (23/2/09)

Hari ni ibu tak sempat nak bercerita hal ibu tapi ada sedikit panduan untuk diikuti atau diamalkan oleh para ibu dan mereka yang inginkan sihat dan cerdas. Ceritanya adalah seperti di bawah:-

Zeti & The Gang
Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab.

Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengenengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini.

Ini didorong oleh penemuan-penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan:

1) MADU

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptic dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silica, klorin, manganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM: 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.

PANTANG: Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!

2) KISMIS

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN:

i) Menghadap kiblat.

ii) Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)

iii) Baca doa penerang hati

iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.

v) Makan sebiji-sebiji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR

Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsure semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasulullah s.a.w. menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM:

i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam.

ii) Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w.

4) TELUR

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli-ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s. mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t. memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi
masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampong dan yang masih baru.

5) HALIA

Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN: Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau-limau jenis lain juga elok untuk dimakan.

7) BUAH DELIMA

Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI

Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM

Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM

Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.


Abu Musa r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. memakan daging ayam Betina.

11) DAGING BIRI-BIRI

Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI

Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG

Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM

Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)

Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)

Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS

Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKIH

Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.

19) LABU

Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga bersabda, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal".

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)

Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI

Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR

Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Begitulah ceritanya, kita hanya berusaha tapi ALLAH sahaja yang dapat menentukannya.

Wednesday, February 18, 2009

CONTOHILAH SIFAT ROMANTIK NABI MUHAMMAD SAW

RABU (18/2/09)

Sifat Romantik Nabi MuhammadRasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya".

Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing. Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.ada Yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin.

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

BANTUAN KECEMASAN UNTUK PESAKIT ANGIN AHMAR / STROKE

KHAMIS (19/2/09)


Sebenarnya ibu ada banyak cerita tapi tak terkeluar semua cerita-cerita tu .... walau bagaimanapun ikutilah panduan di bawah ni ...

BANTUAN KECEMASAN UNTUK PESAKIT ANGIN AHMAR / STROKE

Alat yang diperlukan ialah jarum suntikan ataupun jarum jahit yang kebiasaanya ada di rumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin Allah dan merupakan cara yang agak luar biasa untuk sembuh dari penyakit angina ahmar yang boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera. Risalah ini diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakanrakan anda terkena penyakit ini suatu hari nanti.

Ianya amat menakjubkan jika berhasil, luangkan masa anda untuk membacanya dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh diselamatkan dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan. Bapa saya meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar 3 tahun lalu setelah terlantar lumpuh selama sebulan. Masa itu saya tidak tahu apa-apa tentang rawatan kecemasan untuk pesakit angin ahmar.

Walau bagaimanapun masih belum terlewat untuk kita kongsi bersama. Sila baca dan sampaikan kepada saudara-mara serta rakan-rakan anda. Yayasan AMAL tidak mempunyai ramai sekarelawan perubatan bagi memenuhi permintaan rawatan dari masyarakat setempat. Semoga buletin seumpama ini boleh membantu anda melakukannya sendiri.

Apabila serangan angin ahmar mengenai seseorang, kapilari darah di dalam otaknya menghadapi risiko untuk pecah. Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru terkena angin ahmar dan tidak sedarkan diri, pertama sekali anda jangan panik dan bawa bertenang. Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada, jangan alihkan ke tempat lain. Kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah diotak mangsa terus pecah. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin akan bertambah buruk.Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik), jarum jahit atau pin baju yang tidak berkarat, segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian dengan berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1 mm dalamnya,seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan setitis darah tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula.

Jika berlaku perubahan betuk mulut, tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudian cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah. Beberapa minit kemudian Insya Allah, mangsa akan sedar semula. Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital. Memanggil ambulance semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa pecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya, walaupun dia mampu berjalan semula.

”Saya belajar tentang menitiskan darah bagi menyelamatkan nyawa dari seorang doctor tradisional Cina bernama Ha Bu-Tung yang tinggal di Sun-Juke. Selain itu saya juga berpengalaman mempraktikkannya. Sebab itu saya yakin cara ini adalah berkesan 100%” menurut seorang pengamal kaedah rawatan ini. Tambah beliau lagi ”Pada tahun 1979, ketika itu saya sedang mengajar di Kolej Fung-Gaap dekat Tai-Chung. Tiba-tiba seorang guru lain berlari ke kelas saya dan mengadu; “En. Liu,penyelia kami diserang angin ahmar!.”

Saya pun bergegas ke bilik beliau di tingkat 3. Saya lihat penyelia kami, En.Chen Fu-Tien, telah menjadi pucat, percakapannya tak difahami, dan ada tanda-tanda serangan angin ahmar. Saya segera menyuruh pelajar saya membeli jarum suntikan di farmasi dan terus menyuntik jari-jarinya. Apabila kesemua 10 jarinya menitiskan darah, (setiap jari setitis darah), selang beberapa minit muka En Chen kembali kemerahan dan dia membuka matanya.

Malangnya mulut beliau masih belum normal, jadi saya menarik telinganya untuk mengalirkan darah ke situ. Bila telinganya kemerahan, saya menyucuk kedua-dua telinganya sehingga menitiskan 2 titik darah. Selepas 3-5 minit, bentuk mulutnya kembali normal dan percakapannya kembali jelas. Kami memberikan dia secawan teh panas, merehatkannya seketika sebelum membawanya ke Hospital Wei Wah.Dia ditahan semalaman dan dibenarkan keluar keesokan harinya untuk terus bertugas di sekolah. Keadaan beliau kembali seperti biasa, tiada apa-apa kesan angin ahmar. Kebiasaanya mangsa angin ahmar yang mengalami pendarahan di otak dalam perjalanan ke hospital adalah sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Angin ahmar adalah antara penyebab utama kematian. Mereka yang bernasib baik dipanjangkan umur tetapi nyakannya lumpuh sehingga akhir hayat.

Penyakit angin ahmar ini ada kemungkinan untuk mengenai sesiapa sahaja. Jika semua di antara kita boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakannya segera, dalam jangka masa pendek, mangsa-mangsa boleh kita selamatkan dengan izin Allah dan ada harapan pulih seperti sedia kala. Diharapkan kaedah bantuan kecemasan mangsa angin ahmar ini dapat dihebahkan supaya penyakit ini tidak tersenarai sebagai penyebab utama kematian di kalangan kita.

SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MAUT DAN SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MENGHADAPI MAUT.

Monday, February 9, 2009

SEMINGGU PENINGGALAN BABAH

SELASA (10/2/09)

Dengan tibanya hari ini, ini bermakna telah seminggu babah meninggalkan kami. Sepeninggalan babah ibu terasa sunyi juga ... ada sesekali sms kat babah, tapi babah lambat membalasnya dan akhirnya pada pagi Ahad terdengar bunyi deringan telefon rumah dan ibupun bergegas menyambutnya. Oh ... betapa gembiranya kerana babah sedang bercakap. Hilang rindu ku kat babah. Kata babah dia tak dapat nak telefon selalu sebab terlalu sibuk dengan tugasannya termasuklah hari Sabtu dan Ahad sehingga 17 Feb ni ... Tak apalah babah .... demi masa depan kita sekeluarga buatlah apa yang patut dan yang penting babah sihatkan ...

Babah dan zeti di taman dekat PICC

Sepeningalan babah zeti tak pun bertanyakan hal babahnya, ini disebabkan ibu dah bagi tahu dia yang babah tak balik dan tidur dipejabatnya. Tapi dah dua hari ni zeti demam, mungkin demam selsema kot ...

Zeti tengah leka dengan komputer

Angah pulak dah mula pandai nak berjinak-jikan dengan moto babah. Mulanya ibu cuma minta dia hidupkan moto babah aja, kerana dah seminggu moto tu tak bergerak, takut pulak nanti rosak. Akhirnya setiap malam dia mula nak bawa moto babah tu untuk ronda-ronda dan lepak dengan kawannya. Ibu bukannya tak kasi, tapi risau pulak kot terjadi apa-apa nanti, dia tu bukannya ada lesen dan lagi babah pulak jauh. Kalau ada apa-apa hal nanti siapalah yang nak tolong .... Kebetulan pulak minggu ni dia kerja pagi dan balik petang, mulalah dia nak sekodeng moto babahnya tu ... Sebelum ni kalau dia kerja malam, pagi dia tidur aja pulak.

Hari minggu yang lalu (8/2/09) ... dia cuti dan ashik mengajak ibu pergi ke alamanda, katanya nak belanja ibu makan KFC, tapi bila dah ke alamanda dan ibu dah beli barang di Carefore tak jadi lak nak belanja KFC. Apalah angah ni ... masa kat rumah ibu tak nak pergi, dia pulak beria-ia nak gi ... tapi bila dah sampai alamanda, minggu depan lak nak belanja ibu KFC dan tengok wayang cerita U & I. Akhirnya ibu pulak yang belanja dia KFC sebab kami dah sampai pun depan KFC tu ... Minggu hadapan (12/2/09) dia ajak ibu tengok wawang .... gilah sendiri, tak kuasa ibu nak ikut ...


Nasib baik kereta ibu tak nak di bawanya ....

Alkisah mengenai along pulak, sejak babah tiada diapun tak berani nak balik ke Putrajaya sebab tiada siapa nak hantar dia ke Puduraya bila nak balik segamat nanti. Dah dua minggu dia tak balik, ibu minta dia belajar naik bas ke puduraya tapi dia tak mahu .... ahhh ... duduklah di Segamat tu .. suruh belajar moto & kereta pun ashik nanti dulu .... nanti dulu ....

Along yang pemalu tapi mau ....

Bagi uda pulak tiada perbezaan sama ada babah ada atau tidak cuma dia merasa selesa untuk tidur bersama-sama ibu dan zeti.

Uda yang selalu tak kisah hal sekelilingnya

Itulah kisah anak-anakku sayang semasa ketiadaan babah.